Tuesday, December 26, 2006

Apakah tanggungjawab kita?

Sudah hampir seminggu Kak Kaduk sekeluarga menumpang di rumah abang kandungnya. Hampir seminggu juga rumahnya tenggelam dek air berlumpur. Dalam dua hari lepas, hujan reda. Kak Kaduk sekeluarga ambil keputusan pulang untuk membersihkan rumah.

Plaza Skudai Parade yang terhenti operasinya selama beberapa hari akibat banjir telah memulakan operasinya semula. Terhenti bukan kerana air yang telah masuk ke Skudai Parade, tetapi bekalan elektrik terganggu. Oleh itu, Kak Kaduk yakin untuk pulang membersihkan rumah.

Ditambah pula berita di kaca televisyen dan akhbar. BANJIR DI JOHOR REDA. Matahari yang gemilang mempamerkan senyumnya. Lopak air yang menakung mula tersejat dek cahaya matahari yang bersinar. Kak Kaduk tambah yakin untuk pulang membersihkan rumah.

Seharian mereka berhempas pulas. Barangan yang jahanam tak terkira. Kak Kaduk sedih. Puas sudah menangis. Tapi semangat Kak Kaduk kuat. Hidup harus diteruskan. Jangan berpatah arang berkerat rotan. Tekad Kak Kaduk.

Belum pun sesiap mana, seawal subuh pagi 26 Disember 2006, hujan turun lagi. Seharian. Kadang-kadang lebat, kadang-kadang gerimis. Tak henti-henti. Kak Kaduk susah hati. Kudratnya semakin lemah. Kepenatan.

Mula-mula lopak-lopak kecil bertakung, semakin lama semakin besar. Sungai mula melimpah. Air keruh mula melimpah di pintu hadapan rumah. Rumah Kak Kaduk tenggelam lagi.

Lagi tentang bah teruk

Friday, December 22, 2006

Malam HESCOM

Saya ghairah untuk ke majlis ini.

HADIAH ESASTERA.COM 2006 (HESCOM 06)

Anjuran Esastera Enterprise dan anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Majlis Makan Malam dan Baca Puisi Penganugerahan.

Tarikh: Ahad 24 Disember 2006.
Masa: 8.00 hingga 11.00 malam
Tempat: Menara DBP (Kuala Lumpur)

Sebab, saya nak menyanyi dan jual demo album di situ. Ayuh! beramai-ramai! masih ada kekosongan tempat! sila klik.

Friday, December 15, 2006

Aku yang semakin ke'jawa'an 2

Bagi memenuhi tuntutan sosial, tidak mampu saya menolak undangan ke majlis tahlil arwah di Telok Kerang, Pontian. Lebih-lebih lagi yang mempelawanya ialah bapa mertua. Saya tidak mahu menjadi penderhaka. Lagipun memang saya kelapangan. Apalah salahnya kita bermasyarakat. Dapat juga berkenal-kenalan dengan penduduk kampung.

Tahlilnya sama. Kebanyakkan aturcaranya sama. Seperti juga majlis tahlil di mana-mana tempat yang pernah saya hadiri. Cuma yang berbeza ialah setibanya waktu makan. Ya, saya tahu. Waktu makan memang semua orang suka. Anak-anak tuan rumah atau saudara mara akan bergerak di hadapan tetamu sambil menghulurkan air tadahan basuhan tangan.

Tetamu hanya perlu menghulurkan tangan dan anak-anak tuan rumah akan menjiruskan airnya. Kita tidak perlu bersusah payah membasuh tangan sendiri. Ada orang yang basuhkan. Nasib baik tangan tidak boleh dicabut-cabut. Kalau tidak, lebih mudah kerja anak-anak tuan rumah. Sementara itu, dulang hidangan "NASI AMBENG" sedang disusun atur dihadapan tetamu.

Kecur air mliur melihat nasi ambeng dalam dulang. Ayam masak kicap, sambal sayur, mee atau meehoon goreng dan pelbagai aksesori tambahan. Saya yang pertama kali nampak nasi ambeng yang betul-betul nasi ambeng, nafsu saya sudah membuak-buak. Perut tiba-tiba jadi lapar.

Lauk pauk atas empat daun pisang. Daun pisang atas nasi putih. Menandakan satu dulang untuk empat orang makan. Wow! banyaknya nasi dan lauk untuk empat orang. "Puas ni!" getus saya dalam hati. Dalam satu dulang kecil, bekas minuman dan gelas untuk tetamu minum. Dalam beberapa piring kecil terisi, dua tiga jenis kuih dan buah-buahan.

Saya perhatikan kiri kanan. Bila tetamu hendak mulakan. Bila tuan rumah mempelawa saja, tunggu! baca doa makan dulu. Selesai. Amin. Tanpa berlengah-lengah lagi, saya pun memulakannya. Lauk pauk dalam daun pisang saya sudah lambak atas nasi. Saya makan bersungguh-sungguh. Sambil tersenyum dan berbual dengan rakan sedulang (pakcik-pakcik). Hampir keseluruhan jari telah saya gunakan untuk makan. Terdetik hati apabila melihat rakan-rakan sedulang dan orang lain hanya menjamah sedikit (mencuit-cuit sedikit) sahaja. Hujung jari sahaja.

"Kenapa ni? Jari pun tak kotor" Saya bertanya dalam hati. "Sila-sila makan" Saya mempelawa. Barangkali malu agaknya. Saya mula memperlahankan rentak saya. Saya sudah rasa lain macam. Dalam hati tertanya-tanya, "mengapa orang lain tak makan?" Rakan di dulang sebelah, tiba-tiba mengeluarkan plastik pembungkus makanan. Mereka membahagi-bahagikan makanan kepada empat bahagian. Ya! Mereka bungkus makanan mereka!

Mana datang plastik? Oh! terselit di celah-celah cawan minuman di dalam dulang. "Cis!" getus saya. Mengapa saya tidak perasan. Patutlah orang lain tak makan. Memang disediakan plastik pembungkus untuk tetamu bawa balik. Mujurlah, dalam cerita ini saya heronya. Jadi hero tidak kalah. Saya berjaya mengatasi masalah itu tanpa perlu malu dengan perbuatan saya. Bak kata bapa mertua, sudah tuan rumah beri makan, makan sajalah! Orang kita saja pandai-pandai bungkus nak bawa balik pula. "Tak patut, tak patut.." kata saya.

Monday, December 11, 2006

Aku yang semakin ke'jawa'an

Dalam masyarakat Jawa, jika kita menghadiri satu majlis kenduri (tahlil) atau kerja kahwin (jemputan), jangan terkejut jika kita akan dibekalkan dengan bonchrot aka berkat yakni sumbangan (biasanya makanan ringan atau lauk pauk yang dibungkus) tuan rumah kepada setiap tetamu yang hadir seusai tetamu tadi selesai makan dan mahu berangkat pulang.

Kita sebagai tetamu, sudah siap sedia dengan sampul berisi wang didalam genggaman tangan. Apabila bersalaman sahaja dengan tuan rumah, sampul tadi akan berpindah milik. Jangan pula ditarik semula sampul tadi. Tuan rumah pula akan membekalkan kita bonchrot seorang satu. selepas itu, baliklah!

Tujuan bonchrot aka berkat itu adalah sebagai menghargai tetamu yang hadir. Sebagai ucapan terima kasih tuan rumah kepada tetamu yang sudi meluangkan masa untuk menjamu selera di kerja kahwinnya. Sebagai mempamerkan rasa hormat tuan rumah kepada tetamu-tetamunya. Sebagai pengerat silaturahim tuan rumah dan tetamunya. Inilah antara keistimewaan masyarakat Jawa. Hanya masyarakat Jawa sajalah yang mengamalkan bonchrot aka berkat ini.

Seperkara yang telah merubah skema pemikiran saya ialah, pada satu malam, saya berempat bersama orang rumah, adik ipar dan ibu mertua (ku) melalui jalan pontian-kukup, setibanya kami di hadapan sebuah sekolah cina, lalulintas sedikit sesak. Kami memperlahankan kenderaan. Ramai kaum cina baru keluar dari dalam sekolah.

"Cina-cina ni, buat apa ni?"

"Kenduri kahwin ke apa ni?"

"Eh, pelik juga, dia orang balik pun, dapat berkat (bonchrot)?"

"Agaknya cina-cina di sini keturunan jawa agaknya"

"Cina jawa?"

Kami berdekah-dekah ketawa.

Thursday, December 07, 2006

Kata-kata

Pertama kali berkumandang dalam majlis MALAM GEMA BAHASA bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DBP Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Teluk Danga pada 25 November 2006.

untuk mendengar lagu, klik pada ikon 'notation' (play music) pada bar.

Kata-kata

ku tujukan kata-kata ini,
hanya padamu,
dari hujung dunia,
setiap detik dan masa.

ku kaitkan menjadi madah,
kata demi kata,
agar kau tahu,
segala maksudku.

ku bayangkan segala mimpi,
satu demi satu,
walaupun sepi,
tetap membawa erti.

kulukiskan menjadi potret,
warna demi warna,
indah dari peribadi,
seindah warna pelangi.

ku tujukan kata-kata ini,
hanya padamu,
dari hujung dunia,
setiap detik dan masa

sajak: kingbinjai
lagu: gitartong

Saya mencari sajak-sajak yang bertemakan bahasa untuk program malam itu. Maka, terjumpa sajak ini. Sesuai barangkali. Di kesempatan ini saya meminta izin pada tuan punya "kata-kata" untuk dijadikan bahan projek kedua saya (sudah buat baru minta. haha! Sori bro!). Terima kasih.

mereka yang nampak putih saja, silalah ke sini. Kalau tak dapat dengar juga, nanti korang belilah CDnya. Hahaha!

Wednesday, November 29, 2006

memang best!

Kalau aku cakap, korang mesti tak percaya!

Aku tak tipu! Abon pun kata album aku bagus!

Nah! tak percaya lagi??

Rugilah pada mereka yang belum beli..

Mamat yang bertopeng blackmetal tu, entah anak siapa la..

lagi gambar di sini.

Wednesday, November 22, 2006

Program DBPWS minggu ini

Tok R, aku akan berada dalam program yang ketiga di bawah. Jemputlah datang dan bawa sepanduk 'hidup gitartong!'. haha! Orang-orang Johor patut hadir!

PROGRAM AKAN DATANG (BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2006)
UNIT SASTERA DAN BAHASA DBP WILAYAH SELATAN

Maklumat

1. Bicara Sastera

Bersama Sasterawan Negara :

‘Proses Berkarya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said’

25 November 2006 (Sabtu), 8.30 pagi - 10.00 pagi

di Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru.

Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DBP Peringkat Negeri Johor.

2. Dialog Bahasa

‘50 tahun Memartabatkan Bahasa Kebangsaan: Adakah Noktahnya?’

25 November 2006 (Sabtu), 10.00 pagi - 12.30 tengah hari

di Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru.

Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DBP Peringkat Negeri Johor.

- Ahli Panel:

i. Tan Sri Ismail Hussein, Ketua 1 GAPENA.
ii. Dr. Awang Sariyan, Presiden Persatuan Linguistik Malaysia.

3. Gema Puisi Bahasa

(Persembahan Deklamasi dan Lagu Puisi bertemakan bahasa)

25 November 2006 (Sabtu), 8.00 malam - 10.30 malam

di Teluk Danga, Johor Bahru.

Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DBP Peringkat Negeri Johor.

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Prof. Dr. Awang Sariyan dan Dr. Lim Swee Tin selaku tetamu undangan khas mendeklamasikan puisi.

4. Ceritera Bersama Karyawan Sastera Siri 7 / 06 : Sahruddin Manas (Genre Teater)

2 Disember 2006 (Sabtu), 9.00 pagi - 11.00 pagi,

Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru.

- Siri terakhir program Ceritera Bersama Karyawan Sastera DBPWS 2006.

- Menampilkan Sahruddin Manas, penggiat muda yang aktif dan berpotensi dalam bidang teater di Johor.

5. Pementasan Teater Monolog Edisi 4 / 06 : ‘Jiwa Bangsa’

2 - 3 Disember 2006 (Sabtu - Ahad),

Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru.

Tiga pementasan:- 2 Disember 2006, 8.30 malam.- 3 Disember 2006, 3.00 petang dan 8.30 malam.

Sebarang maklumat lanjut, silalah hubungi:

i. Rusdi Abd. Rahman (07-2358802)
ii. Hasrina Baharum (07-2358545)

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sunday, November 19, 2006

maknanya, khalayak aku setujulah tu..

Seusai lagu Membenarkan kebodohan semalam, saya khabarkan pada khalayak saya,

"Tiba-tiba saya teringat Perhimpunan Agung Umno" kata saya.

"Kah! kah! kah!" khalayak saya ketawa kelucuan.

Saya juga, senyum.

Selepas itu baru saya tersadar, kenapa khalayak saya ketawa?

Friday, November 17, 2006

RAPAT

RAPAT GENG JURNAL

Tarikh: 18/11/2006 (Sabtu)

Tempat: Cafe Al'amo, Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Masa: 1 hingga 5 petang

Sempena Geng Jurnal Separuh Dekad

Nantikan kemunculan saya di sana ya!

Wednesday, November 15, 2006

Kacau!

3:31 pagi, 15 November 2006. Malam entah ke berapa, tidur terganggu. Malam di TSP. Seorang. Dada terasa amat menghimpit. Nafas amat singkat. berbunyi-bunyi. Bergetar-getar. Seksa teramat. PC masih bernyala menerangi kamar sepi ini. Teraba-raba mencari pil yang tersembunyi. Jumpa. Ambil sebiji dari dua jenis. Pil dari Penawar Poliklinik. Telan. Paru-paru masih terhimpit. Duduk. Tarik nafas dalam-dalam. Lepas panjang-panjang.

Cuba untuk hilang fokus pada nafas yang sesak, bangun dan taip ini. Di kotak fikir, masih memikirkan tentang esok, "Hari Anugerah Cemerlang SKTSP". Mungkin sedikit cacat jika 'aku' tiada. Tangan berpeluh-peluh, nafas yang sesak sedikit reda. Hampir terasa lapang. Fokus sekarang, menyambung tidur. 3:50 pagi, 15 November 2006.

Monday, November 13, 2006

Tuesday, November 07, 2006

Kau dah makan umpan aku

Malam itu ditangga kafetaria. Ramai yang sudah berkumpul. Berkumpul untuk mendengar bakal pemimpin exco mereka berucap. Untuk mendengar mereka berpidato. Esok hari penentu bagi mereka. Oleh itu, malam ini sehabis baik mereka akan berpidato untuk memancing undi mereka.

Beberapa orang calon, ada yang mula menggeletar, berpeluh-peluh. Tangan masing-masing tersisip skrip ucapan masing-masing. Ditangan aku juga. Bergulung-gulung tebal kertas saiz A4.

Giliran aku hampir yang akhir. Mereka yang sudah selesai, lega. Seolah-olah azab sangat bagi mereka. Tapi boleh tahan juga pidato seorang dua. Nampak ada api keluar dari mulut mereka. Aku tak tahu berpidato, tak tahu nak ‘public speaking’. Tapi aku tak takut di depan khalayak. Mungkin sebab sudah biasa ketika menyanyi. Jadi, aku nekad. Cuba nak buat-buat tahu. Apa yang mulut aku nak sebut, aku sebut. Apa yang terkeluar, itulah yang aku nak sampaikan.

Giliran aku tiba. Melangkah dengan ‘macho’nya ke mikrofon.

Senyap dan sunyi.

“Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan selamat malam”

Aku buka skrip ucapan aku yang bergulung-gulung meleret-leret hingga mencecah ke lantai.

“Waaaahhhhhh!!!!!!! Panjangnya!!!!” Khalayak aku. Ada yang bertepuk tangan.

Aku tersenyum.

“Saya tidak perlukan kertas yang berjela-jela untuk menyampaikan apa yang di citakan.. bla..bla..bla..bla..bla..” Sambil menggulung semula kertas bersaiz A4.

Malam itu, khalayak aku memakan umpan aku..

Lagi, baca: Tokoh Pidato

Saturday, November 04, 2006

Lagi, lagu-lagu sajak!

http://airmas.blogspot.com

Berikut adalah himpunan lagu sajak Airmas_sz (seorang penyair esastera) yang aktif mengarang lagu. Akhirnya, masa yang di nanti pun tiba, dengan ini beliau dengan bangganya mempersembahkan satu CD yang mempunyai koleksi lagu-lagu sajak dari penyair esastera.com,

Album : Sentimen
Artis (kononnya) : Airmas_sz
Sajak-sajak : Anbakri, Airmas_sz, Dahrie, Lintang Sugianto, George Manos, Abdullah Jones.

Semua lagu adalah hasil ciptaan Airmas_sz, manakala sajak yang di jadikan senikatalagu adalah milik penyair yang berbakat dari laman portal www.esastera.com, Lagu-lagu yang terkandung dalam Album ini seperti berikut

Di Palang Ini
-Airmas_sz/Anbakri

Sajak Mentol Seratus Watt
-Airmas_sz/AbdullahJones

Selamat Pagi Ghazy, Bisik Mesiu
-Airmas_sz/Lintang Sugianto

Ainadillah
-Airmas_sz/Lintang Sugianto

Aduhai Peperangan
-Airmas_sz/Dahrie

Sentimen
-Airmas_sz/Airmas_sz

Kau Pilihlah Aku
-Airmas_sz/Airmas_sz

Back To The Rain
-Airmas_sz/George Manos

Membenarkan Kebodohan - Unplugged
-Airmas_sz/AbdullahJones

Dia Rindu (Sajak Lelaki Alfa) - Unplugged
-Airmas_sz/AbdullahJones

Harga yang telah di tetapkan oleh pemegang mohor besar Majlis Raja-Raja Malaysia.

RM 15 (termasuk belanja pos)
RM 10 (Serahan tangan. Bukan dapat tangan, tapi CDnya. Harap maklum)

Untuk membuat tempahan sila masukkan sejumlah wang untuk berapa salinan yang dikehendaki kedalam akaun beliau : PBB 4192345031 selepas itu berikan bukti bayaran secara email ke samsulzakaria@gmail.com atau telepon 012-5644654 untuk penghantaran dengan kadar segera. Kalau boleh nyatakan dengan lengkap alamat untuk penghantaran supaya CD kesayangan anda ini akan sampai kepada tuannya yang sah.

Sekian iklan saya. Sila dapatkan tandatangan gitartong selepas membeli album airmas dengan mengeposnya kepada saya.

Wednesday, November 01, 2006

sampah-sampah kecil

Hampir setiap hari laman rumah bujang saya di TSP, dipenuhi dengan kertas-kertas kecil ini.

Hari ini saya kutip dan buang, esok pasti ada lagi. Kadang-kadang saya sudah tidak larat untuk mengutip dan membuangnya. Tetapi mata pula yang tak sanggup melihat bersepah merata-rata.

Hari ini saya kutip dan letak di sini pula.
Manalah tahu, barangkali ada yang memerlukannya. Haha!

Thursday, October 19, 2006

Hari raya dan tuntutan serba baru

Saya syak, Tok Rimau akan berhari raya di rumah baru berdasarkan kepada entri yang terbaru ditulisnya. Saya cuma syak sahaja, oleh kerana sebab itulah agaknya beliau mempelawa saya dan isteri untuk berkunjung ke rumahnya pada hari raya nanti.

Hari raya ini mungkin menjadi hari raya yang amat bermakna bagi beliau kerana persekitarannya mungkin amat berbeza berbanding hari raya sebelumnya. Menjadi fitrah manusia, perkara ‘baru’ itu adalah menggembirakan dan akan menjadi kenangan pada diri kita.

Rumah ‘baru’ mertua di Telok Kerang, Pontian, siap sepenuhnya lanjutan dari majlis perkahwinan kami pada April lalu. Rumah ‘baru’ ini perlu pengisian. Pengisian batin dan zahirnya. Agar isinya nanti tidak kosong dan tidak memberi makna apa-apa, maka, apa yang terlarat, kami mengambil inisiatif untuk mendekorasi.

Kadangkala terfikir jua, mengapa hari raya perlu diisi dengan benda baru? Setiap kali hari raya, kita berhabisan ratusan malah ribuan ringgit untuk berbelanja. Dinding tidak sekotor mana, tetapi kita membeli cat baru. Langsir tidak seburuk mana, kita tempah langsir baru. Perabot tidak sehodoh mana, kita ganti perabot baru. Hinggakan konsep hari raya ini telah di ‘set’ ke dalam kotak fikir bahawasanya, hari raya itu, mesti ‘baru’.

Saya ‘baru’ kali pertama berhari raya dengan isteri ‘baru’ (baru?). Seperti tok rimau, saya juga ghairah. Tahun ini juga pertama kali saya berhari raya di rumah ‘baru’ mertua yang dindingnya bercat ‘baru’, perabotnya ‘baru’, langsirnya ‘baru’ dan beberapa perhiasan dinding yang ‘baru’. Ini adalah pengalaman ‘baru’ saya yang mungkin menjadi kenangan ‘baru’ juga.

Istilah ‘baru’ di sini sebenarnya adalah tuntutan. Kami bukan sewenang-wenang untuk membuat pembaziran kerana untuk menyambut hari raya semata-mata, tetapi keadaan zahir rumah ‘baru’ mertua saya yang memerlukan tuntutan ‘baru’. Berbanding keadaan sebelumnya, sudahlah perabot lama memang tak banyak, ada pula yang rosak. Maklumlah rumah kampung. Mana yang termampu, kami ganti, baiki dan beli.

Ya. Setiap hari yang kita lalui adalah hari ‘baru’. Oleh itu terserah kepada kita untuk bijak menjadikan hari ‘baru’ itu lebih bermakna, bermanfaat, menjadi kenangan dan sejarahnya sendiri. Hari raya ini mungkin tidak seperti hari raya-hari raya sebelumnya kerana; hari raya ini ialah hari raya yang ‘baru’!

Sempena hari raya yang ‘baru’ ini. Saya ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini. Terima kasih kerana mengunjung sesuailah dengan konsep raya. Maaf, tiada kuih raya. Haha!

Jemputlah datang ke 8A, Kg Timur Laut, Telok Kerang, 82020, Pontian, Johor DT untuk melihat sofa ‘baru’ saya. Haha!

*Kepada Fatin, pembantu prasekolah orang rumah saya yang rajin jengok blog ini, jemputlah datang rumah ye.

Monday, October 16, 2006

Friday, October 13, 2006

Profesional atau tidak?

Adakah panggilan jenis ini di kategorikan panggilan yang tidak profesional?

Ring.. ring.. ring.. Nokia saya. Capai telefon, nombornya, asing.

"Hello" Saya.

"Hello, Assalammualaikum." Seseorang lelaki yang tidak dikenali identitinya.

"Waalaikumusalam." Jawab saya.

"Boleh saya bercakap dengan Encik Nizam Rusli?" Suara lelaki yang berpic tinggi itu bertanya.

"Ya, ya, bercakap. Siapa ni?" Saya, dengan garaunya.

"Saya Inspektor dari Balai Polis (apa entah, lupa pula)" kata lelaki yang suaranya berpic tinggi itu.

"Ya, ada apa?" Saya, musykil.

"Encik Nizam ada buat album ya?" kata Inspektor dari balai polis yang saya lupa tempatnya dan suaranya yang berpic tinggi itu.

"Ya. kenapa?" dalam hati berkata, dia ni nak beli ke?

"Encik Nizam ni, buat album, ada lesen ke?" Tanya Inspektor yang saya sangkakan nak jadi pembeli album saya.

"Eh? eh? kenapa?" sedikit cuak.

"Kalau takde lesen boleh kena tangkap dan dakwa ni" Kata Inspektor yang suara berpic tinggi dan yang hendak menangkap saya itu.

"Perlu lesen ke?" Suara saya sudah keras. Darah sudah panas. menunggu masa untuk memaki!

"Hahahahahahaha!.. ini akulah Blackpurple! aku nak bagitahu, aku dah masukkan duit dalam akaun kaulah. Hahaha!" Kata Blackpurple.

"Cis! siut la kau! Nasib baik tak kena maki aku" Saya.

*Sampai hari ini, saya tidak berpuas hati dengan Blackpurple! Cis! terkena aku.

CD untuk kau black, dah pos. tunggu depan opis kau ye. Terima kasih kerana menyokong. Baca versi blackpurple

Tuesday, October 10, 2006

Batal tak?

Memasukkan asap ke dalam rongga yang terbuka, boleh membatalkan puasakah?

JB: Indeks IPU
2 hari lepas: 130
semalam: 140
Hari ini agaknya 150.

Tahniah kepada mereka telah membuat pembakaran terbuka. Terima kasih kerana mengundang jerebu.

lagi: Jiran tetangga yang kita suka dan Jerebu melanda

Pss.. kawan saya yang seorang ini pun nak terbit album jugalah!. Sama-sama nantikan! Hidup lagu sajak! wow!

Thursday, October 05, 2006

Sshhh.. Jangan cakap kuat-kuat.. sshh

pregnancy calendar

Telinganya menangkap sesuatu. Dia cuba perhalusi. Indah sungguh irama itu padanya dan dirasakan suara itu amat merdu baginya. Alunan suara itu membuai-buai dalam tidurnya. Ternyata melodi ini telah menawan hatinya. Lagu apakah ini?

Inu (dipetik dari album sajak gitartong)

"Ooo.. patut pun sedap! lagu abah ye?"

pregnancy week by week

Harus ingat itu ya tuan-tuan dan puan-puan. Tengok betul-betul. Teeeengok betul-betul! 14 minggu 4 hari lagi saya nak jadi bapak! yeyeh!

Oh ya! Selamat Hari Lahir buat ibunya hari ini!

*CD sajak gitartong untuk Dahrie dan Bukunota dalam perjalanan. Sila khabarkan jika ianya telah tiba. Terima kasih kerana menyokong gitartong. HIDUP LAGU SAJAK UNTUK NEGARA!

Thursday, September 28, 2006

Esoknya puasa

Gambar sekadar hiasan. Saya meng'google' Ekspres Mayang Sari untuk cari gambarnya, tak jumpa pula.

Perjalanan dari Pontian ke Kuala Lumpur dengan pengangkutan awam memang memenatkan dan panjang berbanding memulakan perjalanan dari Stesen Bas Larkin. Secepat-cepat tiba pun mesti lebih dari lima jam.

Dengan harga tiket Ekspress Mayang Sari (Pontian) kurang lima ringgit dari harga tiket di Stesen Larkin, adalah lebih menjimatkan dan kebiasaannya bas hanya akan keluar ke lebuhraya di Tangkak. Bagi menyahut seruan kerajaan, saya memilih menaiki kenderaan awam berbanding menggunakan BMW atau Mercedes Benz mewah milik saya

Hati teruja kerana 1 Ramadhan ini, dapat disambut bersama keluarga di Kuala Lumpur. Ibu di rumah pastinya tersenyum riang tatkala saya mengkhabar rindu melalui telefon yang saya akan pulang untuk menyambut 1 Ramadhan yang juga menjadi cuti umum di Johor.

Mereka yang bertugas pada 1 Ramadhan di negeri-negeri lain, pastinya merasa cemburu kerana pada hari kedua berpuasa, (cuti ditunda ke hari isnin kerana ahad memang hari bercuti) mereka terpaksa bekerja. Tahniah dari saya.

10.15 pagi bas bertolak mengikut jadualnya. Mungkin ini bas yang terakhir yang saya dan isteri naiki dalam tempoh isteri yang semakin hari semakin sarat hamil.

Selepas ini, mungkin kami tidak boleh menaiki bas lagi memandangkan fizikalnya yang semakin memboyot. Kalau terberanak dalam bas nanti, tak pasal-pasal pula saya yang jadi bidannya. Lagipun, apalah gunanya kereta mewah jika tidak dipandu di lebuhraya. Ha ha!

Bas akhirnya tiba di persimpangan Jalan Hang Tuah-DBP melalui Jalan Loke Yew. Jam di telefon bimbit menunjukkan 1623. Hujan di petang sabtu itu amat lebat. Angin menderu kencang. Jalan Hang Tuah sesak.

Pesta lampu-lampu brek seakan menarik dalam kabut hujan. Radio dari dalam bas memberitakan Jalan Tun Sambathan berhampiran Balai Polisnya telah dinaiki air. Perjalanan yang semakin pendek, terganggu dengan kesesakan ini.

Saya sudah mula rimas. Apatah lagi orang lain. Sudahlah melalui perjalanan yang panjang, terperangkap pula dalam kesesakan ini. Datang ilham saya, tak perlu teruskan perjalanan yang menyeksakan ini ke Puduraya.

Saya mengambil keputusan untuk turun di Stesen Monorel Hang Tuah supaya dapat menaiki LRT di Stesen Hang Tuah untuk ke Stesen Bandar Tun Razak.

Hujan masih lebat. Jarak ke Stesen Monorel, lebih dari 15 meter. Jalan masih sesak. Bergerak perlahan. Saya ke hadapan bas. Isteri menyusul kemudian. Belakang isteri saya ada seorang lagi lelaki.

“Bang, turunkan kami di Stesen Monorel di depan tu.” Sambil tersenyum kepada pemandu yang lebih muda atau sebaya saya agaknya. Tapi dia tidak pandang pun senyuman saya.

Pemandu terus membuka pintu. Barangkali dia suruh turun ketika itu. Memang hanya beberapa langkah yang pantas atau berlari-lari anak, pastinya akan sampai. Tetapi bagi seorang lelaki yang gagah dan kacak seperti saya, tidak bagi seorang wanita yang hamil.

Terutamanya ketika hujan lebat sebegini. Saya tidak turun. Masih berdiri di atas tangga dan berharap pemandu berhenti di tempat yang lebih teduh.

Bas dapat bergerak. Terus melepasi tempat yang berteduh tanpa memberhentikannya. Pemandu terus menutup pintu bas.

Dalam hatinya mungkin berkata, “Aku sudah buka pintu tadi, tak nak turun pulak. Tak nampak jalan jammed ni?”

Darah saya terus mendidih tidak semena-mena. Berasap dan berapi-api.

“Takkan engkau nak suruh aku redah dalam hujan yang lebat tadi tu?? Hah?” Saya sudah hilang waras. Suara terus meninggi. Sudah tidak peduli orang lain.

“Kenapa engkau zalim sangat tak nak turunkan kat tempat yang teduh sikit. Bodohlah engkau!” Maki saya. Penumpang-penumpang lain terkebil-kebil. Isteri mencuit lengan. “Sudahlah.” Katanya.

Yang menambah kegeraman saya ialah melihat muka pemandu itu yang seperti orang yang tak faham apa-apa. Muka bodoh saja. Saya sudah mengepal tangan. Mengigil-gigil.

Sumpah seranah apa yang saya tidak keluarkan. Bodoh, Sial, Celaka, semua saya sebut. Tapi tidak pula dia menjawab sesuatu. Jika tidak memang terlepas juga genggaman saya kemukanya.

“Sial punya manusia. Aku rasa aku nak tumbuk aje muka kau” Sebutan saya jelas dan keras. Tetapi pemandu itu boleh tahan dengan makian itu. Muka dia selamba tanpa ada perasaan langsung. Tidak tahulah manusia jenis apa ini.

“Sudahlah bang. Jomlah duduk balik” Sang isteri memujuk. Saya masih mengetap bibir.

Setelah bas dapat melepasi lampu isyarat di Penjara Pudu itu, terus menghala ke Puduraya. Saya masih di tangga. Tak puas hati. Ketika bas hampir menghampiri Hotel Swish Garden, pemandu tiba-tiba memberhentikan bas. Deruan enjin berbunyi pelik.

Dengan segera pemandu membuka bahagian enjin bas untuk melihat punca kerosakan. Saya memberi isyarat kepada isteri yang sudah duduk semula tadi untuk turun.

“Bas ini akan sampai ke Puduraya lagi dua jam. Rosak pulak” kata saya pada isteri. Kata-kata itu sebenarnya ditujukan kepada pemandunya.

Kami turun dan melintas jalan. Hujan masih renyai. Jalan ke Puduraya masih berpesta lampu brek. Jalannya basah. Air mengalir deras ke saluran.

Seorang lelaki berbeg besar bersama seorang isteri sarat mengandung melambai-lambai ke arah teksi yang menghala ke arah mereka. Bas Ekspres Mayang Sari yang berwarna merah masih terkejung di bahu jalan dengan lampu isyarat kedua-dua belahnya berkelip-kelip.

“Padan muka. Kau berdosa dengan aku dan bini aku.” Dalam hati saya.
*beli album demo klik

Tuesday, September 26, 2006

Ramadhan 1427H

Jangan tersedak-sedak ketika mandi di bilik air dan..
Jangan sampai di angkut van jenazah!

Selamat berpuasa kepada semua pengunjung.

http://www.islam.gov.my/portal/puasa.php

Thursday, September 21, 2006

Derhakakah?

Rasa berdosa teramat sangat saya apabila, sebagai seorang anak tidak menyedari hari ini genap sudah lapan tahun bapanya meninggalkan dunia. Astaghfirullah!

Sehinggalah adik yang prihatin menulis di kotak chatbox saya. Terima kasih linggopoh.

Alfatihah buat arwah abah. Ampunkan dosa anakmu ini. Semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Pss.. CD untuk bluecherry dan Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar (E-sastera) telah di pos. Sila tunggu posmen di depan rumah anda..

Wednesday, September 13, 2006

Kacakkah?

Saya berceloteh panjang lebar bercerita tentang album demo saya kepada seorang gadis awal 20an yang bakal menjadi mangsa kepada pembeli album demo ini semasa pelancarannya di Pertandingan Lagu Puisi Berkumpulan Negeri Johor anjuran DBP Wilayah Selatan baru-baru ini.

Saya tabur pelbagai kata-kata manis dan racun bisa agar beliau tertarik dengan lagu-lagu sajak saya. Tidak cukup dengan itu, saya mainkan pada CD player pula lagu-lagunya, sambil bercerita pula tentang proses menggubah muziknya. Yang menjadikan saya bersungguh mempromosikannya, adalah kerana rasa minat yang ditunjukkan.

Gadis ini lebih banyak mengangguk dan meng'mmm' sahaja. cuma sesekali terkeluar beberapa patah kata.

Terpacul satu soalan yang membuatkan saya rasa kecewa dan bersedih hati,

"Kenapa dalam cover album ini takde gambar abang?"

*ceh!

Namun untuk tidak mengaku kalah,

"Abang terlalu kacak untuk diletakkan gambarnya dalam album ini. Bukan tarafnya!"

*apalah budak ini.. (dalam hati)

*Tamat*

Pss.. gitartong mungkin akan mengiklan album pada Pertandingan Nyanyian Solo Guru-Guru Negeri Johor (PSKPP) di Muar pada sabtu bersamaan 16 Sept 2006 dan di Majlis Penyampaian Hadiah Penulisan Wilayah Selatan di Hotel Seri Malaysia, JB pada ahad bersamaan 17 Sept 2006. Insyaallah. Jemputlah datang. Beli album. Ajak adik-beradik anda semua. Pakat beli ramai-ramai. Haha!

Beli album klik sini. CD album untuk Kingbinjai telah di pos dan dalam perjalanan. Terima kasih kerana menyokong.

Thursday, September 07, 2006

Finale

(cover album oleh sinaganaga.blogspot.com)
Artis: gitartong.blogspot.com
Tajuk: Balada minah memulas mesin masa

Lagu-lagu:
1. Balada minah memulas mesin masa
2. Menambat rakit
3. Bumi Sendiri
4. Membenarkan kebodohan
5. Tragedi satu pagi (unplugged)
6. FARAQSTIKA
7. Dibawah langit tanpa hujung (live)
8. Mahligai duka (live)
9. Inu
10. Tragedi satu pagi

Akhirnya! setelah hampir berputus nyawa, album demo ini dapat jua di siapkan. Akan saya ceritakan kelak derita ketika proses menerbitkannya. Untuk entri ini biar saya cerita proses membelinya kepada yang berminat. Haha!

Harga online: RM 10.00+ RM5.00 (sampul pos ekspress)
Harga beli tangan: RM 10.00

Apa yang istimewa kepada pembeli online??

Ya, ada hadiah istimewa kepada pembeli-pembeli online. Mereka bukan sahaja mendapat CD album gitartong, malah menerima sebuah kaset RealXPDC live secara percuma!

Langkah satu: Simpan nombor akaun maybank saya ini: 151306667720. Masukkan jumlah wang yang sepatutnya sebagai pembeli online.

Langkah kedua: Hubungi saya dan maklumkan yang anda telah memasukkan sejumlah wang kedalam akaun saya dengan cara meng'email' atau sms:0197885624 (panggilan profesional sahaja akan dilayan)

Langkah ketiga: Tunggu posmen di depan rumah anda setiap hari (saya akan memaklumkan kepada anda jika CD anda telah di pos)

Mudahnya!

Undangan ke:

PERTANDINGAN LAGU PUISI BERKUMPULAN NEGERI JOHOR 2006

pada :
10 September 2006 (Ahad)

masa :
2.30 petang - 5.00 petang

tempat :
Auditorium JOTIC, Bangunan JOTIC,
Jalan Ayer Molek, Johor Bahru.

Gitartong (saya) buat review album di situ. Jangan lupa datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan suasana dan membeli album saya. Haha!
*CD percuma kepada penulis-penulis puisi album gitartong. Minta kerjasama untuk mengemail alamat tuan-tuan kepada saya.

Tuesday, August 29, 2006

Masih dalam perasaan bercuti

Terima kasih saya kepada ucapan tahniah yang berlambak-lambak. Juga kepada tips, nasihat serta petua-petua yang diturunkan. Hati saya ketika ini masih dalam perasaan bercuti. Oleh itu, saya jadi malas kepada banyak perkara. Terima kasih juga kepada pengunjung dan pembaca blog ini yang tak bosan-bosan me'refresh' link ini kerana ternanti-nanti cerita baru. Saya turut mendoakan kejayaan anda juga.

Tahniah Siti dan Datok K..

Thursday, August 17, 2006

Eh, dia gerakkk!

"Ayang rasa-rasalah agaknya dia tengah buat apa?"

"Rasanya dia tengah baca buku tu, nampak tak dia pegang buku"

"Hiissshh! mana pulak, dia tengah nyanyi sambil main gitar tu. Hehe".

"Ehh, tengokkk! tengokkk! dia bergerakkk-gerakkklahhh!!!"

"Relaklah bang, jangan excited sangat"

*gulp (tutup mulut)

Pss.. mana tak excited, pengalaman pertama, tak sangka baru tiga nak masuk empat bulan, panjang baru 8 cm, nak aktif kat dalam tu. Saja je nak tunjuk dengan mak bapaknya. Alhamdulillah..

Soalan kuiz hari ini:

Apakah penalti yang sesuai untuk Sharifah Amani?

A. Tulis seribu perkataan "saya tidak akan menghina Bahasa Melayu lagi"
B. Tulis karangan dalam Bahasa Melayu sepanjang 1000 patah perkataan.
C. Berdiri atas kerusi sampai habis kelas.
D. Pukul tapak tangan dengan pembaris.

Tuesday, August 15, 2006

Strategi berpusatkan murid

Kelas 3 Pintar sedikit hingar-bingar seketika, barangkali ujian sains itu terlalu mudah bagi mereka. Ramai yang dapat menyelesaikannya dengan cepat dan mengambil kesempatan berbual dan bermain tatkala saya sedang khusyuk mengemaskini RPH di hadapan kelas.

Saya di hadapan kelas sedikit terganggu dengan situasi ini dan mungkin juga mengganggu murid lain yang belum siap. Penat sudah saya menegur dalam keadaan lembut hinggalah meninggikan suara. Sekejap sahaja senyapnya.

"Berapa orang yang sudah siap? sila angkat tangan" masa yang diperuntukkan ada lagi kurang dari setengah jam. Hampir kesemuanya sudah siap.

"Baiklah, kita main satu permainan."murid-murid seakan berteriak.

"Yey!"

"Permainannya mudah, sesiapa yang dapat bertahan lama dengan meletakkan kepalanya di atas meja (sambil berdemonstrasikannya) dan tanpa ada sebarang bunyi, dialah pemenang permainan ini."

*senyap*

Soalan kuiz minggu ini: Bahasa Melayu (penulisan) Tahun 2.
Bahagian B
Tulis satu cerita berdasarkan turutan gambar. (30 markah)

Thursday, August 10, 2006

Modul, modul, modul! panas!

Setelah berhempas pulas (didesak dengan keras oleh book. Haha!) akhirnya dapat juga saya menyiapkan MODUL PEMBELAJARAN CAKEWALK SONAR 3 PRODUCER EDITION. Modul ini di khususkan kepada mereka yang berminat dalam menggubah lagu. Fokusnya adalah kepada muzik MIDI. Satu-satunya modul pembelajaran yang menggunakan hampir 100% bahasa melayu (maaf, ada beberapa istilah yang tidak dapat saya melayukan)

Modul ini telah di pertingkatkan daripada versi asalnya iaitu, Sonar 2 oleh En. Isa Bin Amri yang juga merupakan tuan guru saya. Ada beberapa penambahbaikan, dengan kaedah-kaedah yang jelas dan mudah. Bagaimanapun, modul ini tidaklah berfokus kepada mempelajari penggunaan perisian sonar 3 ini, tetapi lebih kepada aplikasi menggubah lagu. Selagi anda rajin meng'explore' lebih banyak pengetahuan yang dimiliki.

Apakah sasaran saya?

Saya mensasarkan modul pembelajaran ini kepada sesiapa sahaja yang mempunyai latar belakang muzik dalam menggubah serta menghasilkan muzik menggunakan teknologi. Juga kepada guru-guru muzik yang berminat dengan aplikasi ini. Asalkan anda sanggup mentelaahnya, nescaya anda akan gembira jika dapat menguasai aplikasi ini.

Apakah teknologi yang diperlukan?

Anda ada komputer? (beserta soundcard? Takkan komputer anda bisu? Haha!) Anda ada MIDI cable? (di plaza low yat-harganya cuma RM 15) dan anda ada kibod? (mesti ada MIDI port) sudah membuatkan anda bangga kerana mempunyai studio sendiri. Tidak perlu membazir wang untuk ke studio rakaman dan berbelanja besar untuk menggubah. Cukup sekadar di depan komputer (dengar hasil-hasil rakaman saya).

Perincian modul SONAR 3 PRODUCER EDITION ini.

*Mukadimah
1. Pendahuluan
2. Rasional
3. Objektif
4. Perkakasan

Modul 1: Pemasangan Kabel MIDI Y dan perisian Cakewalk Sonar 3 Producer Edition
1.1 Pemasangan Kabel MIDI
1.2 ‘Set up’ Sonar 3
1.3 Memulakan projek

Modul 2: Gubahan Muzik MIDI (minus one)
2.1 Prosedur
2.2 Rakaman Drums
2.3 Rakaman Intro
2.4 Rakaman Penutup
2.5 Rakaman Piano
2.6 Rakaman Bass
2.7 Penambahan Variasi Lagu

Modul 3: Mengadun bunyi (mastering)
3.1 Mengadun bunyi
3.2 Menyimpan fail MIDI
3.3 Menukar format WAVE (perisian soundforge)

Bukan 1 atau 2 tetapi 3 modul. Kuatkan semangat untuk mentelaah. Asah bakat menggubah anda. Mana tahu, nama anda kelak setaraf Beethoven atau Mozart. Asalkan anda mahu, pasti akan berjaya.

FAQ: Bagaimanakah saya hendak mendapatkannya?

Email saya di nizam_rusli[at]yahoo[dot]com. Fail modul ini terdapat dalam format Microsoft Word. Saya akan letak sebagai attachment dalam email anda. Jika anda mahu dalam kertas pun, saya boleh wujudkan. Sebagai tanda menghargai hasil penat lelah, bersengkang mata dan sifat profesionalisme dalam menulis modul ini, saya letakkan harga promosi iaitu RM 20.00 bagi modul yang menggunakan kertas dan RM 15.00 bagi pembeli yang menggunakan email.

FAQ: Bagaimana pula saya hendak membayar?

Terus ke akaun maybank saya iaitu 151306667720. Gunakan email atau khidmat pesanan ringkas ke talian 0197885624 (untuk mengurat, tidak akan dilayan) mengkhabarkan yang anda telah memasukkan sejumlah wang ke akaun itu. Berurusanlah secara profesional. Semoga apa yang kita inginkan tercapai dan kita mendapat keberkatan dariNya. Insyaallah.

Ps.. hadiah untuk book, modul percuma untuk beliau. Selamat bernasyid untuk beliau.

Wednesday, August 09, 2006

Ya, bijak!

Murid-murid lelaki Tahun 6 Arif (kelas paling hadapan) memprotes dengan bermain bola di dalam kelas mereka semasa ketiadaan guru. Mereka akhirnya disergah oleh GPK HEM. Setelah dibebel, maka mereka pun senyap dan menumpu kepada buku.

GPK HEM menyebut hal ini di dalam mesyuarat guru. Menanyakan apakah yang membuatkan hal ini berlaku. Sebuah kelas yang menempatkan kalangan murid yang bijak pandai, sudah tidak mampu mengawal diri masing-masing semasa ketiadaan guru.

Maka, ramailah yang merespon:

“Mereka ini dahagakan permainan”

“Mereka terlalu tertumpu kepada pelajaran”

“Waktu Pendidikan Jasmani tidak diajar, ajar matapelajaran lain”

“Sudah sifat budak, suka bermain. Masa bermain wajarlah beri mereka main”

Maka, GPK HEM selepas itu memutuskan agar matapelajaran P.Jasmani haruslah diajar. Walau malas sebagaimanapun, berilah bolasepak sebiji, biarkanlah mereka bermain.

Dalam hati saya,

“bagus! lepas ini aku nak suruh murid 6 Arif menyanyi dengan memekak di dalam kelas pula semasa cikgu takde. Ha ha ha!”

Soalan kuiz minggu ini: Tahun 3

Susun perkataan berikut agar menjadi ayat yang betul.

menerima anugerah melayu layak lelaki pelakon Khairy terbaik

Friday, August 04, 2006

Dari Israel Dengan Cinta

Dari Israel Dengan Cinta
(Supaya Kalian Bisa Tersenyum)

Kamilah bangsa yang mampu
Tersenyum pada mentari
Sewaktu anak-anak kami
Sibuk mengeja cinta
Buat tatapan kalian
Sebelum dibunuh kami.

Terbakarlah kalian dalam pijar cinta
Sebelum suram membunuh siang
Dan supaya
Rembang malam nanti
Kami bisa menghitung
Nyawa-nyawa yang berlari
Dengan jari-jari kami.

Sajak: Hafeziftiqar (Penyair E-sastera)
Normanby Road, 2 Ogos 2006,
10.00 pm, Australia.
Tiada daya melainkan dengan izin Allah.
Selamatkan saudara kami.

Lagu: gitartong

lagu barunya di sebelah. Saya cuba letak di entri tapi terlalu lambat di'loading'

Pss.. Oleh kerana saudara AJ amat meminati dan mengkagumi Iwan Fals maka saya cuba membuat lagu ala-ala itu agar AJ terus meminati saya. haha!

dengar lagunya di http://www.bolt.com/gitartong/audio/1832473

Tuesday, August 01, 2006

'Alur Sesat'

Saya tanya,"Apa dia 'Alur Sesat' tu? aku hanya tahu satu 'alur' je. Ha ha!" seloroh saya pada tok rimau sambil melangkah tangga ke balai seminar DBPWS malam tu.

Saya faham akan kedaifan ruang pentas di balai seminar DBPWS itu. Dengan ruang yang terhad, teater mini sebeginilah selayaknya. Berkonsepkan monolog, ruang jadi terhad, pelakon juga terhad tetapi tidak menghadkan kreativiti persembahan.

Saya yang buta teater, terpesona dengan pemegang watak Tuan Syeikh. Seorang tokoh agama yang mengangkat dirinya semulia wali. Bertemakan sebuah kisah ajaran sesat, teater monolog kali ini berjaya meletakkan kualitinya sendiri. Sarat dengan isu-isu yang diangkat secara sinis dan menginsafkan.

Saya tidak pandai mengulas persembahan teater kerana kurang ilmunya. Atas kerana minat, saya turun juga untuk menonton. Cuma apa yang mengganggu khalayak sebenarnya ialah dua tiang sebesar pemeluk (tiang utama bangunan) yang berada di tengah-tengah balai seminar itu. Oleh kerana duduknya kami di lantai, boleh saja beranjak-anjak ke kiri atau ke kanan untuk melihat aksi pelakon.

Selesai menonton, kami minum-minum di restoran berhampiran.

"Sepatutnya tiang yang mengganggu itu digunakan oleh pelakon sebagai props atau set pentas. Berjasa juga ia dalam persembahan tadi" kata tok rimau.

"Betul tok, sepatutnya mereka pasangkan baju ketat dan 'skirt'" tambah saya.

Kuiz Uji Minda minggu ini

Siapa yang boleh bantu Siti untuk mencari jalan keluar?

Wednesday, July 26, 2006

Sila

Sila ucap tahniah pada saya kerana saya menerima seorang lagi anak buah hari ini.

"ha ha ha!"

Tahniah pada linggopoh kerana menjadi bapa hari ini..

"Bravo! bravo!"

Tahniah buat kelahiran Iman Auni Nafeesya!

"Wow! cantiknya nama!"

dan saya yang semakin meninggalkan alam 20an, seperti mahu kembali ke dunia remaja..

Monday, July 24, 2006

Nasib akak la..

Marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Itulah perumpamaan tepat yang boleh dikatakan apabila pagi tadi, akak(pengusaha kantin) mengomel tentang surat daripada pentadbir agar dapat menghentikan penjualan air Nutrigen di kantin sekolah apabila banyak botol-botol didapati telah menyumbatkan saluran tandas.

Saya teringat iklan di TV,

"Pimpinlah kanak-kanak melintas jalan kerana kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tidak ada koordinasi mata dan kelajuan kenderaan, ini menyukarkan kanak-kanak menganggar kelajuan kenderaan. Anda mampu mengubahnya." kata TV.

Kata saya, "Eh? yang sepatutnya diajar, pemandunyalah?"

Monday, July 17, 2006

Membancuh lagu

Seperti juga seorang tukang masak yang profesional, telah sedia faham apakah resepi bagi menggoreng mee. Misalnya memerlukan bahan-bahan asas yang penting seperti sayur taugeh, tauhu, telur dan bahan-bahan perencah lain. Bagi menambah keunikkan dan identiti sendiri bagi tukang masak, mungkin ada resepi-resepi tertentu yang dapat menambah kesedapan mee yang digoreng.

Juga bahan makanan lain. Yang penting bahan asas perlu ada sebelum memasak. Contoh lain, sate lawannya kuah kacang. Lontong lawannya kuah gulai, roti jala lawannya kuah kari dan sebagainya. Kalau ada yang nak makan sate dengan kuah karipun, apa salahnya.

Dalam proses membancuh lagu, telah tersimpan ‘pengetahuan sedia ada’ dalam skema pemikiran kita, setiap genre atau jenis muzik itu, memerlukan instrumen-instrumen tertentu bagi melengkapkan jenis lagu yang dibancuh. Contoh, rock lawannya gitar eletrik(distortion), marching lawannya brass, waltz lawannya akordion, inang lawannya gendang, masri lawannya gambus dan sebagainya.

Walaupun sebenarnya kita tidak harus terikat kepada semua identiti diatas, instrumen-instrumen lain yang bersesuaian membentuk identiti genre muzik yang kita inginkan. Kalau nak guna suara katak panggil hujan pun apa salahnya. Bagi menjadikan ianya unik, kreatif dan beridentiti sendiri terserah kepada penggubahnya. Idea yang bernas sukar diramal bila ianya akan muncul.

Fokus saya seterusnya ialah kepada penciptaan lagu terbaru yang berjudul balada minah memulas mesin masa bagi menerangkan proses bancuhan.

Saya meletakkan verse pertama bagi menjadikan lagu ini sebagai intro. Selalunya saya menyiapkan muzik bagi lagu secara berperingkat-peringkat bermula dengan intro, verse, 2nd verse, chorus, coda(jika ada) dan ending. Dengan kemudahan software sonar 3 version producer edition, kibod, midi cable dan komputer, saya bebas memilih instrumen yang sesuai daripada patch yang disediakan.

Disini, kemahiran bermain kibod diperlukan walaupun hanya peringkat asas (walaupun Tuhan menganugerahkan kedua-dua belah tangan tapi masih guna satu tangan) sudah memadai. Pada sonar 3, 16 track (memang selalunya) disediakan bagi memuatkan 16 jenis instrumen. Saya menggunakan bunyi piano sebagai muzik guide untuk permulaan lagu dan diikuti bunyi dari instrumen lain melengkapkan verse pertama lagu.

Vokal guide juga saya masukkan (rakam guna mic di audio track juga pada sonar). Tapi tidak digunapakai (sekadar guide). Proses membancuh muzik ini memakan masa sekurang-kurangnya 3 hari. Dalam proses inilah, saya memilih instrumen-instrumen yang sesuai, drum pattern yang sesuai bagi keseluruhan struktur lagu. Proses inilah terhasilnya kadang-kadang idea yang baik dan pelik.

Kadang-kadang ada track yang hanya kecil peranannya dalam lagu. Kadang-kadang juga ada track yang perlu diulang-ulang. Copy and paste sajalah! Kadang-kadang ada part yang sudah dibuat perlu diedit semula. Ada part yang perlu di transpose dan kadang-kadang saya tertidur kerana terlalu mengulang-ulang bahagian yang sama (penatlah tu..)

Jika saya mampu menghadap dengan khusyuk dan tekun, dan selewat-lewatnya, hari kelima muzik pun siap. Baru siap muziknya. Vokal belum lagi. Oleh itu, nantikan pula cerita saya dalam proses memasukkan vokal kerana saya sudah tidak berkesempatan menulisnya di sini (ada tugas lainlah! Bukan malas..)

Akan datang..

“Suara saya tak berapa baik hari ini, oleh itu saya harap awak semua tidak banyak bercakap dan membuat bising kerana saya tidak dapat bersuara dengan kuat” kata cikgu Nizam sebelum memulakan pengajarannya pada hari itu di kelas Dua Pintar. Beliau…

Lampiran

Sonar 3 Pruducer Edition. Khabarnya sudah Versi 5

Midi track untuk Balada Minah Memulas Mesin Masa

Track audio vokal untuk lagu ini. Banyak tu, berlapis-lapis..

Patch.. (Koleksi bunyi-bunyian)

Ps.. Agaknya saya sudah rindu buat assignment la..

Thursday, July 13, 2006

Nak kord lagu ya?

Bagi memuaskan hati mereka yang mencari kord lagu atau kord gitar di dalam blog saya ini, maka saya selitkan beberapa buah lagu dibawah beserta kordnya sekali. Mudah-mudahan membantu kalian. Saya tidak mahu anda kecewa kerana tidak berjumpa sebarang kord lagu pun disini. Saya jenis manusia yang tak berkira sangat. Ambillah.

Anak Itik Tok Wi

C G7
Anak itik Tok Wi mandi dalam kolam
G7 C
Sakit apa Tok Wi sakit sendi tulang
C G7
Ubat apa Tok Wi Ubat limau lelah
G7 C
Sakit apa Tok Wi sakit sendi tulang

Papaku pulang dari kota

C
Papaku pulang dari kota
G7
papaku belikan kereta
G7
kereta kecil warna merah
C
boleh ku bawa kesekolah

C
pon pon pon pon pon pon pon pon pon
G7
kereta kecilku berbunyi
G7
marilah adik mari naik
C
bolehku bawa jumpa nenek

Lagu ini susah sikit sebab main dalam G major dan dalam bahasa inggeris.

The more we get together

G D7 G
The more we get together together together
G D7 G
The more we get together the merrier we'll be
D7 G
For your friends are my friends
D7 G
And my friends are your friends
G D7 G
The more we get together the merrier we'll be

Sekian untuk pelajaran hari ini adik-adik. Jumpa lagi minggu hadapan! Pada hari dan waktu yang sama! Di dalam rancangan.... BERSAMA ABANG BOZO!

Saturday, July 08, 2006

cikgu, salam!

"Terima kasih cikgu, babai. Mmmuuaah!" kata si kecil seraya mencium tangan guru yang berbadan besar tetapi kacak itu. Di ikuti oleh murid lain.

Cukuplah sekadar jumlah sepuluh orang murid untuk membuatkan anda berasa berdosa kerana memikirkan kesan-kesan yang ditinggalkan di atas tangan anda.

Mampukah kita meletakkan kesalahan pada anak kecil yang bersih dan suci ini?

ps.. kadang-kadang saya lap saja di seluar..

Thursday, July 06, 2006

Alkisah.. konon-kononnya..

Setakat entri ini ditulis, lagu balada minah memulas mesin masa mendapat rating tertinggi di web 'bolt' saya iaitu telah di'view' sebanyak 37 kali. Itu baru di 'bolt'. Tempat lain, tidak tahu. Maka dengan itu, saya pun berangan-angan jika saya mempunyai album sendiri.

Saya yang tidak pakar langsung dalam men'design' ini tetapi gatal tangan untuk mencuba-cuba men'design. Sekadar berangan-angan dan mencuba-cuba. Yang ini, kononnya sebagai muka depannya. Mungkin ada yang hendak membantu untuk menghasilkan yang lebih baik. Ada komisen untuk itu, jika diterimapakai.

Yang ini kononnya untuk cover CD nya lah. Kaki bangku sungguh!

Ini untuk cover belakang. Pinjam background dari rakan-rakan blog supaya tidak mendatangkan masalah kelak.

Ini untuk sebelah dalam. Terkandung sajak atau lirik lagu dan kata-kata pujian kepada pengkarya. Tapi belum siap tulis habis sudah gatal nak 'upload', hahaha! cover background abdullahjones punya.

Ada yang berminat? Nantikan kelahirannya!

ps.. turut terkandung, 2 buah lagu yang tidak pernah di'upload' (1)Mahligai duka: live(kumpulan SUKMAKUSTIKA (2) Dibawah langit tanpa hujung: live(gitartong dan kawan2)

Monday, July 03, 2006

Balada Minah Memulas Mesin Masa

BALADA MINAH MEMULAS MESIN MASA
Special Feat: Tok Rimau

Matahari pagi pun tidak secerah dulu
Kicau burung pun tidak semerdu dulu
Bunga di taman pun tidak seharum dulu
dulu dulu cerita dulu
Itu cerita dulu, Minah.

Kini abang perut memboroi
kasih sayang peroi hancur
berkeping-keping ia gugur
jatuh berterabur
sepenuh lantai dapur

Kini sunyi sepi di ranjang
tirai malam kian panjang
termenung bosan bersawang
duduk telanjang
lenguh menunggu abang

Minah deras memulas mesin masa
Minah mahu kembalikan zaman muda
ketika daging pejalnya dahaga raba
ketika bonjol-bonjolnya menjolok mata

Kain seela
cukup baju sepasang
Mengikat badan padat
sehabis ketat sendat
Di malam pekat hangat
Minah lemas dipanjat

Adik-adik terkinja bersama kakak
Berudu-berudu berpesta bersama katak
Hembusan nafasnya telah menjadi sesak
kerana keperluan yang makin mendesak

Pucuk hijau pahala tertebas
Dahan kayu iman tercantas
Liar nafsunya terlepas bebas
Justeru itu Minah terbabas
Justeru itu Minah tertumpas

Sajak: Tok Rimau
Lagu: gitartong

lagunya terlalu lembab untuk di 'loading' di entry. Lagunya terletak di koleksi lagu saya. Selamat menilai para juri. Selamat menghangguk-hanggukkan kepala dan menghentak-hentakkan kaki!

Pss.. ada yang geram dengan suara tok rimau kan? rugi jika anda tidak mendengar suara tok rimau walaupun beliau tidak menyanyi..

ada sedikit tambahan: 10 orang komentaris pertama akan menerima lagu ini dalam format mp3. tahniah! sila tinggalkan email. 10 orang komentaris pertama sahaja! hahaha!

Saturday, July 01, 2006

Melagukan Sajak

Dalam proses mengarang lagu sajak, seboleh-bolehnya saya tidak memegang sebarang alat muzik terlebih dahulu. Pada kebiasaannya, mungkin orang lain juga, sedaya upaya haruslah kita memahami terlebih dahulu isi sajak. Biarpun hanya faham dalam konteks sendiri. Setiap orang yang membaca sesuatu sajak itu, pasti mempunyai pandangannya sendiri tentang makna sajak yang dibaca. Ianya bergantung setakat mana pengalaman pembaca berkaitan isi sajak.

Semasa proses membaca, dengan sendirinya, melodi bagi bait-bait kata pada sajak bermain-main dan berlegar-legar di kepala. Perkara ini terjadi bergantung kepada setakat mana pengalaman penciptanya mengumpul melodi-melodi didalam kotak memorinya. Pendek kata, seberapa banyak lagu yang sudah dihadam dan melodinya melekat betul-betul didalam otak.

Daripada idea spontan inilah, ianya akan berkembang jika berterusan hingga membawa saya mencapai gitar atau kibod. Jika ada alat perakam, segerakanlah merakamkannya. Disinilah berlakunya melodi yang mengikut kord lagu, kord lagu yang mengikut melodi (ada bezanya) dan melodi yang mengikut sukukata-sukukata tertentu. Ada ketikanya, melodi yang terhasil, saya tidak terjumpa pula kord yang sesuai.

Proses ini akan berlaku berulang-ulang dan ada dua kemungkinan, pertama; saya bosan dan buntu, maka berhentilah daripada meneruskannya. Kedua; tercipta melodi yang segar dan baru. Pastikan melodi yang sudah ‘menjadi’ tadi telah terakam sebelum berhenti. Ilham itu senang datang dan pergi. Oleh itu, jangan membazir.

Sajak yang mudah dilagukan ialah sajak yang telah tersedia terbentuk 2 atau 3 verse, 1 atau 2 korus dan mungkin ada 1 coda. Atau dalam kata mudah, mempunyai perenggan-perenggan tertentu di mana penggubah dapat membentuk struktur lagu tersebut. Struktur AABB atau AABBC atau ABAB dan mempunyai sukukata yang seragam dan berima tersendiri bagi setiap perenggan. Namun, ini adalah hak penulis sajak. Jika kehendaknya ABCD atau AGZKOPW atau apa saja. Suka hatilah. Memang sukarlah untuk dilagukan.

Proses mengarang melodi pada sajak ini, kadang-kadang berlanjutan sehingga berhari-hari lamanya. Dua sebab, malas atau buntu (sayalah agaknya, sibuk bekerjalah!). Kadang-kadang boleh siap dalam tempoh sejam sahaja. Bergantung kepada keadaan emosi, mental dan fizikal juga barangkali. Kadang-kadang yang segera itu lebih baik hasilnya berbanding idea yang diperah berminggu-minggu.

Setelah berpuas hati pada batang tubuh lagu yang dicipta, melalui proses yang berulang-ulang dan pelbagai tapisan, maka sampailah kepada kerja-kerja menyusun muzik (music arrangement). Ini satu lagi bab yang ingin saya huraikan dengan panjang lebarnya. Tetapi, cukuplah untuk yang ini. Mungkin ada yang sudah kepenatan membacanya.

Saya mungkin tidak setinggi mana ilmunya. Tetapi apa yang ditulis, sekadar ingin berkongsi pengalaman yang ada. Anda berhak menolak, menapis dan membakulsampahkan tulisan ini. Saya masih lagi belajar dan belajar. Teguran itu, sudah biasa saya hadam. Sesungguhnya, suara saya sumbang, irama saya songsang. Tetapi, karang terus karang kerana jalan saya bukan mengundur kebelakang.

gitartong

*Artikel ini dipetik dari komuniti lagu puisi di laman http://www.esastera.com . Jemputlah kesana dan masuk komuniti. Saya baru sahaja dilantik semalam sebagai administrator bagi komuniti itu (lagu puisi). Boleh sumbangkan karya seperti sajak, pantun, cerpen, lagu dan sebagainya. berbudi tanda berbahasa.. cinta bahasa, cinta mulia.. sila-sila.. sambil-sambil mengunyah!

Wednesday, June 28, 2006

Hari Terbuka

"Sila bang. terima kasih kerana datang. Ok. Begini ya, mulai tahun ini kita sudah tidak menggunakan buku kad laporan yang kecil warna biru itu. Sekarang kita guna buku ini, Laporan Adab Belajar. Laporan ini lebih teliti, dimana setiap orang guru akan membuat penilaian prestasi anak-anak pada setiap matapelajaran. Kita boleh lihat disini, jika markah 1 itu, kurang memuaskan dan markah 5 itu adalah cemerlang. Yang ini, bagi mengukur sahsiah dan yang ini pula mengukur kemahiran yang dikuasai dalam matapelajaran itu. Untuk melihat keputusan peperiksaan yang lepas, disini. Ini peratusnya dan ini kedudukan dalam kelas. Boleh bawa balik buku laporan ini dan tandatangan disini. Ok. Terima kerana datang". Kata Cikgu Nizam kepada seorang penjaga. Diikuti oleh penjaga lain;

"Sila kak. terima kasih kerana datang. Ok. Begini ya, mulai tahun ini kita sudah tidak menggunakan buku kad laporan yang kecil warna biru itu. Sekarang kita guna buku ini, Laporan Adab Belajar. Laporan ini lebih teliti, dimana setiap orang guru akan membuat penilaian prestasi anak-anak pada setiap matapelajaran. Kita boleh lihat disini, jika markah 1 itu, kurang memuaskan dan markah 5 itu adalah cemerlang. Yang ini, bagi mengukur sahsiah dan yang ini pula mengukur kemahiran yang dikuasai dalam matapelajaran itu. Untuk melihat keputusan peperiksaan yang lepas, disini. Ini peratusnya dan ini kedudukan dalam kelas. Boleh bawa balik buku laporan ini dan tandatangan disini. Ok. Terima kerana datang". Kata Cikgu Nizam kepada seorang penjaga. Diikuti oleh penjaga lain;

Anda boleh mengulang lagi perenggan tersebut sebanyak 33 kali kerana anak murid saya berjumlah 33 orang. Tetapi anda terselamat kerana ibubapa/penjaga yang hadir hanya 30 orang.

*"mulai tahun ini", konon.. alaa.. tahun depan tukar lain lagi!

Saturday, June 24, 2006

Betapa 'artisnya' saya!

Bukan sekadar dalam matapelajaran muzik sahaja saya menggunakan gitar tong. Kadang-kadang untuk matapelajaran lain turut berguna. Strategi pengajarankan ada pelbagai. Barulah murid-murid merasa seronok dan tertarik untuk belajar. Itu baru di sekolah. Mengajar menyanyi, ataupun sebagai set induksi bagi matapelajaran lain.

*tamat*

Walaupun sebenarnya saya tidak gemar sangat berkaraoke, tetapi undangan untuk mengadili sesuatu pertandingan karaoke tidak mampu tidak saya menolak. Itulah sumber pendapatan tambahan. Tetapi kesengsaraan mendengar orang menyanyi terutamanya kepada mereka yang tidak sepatutnya bertanding amatlah menyeksakan.

Atas nama tugas dan tanggungjawab diberi, saya terpaksa kunyah habis satu lagu daripada katak-katak yang mempelaung itu. Maklumlah peserta yang bertanding terpaksa membayar untuk bertanding (dan membayar saya untuk di adili. Haha!). Tidaklah semuanya ‘mengatak’, ada juga yang berbakat dan pastinya ada pemenang..

Jika pertandingan bermula seawal jam 9 pagi dan jika ramai pesertanya, pasti berlarutan sehingga 2, 3 petang. Selesai tugas itu, kepala sudah terasa pening-pening. Disambung pula dengan latihan koir ‘Korus Eklektik’ di IPTI. Giliran saya pula melalak. Pic ini sumbang, pic itu sumbang,

“Tebalkan sikit pada bahagian ini! Artis apa kau ini!” kata Encik Isa Amri. Berhempas pulaslah kami untuk cuba menepati kehendak beliau itu. Maklumlah persembahannya semakin hampir.

*tamat*

Setiba dirumah kepala berdenyut-denyut, disebelah malamnya pula nanti, tugas artis seperti saya belum berakhir. Buka komputer, dan bersedialah untuk membancuh lagu. Terutamanya jika lagu itu perlu disiapkan dengan kadar segera. Jika bosan dan kering idea untuk lagu ‘Balada minah memulas mesin masa’ saya berhenti dan sambung pula dengan lagu nasyid ‘Pelajar mulia negara maju’ contohnya. Jika bosan lagi, tukar lagi.

Kerja membancuh muzik adalah rumit dan tidak boleh dipaksa-paksa. Jika keghairahan sedang memuncak dan idea pula melambak-lambak, saya boleh menghadap skrin sehingga 5,6 jam lamanya. Sehingga saya muak, mata memedih dan pening-pening barulah saya berhenti untuk berehat.

*tamat*

Dan.. pada suatu hari itu, di saat merebahkan diri diatas tilam, otak sebelah kanan saya semakin berdenyut-denyut. Ianya masih bekerja. Saya tekan-tekan bahagian kanan kepala saya dan sesekali menepuk-nepuk. Dari pangkal dahi hinggalah kebelakang tengkuk. Seksanya teramat. Semakin berdenyut-denyut, walhal saya telah bersedia untuk berehat dan tidur. Tetapi otak saya masih berjalan memikirkan pelbagai perkara. Pasti ada diantara anda yang pernah mengalaminya. Memang seksa!

*tamat*

Saya teringat kisah Beethoven yang menjadi pekak di saat-saat akhir hidupnya sebagai komposer tersohor. Dek kerana melampaunya beliau sebagai artis ketika zaman kegemilangannya.

Tapi, jauh sangatlah jika hendak dibandingkan saya dengan Beethoven itu. Kerana saya lebih kacak dari beliau.

Haha!

Anda
tak
percaya?
saya
bukan
pandai
berbohong.
Nah!
kacakkah?
hitam..

*tamat*

Thursday, June 22, 2006

Iklan

Adalah sesuatu yang amat mengejutkan apabila menerima via mail yang bertajuk 'TAHNIAH BLOG ANDA DARI DBPWS' daripada En. Rusdi Abdul Rahman seorang Perancang Bahasa dan Sastera dari DBPWS yang akhirnya menemui laman blog ini. haha! atas rasa ke'kamceng'annya saya dengan DBPWS, maka saya bantu juga menyiarkan iklan percuma ini.

SIARAN AKHBAR / MEDIA

Program Ceritera Bersama Karyawan Sastera Siri 5/06:
Nazim Mohd. Subari (Genre Puisi)

Pengenalan

Program “Ceritera Bersama Karyawan Sastera” merupakan sebuah program berbentuk ‘santai sastera’ yang diilhamkan untuk diadakan oleh Unit Sastera DBP Wilayah Selatan pada setiap hari Sabtu minggu pertama bermula Mac hingga September 2006. Sebanyak 6 siri program ini akan diadakan pada tahun ini yang melibatkan genre puisi, cerpen, novel dan teater.

Untuk program siri kelima ini, DBP Wilayah Selatan akan mengundang Nazim Mohd. Subari yang merupakan seorang karyawan muda Johor yang giat dalam bidang penulisan puisi serta cerpen di peringkat negeri Johor dan kebangsaan. Karya puisi beliau sering mendapat tempat dalam media arus perdana termasuk penulisan karya cerpen. Beliau merupakan seorang guru sekolah yang mengajar jauh di pedalaman Endau, Mersing ini pernah meraih beberapa hadiah atau anugerah sastera antaranya termasuklah Hadiah Sastera Darul Takzim.

Matlamat

i. Meningkatkan apresiasi sastera melalui pengalaman karyawan sastera.
ii. Mengetengahkan dan mendedahkan hasil kerja dan karya penulis dan penggiat sastera kepada masyarakat.
iii. Melahirkan masyarakat yang dapat menyelami penyampaian mesej dan pemikiran yang tersirat dalam program sastera yang dibicarakan.
iv. Mewujudkan masyarakat yang bijak menilai, menghargai dan memanfaatkan pengalaman karyawan sastera.

Dalam program yang diadakan sejak siri pertama hingga keempat telah menampilkan karyawan muda sastera iaitu Azhar Salleh (Genre Puisi) - 4 Mac, W.B. Rendra (Genre Cerpen) - 2 April, Zaid Akhtar (Genre Novel) - 6 Mei dan Affix Zulkarnaen Adam (Genre Teater) - 3 Jun.

Program ini akan diadakan pada tarikh, masa dan di tempat berikut:

Tarikh : 1 Julai 2006 (Sabtu)
Pukul : 9.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Balai Seminar DBP Wilayah Selatan,
Larkin Perdana, Johor Bahru.

Masyarakat awam dijemput menghadiri program tersebut di atas.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Rusdi Abd. Rahman (07-235 8802) / Mohd. Rizal Mohd. Ali (07-236 8282)

Sekian.

Rusdi Abd. Rahman,
DBP Wilayah Selatan.
15 Jun 2006.

SIARAN AKHBAR / MEDIA

PERTANDINGAN LAGU PUISI BERKUMPULAN NEGERI JOHOR KE-3
TAHUN 2006

Anjuran DBP Wilayah Selatan

Setelah dua tahun mengadakan Pertandingan Lagu Puisi Berkumpulan Negeri Johor pada tahun 2004 dan 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) terus bergerak menganjurkan pertandingan ini untuk negeri Johor pada tahun ini. Pada tahun 2004, pertandingan ini telah menobatkan kumpulan Temenggung Akustika sebagai johan, manakala kumpulan Sukmakustika johan pada tahun 2005.

Pertandingan Lagu Puisi Berkumpulan Negeri Johor Ke-3 ini terus mengekalkan hampir keseluruhan syarat penyertaan serta hadiah yang ditawarkan seperti tahun lalu. Senarai hadiah yang ditawarkan seperti maklumat berikut:

HADIAH PERINGKAT SARINGAN

a. Pertama - Wang tunai RM500.00 / Sijil Penyertaan
b. Kedua - Wang tunai RM400.00 / Sijil Penyertaan
c. Ketiga - Wang tunai RM300.00 / Sijil Penyertaan

HADIAH PERINGKAT AKHIR

Penciptaan dan Persembahan lagu puisi berkumpulan terbaik:

a. Pertama - Wang tunai RM5,000.00 / Sijil Penghargaan
b. Kedua - Wang tunai RM4,000.00 / Sijil Penghargaan
c. Ketiga - Wang tunai RM3,000.00 / Sijil Penghargaan
d. 5 hadiah sagu hati - Wang tunai RM1,500.00 / Sijil Penghargaan
Persembahan vokal berkumpulan terbaik : Wang tunai RM1,000.00

Syarat dan borang penyertaan boleh didapati di Kuanter Pengawal, DBP Wilayah Selatan, Larkin Perdana, Johor Bahru.

Tarikh tutup menghantar penyertaan sebelum atau pada 1 Ogos 2006.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan syarat dan borang penyertaan pertandingan, silalah hubungi:

i. Rusdi Abd. Rahman (no. tel.: 07-235 8802 / e-mel: rar[at]dbp[dot]gov[dot]my)
ii. Mohd. Rizal Mohd. Ali (no. tel.: 07-236 8282)

Sekian, terima kasih.

Rusdi Abd. Rahman,
DBP Wilayah Selatan.
15 Jun 2006.

Ps.. Maaf En. Rusdi. Di blog, melanggar tatabahasa itu perkara biasa. hahaha!
Seperkara lagi, Inu bermaksud I&U.. la..ku fikirkan nama orang!

Friday, June 16, 2006

Inu

Inu

Kubuka jendela rindu
yang berlangsirkan kasihmu
sewaktu bayu restu menerpa
dan wajahku terasa,
betapa belaian mesramu ke rambutku

Ingin ku urai segala resah
dan membentangkan sejadah iman
agar kita lebih bertaqwa
menempuh masa, merempuh luka

kau kibarkan bendera semangat
aku pun terpegun
lalu bangun mengejar impian
yang sekian lama kudambakan
katamu, panji kemenangan
pasti akan tegar
andainya aku berpaksikan keyakinan

sajak: rimanilzah
lagu: nizam rusli aka gitartong

template dan lagu baru..
maaf, vokal kurang baik kerana masalah kesihatan. tapi oklah tu.. SAJAK YANG MEMBAKAR SEMANGAT KITA! TAKBIR!

Wednesday, June 14, 2006

Ya Syeikh! Ana bikin nasyidlah!

Konsert nasyid. dimana entah? jumpa dalam Yahoo..
Yang membezakan sesebuah kumpulan nasyid di negeri Johor dengan negeri-negeri lain di Malaysia ialah tidak mencampur-adukkan kedua-dua jantina. Jika kumpulan lelaki, lelakilah kesemuanya. Jika kumpulan wanita, wanitalah kesemuanya. Di Johor, diharamkan sesebuah kumpulan nasyid dianggotai oleh kedua-dua jantina. Terdapat dibeberapa negeri lain, menghalalkannya.

Saya dijemput oleh rakan-rakan disekolah untuk membantu dalam merekrut satu kumpulan nasyid untuk ke satu pertandingan. Sebagai tidak dikatakan double standard, saya pun membantu. Untuk membentuk sebuah kumpulan seramai sembilan orang yang mempunyai vokal yang mantap, kami bersetuju untuk memilih murid-murid perempuan sahaja.

Bagi menambah kepelikannya, dalam syarat-syarat pertandingan di peringkat negeri ini, murid-murid diminta memainkan sendiri instrumen perkusi muziknya dengan ahli yang terhad sembilan orang. Tanpa ada minus one mengiringi. Terpaksalah murid-murid perempuan ini belajar mengetuk gendang dan perkusi. Bagus!

Yang mentensionkannya, di peringkat kebangsaan nanti dapatlah kita lihat persembahan yang lebih kreatif dengan keanggotaan lelaki+perempuan, penggunaan minus one dan tidak terhad kepada instrumen perkusi sahaja! Ada pula yang terlebih dari sembilan orang! Dan macam-macam kepelikan lagi!

Dan mungkin ada yang mengatakan, hal ini sebenarnya unik dan berbeza dengan orang lain. Sebenarnya keunikkan ini, tidak terhad kepada pertandingan di peringkat sekolah sahaja, tetapi peringkat dewasa juga. Sebagaimana pertandingan anjuran Jabatan Agama Negeri Johor.

Seorang sahabat (juga guru) di Kuala Lumpur telah meninggal dunia semasa melibatkan diri dengan nasyid pada satu ketika dahulu. Dialah penggubah lagunya, muziknya dan melatihnya. Moga rohnya dicucuri rahmat.

Seorang ustaz juga pegawai dari PPD Kulai yang berhasrat untuk datang kesekolah saya bagi melihat, menilai persembahan nasyid murid-murid saya sebelum bertanding, telah menemui ajal dua hari sebelumnya. Al-fatihah.

Dan.. Wolfgang Amadeus Mozart juga mati semasa dalam cubaannya menulis Raquiem Masses (kononnya lagu-lagu keagamaan merekalah!)

Agaknya, orang yang meninggal kerana terlibat dengan lagu-lagu keagamaan ini, rohnya tenang dan damai. Allah huallam..

Saya?

*gulp*

Pss.. ada yang mengadu, tak boleh buka blog saya. Barangkali template ini terlalu kompleks. Mungkin saya akan berubah wajah yang lebih mudah untuk di load.

Friday, June 09, 2006

Bass Part!

Esok, Sabtu 10 Jun, saya akan berada di Danga Bay kerana terlibat dengan majlis sambutan Hari Perpaduan dan pelancaran lagu Rukunegara seawal jam 9 pagi. Bukan sebagai AJK majlis, bukan sebagai krew, bukan sebagai penggantung 'backdrop' tetapi sebagai seorang penyanyi 'bass part' dalam pasukan Koir Korus Eklektik pimpinan En Isa Bin Amri, Pensyarah Muzik, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Sesiapa yang berkesempatan, dijemput untuk memeriahkan majlis. Sila bawa makanan masing-masing kerana makanan di Danga Bay mahal-mahal belaka. Pakailah pakaian yang menjolok mata untuk mendapatkan publisiti murahan. hahaha!

Dengan terlibatnya saya di dalam majlis ini diharapkan dapat menempelak mana-mana pihak yang cuba melabel saya sebagai guru yang tidak berdedikasi, tidak berkomitmen dan menjadi penyokong mana-mana parti-parti politik bukan kerajaan.

BERSATU PADU BERTAMBAH MUTU!

Ps.. borang pertandingan lagu puisi anjuran DBP Wilayah Selatan sudah keluar, boleh dapatkan di DBP Wilayah Selatan, Larkin Perdana. Hadiah menarik wo! Johan: RM5000.00