Wednesday, April 01, 2009

selepas rehat






Saya berehat dari mengendali, menjalan dan menggerakkan kumpulan koir SKTSP untuk sebarang pertandingan tahun lepas. Tahun ini saya amat teruja untuk aktif kembali dalam pertandingan koir sekolah-sekolah daerah kulai. Tahun lepas saya mengadili pertandingan ini bagi kategori sekolah menengah dan rendah. Macam-macam ada. Telinga saya kembang sepanjang mengadili.

Haha!

Saya percaya, saya mampu untuk memenangkan Koir SKTSP bagi tahun ini berdasarkan potensi sekolah-sekolah lain. Strategi sudah ada, rancangan sudah disusun. Lagu sudah dipilih, suara juga sudah tersusun. Sepanjang dua minggu lepas, kumpulan Koir SKTSP sudah bergerak dengan latihan. Walaupun nak dapatkan 50% kehadiran, adalah sukar pada awalnya. Maka berlatih jugalah kami walaupun sepuluh orang.

Haha!

Dalam keghairahan ini, terdapat beberapa perkara yang sebenarnya menguji ketabahan hati, kekuatan mental dan kekangan masa dalam meneruskan perjuangan ini. Dalam tempoh masa yang kurang dari sebulan, kumpulan koir ini perlu mengikuti latihan yang padat. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu mengganggu waktu pembelajaran mereka. Saya mohon sembah derhaka. Tolonglah jangan ambil tindakan ke atas saya.

Haha!

Kami tidak mempunyai tempat yang betul-betul kondusif untuk mengikuti latihan. Disekolah lain, mereka ada bilik muzik untuk latihan dan ada pentas untuk sesi cubasuara. Mujur, rakan saya, En. Ayatul Kauthar sudi memberi keizinan menggunakan makmal komputer sekolah untuk sesi latihan. Itupun jika kekosongan. Dengan kepadatan semua kelas dan bilik-bilik khas, makmal komputer adalah alternatif terakhir. Bayangkan kami memekak di makmal komputer? Mujur komputer-komputer ini tidak boleh bersuara, jika tidak pasti ada yang menjerit, woi, bisinglah!

Haha!

Terima kasih En Ayatul.

Kelebihannya ialah, makmal komputer berhawa dingin dan kelengkapan sistem audio. Dengan sedikit ruang, kami bebas berlatih dan membuat gerakan. Dalam pada itu, keghairahan murid tahun enam dalam kumpulan koir ini amat memberansangkan. Saya dapat mengumpul bekas anak murid semasa tahap satu dulu yang berbakat menyanyi untuk mencuba sekali lagi pertandingan ini.

Malangnya, tahun enam juga mempunyai jadual belajar yang padat. Dengan kelas hikmahnya, kelas motivasinya, kelas pemulihannya, kelas teknik menjawab soalannya, program muzakarahnya dan pelbagai aktiviti yang padat untuk kecemerlangan UPSR mereka. Takkan saya hendak halang mereka cemerlang? Kita tambah kecemerlangan mereka dengan sijil penyertaan dalam pertandingan koir ini. Betulkan?

Haha!

Saya tidak memaksa, saya sediakan alternatif untuk teknik latihan kendiri. Saya bekalkan setiap ahli koir sekeping CD rakaman bahagian suara masing-masing. Jangan ibubapa pelik, anak-anak tuan-puan memasang CD rakaman suara saya sepanjang masa kelapangan mereka dan membuat latihan sendiri!

’self learning’ kata orang putih.

Haha!

Inilah namanya teknologi ICT. Cuma tuan-puan tidak lihat lagi kibod sekolah yang amat menyedihkan. Terasa daif sungguh. Kepada mereka yang berniat untuk menggantikan yang baru, amatlah dialu-alukan. Sayalah orang yang paling bersetuju.

Haha!

Saya hanya peruntukan kurang dari sejam semasa sesi persekolahan untuk mengumpul ahli koir ini berlatih berpadu suara. Saya harapkan mereka berlatih di rumah dan disekolah kami membentuk ton suara, membetulkan pic, membina dinamik suara dan gerakan mudah.

Ketika menulis ini, hari pertandingan cuma tinggal dua hari. Kami telah bertekad, biar sesukarmanapun, kumpulan koir ini akan dinobatkan juara peringkat daerah Kulaijaya kategori sekolah rendah. Alasan masa, tempat, jadual yang padat adalah penyebab untuk kalah. Oleh itu, saya memohon kerjasama dari ibubapa dan guru-guru yang terlibat memberi sokongan, kerjasama dan pendapat dalam memenangkan kumpulan koir ini.

Akhir kata,

Majulah pendidikan muzik untuk negara!

No comments: