Wednesday, November 26, 2008

edukator di majlis tabika?

Hampir setiap minggu dalam 2 bulan terakhir ini saya berulang-alik ke kampung saya di Kuala Lumpur. Bersempena dengan Majlis Anugerah Kualiti Rukun Tetangga dan Tabika Perpaduan 2008 (fuh! Berpeluh-peluh membacanya). Saya pun tidak pasti anugerah apa agaknya. Mungkin seperti anugerah skrin tapi untuk Rukun Tetangga. Yang pasti tugas saya dan kumpulan. Naik pentas, nyanyi dan balik dengan senyuman melebar.

Atas kerana jadual padat dan perjalanan yang singkat, saya tidak berkunjung pun ke rumah bonda saya. Ampun bonda, minggu depan anakanda balik lagi untuk Hari Raya Qurban, Insyallah. Lagipun anakanda ’busy’

Saya cuba meracun fikiran Encik Isa Amri atas niatnya menamatkuburkan kumpulan koir ini dengan mempelawa beliau menerima lagi sebarang undangan untuk persembahan kami lagi.

Sebat je!

Mungkin beliau terlalu penat melayan karenah anak-anak buah yang 25 orang ini. Banyak sangat ragam dan memeningkan kepala. Almaklumlah, masing-masing bukan budak-budak lagi. Kalau budak, boleh disebat. Nak dimarah, semuanya sudah tua-tua belaka. Mungkin niat beliau untuk berehat itu, membolehkan beliau menumpukan perhatian pada tugas-tugas hakiki, zahir dan batin.

Walauapapun, saya ikut saja. Kalau ada, jangan lupa pelawa. Nak bertanding lagi, jangan lupa saya.

Oh ya! Hadiah melancong belum tertunai oleh Jabatan Perpaduan. Ini bermakna, kami belum boleh menamatkuburkan kumpulan ini. Ayuh kawan-kawan! kita masih ada satu lagi perang! Perang tuntut hadiah melancong ke Sabah atau Sarawak dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional.

Kenapa Jabatan Perpaduan senyap je? Mana janji-janjinya?

Dari kampung ke Bandar. Orang paling jakun, Azizi. Haha! Asik pegang kamera je.

Asal bergambar je si Aerma ni mesti menyenget. kenapa ada bisul ke?

Aiya, nyonya-nyonya manyak kesian lama tunggu olang makan maa..

Ha tu, menyenget lagi. Haha!

Sedang menguji pentas sama ada kukuh atau tidak.

Mereka bukan petugas-petugas hotel atau mana-mana cafe juga bukan kaki pukul.

Aiya! ini amoi aa, manyak suka gelak wo!

siapa cun? sila angkat tangan!

Sementara tunggu orang bershopping sekitar bukit bintang dan times square

dan penantian itu satu penyiksaan

Tuesday, November 18, 2008

Ini bukan ’live’

Terima kasih pada Jafny atas ‘job’ yang diamanahkan. Saya harap beliau tidak serik dengan saya. Saya lebih mengenali rakan saya yang satu ini. Kerjasama ini, membuatkan saya lebih menghormati beliau. Tak pernah patah semangat. Buat dan terus buat.

Persembahan saya malam itu, bukan terbaik dan tidak pasti sama ada yang terburuk. Ada yang suka dan teruja dengan persembahan itu. Sinaganaga via sms ’aku dpt sumber dr dlm- psmbahan kau yang the best!’ Saya tidak pasti sama ada beliau menonton saya atau tidak. Selama tiga hari berkampung di DBP, tidak berkesempatan langsung bertemu sinaganaga ini.

Tapi saya dikritik teruk oleh pengkritik setia saya. Perit sungguh malam itu saya telan semua kritikan pengkritik setia saya. Memang pedih dan ada kebenarannya. Saya sudah buat ’post mortem’ sendiri dan berjanji pada pengkritik saya.

Apa pun, malam itu saingan hebat. Kata adik saya yang datang menonton, lagu-lagu yang bertanding bagus-bagus belaka. Ada lagu-lagu yang kuat dan berjaya mencuri hatinya. Mungkin belum ada rezeki bagi saya dan Jafny.

Walau apa pun, pertandingan ini menambah pengalaman. Kesempatan bertemu Roy, Bad, Izzat, Widdy dan rakan-rakan lain berkongsi cerita dan pengalaman. Lebih-lebih lagi Roy, antara yang paling senior. Lawak juga si Roy ini. Walaupun pada mulanya saya terasa segan juga untuk berbual. Tapi beliau amat ’friendly’.

Sayembara Mencipta Lagu Puisi Dewan Bahasa dan Pustaka! Jumpa saya lagi tahun depan!


Mamat yang berpelukan dengan Roy tu, Komposer yang menang. Bad nama dia

Kalau korang tak kenal pun, bagus.

Kalau tak kenal mamat ni pun, lagi bagus

Cantik lampu-lampu ni.

Soalan kuiz minggu ini. Anak siapa ni?

Fuh! Nama saya dah lain. Korang mesti tak jumpa.

Jafny. Komposer yang minta saya nyanyikan lagu dia. Mahal dia bayar saya. Haha!

Tuesday, November 11, 2008

Hari yang boleh buat saya pengsan

Saya bergegas dari KL ke JB untuk 'show' di PERSADA JOHOR ini. Kecewa sangat apabila saya tersalah maklumat tempat kejadian, apabila saya bergegas ke Hotel New York (lokasi majlis perasmian MAKSAK) Walhal beberapa kali saya menghubungi dan meng'sms' Rasman. Tapi tidak keluar soalan berkaitan lokasi kejadian.

aduh!

Malu sungguh pada reception di New York Hotel apabila bertanyakan majlis penutup berlangsung di PERSADA JOHOR yang akan berlaku dalam beberapa minit sahaja lagi. Kalau terus bergegas ke PERSADA, pasti saya berkesempatan untuk menyanyi sama.

'sy masih di ptian. jika tidak bkesempatan hadir utk mnyanyi, sy hanya hadir utk makan' via sms saya pada Encik Isa.

Alhamdulillah, doa saya makbul.
.
.
.
.
.

Sekitar 'shot' di PERSADA JOHOR. Gambar 'show' tak sempat. Gambar makan sempat.

Haha!












Tuesday, November 04, 2008

EDUKATOR'S Concerto

Gambar di edit oleh Azizi. Entah siapa yang suruh dia edit.

Konsert EDUKATOR 1

Perasmian Majlis MAKSAK peringkat kebangsaan 08
Lokasi: Hotel New York (Johor Bahru. EDUKATOR akan ke New York, Jika ada jemputan)
Tarikh: 7 Nov 2008
Hari: Jumaat
Waktu: 8.00 malam
Lagu:
1. Negaraku dan Bangsa Johor (pun perlu jemput kami? Orang lain tak bagus barangkali)
2. Tema MAKSAK (lemah sungguh lagu ni. Tapi dibayar, maka nyanyi jugalah)
3. Malaysiaku gemilang
Waktu raptai: Tak pasti (tak perlu, EDUKATOR bagus-bagus belaka)
Pakaian ’show’:
1. Blazer + Tshirt Hitam + skraf gold (bagi lelaki yang bersopan)
2. Perempuan pun sama + kasut gold kalian.

Konsert EDUKATOR 2

Penutup Majlis MAKSAK peringkat kebangsaan 08
Lokasi: Hotel New York (sama di atas)
Tarikh: 9 Nov 2008
Hari: Ahad
Waktu: 8 Malam
Lagu:
1. Negaraku dan Bangsa Johor (yang diselaraskan tanpa sebarang penggunaan versi ke’daerah’an)
2. Tema MAKSAK (tanpa perlu rujuk lirik. Potong bayaran kalau tengok kertas lirik)
3. Malaysia Tanahairku (buat seperti di pertandingan tempohari. En Isa jangan lupa sebut ’Go!’)
Waktu raptai: Tak pasti dan tak perlu. Kalau perlu, tambah bayaran. Haha!
Pakaian show:
1. Kemeja putih + seluar hitam + selendang merah (bagi lelaki yang budiman)
2. Perempuan pun sama + (termasuk yang di ‘dalam’)

Konsert EDUKATOR 3

Lokasi: PUTRAJAYA
Majlis: Entah (En. Isa lupa. Kata dialah!)
Tarikh: 22 Nov 2008
Hari: Sabtu
Waktu: Tak tau dan belum pasti
Lagu:
1. Perpaduan Teras Kejayaan (new arr. Kalian harus bersedia!)
2. Malaysia Tanahairku (buat seperti di pertandingan tempohari. Jangan lupa tabur ’stardust’ atas kepala orang lagi.) haha!

Untuk sebarang tempahan, sila hubungi:
1. 0137561691 En. Aminudin. Penyelaras Muzik, JPNJ
2. 0197120205 En. Isa Amri. Pensyarah Muzik, IPTI.
3. 0137061020 En. Nizam Rusli. Cikgu Muzik. SKTSP

Jadual padat. Sila pastikan membuat tempahan awal bagi mengelakkan pertindihan jadual persembahan. Bagi memelihara tatasusila, imej peribadi ahli kumpulan dan nama kumpulan, kami tidak berminat membuat persembahan di kelab2 dangdut, joget lambak mahupun pesta-pesta buih.

Harap maklum.

Oh ya! Jemputlah hadir ke majlis-majlis di atas untuk sama-sama menepuk tangan mendengar dan menonton persembahan kami.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gambar menarik minggu ini:

Mentari melambai pergi


Model: Sony dslr a200
aperture: tak ingat
speed: 1.3 agaknya
iso: lupa.

Maaf. Saya terpadam gambar seusai memindahkan fail ke PC. Maka maklumat hilang.

Tuesday, October 28, 2008

projek lagi

En. Isa SMS saya, 8 hb Oktober, EDUKATOR ada ‘show’ untk majlis MAKSAK di Hotel New York, JB. Sesi latihan akan diadakan pada sabtu 1hb. Saya belum ‘reply’ tapi bersetuju.

Dan saya ketika ini sedang bersedia untuk pertandingan mencipta lagu puisi kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Juga akan diadakan di DBPKL pada 12,13 dan 14 Oktober ini. Saya tidak bertanding sebenarnya. Tapi dipinjamsuarakan. Lagu ciptaan saudara Jafny (Daksina) ini berjaya terpilih menjadi ‘top 10 finalist’. Saya ikut-ikut saja.

Macam sudah sedia. Tapi saya masih pening memikirkan baju yang sesuai untuk pertandingan itu. Tapi lagu dan melodi sudah lekat.

Hujung-hujung sesi persekolahan memang padat. Saya sedang risau tentang kerja-kerja disekolah yang hendak disiapkan. Ditambah dengan pelbagai kerja diluar bidang tugas. Sesekali terasa seperti artis yang penuh ’glamour’.

Dan bila saya boleh jadi kaya-raya ni?

Haha!

Thursday, October 23, 2008

Keratan Akhbar

Beberapa keratan akhbar berkaitan kemenangan kumpulan koir EDUKATOR dalam Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Peringkat Kebangsaan di Auditorium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

untuk tonton video persembahan kumpulan Koir EDUKATOR klik cheguazam.blogspot.com


Saturday, October 18, 2008

Projek Berjaya!

Dengan rakusnya!

Kumpulan Koir EDUKATOR berjaya merangkul JOHAN PERTANDINGAN KOIR LAGU-LAGU PATRIOTIK PERINGKAT KEBANGSAAN anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Tidak dapat digambarkan kegembiraan kemenangan ini. Akhirnya trofi ini berjaya dikembalikan di semenanjung setelah tiga tahun berada dinegeri-negeri seberang laut (Sabah dan Sarawak). Kejayaan ini tentulah untuk semua warga Johor.

Hidup Johor!

Tahniah kepada semua ahli kumpulan. Suara emas kalian memukau. Hadirin benar-benar terpaku dan memikat juri. Ternyata usaha kalian berbaloi dengan kemenangan ini. Usaha ini sedikit-sebanyak menaikkan nama JPNJ, guru-guru muzik di Johor Bahru dan sekolah-sekolah kalian. Jasa ini akan menjadi sejarah selamanya.

Bravo!

Sekitar ’shot’ kemenangan



Auw! Jantan pun kena ke nyah?

Fuh! melentik!

Dah siap. Cantik tak?

Sedang mendengar ceramah terakhir En. Isa

Dari Sarawak naik belon

Tenang menanti giliran yang terakhir.

Cool

Dari Sabah juga naik belon. Tig negeri dari seberang laut lepas ke final. Hebat
Bersama Paka bin Siam. Nama betul dia. Saya tak tipu.

EDUKATOR sedang beraksi

Pom! keluar apa tu?

Fokus. Sedang memberikan 100 peratus persembahan terbaik.

dan menang! yeh!

Kami memanipulasi dewan. Haha! bergambar untuk media.

Hadiah: Wang Tunai RM 5000 dan hadiah melancong ke Sabah atau Sarawak (diberi pilihan)

Adios!


Kronologi Projek Takluk Trofi

Projek Menakluk Trofi Johan Koir Perpaduan

Projek Menakluk Trofi Johan Koir Perpaduan 2


Sehari sebelum harinya! (Projek Takluk Trofi)

Sehari dihari kejadian+Projek Takluk Trofi (PTT)


Projek Takluk Trofi Koir Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Wednesday, October 15, 2008

Projek Takluk Trofi Koir Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Tarikh kejadian: 14 Oktober hingga 16 Oktober 2008
Lokasi kejadian: Auditorium Darul Makmur (ADAM) Kuantan, Pahang.

Jarak pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan terlalu hampir. Tidak sampai seminggu. Sedikit kelam-kabut memikirkan kerja-kerja tertangguh di sekolah dan urusan surat menyurat perlepasan. Mujur saya mempunyai bos yang mudah berkolaborasi dan menyokong. Saya jawab mudah, atas nama negeri Johor juga.

Terima kasih bos. Haha!

Waktu berlepas ke Kuantan lebih kurang jam 9.00 pagi. Sepanjang perjalanan kami muntah dengan lagu Malaysiaku Gemilang dan Malaysia Tanahairku walaupun sebenarnya kami sudah khatam dan cukup melekat melodi masing-masing. Dalam bas pun masih berlatih. ’Trip’ yang panjang ini menyeronokkan walaupun meletihkan. Masing-masing macam itik lepas reban. Walaupun sebenarnya sedih tinggal anak-anak, laki-laki dan isteri-isteri. Sekejap-sekejap telefon rumah. Tanya khabar.

Siapa tak sayang bini?

Kami tiba agak lewat lebih kurang jam 4 petang. Mungkin kerana kekerapan kami singgah dibanyak tempat untuk mengosongkan tangki masing-masing. Hanya sempat untuk seketika merasa empuk tilam Hotel Grand Continental, kami bersiap ke lokasi kejadian untuk sesi uji bunyi dan raptai saringan di Auditorium Darul Makmur (ADAM) . Walaupun sedikit jakun dan canggung, maklumlah tempat baru tetapi masing-masing masih dapat mengawal diri.

Haha!

Sesi uji bunyi dan raptai yang bermula agak lewat dan berkesudahan teramat lewat. Mujur kami bukan kumpulan terakhir. Giliran kami selesai lebih kurang jam 11 malam.

Gila!

Dengar khabar, Peserta Sabah (kumpulan terakhir) berakhir sekitar jam 1 pagi. Bagi memastikan kami bertenaga dan mendapatkan kualiti suara yang baik, kami balik ke hotel dan tidur tanpa memperdulikan berita penurunan harga minyak di pasaran Malaysia pada hari yang sama.

Haha!

Pagi saringan Projek Takluk Trofi bermula dengan ceria dan bertenaga. Dengan menu sarapan yang enak dan berselera, memantapkan perut-perut ahli koir EDUKATOR semua. Masing-masing berasa yakin dan bersemangat. Perjalanan ke lokasi kejadian dari hotel di isi dengan proses pemanasan suara iringan CD dari radio bas. Ulang, ulang, ulang dan ulang. Medan perang kami semakin hampir. Tidak ada ruang untuk bersembunyi mahupun untuk mengundur diri.

Sebagai peserta kesembilan daripada lima belas negeri yang bertanding. Memberi kami sedikit ruang keselesaan. Tidak terlalu cepat atau terlalu lambat. Dari semua peserta negeri yang bertanding, lapan negeri akan terpilih untuk bertanding di peringkat akhir pada keesokkannya. Apa yang digeruni ialah johan kebangsaan 2007 iaitu dari negeri dibawah bayu, Sabah.

Alhamdulillah berkat doa ikhlas dan kesepaduan kerjasama dari semua ahli EDUKATOR, hari ini kami dapat memberikan persembahan yang mantap dan bertenaga sekaligus melayakkan diri ke peringkat akhir. Turut lapan yang tersenarai ialah Sabah, WP Labuan, Sarawak, Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan tuan rumah, Pahang. Semua kumpulan mempunyai kehebatan dan kekuatan masing-masing dan ada diantaranya memang kami telah letak ’target’ untuk bersaing sama di peringkat akhir.

Penat lelah seharian di auditorium untuk sesi saringan dan raptai peringkat akhir amat berbaloi dan kepadatan jadual kami sepanjang masa disini berbalas dengan layaknya koir EDUKATOR ke peringkat akhir. Misi Projek Takluk Trofi ini semakin hampir. Semoga apa yang kami harapkan berhasil kejayaan. Apa yang diidamkan menjadi kenyataan dan kami juga percaya, kalah dan menang itu ketentuanNya.

gitartong@nzm r

EDOKATOR sedang uji bunyi

En. Noor Azzam sedang uji diri

Negeri mana entah. Lupa dah.

Ini dari Sarawak. Kostum mereka saja mungkin lebih besar dari hadiah.

Tenang menanti giliran

Sabah juga hebat. Kamu akan meremang bulu tengkok kalau dengar

Edukator sedang berlatih jadi model iklan baju.

Macam budak sekolahlah korang ni! hah!

Sesi makan malam peserta koir bersama MB yang tak datang.


Gambar menarik hari ini. Kelihatan Puan Zaiton dalam kegugupan atau dalam kekhusyukkan atau keremangan mendengar persembahan peserta-peserta koir.

model:sony dslr a200
aparture: f5.6
shutter speed: 1/6
ISO:1600