Saturday, May 30, 2009

'Ter' eksiden

+ bagaimana nak terangkan maksud imbuhan 'ter'. aa.. satu perbuatan yang.. aa... err..

- perbuatan atau perilaku yang tidak disengajakan. tu pun susah ke?

+ Ooo.. contoh, 'sepak'. 'tersepak'. "saya tersepak batu itu". ataupun 'langgar'.

- 'terlanggar'

+ contoh ketika mengundur kenderaan, saya terlanggar tiang lampu. Biasanya perbuatan yang tidak disengajakan ini, yang 'ter' itu boleh dimaafkan, kan?

- tak boleh!

+ boleh la. kalau I tak sengaja.

- Jahanam kereta I!

7 comments:

Izhal said...

sebagai manusia biasa, imbuhan 'ter' ni memang tak boleh kita lari darinya...

macamana nak beli album cikgu ni???

Bunga Binti Nordin said...

tapi kekadang saja dieksploitasi imbuhan 'ter' nih..
nk cover diri sendiri yg gelojoh

blackpurple @ jowopinter said...

Dah 'ter' nak buat macamana...

Jom ngeteh kat Bkt Indah. Hahaha!

kingbinjai said...

ooo ter itu aku ingat ter lain

LingGopoH said...

tapi kalo lebih berhati2 "ter" itu tak berlaku..kalo kelam kabut dan tidak bersabar akan terjadi "ter" itu.

dugongsenyum said...

lama tak jumpa kau.

Bunga Rampai said...

Salam Ramadhan 1430 H :)