Tuesday, November 07, 2006

Kau dah makan umpan aku

Malam itu ditangga kafetaria. Ramai yang sudah berkumpul. Berkumpul untuk mendengar bakal pemimpin exco mereka berucap. Untuk mendengar mereka berpidato. Esok hari penentu bagi mereka. Oleh itu, malam ini sehabis baik mereka akan berpidato untuk memancing undi mereka.

Beberapa orang calon, ada yang mula menggeletar, berpeluh-peluh. Tangan masing-masing tersisip skrip ucapan masing-masing. Ditangan aku juga. Bergulung-gulung tebal kertas saiz A4.

Giliran aku hampir yang akhir. Mereka yang sudah selesai, lega. Seolah-olah azab sangat bagi mereka. Tapi boleh tahan juga pidato seorang dua. Nampak ada api keluar dari mulut mereka. Aku tak tahu berpidato, tak tahu nak ‘public speaking’. Tapi aku tak takut di depan khalayak. Mungkin sebab sudah biasa ketika menyanyi. Jadi, aku nekad. Cuba nak buat-buat tahu. Apa yang mulut aku nak sebut, aku sebut. Apa yang terkeluar, itulah yang aku nak sampaikan.

Giliran aku tiba. Melangkah dengan ‘macho’nya ke mikrofon.

Senyap dan sunyi.

“Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan selamat malam”

Aku buka skrip ucapan aku yang bergulung-gulung meleret-leret hingga mencecah ke lantai.

“Waaaahhhhhh!!!!!!! Panjangnya!!!!” Khalayak aku. Ada yang bertepuk tangan.

Aku tersenyum.

“Saya tidak perlukan kertas yang berjela-jela untuk menyampaikan apa yang di citakan.. bla..bla..bla..bla..bla..” Sambil menggulung semula kertas bersaiz A4.

Malam itu, khalayak aku memakan umpan aku..


Lagi, baca: Tokoh Pidato

11 comments:

kingbinjai said...

ada hadiah?

blackpurple said...

Kau jadi penyanyi cukup la, tak payah la jadi pemidato pulak...hehehe

Nasihat dari bekas pemidato Piala Perdana dulu dulu ~
Blackpurple...hahaha..

gitartong said...

kingbinjai
untuk kau ke?

blackpurple
maaf en black. saya hanya cuba2 bereksperimen.

cerita dulu-dulu

arianna adrizal said...

encik ni mesti terer bab 'bebel-membebel' ya?!!

hahaha!!

selamat hari raya [sempat lg kot!] maaf zahir batin :D

Anonymous said...

Penyanyi pun boleh berpidato berapi-api macam ahli gusti tu ker?

kemat said...

khalyak menepuk tangan bila melihat kertas yg bergulung2..hmm dulu kawan aku juga menepuk tangan bila melihaat seorang awek membawa kertas yg bergulung-gulung..bukan sekadar tepuk tapi kami sorak lagi..yer..dia membawa kertas tisu tandas bergulung2 dlm tas tangannya

Sastri said...

selamat hari raya cikgu!

gitartong said...

mazudi
ada ke? haha!

kemat
dia tulis skrip ucapan pada kertas tandaskah? memang patut dia ditertawakan. haha!

sastri
selamat hari raya pada anda juga. bila nak jemput datang rumah eh?

GITARTONG said...

anne
tak! saya tak pandai membebel. tak percaya, tanya orang rumah. haha!

zino said...

mula2 menyanyi.. sekarang dah berpidato.. esok lusa nak buat apa pulak ? hehe

Tok Rimau said...

kat dinding tok ada keratan surat khabar: kadet Pengsan Ketika mEndengar Ucapan Menteri. Lama sangat kadet tu berdiri tegak. Menteri pulak bukan main serinok dengar ucapannya sendiri.