Tuesday, October 28, 2008

projek lagi

En. Isa SMS saya, 8 hb Oktober, EDUKATOR ada ‘show’ untk majlis MAKSAK di Hotel New York, JB. Sesi latihan akan diadakan pada sabtu 1hb. Saya belum ‘reply’ tapi bersetuju.

Dan saya ketika ini sedang bersedia untuk pertandingan mencipta lagu puisi kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Juga akan diadakan di DBPKL pada 12,13 dan 14 Oktober ini. Saya tidak bertanding sebenarnya. Tapi dipinjamsuarakan. Lagu ciptaan saudara Jafny (Daksina) ini berjaya terpilih menjadi ‘top 10 finalist’. Saya ikut-ikut saja.

Macam sudah sedia. Tapi saya masih pening memikirkan baju yang sesuai untuk pertandingan itu. Tapi lagu dan melodi sudah lekat.

Hujung-hujung sesi persekolahan memang padat. Saya sedang risau tentang kerja-kerja disekolah yang hendak disiapkan. Ditambah dengan pelbagai kerja diluar bidang tugas. Sesekali terasa seperti artis yang penuh ’glamour’.

Dan bila saya boleh jadi kaya-raya ni?

Haha!

10 comments:

kingbinjai said...

tula, aku pun selalu tanya soalan yang sama hehehe

gitartong said...

aku faham kesibukan kau. lama tak dengar kabar. anak sihat ke?

e-leeyana said...

salam kenal...
wahhh~ lg 1 blog yg wat sy teruja di sini...teruskan usaha...menarik bce cte n pengalaman kamu...priceless

gitartong said...

e-leeyana
salam. terima kasih sudi berkunjung

Artozy said...

aku. baru beli gitar. utk awek aku. aku google. gitar tong. dapat blog kau. hahahaha. salam kenal.

kantoi said...

Yo..Salam
puhh...dasat bro..
boleh menang lagi ni..
tahniah..!!

1st time masuk blog bro.
cool..!!

gitartong said...

artozy+kantoi

salam kenal

Anonymous said...

Salam bro, thanks & semoga kita berjaya kali ni.

Anonymous said...

dari al-Misri... Hari semakin hampir & perjuangan perlu diteruskan. Semoga kemenangan milik kita.

maicher said...

proe5474
pond1579
river4842
spa1885
master1548