Tuesday, November 18, 2008

Ini bukan ’live’

Terima kasih pada Jafny atas ‘job’ yang diamanahkan. Saya harap beliau tidak serik dengan saya. Saya lebih mengenali rakan saya yang satu ini. Kerjasama ini, membuatkan saya lebih menghormati beliau. Tak pernah patah semangat. Buat dan terus buat.

Persembahan saya malam itu, bukan terbaik dan tidak pasti sama ada yang terburuk. Ada yang suka dan teruja dengan persembahan itu. Sinaganaga via sms ’aku dpt sumber dr dlm- psmbahan kau yang the best!’ Saya tidak pasti sama ada beliau menonton saya atau tidak. Selama tiga hari berkampung di DBP, tidak berkesempatan langsung bertemu sinaganaga ini.

Tapi saya dikritik teruk oleh pengkritik setia saya. Perit sungguh malam itu saya telan semua kritikan pengkritik setia saya. Memang pedih dan ada kebenarannya. Saya sudah buat ’post mortem’ sendiri dan berjanji pada pengkritik saya.

Apa pun, malam itu saingan hebat. Kata adik saya yang datang menonton, lagu-lagu yang bertanding bagus-bagus belaka. Ada lagu-lagu yang kuat dan berjaya mencuri hatinya. Mungkin belum ada rezeki bagi saya dan Jafny.

Walau apa pun, pertandingan ini menambah pengalaman. Kesempatan bertemu Roy, Bad, Izzat, Widdy dan rakan-rakan lain berkongsi cerita dan pengalaman. Lebih-lebih lagi Roy, antara yang paling senior. Lawak juga si Roy ini. Walaupun pada mulanya saya terasa segan juga untuk berbual. Tapi beliau amat ’friendly’.

Sayembara Mencipta Lagu Puisi Dewan Bahasa dan Pustaka! Jumpa saya lagi tahun depan!


Mamat yang berpelukan dengan Roy tu, Komposer yang menang. Bad nama dia

Kalau korang tak kenal pun, bagus.

Kalau tak kenal mamat ni pun, lagi bagus

Cantik lampu-lampu ni.

Soalan kuiz minggu ini. Anak siapa ni?

Fuh! Nama saya dah lain. Korang mesti tak jumpa.

Jafny. Komposer yang minta saya nyanyikan lagu dia. Mahal dia bayar saya. Haha!

5 comments:

Anonymous said...

Terima kasih juga pada kau kerana sudi nyanyikan lagu ciptaan aku. Ini merupakan detik batu tanda untuk kita pergi ke destinasi seterusnya selepas ini. - al-Misri -

LingGopoH said...

salam..tahniah buat saudara Jafny diatas ciptaan lagu Percakaran Yang Tak Pernah Usai..memang menarik dgn arangement muzik yg rancak dan bertenaga..kepada Bob Akustika yg saya pun hampir tak kenal siapa bila ternampak banner tahniah dpt menyampaikan lagu ni (bagus atau tidak saya tak tau menilai tapi saya terhibur)..jangan putus asa teruskan berkarya dan usaha..wlaupun tidak mndapat tempat 1,2 atau 3..tapi mendapat tempat dihati penonton saya rasa ramai juga yg menganguk-angguk kepala mengikut irama rentak lagu ini..insyaalah tahun depan saya ingin menonton lagi..

Anonymous said...

al-misri
bila ada show lagi? haha!

linggopoh
kau tak vote ke malam tu? haha!
ada vote ke?

LingGopoH said...

bagi cadangan kt DBP penganjuran tahun depan kasi vote la..buat live ...boleh kaum kerabat semua vote..hahaha

kingbinjai said...

ooo dude sampai kl tak call aku....