Monday, February 12, 2007

Identiti yang terbongkar

Wah! tidak di duga. Malahan tidak disangka-sangka. Jika tuan-tuan dan puan-puan tidak perasan, sila perhatikan dengan teliti susunan bulan dan tahun yang terdapat disebelah kiri muka hadapan blog saya ini. Ianya bermula pada Januari 2006 dan ketika saya menulis ini, kita sudah memasuki bulan kedua dalam tahun 2007.

Apakah maknanya? apakah maksud tersirat yang ingin saya sampaikan? Saya percaya semua pembaca-pembaca blog ini, adalah dikalangan mereka yang cerdik pandai. Maksud yang tersirat dan tersurat adalah permainan anda. Saya tahu anda hebat. Tidak perlu saya sebut dan sanjung anda tinggi-tinggi kerana kehendak anda untuk berkunjung di sini sebenarnya pun tidak menafikan kehebatan saya juga.

Jika anda adalah pembaca dan komentaris pertama entri ini, anda adalah orang yang paling bertuah. Saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan sesuatu untuk anda sebagai menghargai usaha anda membahagiakan saya. Ya, mereka yang meninggalkan komen dan berkunjung disini sebenarnya membahagiakan saya. Besar sungguh jasa anda. Jangan lupa meninggalkan alamat anda ke dalam email saya. Ingat! pembaca dan komentaris pertama saja.

Dan, untuk entri ini juga saya menantikan komentaris yang tidak pernah meninggalkan sebarang komen di sini. Saya akan menjejak komentaris ini dan membuktikan kesahihannya (sama ada pernah me'ngomen' atau tidak) Jangan lupa meninggalkan alamat anda juga.

Seperti cikgu Fadzillah yang bertanya pada saya, "engkau ni gitartong ya?" hampir tersedak saya apabila ada seseorang di dunia nyata saya menegur sebegitu.

"Akak baca semua yang kau tulis dalam blog kau. Kelakarlah, pandai sungguh kau menulis"

"Korang patut baca blog gitartong." sempat pula mempromosi pada rakan-rakan guru yang lain.

"Cikgu-cikgu patut menulis. Bila pula akak nak buka blog?" saya, dengan hidung yang mengembang.

Begitu juga dengan Mohd Wafiq tahun 3 Mahir,

"Cikgu! cikgu! gitartong!"

Hampir tersadung kaki saya ketika melangkah. Saya akan temuramah budak ini di satu masa yang lapang.

Hari ini dan hari-hari yang mendatang adalah amat membahayakan kerana identiti saya hampir terbongkar.

19 comments:

Inilah Saya said...

ho! ho! ho!

Salam...

Gitartong....bila nak menyanyi untuk kita orang lagi.

nUr@dDeEn said...

hehe.. dah terbongkar ker? takper, itu satu penghargaan kerna semua org suka.
ntah2 kita kenal kan kan ahaks ahaks... cikgu gitar hehehe

kingbinjai said...

cis cis aku no3

Pa'chik said...

wei.. itulah kamu.. apasal ko awal sangat? hoho..
cis cis cis no4..
buleh dapat?

Pak Malau said...

Pak Malau selalu lalu tapi tak meletakkan kesan. Hari ini ya lah Pak Malau yang ke 5.

gitartong said...

inilah saya/qasseh
tahniah! anda yg pertama. tinggalkan alamat di email saya. terima kasih.

addeen
mungkin kenal. kamu anak siapa? haha!

kingbinjai
aku memang berharap bukan kau yang pertama. haha! sebab kau dah ada hadiah itu..

pakcik
malanglah pakcik. tunggu peraduan lain.

pak malau
tahniah. pak malau juga menang sesuatu. terima kasih kerana mengomen. tinggalkan alamat di email saya. haha!

gitartong said...

inilah saya
soalan saya: bila nak jemput saya menyanyi lagi? haha!

samurai said...

tak ada komen bukan makna tak ada org baca.

tapi org yg baca tu semua malu2.

rimanilzah said...

macam saya ... hahahaha

denliau said...

No komen.....

zizie ali said...

jgn terkejut kalau apek jual ikan berkata: "Haiya...wa tau, wa tau. lu gitar tong hah..lu punya blog bikin wa punya ati manyak gili oooo...lu punya nyanyi pun manyak ummp..ini ikan kasi angkat pree ahhh.."

zino said...

bila dah jadi artis memang le popular.. hehe

kemat said...

gitar tong terkenal kerana suaranya...kalah MAWI

Lan Rambai said...

kali pertama saya komen di sini.. selama ini saya maluuuuu... auwwww

komen saya ialah... no komennn

Kaklong said...

salam,

heepi 1st anniversari blog. moga terus tekun mencoret

mmg gabra gak org tau identiti kita..

tuan tanah said...

Takpe. Jangan risau.

Saya belum kenal anda lagi.

Tok Ketua said...

salam perkenalan..
seorang cikgu umpama lilin, sanggup membakar diri untuk menerangi kegelapan orang laen

blackpurple said...

Dato' Hisham nanti lama-lama pun kenal kau jugak tu...

Ha ha

wickedwarhol said...

Bukan setakar komen. Saya dah buat LINK dari blog saya. Anda hebat!