Friday, November 13, 2009

konduktor

+Orang kampung ni pun satu hal, takde imam ke boleh pimpin majlis tahlil tu?

-Bukan takde, imamnya ada program kat tempat lain. Kau pun boleh apa! kau kan cikgu.

+Iya lah, tapi aku mengajar muzik. Nak mengajar menyanyi pandailah aku. Macam mana nak mulakan tahlil tu hah?

- He he.. kau kan cikgu muzik, kau 'start' la dengan three, four!








PS: cikgu itu bukan saya. Harap maklum. Haha!

Saturday, October 31, 2009

Perang

Tunjukkan kerajinan, akan ada simpati datang membantu.
.
.
.
Jangan tunjukkan kemalasan kerana bantuan tidak diperlu.
.
.
.

Wednesday, October 28, 2009

ehem!

Bulat! bulatkan suara!
lontar habis! jangan simpan-simpan!
macam mana nak jadik penyanyi kalau nak malu-malu. amende le!

mak bapak korang mesti bangga satu hari nanti muka korang keluar tv dan nama korang meletup sebagai artis yang popular. aku tak harap apa-apa kalau satu hari nanti korang dapat kawin dengan datuk yang kaya raya.

*di kelas vokal yang bergurukan aku.


80% homiside 20% suicide. kata doktor yang namanya seakan-akan melucah itu. aku percaya nama doktor itu tidak palsu.

*ini bukan drama bersiri CSI la. ini betul-betul!


aku tunggu pyanhabib jadi menteri kewangan. kita akan jadi jutawan.

*baca

Thursday, September 10, 2009

makan sorang

damn!

cet lima ratus je!

makin sikit pulak!

jawabnya, PRU13 kita 'babai' dia!

damn!


baca lanjut

Monday, August 24, 2009

Mahalkah?

Hasil kerja seni itu menjadi lebih berharga dan lebih dihargai. Oleh itu ianya mahal. Setiap produk seni bukan di bina seperti membuat kuih atau kek. Ianya tidak terjadi sendiri. Perlu melalui beberapa proses dan kreativiti sendiri.

Contoh sesebuah lukisan abstrak yang kita tidak faham apa-apa tetapi mempunyai harga yang sangat tinggi. Saya sendiri mengutuk, bila terlihatkan harganya, saya terfikir dan melihat sekali lagi apa yang menjadikan lukisan itu berharga sedemikian.

Harga juga menentukan kualiti. Kualiti yang baik mungkin mempunyai harga yang mahal. Begitu juga sebaliknya. Sebab itu, perkara pertama yang saya tanya apabila seseorang meminta saya membuat minus one bagi sesebuah lagu, berapa peruntukan yang kamu ada? Supaya apa yang saya terima itu berbaloi dengan kerja-kerja saya dan pelanggan berpuas hati dengan hasilnya.

Tapi tidak semua orang faham. Kerja membancuh lagu bukan seperti membancuh kek. Letak tepung, gula, telur, dan kisar jadi kek! Rasanya buat kek pun susah juga kalau tak pandai. Kerja-kerja ini memerlukan kemahiran penggunaan software dan kekemasan permainan kibod. Barulah hasil kualiti bunyi ’sebijik’ macam yang asli.

Menyusun muzik MIDI tidaklah sebaik rakaman live dari studio rakaman. Rakaman melalui digital ini tidak menghasilkan bunyi yang hidup. Muzik MIDI memudahkan seseorang penyusun muzik melakukan kerja-kerja menyusun muzik bagi menghasilkan skor lengkap untuk pemuzik-pemuzik memainkan secara ’live’ untuk sebuah rakaman audio.

MIDI juga membantu saya mendapatkan pendapatan sampingan apabila ada permintaan untuk menghasilkan minus one ataupun karaoke apabila mereka tidak mendapatinya secara percuma di internet atau kawan-kawan. Sayalah yang dicari setelah semua kedai-kedai CD dan peniaga CD ’pirate’ di pasar-pasar malam semua dijelajah semata-mata untuk mencari minus one lagu Malaysia ku Gemilang untuk pasukan koir sekolah mereka bertanding.

Malangnya, mereka amatlah tidak menghargai hasil kerja saya dengan meletakkan harga tidak setimpal dengan kesungguhan saya menyiapkannya. Waktu tugas saya yang berlebihan, perlu diambil kira. Berjaga hingga jam dua, tiga pagi dengan kos nescafe panas semata-mata memenuhi tuntutan menyiapkan lagu tersebut dalam tempoh dua hari.

Bayangkanlah betapa hinanya pembuat muzik seperti saya apabila harga yang diterima hanya RM 30 untuk dua buah lagu. Maka, setelah membuat sedikit perbincangan dalam persatuan pembuat-pembuat muzik MIDI Johor, maka kami sepakat, harga minima untuk sebuah lagu MIDI ialah RM 250.

Itu untuk hasil yang mempunyai gred B. Gred A boleh mencapai sehingga RM 500. Kami ada beberapa kaedah untuk menghasilkan minus one ini. Mengikut kualiti dan gred masing-masing. Sekaligus mengangkat martabat pembuat-pembuat MIDI. Jangan anggap remeh kerja-kerja kami.

"Apa yang anda sediakan itu yang anda dapat".

Slogan baru kami.

Pengerusi
Persatuan Pembuat MIDI Johor.

Saturday, May 30, 2009

'Ter' eksiden

+ bagaimana nak terangkan maksud imbuhan 'ter'. aa.. satu perbuatan yang.. aa... err..

- perbuatan atau perilaku yang tidak disengajakan. tu pun susah ke?

+ Ooo.. contoh, 'sepak'. 'tersepak'. "saya tersepak batu itu". ataupun 'langgar'.

- 'terlanggar'

+ contoh ketika mengundur kenderaan, saya terlanggar tiang lampu. Biasanya perbuatan yang tidak disengajakan ini, yang 'ter' itu boleh dimaafkan, kan?

- tak boleh!

+ boleh la. kalau I tak sengaja.

- Jahanam kereta I!

Sunday, May 24, 2009

Sekitar Majlis

Berikut sekitar shot Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2009 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Pasir Gudang. Yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Tapi ini gambar-gambar Edukator dan cikgu-cikgu pasir gudang sahaja! Tiada tempat untuk VVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVIP.

Hahahaha!


Seperkara lagi, rakan-rakan guru yang memang berniat berkunjung disini untuk men'download' gambar-gambar disini, silakan. Tiada sekatan di langit terbuka. Bersama-sama ini saya sertakan no akaun maybank saya, 151306667720. Sebagai rujukan tuan-tuan dan puan-puan.

Hahaha!























Friday, May 22, 2009

Sesi raptai yang berkali-kali

Sudah namanya raptai, sudah semestinya berkali-kali. Tak cukup sehari harus buat dua tiga hari. Kami cikgu-cikgu suka. Keluarkan sahaja suratnya. Keluar dari sekolah kadang-kadang menggembirakan.

Tapi raptai berkali-kali juga men’tension’kan. Suara nak pakai lama. Nyanyi berkali-kali memenatkan. Apatah lagi berdiri lama-lama, melenguhkan. Ingatkan keluar dari sekolah, lepas dari kepenatan. Rupanya lebih membebankan.

Haha! Baru padan.

Tapi best beb! Edukator bekerjasama dengan cikgu-cikgu pasir gudang. Jumpalah kawan-kawan lama yang dulu makan sedulang. Riuh rendah macam dulu-dulu sampai sekarang. Yang dah kenal, bertepuk tampar. Yang belum kenal, bertukar-tukar gambar.

Haha!

Penatnya kaki bukan kepalang. Biasa kerja pagi, pulang satu tengahari. Ini raptai buat cikgu-cikgu susah hati berlanjutan sampai ke petang. Mana nak fikir rumah, anak-anak lintang pukang. Laki balik takde apa nak hidang. Kain baju berjemuran sampai ke petang.

Nasib baik suara tak hilang. Menyanyi bagai nak rak, esok majlis tunggang langgang jugak. Raptai selesai, perut pun muai. Nasib baik ada makan, kalau takde lain kali jangan layan. Perut dah kenyang, boleh cabut. Jumpa lagi esok. Jangan kalut.












Thursday, May 21, 2009

di majlis JPNJ

Edukator di Majlis Sambutan Hari Guru dan Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Johor. Beberapa jam sebelum ke raptai Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor di Pasir Gudang.

Sibuk sungguh kami. Macam artis!

Harap maaf. tiada gambar ketika nyanyian kerana fotografernya turut menyanyi sama.







Saturday, May 16, 2009

Edukator berkumpul lagi

Edukator sedang bekerja keras untuk menghadapi satu persembahan besar bersempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor. Memandang tugas ini terlalu berat maka, segala persiapan harus dilakukan dengan teliti, cermat dan tersusun.

Almaklumlah, dengar khabar VIPnya seorang timbalan menteri. Supaya tidak dilabelkan kalut dan tidak senonoh, maka Edukator harus bersedia. Maka berkumpullah lagi Edukator di tempat latihan kami di IPTI.

Sebagai profesional, apalah sangat majlis ini. Kalau sekadar persembahan sebegini, sudah berpuluh kali Edukator muncul. Bak kata En. Isa Amri, ”Tak perlu risau, di hari majlis kelak akan didatangkan malaikat-malaikat dari langit yang menjadikan persembahan Edukator dan guru-guru Pasir Gudang mantap dan bertenaga!”

Maka, kami sama-sama ketawa!












Saturday, May 02, 2009

baru atau lama

kereta baru

"asalkan hujan je, basuh kereta. asalkan hujan je, basuh kereta. pantang sungguh!"

kereta lama

"asalkan basuh kereta je, hari hujan. asalkan basuh kereta je, hari hujan. malas oi!"

Friday, April 03, 2009

hari malang

hari ini 3 april 2009, hari malang buat seluruh rakyat malaysia. semoga perlantikan ini mempercepatkan tamatnya kerajaan BN!

damn!

Wednesday, April 01, 2009

selepas rehat






Saya berehat dari mengendali, menjalan dan menggerakkan kumpulan koir SKTSP untuk sebarang pertandingan tahun lepas. Tahun ini saya amat teruja untuk aktif kembali dalam pertandingan koir sekolah-sekolah daerah kulai. Tahun lepas saya mengadili pertandingan ini bagi kategori sekolah menengah dan rendah. Macam-macam ada. Telinga saya kembang sepanjang mengadili.

Haha!

Saya percaya, saya mampu untuk memenangkan Koir SKTSP bagi tahun ini berdasarkan potensi sekolah-sekolah lain. Strategi sudah ada, rancangan sudah disusun. Lagu sudah dipilih, suara juga sudah tersusun. Sepanjang dua minggu lepas, kumpulan Koir SKTSP sudah bergerak dengan latihan. Walaupun nak dapatkan 50% kehadiran, adalah sukar pada awalnya. Maka berlatih jugalah kami walaupun sepuluh orang.

Haha!

Dalam keghairahan ini, terdapat beberapa perkara yang sebenarnya menguji ketabahan hati, kekuatan mental dan kekangan masa dalam meneruskan perjuangan ini. Dalam tempoh masa yang kurang dari sebulan, kumpulan koir ini perlu mengikuti latihan yang padat. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu mengganggu waktu pembelajaran mereka. Saya mohon sembah derhaka. Tolonglah jangan ambil tindakan ke atas saya.

Haha!

Kami tidak mempunyai tempat yang betul-betul kondusif untuk mengikuti latihan. Disekolah lain, mereka ada bilik muzik untuk latihan dan ada pentas untuk sesi cubasuara. Mujur, rakan saya, En. Ayatul Kauthar sudi memberi keizinan menggunakan makmal komputer sekolah untuk sesi latihan. Itupun jika kekosongan. Dengan kepadatan semua kelas dan bilik-bilik khas, makmal komputer adalah alternatif terakhir. Bayangkan kami memekak di makmal komputer? Mujur komputer-komputer ini tidak boleh bersuara, jika tidak pasti ada yang menjerit, woi, bisinglah!

Haha!

Terima kasih En Ayatul.

Kelebihannya ialah, makmal komputer berhawa dingin dan kelengkapan sistem audio. Dengan sedikit ruang, kami bebas berlatih dan membuat gerakan. Dalam pada itu, keghairahan murid tahun enam dalam kumpulan koir ini amat memberansangkan. Saya dapat mengumpul bekas anak murid semasa tahap satu dulu yang berbakat menyanyi untuk mencuba sekali lagi pertandingan ini.

Malangnya, tahun enam juga mempunyai jadual belajar yang padat. Dengan kelas hikmahnya, kelas motivasinya, kelas pemulihannya, kelas teknik menjawab soalannya, program muzakarahnya dan pelbagai aktiviti yang padat untuk kecemerlangan UPSR mereka. Takkan saya hendak halang mereka cemerlang? Kita tambah kecemerlangan mereka dengan sijil penyertaan dalam pertandingan koir ini. Betulkan?

Haha!

Saya tidak memaksa, saya sediakan alternatif untuk teknik latihan kendiri. Saya bekalkan setiap ahli koir sekeping CD rakaman bahagian suara masing-masing. Jangan ibubapa pelik, anak-anak tuan-puan memasang CD rakaman suara saya sepanjang masa kelapangan mereka dan membuat latihan sendiri!

’self learning’ kata orang putih.

Haha!

Inilah namanya teknologi ICT. Cuma tuan-puan tidak lihat lagi kibod sekolah yang amat menyedihkan. Terasa daif sungguh. Kepada mereka yang berniat untuk menggantikan yang baru, amatlah dialu-alukan. Sayalah orang yang paling bersetuju.

Haha!

Saya hanya peruntukan kurang dari sejam semasa sesi persekolahan untuk mengumpul ahli koir ini berlatih berpadu suara. Saya harapkan mereka berlatih di rumah dan disekolah kami membentuk ton suara, membetulkan pic, membina dinamik suara dan gerakan mudah.

Ketika menulis ini, hari pertandingan cuma tinggal dua hari. Kami telah bertekad, biar sesukarmanapun, kumpulan koir ini akan dinobatkan juara peringkat daerah Kulaijaya kategori sekolah rendah. Alasan masa, tempat, jadual yang padat adalah penyebab untuk kalah. Oleh itu, saya memohon kerjasama dari ibubapa dan guru-guru yang terlibat memberi sokongan, kerjasama dan pendapat dalam memenangkan kumpulan koir ini.

Akhir kata,

Majulah pendidikan muzik untuk negara!

Saturday, February 28, 2009

Kamu yang hebat!

Saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah memaki hamun berkenaan keputusan menaikkan harga tol hinggakan ianya telah tertunda.

Tahniah sekali lagi.

Thursday, February 12, 2009

ngarut

"Blah la!"

"dengan tuhan kau tak takut derhaka!"

" sesama manusia kau nak tunjuk bagus, sembah-sembah pulak!"

"damn!"

Friday, January 23, 2009

Nuha Sufi

Nuha Sufi
08/01/2009
11:36 Tengahari
Klinik Pakar Perbidanan dan Kanak-kanak, Taman Universiti
Bersalin normal dengan suntikan epidural