Tuesday, December 13, 2016

Di hari yg kami diduga

Sy terpaksa berkejar ke HSI apabila isteri mengadu sakit yg melampau di bahagian ari2. Badan sudah tak boleh tegak, kaki tak boleh lurus. Segala perbuatan tak boleh di buat sebab pundi kencingnya penuh tetapi air kencing tak dpt keluar. 

Sy buat panggilan kecemasan 999 utk mihin dihantarkan ambulan utk mengambil isteri sy. Tetapi permintaan tidak di layan. Hanya kes2 yg benar emergency boleh hantar ambulan. Isteri gagahkan juga untuk masuk kereta. Sehingga berjaya masuk ke kereta. Baru beberapa ratus meter bergerak, kami di duga lagi apabila tayar kereta pula pecah. Sy ambil masa hampir setengah jam untuk buka tayar. 

Pergi tukar tayar dulu baru dpt bergerak ke HSI. 

Monday, December 12, 2016

beri kami kekuatan

Ya allah. Ampuni kami. Hapuskan dosa2 kami

Sakit isteri semakin serius. Tak byk perkembangan walau sudah pergi byk tempat. Ya allah, jangan patahkan semangat kami. Beri kami kekuatan. Sakit di kaki telah memberi tekanan terhadap bahagian ari2. Sukar untuk membuang air. 

Pergerakan turut menjadi amat terbatas. Rasa sakit dari bahagian pinggang hingga ke kaki. Sekarang banyak perkara atau perbuatan yg memerlukan bantuan saya. Ya Allah, ikhlaskanlah hati aku untuk membantu isteri. Kau tunjukkan kepada kami penawar segala sakit. Kau berikanlah ikhtiar kepada kami. Kau sembuhkanlah dia. Berikanlah kami kekuatan. 

Amin. 

Sunday, December 11, 2016

dipresi

Pagi ini tak dapat nak buang air. Saya jadi berdebar2 sangat. Dia nampak tertekan. Saya juga sedih melihat keadaan dia. Saya cuba ajak dia untuk buat akupuntur cina, tapi dia tak nak.

Dia cuma dapat buang air pada sebelah petang itupun sedikit saja yang dapat keluar.  Mungkin sebab dia sudah kurang makan dan minum. Maka, hasil buangannya pun kurang. Semoga isteri tabah menghadapinya. Amin..

Hati saya risau

Isteri saya tidak sihat. Hampir sebulan sakit dibahagian kaki. Rasa kebas dan sukar utk berjalan. Semalam kami berpeluang jumpa doktor pakar tulang dan doktor minta kami buat MRI untuk dapatkan kepastian tentang sakit isteri.

Semoga Allah memberi kesembuhan

Hati saya risau

Saturday, July 09, 2016

Hari Raya 2016

Cuti raya kali ini lebih awal. Ada lebih kurang 5 hari sebelum hari raya. Kami hanya ada empat hari lagi untuk beraya. Hari yg kelima kami perlu bersedia untuk bekerja. Rasanya inilah cuti yg singkat untuk beraya.
Kami anak beranak habiskan dua hari di pontian untuk beraya sebelum ke kuala lumpur pula. Cuti yg singkat kami manfaatkan utk berkunjung ke rumah saudara mara yg berkaitan. Dalam serba kekurangan, kami sempatkan segalanya.
Dua perkara yang menyebabkan hati kami tersentuh bagi hari raya kali ini ialah;
1. Keadaan pak ngah saya yang semakin uzur. Pak ngah hanya mampu terbaring, tidak boleh makan dan minum, tidak mampu bergerak, tidak mampu bercakap dan tidak ingat sesiapa lagi.
2. Kes kehilangan duit serta barang kemas mak teh semasa majlis kenduri di rumahnya tempohari amat memeranjatkan..
Apa yang mampu kami buat ialah mendoakan kesejahteraan keatas segalanya selain sedekah kami yg tidak seberapa.
Semoga keluarga kami ini dipermudahkan segala urusan mereka. Amin..

Friday, June 10, 2016

Rearrange Bengawan Solo

Lagu Bengawan Solo ini telah digubah semula oleh saya sendiri pada 2014 untuk sebuah pertandingan Keroncong peringkat kebangsaan anjuran Yayasan Warisan Johor bertenpat di Batu Pahat, Johor beserta sebuah lagu Kr. Kesuma adunan En. Mohd Dzurri. Kumpulan kami telah mendapat Johan bagi kategori Kumpulan Keroncong Kontemporari.

Jadi, hari ini saya ingin kongsikan skor penuh dan skor part bagi lagu keroncong yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan ini. Cuma parts untuk clarinet tu, kalau tak perlu ada pun tidak mengapa. Semoga ada manfaatnya. Lagipun, saya sudah lama tidak explore butang2 pada blogger ini. Kaedah nak letak link pun sudah lupa. Jadi saya cuba gilap 'skill' semula..

https://www.dropbox.com/s/rq61fuzw53s1xgd/bengawan%20solo%20-%20score%20and%20parts.pdf?dl=0

Puasa 2016

Puasa tahun ini berlaku pada minggu kedua dalam cuti sekolah. Kami anak beranak sudah dua minggu tidak balik ke rumah sendiri. Rasanya, ini tempoh yg lama juga meninggalkan rumah.

Cuti bagi minggu pertama kami habiskan di Kuala Lumpur. Selepas itu kami terus ke berkampung di Pontian. Ilham dan Sufi sudah berpuasa untuk hari ke lima hari ini. Alhamdulillah setakat ini, masih cemerlang dalam puasanya.

Cuma pada hari pertama sahaja Sufi macam lembik dan sibuk hendak minum. Saya penat dengar dia merengek. Saya suruh dia minum air dalam nada marah2. Walaupun jam sudah menunjukkan jan 5.40 petang. Akhirnya dia berjaya habiskan puasanya pada hari tersebut dengan susah payahnya.

Tahniah Sufi.

Cuma, kadang2 jadi kasihan, bila lihat anak2 terpaksa bangun untuk sahur. Tapi mereka perlu di latih dari kecil. Nanti dah tua2 malas nak bersahur. Bagaimanapun, sufi tetap berselera untuk bersahur dan bertambah2 setiap kali dapat makan..

Wow!

Aduhai anak2..

Wednesday, April 13, 2016

Tidur adalah untuk merehatkan otak

Tidur di malam hariku kebelakangan  ini menjadi terlalu sukar. Kerap terjaga di tengah malam dan sukar untuk tidur semula.

Otak ku sentiasa berfikir yang entah apa2 sehingga aku rasa tidak dapat rehat secukupnya.

Saturday, January 30, 2016

Anak lelaki abah

Ilham.

Setiap telunjuk itu bukan seharusnya kamu turut.
Walaupun telunjuk itu dari bapamu.
Kalau telunjuk itu lurus, wajarlah kamu turut.
Kadang2 tanpa telunjuk itupun kamu masih mampu untuk memilih.
Bapa kamu bukan sempurna.
Bapa kamu manusia biasa.

Ilham, kata2 ini untuk kamu lagi.

Yang salah, yang senget, yang condong, yang bengkok itu, jangan kamu turut.
Kerana masih ada jalan yang baik untuk kamu lalui.
Pilih matlamat yang jelas.
Pilih laluan yang kemas.

Ilham,

Ilham dari bapamu berakhir untuk kali ini.

Abah.

Friday, January 29, 2016

Budaya menulis dan deklamasi

Saya minat puisi.

Saya dalam rangka program baca puisi disekolah saya. Kalau jadi, saya buka pada mereka yang suka menulis, membaca dan deklamasikan sajak.

Kamu patut cuba. Seronok!

Sunday, January 10, 2016

Generasi pertama saya

Saya mula bertugas di sekolah seni malaysia johor seawal 2010. Di waktu itu, saya tiada pengalaman mengajar sekolah menengah. Saya hanya mengajar di sekolah kebangsaan taman sri pulai lima tahun sebelumnya.

Atas dasar minat dan cinta yg mendalam dalam ilmu muzik, saya cabar diri saya untuk mengajar di sekolah seni johor bahru namanya ketika itu.

Saya rasa saya hebat, saya pandai dan saya mampu mengajar di sini. Namun hakikatnya, ilmu saya masih sedikit, masih kecil dan gah utk orang sekitar2 sahaja.
Bayangkan, baru minggu pertama sesi persekolahan tahun 2010 ketika itu, saya sudah mahu menarik diri untuk mengajar di sekolah seni. Saya rasa tidak yakin, kemahiran kurang dan kecil. Walau hakikatnya saya besar.

Saya maklumkan pd pengetua waktu itu, utk kembalikan saya ke sekolah rendah semula walaupun sebelum itu semasa temuduga saya amat berkobar2 untuk diterima dengan alasan utk keluar sekolah yang saya reka2.

Kalau dikenangkan, memang malu rasanya. Waktu itu sayalah satu2nya jurulatih seni muzik bertaraf diploma pendidikan berbanding orang lain yg berijazah sarjana muda dan master dalam pendidikan muzik.

Jadi, rasa rendah diri lebih tebal berbanding rasa yakin itu. Selepas seminggu tanpa murid tingkatan 1 itu, saya sudah tidak menoleh ke belakang. Murid tingkatan 1 yang saya terima pada tahun itu, memberikan semangat buat saya. Memberikan inspirasi buat saya.
Saya terus bersemangat untuk terus mengorak langkah di sekolah seni malaysia. Rupa2nya sepanjang tahun itu saya diperhatikan oleh pihak pentadbir. Prestasi saya dinilai, kerja2 saya di perhatikan dari jauh.

Pengetua nampaknya mula melihat kemampuan saya, begitu juga rakan2 jurulatih dan ketua bidang saya. Di tahun berikutnya, saya terus dipertanggungjawabkan ke atas murid PMR. Murid yg menduduki ujian besar tahun itu.

Banyak perkara yang saya belajar di sekolah seni. Banyak kemahiran yang saya perolehi. Rakan2 jurulatih, ketua bidang dan pihak pentadbir amat memberikan kerjasama dan galakan. Dalam tahun yang sama, saya berpeluang menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda pendidikan muzik.

2011 hingga 2015 merupakan tahun kerja keras saya. Dalam tempoh ini, 2013 dan 2015 merupakan kemuncaknya, kedua2 tahun ini saya ditugaskan mengajar murid bidang muzik SPM. Kerja keras di sepanjang tahun2 ini seolah2 tiada kesudahannya. 

Bertimpa2 dengan tugasan2 saya sebagai mahasiswa di IPGK Perempuan Melayu Melaka. 
Tuhan sahaja yang tahu.

Namun tahun2 yg dilalui sebenarnya memberi pengajaran yang amat bermakna kerana dalam tahun 2016 ini, langkah saya di sekolah seni malaysia johor jauh lebih bergaya dan bermakna. Kerana saya berjaya membuktikan kehebatan2 saya bukan di bibir semata2.

Ketika ini, saya sedang merekrut generasi SPM utk kali ketiga. Gambar dibawah merupakan bekas anak murid dari generasi SPM saya yang pertama. Yang pastinya banyak kenangan manis bersama mereka. Walaupun yang buruk pun sama banyaknya. Ada yang sambung muzik di ASWARA, UPSI, UiTM dan IPG

Setakat ini, saya masih berpeluang membaiki kelemahan2 saya dalam tugas2 mencabar ini. 2016 saya usaha lagi. Hasilnya lihat 2017 nanti. Semoga saya diberi kesihatan dan kehidupan yang baik dimasa hadapan. Agar dapat saya hasilkan segala yang terbaik untuk sekolah seni malaysia johor.

Saturday, January 02, 2016

Sekolah mula esok

Abang naik darjah 3, adik naik darjah 1.

Doa abah,

Dapatlah kamu jadi anak yg baik. Perkara yang elok kamu boleh ikut. Perkara yang tak elok harap kamu dapat jauhkan.

Jadi diri kamu sendiri. Bukan jadi orang lain. Fokus dalam belajar, hormat guru dan orang yang lebih dewasa.

Jaga ibadah kamu kerana iman adalah pelengkap hidup. Setiap perbuatan harus guna akal. Bijak memilih perkara yang patut dan perkara yang tidak.

Amin.