Thursday, November 29, 2007

Penghujung Benua Tanah Besar Asia



Lama sudah tidak masuk hutan, apatah lagi hutan paya bakau. Inilah yang kali pertama. Macam-macam yang saya bayangkan. Saya mempunyai ‘ekspektasi’ yang tinggi untuk melihat keajaiban dan keindahan alam di hutan paya bakau. Di tangan sentiasa tersisip kamera auto digital dengan harapan dapat mengambil ‘shot’ yang menarik, pelik dan unik.

Namun harapan saya meleset. Jauh dari apa yang dibayangkan. Taman Negara Tanjung Piai tidak seunik namanya. Dengan label sebagai Penghujung benua selatan tanah besar Asia, tidak segah yang digembar-gemburkan. Yang tinggal hanyalah sisa-sisa kehidupan.

Bukan salah nama Tanjung Piai, atau Tanjung Piai itu sendiri. Yang berdosa itu, adalah kita sendiri. Hutan bakau ini, hampir hilang nyawanya. Satu ketika dahulu, kepelbagaian biologi dapat di lihat dan hidup di hutan paya bakau ini. Hari ini, hidupan flora dan fauna ini hanya dapat dilihat dari foto-foto yang dipamerkan di hadapan pintu masuknya. Yang masih hidup, sedang bertarung nyawa.

Apatah lagi, berbelas-belas spesis bakau yang pernah hidup sebelum ini. Yang tinggal hari ini, hanya lima atau enam spesis sahaja. Belum lagi tumbuh- tumbuhan lain. Sebagaimana yang dikhabarkan oleh petugas Taman Negara, satu ketika dahulu, laut tidak dapat dilihat dari pelantar pejalan kaki yang dibina kerana halangan dari pokok bakau, hari ini penglihatannya berbeza. Laut hanya beberapa meter dari pelantar pejalan kaki!

Spesis belacak dikatakan banyak kelihatan di paya bakau, oleh kerana hari ini bilangan ‘mereka’ sedikit, ‘mereka’ menjadi terlalu malu untuk difotokan wajah ‘mereka’. Saya gagal merakam sebarang foto ikan belacak kerana hanya dua kali terserempak dan tidak sempat memetik picu kamera.

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh petugas Taman Negara, spesis burung botak yang merupakan burung yang sering berhijrah, telah memilih untuk menetap terus di Tanjung Piai tetapi malang juga bagi saya kerana tidak bertemu sebarang spesis burung pun. Barangkali juga ‘mereka’ telah bertemu rumah baru.

Tanjung Piai hari ini hanya di isi dengan sampah sarap dan sisa bahan buangan. Jika apek yang sering meronda dengan basikalnya di taman perumahan saya yang mencari tin-tin aluminium, botol-botol kosong atau suratkhabar lama itu datang ke sini, pastinya dia akan kaya raya dengan menjual hasil sampah yang dijumpai di sini.

Hutan Paya Bakau Tanjung Piai, walaupun jasanya menampung kitaran hidup kepelbagaian biologi isinya semakin terhakis, namun masih mahu berjasa sebagai pemerangkap sampah sarap agar laut bersih dari apungan sampah buangan manusia.

:(

nizam r@gitartong

kem kesedaran alam sekitar
tanjung piai, pontian 26-28 Nov 07
*Tidak berkeupayaan untuk memuatnaik seberapa banyak gambar kerana saya pengguna 'dial up'. lambat sangat.

*Tulisan ini adalah sedikit tanggungjawab sosial untuk alam sekitar. Sayangilah alam sekitar seperti menyayangi anak-anak anda.

Sunday, November 18, 2007

Alam Dan Manusia

Malam itu, Cikgu Saiful mengajar sains. Seperkara yang menarik tentang beliau bagi saya ketika itu, beliau tahu banyak perkara dan mahir dalam banyak hal. Semua subjek teras kami tuisyen dengan beliau.

Topik kami malam itu, stalaktit dan stalakmit. Stalaktit terjadi kerana titisan air yang menitis dari atas ke bawah. Kata beliau lagi, satu cara yang paling mudah untuk membezakan antara stalaktit dan stalakmit ialah stalaktit 'turun' ke bawah macam 'taik'(tahi) (stalaktaik)Stalakmit itu dari bawah ke atas.

"Mudah", kata beliau

Ternyata formula itu berkesan sehingga sekarang. Saya terjumpa Stalaktit di tandas sekolah saya. sungguh!


Friday, November 09, 2007

Unikkah?

Soalan kuiz bulan ini:

Berapa ekor anjingkah yang dapat menaiki sebuah motorsikal kapcai?

A. Mustahil. tidak ada anjing yang boleh menaiki motorsikal
B. Satu
C. Dua
D. Tiga


Ya! jawapan yang betul ialah D!

*Gelang Patah, Johor. 3 November 07. 3.30 petang.



Tuesday, October 02, 2007

Puasa

Bulan puasa, murid-murid (mungkin cikgu juga) selalu ambil kesempatan untuk kerap ke tandas. Tidak pasti apa kemunasabahannya. Mungkin segelintir dari mereka merasa lebih selesa jika kerap menggunakan air. Untuk membersihkan muka contohnya. Untuk mereka yang benar-benar berpuasa, mungkin tidak perlu ke tandas untuk membuang air kerana mereka tidak ada air untuk dibuang.

Sesekali saya beri peringatan juga kepada murid, jangan meneguk air dari paip air di tandas (mencuri-curi, minum) selain perbuatan itu berdosa, ia juga memudaratkan. Mungkin tidak ada murid yang berkelakuan sebegitu, setidak-tidaknya sebagai peringatan kepada mereka. Kerana saya pernah mencubanya (dahulu). Jadi, tanggungjawab saya mengingatkan.

Kadang-kadang saya turut menegur perbuatan mereka yang gemar membasah dan melembapkan keseluruhan kepala yang menjadikan baju dan badan hampir basah keseluruhannya. Mungkin mereka selesa dalam keadaan sebegitu. Lega sangat barangkali. Tetapi tidak pernah tahu kesan ke atas kulit mereka.

Selain itu, perbuatan dapat meninggalkan kelas juga satu peluang untuk mencuri tulang. Sedikit sebanyak mengisi waktu berpuasa mereka. Perjalanan dari kelas ke tandas mengambil masa lebih 10 minit bagi yang benar-benar perlu ke tandas. Bagi yang tidak perlu, sekurang-kurang 20 minit diperlukan. Saya juga bosan kadang-kadang mendengar celoteh cikgu-cikgu yang bukan-bukan dalam bulan puasa ini. Lebih baik berjalan ke tandas. Cuci mata.



Soalan kuiz bulan ini.

Yang mana satu betul?

1. “Cikgu izinkan saya pergi basuh muka cikgu!”
2. “Cikgu, izinkan saya pergi, basuh muka cikgu!”
3. “Cikgu izinkan saya pergi basuh muka, cikgu.”
4. “Cikgu, izinkan saya pergi basuh muka. Cikgu.”

Saya jawab, “ Tidak mengapa, muka cikgu sudah bersih.”

Thursday, September 27, 2007

Kemeja


Fuh! baju kemeja yang sudah tidak muat 2 bulan yang lalu, hari ini saya dapat menyarungnya semula. Sila ucap tahniah! haha!


gambar sekadar hiasan

Tuesday, September 04, 2007

Bersedia anda?

Perang dah bermula.. rakan-rakan harus berhati-hati dan bersedia.
.
.
.
.
.
.

PERANG KUIH RAYA sudah bermula


Tak percaya? pergilah kat bilik guru..

gambar ihsan mizkidz

Tuesday, August 28, 2007

Jalur hilang gemilang


Saya rasa terhina apabila melihat Jalur Gemilang di lenyek-lenyek atas jalanraya-jalanraya. Sebab itu saya tidak lekatkannya di kereta. Bukan pasal saya tidak patriotik!
Aarrgghh!

Tuesday, July 31, 2007

MEMO

Saya terima memo ini hari ini.





Ingatkan surat kuasa merotan. Rupanya bukan. Janganlah anda semua kecewa. Lagipun saya tidak pakai rotan untuk merotan. Saya guna gitar untuk menghempuk. Harap maklum. Ha ha!

Tuesday, July 24, 2007

IKLAN:

Pertandingan: Guru tampar murid dan menang.
Hadiah: Cuti rehat 2 bulan (gaji jalan)
Tempat: Sekolah masing-masing
Masa: Waktu Pengajaran dan Pembelajaran
Syarat-syarat pertandingan:

1. Harus melebihi 20 orang murid pada satu-satu masa.
2. Harus meninggalkan kesan kepada murid.
Contoh: lebam.
4. Jarak murid selepas ditampar, sekurang-kurangnya 5 kaki.
3. Mendapat liputan di kaca televisyen

Pemenang akan dicatat dalam buku Malaysia of book record!

ADA BERANI??

Monday, July 09, 2007

Kata orang..

Orang tua-tua kata;

Kalau anak dah pandai main dengan kaki sendiri, maknanya dia nak atau akan dapat adik. Saya tidak pasti dari mana sumber kebenarannya dan sama ada benar atau tidak.




Tapi kalian tak perlulah percaya sepenuhnya kerana yang menentukan, ialah ibu bapanya. (dengan izinNya)

Tuesday, July 03, 2007

Tolong laa..

Jangan suruh saya telefon,

pejabat-pejabat kerajaan.






TENSION!

PS: gua geram pasal loan rumah gua!

damn! (kata-kata maki dalam bahasa inggeris)

Tuesday, June 26, 2007

Orang tua yang sibuk

Ha ha ha ha!
.
.
.
.
.
.
.
Jangankan kata Hari Raya, bulan puasa pun jauh lagi!

Yang kau sibuk nak ganti-ganti hari bersekolah tu pasal apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ha ha ha ha!

Yang paling sibuk tu, orang tua!

Friday, June 15, 2007

Bukannya susah sangat!

Mereka yang berkunjung untuk mencari Alat Bantu Mengajar disini pastinya hampa setelah membongkar segala isi perut blog saya ini kerana tiada apa-apa yang boleh dibawa pulang. Untuk tidak menghampakan kalian yang mencarinya di sini, saya hadiahkan sesuatu untuk anda dengan ucapan,

JANGAN JADI PEMALAS, BELAJARLAH BUAT SENDIRI. Terima kasih.

Berikut di sediakan pautan untuk pengunjung memuatturun persembahan MSpowerpoint bagi matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 2. Diharapkan persembahan slaid MSpowerpoint ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru mempelbagaikan kaedah P&P.

Bencana alam

Kata ganda

Kata hubung

Sifat-sifat yang baik

Kata seru-Kata Bilangan

Uji ingatan saya

Kelasku syurgaku

Kata Adjektif

Mari melancong





Bagaimana untuk memuatturun?

1. Klik pada tajuk persembahan MS Powerpoint, selepas seketika, akan muncul browser ini:



2. Klik, (Click HERE to start download file) akan muncul browser ini:


3. Klik butang 'save' dan simpan fail ke tempat yang anda kehendaki.


Selamat mencuba!

Tuesday, June 12, 2007

nak update juga!

Saya sedang berusaha untuk mengemaskini blog dengan menulis 'post' terbaru di siber kafe berdekatan rumah. Tapi amatlah malang saya terpaksa menggunakan bahasa cina (barangkali) pada blogger. Mujur saya masih mengingati butang-butang kawalan di blogger (apa maknanya?) haha!



Kiranya jika anda dapat membaca 'post' ini, ini bermakna saya telah berjaya mem'posting'kannya. Haha!



PS.. Tahniah bangsa Cina kerana berjaya memartabatkan Bahasa Cina.
.

.

.

Kingbinjai, maaf, aku tak sempat bersalaman dengan engkau masa nak balik dari rumah pena tempohari. Tapi, seingat aku, kita sudah bersalaman.

Friday, May 25, 2007

Pascaprakata

sajak-sajak suci abdullahjones


Antara sebab (bukan sebab utama) saya teruja dengan buku sajak-sajak suci abdullahjones (aj) ialah kerana terpampang gambar seorang lelaki kurus berbaju dan bertopi biru yang berkumis dan berjenggot itu (bukan bermaksud gilakan lelaki itu. Choi!). Saya menyangkakan itulah wajah misteri aj. Setelah di belek2 isinya barulah dimaklumkan lelaki berbaju dan bertopi itu ialah Ahmad Zahidi Abdul Majid selaku model cover.

Umpan yang baik. Bagaimanapun perkara itu bukanlah mengecewakan saya. Adalah lebih mengecewakan jika tidak memilikinya langsung. Kumpulan sajak-sajak suci aj, adalah tulisan yang berada diluar batas sajak-sajak normal (yang gah di akhbar-akhbar tempatan) yang kadang-kadang tidak menarik langsung di baca dan entahkan dibaca ataupun tidak.

Sajak-sajak aj tidak memerlukan laras bahasa yang tinggi. Tidak memerlukan kalimah-kalimah yang futuristik atau bombastik. Bahasanya mudah difahami, kata-kata yang biasa digunapakai dalam bahasa seharian namun masih mempunyai falsafah, idea dan ilmu yang tinggi.

Kadang-kadang membuatkan kita tertanya-tanya seolah-olah perkara yang disebutkan dalam sajak-sajak aj itu, benar-benar terjadi pada kita atau pernah kita alami dan aj mencatatkannya. Kita sebagai manusia biasa pernah mengalami perasaan marah, geram, rindu, kecewa, cinta, kasih dan pelbagai perasaan lain dan aj mencatat perasaan itu sepertimana kita merasainya dengan rencah kata yang menarik dan segar.

Kumpulan sajak-sajak suci aj bersifat me’rakyat’. Dari cerita rakus politikus hingga cerita tikus jalang di lorong-lorong gelap, cerita rakus datuk memakan cucu hinggalah cerita cinta romantik, aj mencipta naratif yang selari dengan selera rakyat kelas marhain. Koleksi sajak-sajak untuk min misalnya amat menyentuh perasaan dan mengkelaskan aj sebagai lelaki romantik kelas pertama (airmas_sz mungkin juga bersetuju).

Sudah. Saya tidak suka memuji aj melampau-lampau. Risaukan beliau bangga hingga lupa daratan. Tulisan saya juga hanyalah sedikit komentar dari ilmu yang tidak setinggi mana. Hanya pendapat bersifat peribadi atas pengalaman sendiri. Kalian yang membacanya jangan terus menerima sementah-mentahnya dan menolak sebulat-bulatnya. Saya tidak berniat meracun sesiapa untuk membelinya (terpaksa disebutkan kerana risau dikenakan sebarang tindakan di bawah akta hasutan)

nizam_r@gitartong

Wednesday, May 23, 2007

Makan-makan

+ "Jom keluar! jalan-jalan ka.. makan-makan ka.. lama aku tak rasa duit kau!"


- "Gila! mana ada duit. Hujung bulan ni.."


+ "Ala.. jom la 'celebrate'"


- "Celebrate apa pulak?"


+ "Gajikan dah naik?"


- "Bengong! bulan tujuh la baru naik!"


+ "Ooo.."

Wednesday, May 16, 2007

Lilin yang terbakar




Jika kamu guru, pastinya anda sedang sibuk membuka bungkusan-bungkusan hadiah dari anak murid anda yang berkarung-karung itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Selamat Hari Guru, Cikgu!" ucap Andek Mohd. Amienudin (2 Mahir).

Monday, May 07, 2007

Khusyuk!


Berikut antara usaha Nuha Ilham untuk menjadi bayi yang cerdik.. Khusyuk!

Thursday, April 26, 2007

Kereta

Mak kata, "Kau jagalah kereta arwah abah ni baik-baik. Inilah satu-satunya harta peninggalan arwah"

Kereta yang berusia 15 tahun lebih itu sebenarnya amanah.

Kamu mahu derhakakah??

Saya tidak sanggup!

__________________________________

Iklan:

ACARA PERINGKAT SARINGAN
PERTANDINGAN MONODRAMA
NEGERI JOHOR 2007

Tarikh (Hari)

Masa
20 April 2007 (Jumaat)
8.00 malam - 11.00 malam
(3 kumpulan)

21 April 2007 (Sabtu)
8.00 malam - 11.00 malam
(3 kumpulan)

22 April 2007 (Ahad)
i. 2.00 petang - 5.00 petang
(3 kumpulan)
ii. 8.00 malam - 10.30 malam
(2 kumpulan)



ACARA PERINGKAT AKHIR
PERTANDINGAN MONODRAMA
NEGERI JOHOR 2007

Tarikh (Hari)

Masa
28 April 2007 (Sabtu)
i. 3.00 petang - 5.30 petang
(2 kumpulan)
ii. 8.00 malam - 10.30 malam
(1 kumpulan)


tempat :
Balai Seminar DBP Wilayah Selatan,
Larkin Perdana, Johor Bahru.


Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
i. Rusdi Abd. Rahman (07-235 8802)
ii. Mohd. Rizal Mohd. Ali (07-236 8282)

Saturday, April 14, 2007

Pengajaran dan Pembelajaran


Fuh! Fuh! puas saya mengemas membuang habuk sawang di blog ini. Agaknya siapalah yang telah menyumpah saya hingga membuatkan saya begitu malas untuk menjengok blog sendiri. Ha! ha!

Apatah lagi untuk menjengah blog kalian. Maaf, beb. Perhubungan saya dengan dunia maya terganggu kerana talian perkhidmatan di rumah telah ditamatkan kerana.. kerana saya ingin menamatkannya. Akan bersambung semula apabila keadaan mengizinkan dan mempunyai kelapangan.

Walhal, saya mempunyai tanggungjawab yang banyak di dunia blog ini. Ya, tanggungjawab. Saya mempunyai banyak tanggungjawab sehinggakan banyak tanggungjawab-tanggungjawab yang terpaksa tidak dipertanggungjawabkan. Mujur di sekolah ada perkhidmatan ini. Percuma pula itu. Apa perlu lagi di rumah? Berbayar? Ha! ha!

Tulisan kali ini adalah bagi melepaskan kerinduan kalian pada saya. Begitu juga sebaliknya. Alhamdulillah, anak saya semakin sihat dan membesar dengan normal. Cuma kadang-kadang terasa ketumbuhbesarannya lebih cepat berbanding bayi-bayi yang lahir sebelumnya.

Mungkin selepas ini kami akan meninggalkan kediaman yang selama ini kami duduki. Bukan merajuk, marah atau geram. Tetapi sebagai kelangsungan terhadap hidup. Membina keluarga sendiri. Kerana kami sedang belajar, dari isteri menjadi ibu, suami menjadi abah dan Ilham menjadi anak.

Tuesday, March 20, 2007

Doa dalam sunyi

Lama saya tak merakam lagu-lagu baru. Sebab? mungkin masa yang terkekang. Diharapkan lagu dibawah dapat meringankan rindu anda pada lagu-lagu nyanyian saya dan tidak melenyapkan 'skill' saya dalam mengupload lagu di blog. 'Doa dalam sunyi' berikut adalah nyanyian Iwan Fals. Lagu ini memang tak sedap. Tetapi amat menyentuh jiwa saya. Kepada anda, duduk dengan tenang dan rasakan.. Pleeaassseee! Feeeel!




Doa dalam sunyi (Nyanyian: Iwan Fals)

angin datang dari mana
merayapi lembah gunung
ada luka dalam duka
dilempar kedalam kawah

memanjat tebing-tebing sunyi
memasuki pintu misteri
menggores batu-batu
dengan kata sederhana
dengan doa sederhana

merenung seperti gunung
mengurai hidup dari langit
jejak-jejak yang tertinggal
menyimpan rahsia hidup

selamat jalan saudaraku
pergilah bersama nasibmu
pertemuan dan perpisahan
dimana awal akhirnya
dimana bedanya

doa-doa terdengar dalam sunyi
doa-doa terdengar dalam sepi

lagu: Billy JB
lirik: Sawung Jabo

Thursday, March 08, 2007

Anu.. naik!

Saya sedang berangan-angan dan mengira-ngira andainya usul yang dicadangkan CUEPACS diterima.

WOW! 30% tu!















Nuha Ilham yang di dalam buai, tersenyum..

Wednesday, February 28, 2007

suara dia yang pertama

Rakan-rakan sekeliling memang prihatin. Mereka rajin bertanya khabar dan mengikuti perkembangan saya (dan keluarga). Mungkin ada di antara kita mungkin rimas dengan situasi yang mungkin mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan hidup anda. Banyak soalan-soalan yang berulang-ulang yang ditanya oleh individu-individu yang berbeza.

Awas! kadang-kadang soalan-soalan boleh memerangkap diri sendiri kerana orang yang bertanya belum tentu ikhlas dan jujur dengan soalan-soalan mereka. apa yang tersurat, ada maksud yang tersirat.

Dengan kekerapan soalan-soalan yang dikemukakan, membuatkan saya mula mencari jawapan yang menunjukkan kelebihan dan menguntungkan saya. Soalan yang sama, jawapan yang sama saya beri. Di ketika ini saya sudah mula muak dengan jawapan yang saya sediakan oleh kerana kekerapan soalan yang ditanya.

Disini, saya minta bantuan tuan, puan, saudara dan saudari sekalian, jika soalan ini yang ditanya;

"Anak kau dah pandai apa?"

kata saya, "Dah pandai minta adik dah"

Ada idea lain tak? saya sudah bosan menjawab.

Monday, February 12, 2007

Identiti yang terbongkar

Wah! tidak di duga. Malahan tidak disangka-sangka. Jika tuan-tuan dan puan-puan tidak perasan, sila perhatikan dengan teliti susunan bulan dan tahun yang terdapat disebelah kiri muka hadapan blog saya ini. Ianya bermula pada Januari 2006 dan ketika saya menulis ini, kita sudah memasuki bulan kedua dalam tahun 2007.

Apakah maknanya? apakah maksud tersirat yang ingin saya sampaikan? Saya percaya semua pembaca-pembaca blog ini, adalah dikalangan mereka yang cerdik pandai. Maksud yang tersirat dan tersurat adalah permainan anda. Saya tahu anda hebat. Tidak perlu saya sebut dan sanjung anda tinggi-tinggi kerana kehendak anda untuk berkunjung di sini sebenarnya pun tidak menafikan kehebatan saya juga.

Jika anda adalah pembaca dan komentaris pertama entri ini, anda adalah orang yang paling bertuah. Saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan sesuatu untuk anda sebagai menghargai usaha anda membahagiakan saya. Ya, mereka yang meninggalkan komen dan berkunjung disini sebenarnya membahagiakan saya. Besar sungguh jasa anda. Jangan lupa meninggalkan alamat anda ke dalam email saya. Ingat! pembaca dan komentaris pertama saja.

Dan, untuk entri ini juga saya menantikan komentaris yang tidak pernah meninggalkan sebarang komen di sini. Saya akan menjejak komentaris ini dan membuktikan kesahihannya (sama ada pernah me'ngomen' atau tidak) Jangan lupa meninggalkan alamat anda juga.

Seperti cikgu Fadzillah yang bertanya pada saya, "engkau ni gitartong ya?" hampir tersedak saya apabila ada seseorang di dunia nyata saya menegur sebegitu.

"Akak baca semua yang kau tulis dalam blog kau. Kelakarlah, pandai sungguh kau menulis"

"Korang patut baca blog gitartong." sempat pula mempromosi pada rakan-rakan guru yang lain.

"Cikgu-cikgu patut menulis. Bila pula akak nak buka blog?" saya, dengan hidung yang mengembang.

Begitu juga dengan Mohd Wafiq tahun 3 Mahir,

"Cikgu! cikgu! gitartong!"

Hampir tersadung kaki saya ketika melangkah. Saya akan temuramah budak ini di satu masa yang lapang.

Hari ini dan hari-hari yang mendatang adalah amat membahayakan kerana identiti saya hampir terbongkar.

Tuesday, February 06, 2007

jangan.. tidur!


Andek Mohd. Amienudin (ketua kelas 2 Mahir) kata, "Tidur-tidur ayam tu, maksudnya orang yang tidur bersama-sama dengan ayam."


Saya kata, "Bagus! nasib baik tidak ada simpulan bahasa, tidur-tidur harimau ke, singa ke, buaya ke.."

Friday, February 02, 2007

Tahniah!

Mujurlah.. hendak bersolat di masjid tidak berbayar. Orang India di Malaysia, hendak bernazar kena bayar RM 10.00. Musim raya, buat duit..


Thursday Nite Live wi' pakcik Sami

Wednesday, January 31, 2007

Iklan

Ini iklan, bukan entri. Entri terbaru di bawah. Kepada pendengar-pendengar, tinggalkan komen tentang album yang anda beli disini. Segala komen didahulukan dengan ucapan terima kasih dan I luv U. Haha!

Thursday, January 25, 2007

From the angle..

Nuha Ilham dari sudut OLYMPUS FE-170


Kacak. Macam bapak dia..



Aksi ketika menyanyikan lagu Negaraku..


Sedang mengasah gigi. Gigi?


Mimpi yang indah.. gembira sangat..



length: 52cm. Juga macam bapak dia.




Anak ibu dia juga..
Terima kasih kepada mereka yang masih sudi berkunjung dan membaca blog ini. Maaf juga kerana tidak berkesempatan melayan komen-komen.
Blackpurple
Cenderahati? kau memang suka bersusah-susahan ye?




Thursday, January 18, 2007

Oh! inilah rasanya..

Saya menaip dalam keadaan kelam kabut dan terkocoh-kocoh. Tiba2 saya jadi orang yang paling penting dan teramat sibuk. Ramai yang perlukan khidmat saya dan saya menjadi orang yang paling bertanggungjawab kini.

Maaf jika ada tulisan yang tidak menepati kualiti ejaan.

Blog saya di kedua2 tempat sudah hampir bersawang dan tidak terurus. Walaupun berkeinginan sangat utk bercerita. Mungkin belum ada kesempatan masa kerana ini pengalaman pertama. Pengalaman pertama menjadi bapa. Bapa kepada anak saya.

Ps.. Terima kasih pada ucapan tahniah dari anda semua.

Thursday, January 04, 2007

Dedikasi

Nuha Ilham bukan sekadar anugerah,

tetapi..

KEAJAIBAN

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sempena kelahiran Nuha Ilham pada jam 2135, 3 Jan 2007.

Wednesday, January 03, 2007

Cerita yang tolol, makan bersuap-suapan



Cerita yang TOLol, MAKAN berSUAP-suapan

i
Tahun baru harga tol pun baru
Harga minyak bilalah nak turun
Bila nak naik tak tunggu-tunggu
Bila nak turun tunggulah berkurun

Tol naik rakyat pun gundah
Orang di atas buat tak kisah
Menteri kata 'kadar masih terendah'
Syarikat konsesi sengih tak sudah

Tiga puluh tahun konsesi tamat
Ramai yang sudah menjadi mayat
Marhaen sudah semakin tenat
Nak berdemo pun dah tak larat !

ii
Sana sini tanah runtuh
Pihak penguasa tak kisah pulak
'Istana idaman' berdiri utuh
Pondok setinggan dirata jentolak

Kilang haram pencemaran berleluasa
Mereka kaya rakyat teraniaya
Bila Karam Singh Walia mula berbicara
YB dan penguasa mengelabah jadinya

Kononnya projek nak tolong rakyat
Belum ditender dah ada yang punya
Indeks rasuah terus meningkat'
'Tutup sebelah mata' dah jadi budaya

Suap di sini sogok di sana
Halal haram belakang kira
Cuma bilis yang masuk jala
Jerung terus bermaharajalela

lirik: blackpurple.blogspot.com
lagu: gitartong.blogspot.com

Tak dapat dengar?? cuba di sini

TTFN