Thursday, September 28, 2006

Esoknya puasa


Gambar sekadar hiasan. Saya meng'google' Ekspres Mayang Sari untuk cari gambarnya, tak jumpa pula.


Perjalanan dari Pontian ke Kuala Lumpur dengan pengangkutan awam memang memenatkan dan panjang berbanding memulakan perjalanan dari Stesen Bas Larkin. Secepat-cepat tiba pun mesti lebih dari lima jam.

Dengan harga tiket Ekspress Mayang Sari (Pontian) kurang lima ringgit dari harga tiket di Stesen Larkin, adalah lebih menjimatkan dan kebiasaannya bas hanya akan keluar ke lebuhraya di Tangkak. Bagi menyahut seruan kerajaan, saya memilih menaiki kenderaan awam berbanding menggunakan BMW atau Mercedes Benz mewah milik saya

Hati teruja kerana 1 Ramadhan ini, dapat disambut bersama keluarga di Kuala Lumpur. Ibu di rumah pastinya tersenyum riang tatkala saya mengkhabar rindu melalui telefon yang saya akan pulang untuk menyambut 1 Ramadhan yang juga menjadi cuti umum di Johor.

Mereka yang bertugas pada 1 Ramadhan di negeri-negeri lain, pastinya merasa cemburu kerana pada hari kedua berpuasa, (cuti ditunda ke hari isnin kerana ahad memang hari bercuti) mereka terpaksa bekerja. Tahniah dari saya.

10.15 pagi bas bertolak mengikut jadualnya. Mungkin ini bas yang terakhir yang saya dan isteri naiki dalam tempoh isteri yang semakin hari semakin sarat hamil.

Selepas ini, mungkin kami tidak boleh menaiki bas lagi memandangkan fizikalnya yang semakin memboyot. Kalau terberanak dalam bas nanti, tak pasal-pasal pula saya yang jadi bidannya. Lagipun, apalah gunanya kereta mewah jika tidak dipandu di lebuhraya. Ha ha!

Bas akhirnya tiba di persimpangan Jalan Hang Tuah-DBP melalui Jalan Loke Yew. Jam di telefon bimbit menunjukkan 1623. Hujan di petang sabtu itu amat lebat. Angin menderu kencang. Jalan Hang Tuah sesak.



Pesta lampu-lampu brek seakan menarik dalam kabut hujan. Radio dari dalam bas memberitakan Jalan Tun Sambathan berhampiran Balai Polisnya telah dinaiki air. Perjalanan yang semakin pendek, terganggu dengan kesesakan ini.

Saya sudah mula rimas. Apatah lagi orang lain. Sudahlah melalui perjalanan yang panjang, terperangkap pula dalam kesesakan ini. Datang ilham saya, tak perlu teruskan perjalanan yang menyeksakan ini ke Puduraya.

Saya mengambil keputusan untuk turun di Stesen Monorel Hang Tuah supaya dapat menaiki LRT di Stesen Hang Tuah untuk ke Stesen Bandar Tun Razak.

Hujan masih lebat. Jarak ke Stesen Monorel, lebih dari 15 meter. Jalan masih sesak. Bergerak perlahan. Saya ke hadapan bas. Isteri menyusul kemudian. Belakang isteri saya ada seorang lagi lelaki.

“Bang, turunkan kami di Stesen Monorel di depan tu.” Sambil tersenyum kepada pemandu yang lebih muda atau sebaya saya agaknya. Tapi dia tidak pandang pun senyuman saya.

Pemandu terus membuka pintu. Barangkali dia suruh turun ketika itu. Memang hanya beberapa langkah yang pantas atau berlari-lari anak, pastinya akan sampai. Tetapi bagi seorang lelaki yang gagah dan kacak seperti saya, tidak bagi seorang wanita yang hamil.

Terutamanya ketika hujan lebat sebegini. Saya tidak turun. Masih berdiri di atas tangga dan berharap pemandu berhenti di tempat yang lebih teduh.

Bas dapat bergerak. Terus melepasi tempat yang berteduh tanpa memberhentikannya. Pemandu terus menutup pintu bas.

Dalam hatinya mungkin berkata, “Aku sudah buka pintu tadi, tak nak turun pulak. Tak nampak jalan jammed ni?”

Darah saya terus mendidih tidak semena-mena. Berasap dan berapi-api.



“Takkan engkau nak suruh aku redah dalam hujan yang lebat tadi tu?? Hah?” Saya sudah hilang waras. Suara terus meninggi. Sudah tidak peduli orang lain.

“Kenapa engkau zalim sangat tak nak turunkan kat tempat yang teduh sikit. Bodohlah engkau!” Maki saya. Penumpang-penumpang lain terkebil-kebil. Isteri mencuit lengan. “Sudahlah.” Katanya.

Yang menambah kegeraman saya ialah melihat muka pemandu itu yang seperti orang yang tak faham apa-apa. Muka bodoh saja. Saya sudah mengepal tangan. Mengigil-gigil.

Sumpah seranah apa yang saya tidak keluarkan. Bodoh, Sial, Celaka, semua saya sebut. Tapi tidak pula dia menjawab sesuatu. Jika tidak memang terlepas juga genggaman saya kemukanya.

“Sial punya manusia. Aku rasa aku nak tumbuk aje muka kau” Sebutan saya jelas dan keras. Tetapi pemandu itu boleh tahan dengan makian itu. Muka dia selamba tanpa ada perasaan langsung. Tidak tahulah manusia jenis apa ini.

“Sudahlah bang. Jomlah duduk balik” Sang isteri memujuk. Saya masih mengetap bibir.

Setelah bas dapat melepasi lampu isyarat di Penjara Pudu itu, terus menghala ke Puduraya. Saya masih di tangga. Tak puas hati. Ketika bas hampir menghampiri Hotel Swish Garden, pemandu tiba-tiba memberhentikan bas. Deruan enjin berbunyi pelik.

Dengan segera pemandu membuka bahagian enjin bas untuk melihat punca kerosakan. Saya memberi isyarat kepada isteri yang sudah duduk semula tadi untuk turun.

“Bas ini akan sampai ke Puduraya lagi dua jam. Rosak pulak” kata saya pada isteri. Kata-kata itu sebenarnya ditujukan kepada pemandunya.

Kami turun dan melintas jalan. Hujan masih renyai. Jalan ke Puduraya masih berpesta lampu brek. Jalannya basah. Air mengalir deras ke saluran.

Seorang lelaki berbeg besar bersama seorang isteri sarat mengandung melambai-lambai ke arah teksi yang menghala ke arah mereka. Bas Ekspres Mayang Sari yang berwarna merah masih terkejung di bahu jalan dengan lampu isyarat kedua-dua belahnya berkelip-kelip.

“Padan muka. Kau berdosa dengan aku dan bini aku.” Dalam hati saya.
*beli album demo klik

30 comments:

gitartong said...

Sudah datang gian saya menulis panjang-panjang. Ketagih beb..

Mazudi said...

Uitss.. bengkeng nyer.
Tak salah kan ko, perjalanan yg semacam tu sememangnya tensen.
Kena respek ngan abang drebar tu.

gitartong said...

mazudi
saya sebenarnya 'cool' aje orangnya. drebar itu yang tidak tahu respek orang. bagus juga dia tidak provoke saya, jika tidak memang jadi!

NBB said...

amboi garang nya

gitartong said...

nbb
haha!

ralat: bukan dari pontian ke JB, tapi pontian ke KL. harap maklum. nanti akan diperbetulkan.

esis said...

FUUUyoooo. bangga bini ko. nak buat abaang angkat boleh? hik

kingbinjai said...

sepatutnya, dia kene lebih peka, kita customer dia, kita bayar bukan naik free. paling bangsat pun pikirla kat wife kau tu kan? kalau kene kat dia macam mana?

buduh!

Lan Rambai said...

ko selalu tulis ko ni berbadan besar.. besar mana ek hahaha... tu yg buat dreabar tu senyap tak berani jawab kot.

arianna adrizal said...

cikgu,
ishh, tindakan yang merbahaya sungguh.. jika sesuatu terjadi ke atas cikgu haritu bagaimana?! kesian si isteri yang tgh sarat tu nanti.. terkontang-kanting sorang diri. ishh, nauzubillah. harap2 cikgu lebih bersabar lepas ni.

selamat berpuasa!

*sy sudah apdet maksud nama. sila jengok ke blog. :)

blackpurple said...

Memang cabaran, dicabar, mencabar dan tercabar.....Sungguh..!

Lama betul tak naik Bas Ekspress balik Muor...Nostalgia...

fakhrul ali ibnu al-fuadi said...

marah sgt ni.. tp bulan bulan pose ni, bykkan bersabar elok jugakkan..

Ku Keng said...

Kalu tak kelewatan, ingin saya mengucapkan Selamat Beribadah dalam Ramadhan al Mubarak ini. Semgoa Allah SWT mengabuli segala permintaan.

kunci hilang said...

Hujan di Puduraya. Ya, saya dapat membayangkan kelecehannya.

airmas_sz said...

beb .. mamat drebar bas tu dah lali .. ko tu mungkin mangsa yang ke 758 sejak drebar tu mula kerja...

Sastri said...

uit... mawah ek cikgu... hmm... kalo sas pun, mungkin tak punya kesabaran tu...

gitartong said...

esis
boleh. kalau anda larat angkat!

kingbinjai
kau memang suami yang mithali dan prihatin.

lan rambai.
besar dan hensem. agaknyalah!

anne
insyaallah. sebenarnya saya cuba mengelak perkara yang tak baik berlaku

blackpurple
anda patut cuba. tapi bukan dengan ekspres mayang sari. hampeh!

fakhrul
itulah, nasib belum puasa lagi.

ku keng
anda juga.. salam ramadhan..

kunci hilang
faham sajalah!

airmas
mungkinlah. aku cam sangat muka dia!

gitartong said...

sastri
tanda kasih tu sas.. haha!

Anonymous said...

kenapa ko tak menunggang motor saja?

sinaganaga said...

>>>Bas akhirnya tiba di persimpangan Jalan Hang Tuah-DBP melalui Jalan Loke Yew. Jam di telefon bimbit menunjukkan 1623.

Kenapa tak singgah opis aku dulu?

ron97 said...

biasalah tu drebar bas,
memang gitu.
aku selalu sangat dah kena

gitartong said...

bukunota
itulah! Yamaha 1500 cc saya tu, masuk bengkel pula utk servis..

sinaganaga
satu hari nanti aku singgah. aku bawak air sirap dan nasi bungkus. kita makan bawah meja.

ron97
aku tau hang ganas!

halda said...

aku ada kawan nama nizam jugak. mat tu kelakar, macam kartun.

halda said...

aku ada kawan nama nizam jugak. mat tu kelakar, macam kartun.

gitartong said...

halda
sampaikan salam saya pada kawan anda itu

rudy bluehikari said...

sabar nizam. tiba2 aku teringat iklan tv pasal siisteri cool kan suami kerana kereta kat depan tu mcm siput. peranan isteri meng"cool"kan suami tu mmg patut dipuji. tapi banyak mana suami yang nak ikut nasihat isteri. eheh! akupun sama mcm ko gak...

Syikin said...

salam,

saya cukup takut tiba2 berlaku pertengkaran antara lelaki..sbb blh jadi kes polis..

sib baik isteri cikgu cepat2 suruh bersabar, kalau dia provoke, lagi ke haru..tahniah utk isteri cikgu:D

edyan7 said...

Siannya... tak patut betul driver tu... betullah tu... kita bayar bukannya free!

Mesti berdebar2 nak dapat baby kan!

gitartong said...

rudy
anda egolah! haha!

syikin
haha!

edyan7
memang sedang suspen..

Pegawai Khalwat said...

Aku respek drebar bas tu. Sebab dia cool.

Huhu...

Psss... aku pulak tukang provok.

Ungku Nor said...

Pose kalau takde dugaan, tak unibers!

Salam ramadhan buat Encik Gitar & isteri.