Tuesday, October 02, 2007

Puasa

Bulan puasa, murid-murid (mungkin cikgu juga) selalu ambil kesempatan untuk kerap ke tandas. Tidak pasti apa kemunasabahannya. Mungkin segelintir dari mereka merasa lebih selesa jika kerap menggunakan air. Untuk membersihkan muka contohnya. Untuk mereka yang benar-benar berpuasa, mungkin tidak perlu ke tandas untuk membuang air kerana mereka tidak ada air untuk dibuang.

Sesekali saya beri peringatan juga kepada murid, jangan meneguk air dari paip air di tandas (mencuri-curi, minum) selain perbuatan itu berdosa, ia juga memudaratkan. Mungkin tidak ada murid yang berkelakuan sebegitu, setidak-tidaknya sebagai peringatan kepada mereka. Kerana saya pernah mencubanya (dahulu). Jadi, tanggungjawab saya mengingatkan.

Kadang-kadang saya turut menegur perbuatan mereka yang gemar membasah dan melembapkan keseluruhan kepala yang menjadikan baju dan badan hampir basah keseluruhannya. Mungkin mereka selesa dalam keadaan sebegitu. Lega sangat barangkali. Tetapi tidak pernah tahu kesan ke atas kulit mereka.

Selain itu, perbuatan dapat meninggalkan kelas juga satu peluang untuk mencuri tulang. Sedikit sebanyak mengisi waktu berpuasa mereka. Perjalanan dari kelas ke tandas mengambil masa lebih 10 minit bagi yang benar-benar perlu ke tandas. Bagi yang tidak perlu, sekurang-kurang 20 minit diperlukan. Saya juga bosan kadang-kadang mendengar celoteh cikgu-cikgu yang bukan-bukan dalam bulan puasa ini. Lebih baik berjalan ke tandas. Cuci mata.



Soalan kuiz bulan ini.

Yang mana satu betul?

1. “Cikgu izinkan saya pergi basuh muka cikgu!”
2. “Cikgu, izinkan saya pergi, basuh muka cikgu!”
3. “Cikgu izinkan saya pergi basuh muka, cikgu.”
4. “Cikgu, izinkan saya pergi basuh muka. Cikgu.”

Saya jawab, “ Tidak mengapa, muka cikgu sudah bersih.”

14 comments:

hitomi said...

student IPT pun sama jga...
'Miss, pergi tandas miss'...mcm la sy yg mo g tandas kan... :)

Pegawai Khalwat said...

Ooo.... kalau kelas darjah tu dalam ekon rasanya kurang kot ke tandas.

Hang sajes la kat guru besaq suruh boh ekon.

Lan Rambai said...

chis... puas aku pikir yg mana ayat yg betul.. semuanya tak betul sebab muka ko dah bersih .. hampehh

butaseni said...

jawapan aku-'cikgu,izinkan saya ke tandas,cikgu nak basuh muka' hehehe.
itu mungkin di sekolah rendah,kalau disekolah menengah pulak berulang ke tandas untuk sePam rokok atau sikat rambut untuk nak memachokan diri depan awek.hehehe

gitartong said...

hitomi
haha!

PK
mungkin econ utk bilik saya saja.

lan rambai
maaf, jawapan anda masih salah

buta seni
macam pernah buat je. haha!

zino said...

beritau murid tandas tu rumah atau tempat kegemaran rasa jin!!! terutama sekali bila azan berkumandang....

setiap kali mereka masuk tandas jin2 memerhati mereka hehe

sinaganaga said...

Cikgu,
'Kepala' memang kena basuh selalu, cikgu!
MUERAKAKAKAKAKAKAKAK!!!

blackpurple @ jowopinter said...

Cikgu pun dulu masa kecil apa kurangnya...ha ha ah!

wanie_agk said...

ko dapat bagi apa hadiah utk soalan kuiz ko itu. Promosi sikit, jom kunjungi www.matahati.esasterwan.net

sya said...

Salam Aidilfitri untuk Cikgu

kingbinjai said...

dude, selamat hari raya

wanie_agk said...

pose dah habis. raya dah seminggu. entri ko ni tak gheti2 nak update.

su said...

bawak2 ler update blog...

salam perkenalan...

zino said...

syawal pun dah nak habis ni bila nak update..