Wednesday, October 08, 2008

Projek Menakluk Trofi Johan Koir Perpaduan 2

Diluar target!

Kemampuan vokal ahli koir pada kali ini tidak dapat dikawal-kawal lagi. Masuk hari kedua, lagu kedua khatam. Satu hari untuk satu lagu? Wow! Hebat! Saya dapat rasakan kemantapan kumpulan EDUKATOR JPNJ kali ini. Cikgu Loh dari SK Kok Kuang hari ini adalah hari pertamanya terus saja menghafal melodi beliau.






Seorang lagi ahli baru (saya belum berkesempatan menemuramah beliau) melengkapkan lagi kuota kumpulan koir ini. Tanpa kehadiran peserta baru ini Kumpulan EDUKATOR JPNJ mungkin mempunyai masalah dengan syarat pertandingan. Semoga beliau terus komited dengan perang yang satu ini.





Walaupun mengalami sedikit permasalahan pada melodi tenor part semasa grup session, terutamanya pada bahagian solo, permasalahan itu dapat diatasi dengan kekerapan memperbaiki kelemahan tersebut. Bagaimanapun, semasa penggabungan keseluruhan suara pada sesi latihan sebelah petang telah menampakkan hasil yang baik dan membanggakan.





Insyaallah. Dalam tinggal beberapa hari latihan lagi, saya dapat rasakan koir ini benar-benar bersedia untuk pertandingan kali ini. Semoga ahli-ahli kekal komited dan bekerja keras kearah penaklukan ini.





No comments: