Wednesday, October 15, 2008

Projek Takluk Trofi Koir Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Tarikh kejadian: 14 Oktober hingga 16 Oktober 2008
Lokasi kejadian: Auditorium Darul Makmur (ADAM) Kuantan, Pahang.

Jarak pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan terlalu hampir. Tidak sampai seminggu. Sedikit kelam-kabut memikirkan kerja-kerja tertangguh di sekolah dan urusan surat menyurat perlepasan. Mujur saya mempunyai bos yang mudah berkolaborasi dan menyokong. Saya jawab mudah, atas nama negeri Johor juga.

Terima kasih bos. Haha!

Waktu berlepas ke Kuantan lebih kurang jam 9.00 pagi. Sepanjang perjalanan kami muntah dengan lagu Malaysiaku Gemilang dan Malaysia Tanahairku walaupun sebenarnya kami sudah khatam dan cukup melekat melodi masing-masing. Dalam bas pun masih berlatih. ’Trip’ yang panjang ini menyeronokkan walaupun meletihkan. Masing-masing macam itik lepas reban. Walaupun sebenarnya sedih tinggal anak-anak, laki-laki dan isteri-isteri. Sekejap-sekejap telefon rumah. Tanya khabar.

Siapa tak sayang bini?

Kami tiba agak lewat lebih kurang jam 4 petang. Mungkin kerana kekerapan kami singgah dibanyak tempat untuk mengosongkan tangki masing-masing. Hanya sempat untuk seketika merasa empuk tilam Hotel Grand Continental, kami bersiap ke lokasi kejadian untuk sesi uji bunyi dan raptai saringan di Auditorium Darul Makmur (ADAM) . Walaupun sedikit jakun dan canggung, maklumlah tempat baru tetapi masing-masing masih dapat mengawal diri.

Haha!

Sesi uji bunyi dan raptai yang bermula agak lewat dan berkesudahan teramat lewat. Mujur kami bukan kumpulan terakhir. Giliran kami selesai lebih kurang jam 11 malam.

Gila!

Dengar khabar, Peserta Sabah (kumpulan terakhir) berakhir sekitar jam 1 pagi. Bagi memastikan kami bertenaga dan mendapatkan kualiti suara yang baik, kami balik ke hotel dan tidur tanpa memperdulikan berita penurunan harga minyak di pasaran Malaysia pada hari yang sama.

Haha!

Pagi saringan Projek Takluk Trofi bermula dengan ceria dan bertenaga. Dengan menu sarapan yang enak dan berselera, memantapkan perut-perut ahli koir EDUKATOR semua. Masing-masing berasa yakin dan bersemangat. Perjalanan ke lokasi kejadian dari hotel di isi dengan proses pemanasan suara iringan CD dari radio bas. Ulang, ulang, ulang dan ulang. Medan perang kami semakin hampir. Tidak ada ruang untuk bersembunyi mahupun untuk mengundur diri.

Sebagai peserta kesembilan daripada lima belas negeri yang bertanding. Memberi kami sedikit ruang keselesaan. Tidak terlalu cepat atau terlalu lambat. Dari semua peserta negeri yang bertanding, lapan negeri akan terpilih untuk bertanding di peringkat akhir pada keesokkannya. Apa yang digeruni ialah johan kebangsaan 2007 iaitu dari negeri dibawah bayu, Sabah.

Alhamdulillah berkat doa ikhlas dan kesepaduan kerjasama dari semua ahli EDUKATOR, hari ini kami dapat memberikan persembahan yang mantap dan bertenaga sekaligus melayakkan diri ke peringkat akhir. Turut lapan yang tersenarai ialah Sabah, WP Labuan, Sarawak, Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan tuan rumah, Pahang. Semua kumpulan mempunyai kehebatan dan kekuatan masing-masing dan ada diantaranya memang kami telah letak ’target’ untuk bersaing sama di peringkat akhir.

Penat lelah seharian di auditorium untuk sesi saringan dan raptai peringkat akhir amat berbaloi dan kepadatan jadual kami sepanjang masa disini berbalas dengan layaknya koir EDUKATOR ke peringkat akhir. Misi Projek Takluk Trofi ini semakin hampir. Semoga apa yang kami harapkan berhasil kejayaan. Apa yang diidamkan menjadi kenyataan dan kami juga percaya, kalah dan menang itu ketentuanNya.

gitartong@nzm r

EDOKATOR sedang uji bunyi

En. Noor Azzam sedang uji diri

Negeri mana entah. Lupa dah.

Ini dari Sarawak. Kostum mereka saja mungkin lebih besar dari hadiah.

Tenang menanti giliran

Sabah juga hebat. Kamu akan meremang bulu tengkok kalau dengar

Edukator sedang berlatih jadi model iklan baju.

Macam budak sekolahlah korang ni! hah!

Sesi makan malam peserta koir bersama MB yang tak datang.


Gambar menarik hari ini. Kelihatan Puan Zaiton dalam kegugupan atau dalam kekhusyukkan atau keremangan mendengar persembahan peserta-peserta koir.

model:sony dslr a200
aparture: f5.6
shutter speed: 1/6
ISO:1600

1 comment:

Anonymous said...

pn zetty mencapub