Friday, December 15, 2006

Aku yang semakin ke'jawa'an 2

Bagi memenuhi tuntutan sosial, tidak mampu saya menolak undangan ke majlis tahlil arwah di Telok Kerang, Pontian. Lebih-lebih lagi yang mempelawanya ialah bapa mertua. Saya tidak mahu menjadi penderhaka. Lagipun memang saya kelapangan. Apalah salahnya kita bermasyarakat. Dapat juga berkenal-kenalan dengan penduduk kampung.

Tahlilnya sama. Kebanyakkan aturcaranya sama. Seperti juga majlis tahlil di mana-mana tempat yang pernah saya hadiri. Cuma yang berbeza ialah setibanya waktu makan. Ya, saya tahu. Waktu makan memang semua orang suka. Anak-anak tuan rumah atau saudara mara akan bergerak di hadapan tetamu sambil menghulurkan air tadahan basuhan tangan.

Tetamu hanya perlu menghulurkan tangan dan anak-anak tuan rumah akan menjiruskan airnya. Kita tidak perlu bersusah payah membasuh tangan sendiri. Ada orang yang basuhkan. Nasib baik tangan tidak boleh dicabut-cabut. Kalau tidak, lebih mudah kerja anak-anak tuan rumah. Sementara itu, dulang hidangan "NASI AMBENG" sedang disusun atur dihadapan tetamu.

Kecur air mliur melihat nasi ambeng dalam dulang. Ayam masak kicap, sambal sayur, mee atau meehoon goreng dan pelbagai aksesori tambahan. Saya yang pertama kali nampak nasi ambeng yang betul-betul nasi ambeng, nafsu saya sudah membuak-buak. Perut tiba-tiba jadi lapar.

Lauk pauk atas empat daun pisang. Daun pisang atas nasi putih. Menandakan satu dulang untuk empat orang makan. Wow! banyaknya nasi dan lauk untuk empat orang. "Puas ni!" getus saya dalam hati. Dalam satu dulang kecil, bekas minuman dan gelas untuk tetamu minum. Dalam beberapa piring kecil terisi, dua tiga jenis kuih dan buah-buahan.

Saya perhatikan kiri kanan. Bila tetamu hendak mulakan. Bila tuan rumah mempelawa saja, tunggu! baca doa makan dulu. Selesai. Amin. Tanpa berlengah-lengah lagi, saya pun memulakannya. Lauk pauk dalam daun pisang saya sudah lambak atas nasi. Saya makan bersungguh-sungguh. Sambil tersenyum dan berbual dengan rakan sedulang (pakcik-pakcik). Hampir keseluruhan jari telah saya gunakan untuk makan. Terdetik hati apabila melihat rakan-rakan sedulang dan orang lain hanya menjamah sedikit (mencuit-cuit sedikit) sahaja. Hujung jari sahaja.

"Kenapa ni? Jari pun tak kotor" Saya bertanya dalam hati. "Sila-sila makan" Saya mempelawa. Barangkali malu agaknya. Saya mula memperlahankan rentak saya. Saya sudah rasa lain macam. Dalam hati tertanya-tanya, "mengapa orang lain tak makan?" Rakan di dulang sebelah, tiba-tiba mengeluarkan plastik pembungkus makanan. Mereka membahagi-bahagikan makanan kepada empat bahagian. Ya! Mereka bungkus makanan mereka!

Mana datang plastik? Oh! terselit di celah-celah cawan minuman di dalam dulang. "Cis!" getus saya. Mengapa saya tidak perasan. Patutlah orang lain tak makan. Memang disediakan plastik pembungkus untuk tetamu bawa balik. Mujurlah, dalam cerita ini saya heronya. Jadi hero tidak kalah. Saya berjaya mengatasi masalah itu tanpa perlu malu dengan perbuatan saya. Bak kata bapa mertua, sudah tuan rumah beri makan, makan sajalah! Orang kita saja pandai-pandai bungkus nak bawa balik pula. "Tak patut, tak patut.." kata saya.

18 comments:

blackpurple said...

Ha ha ha. Kalaulah aku ada masa tu mau aku gelak berguling-guling...

Kalau di kampung aku 'Nasi Ambeng' ada dua versi. Satu untuk dimakan, satu lagi khas untuk di 'tapau'...

Anonymous said...

ngombeh..ngombeh...

Anonymous said...

kenapa ditapau? kan lebih baik dimakan bersama. pelik. ada lagi ke tempat lain yang sebegini?

tHe sTorY aBOUt uS... said...

hehehe...mesti kaver line masa tuh! First time dengar nih,pegi kenduri bawak balik.

gitartong said...

blackpurple
haha! kulit muka aku sedah tebal di tertawakan oleh orang umah dan adik beradiknya. tapi pada hakikatnya mereka tertawakan diri mereka sendiri. Haha!

amirahsyuhada
mangan.. mangan..

pakcik
sepatutnya dimakan. memandangkan isinya banyak dan tidak terhabis, maka tuan rumah menyediakan plastik pembungkus utk di bawa pulang.

the story
hanya orang JAWA saja. saya sedang belajar utk jadi.

Suri Rahsia Abang said...

apsal tapau ek? bukan ke kalau mmg nak suh tapau, tuan rumah dah siap2 tapaukan? pelik la plak.

amanitium said...

haha, aku agak sure kau rasa macam orang asing yang sedang dipandang slack oleh seluruh rakyat tanah besar Jawa.

p/s: nasi beriani benut sedap douw!

Anonymous said...

gitar:
ha ha. makan je bro.
cet! kau buat aku lapar jugak ni wei!

gitartong said...

suri
tak. kalau siap tapau, itu BERKAT namanya. utk majlis tahlil, tiada BERKAT.

amanitium
saya tidak bersalah. haha! tidak!

book
kau jangan bimbang, aku memang selamba.

Anonymous said...

Eh, kawan aku pernah cerita pasal nih. Sebijik plak tuh. Ntah2 org yg dia citer tu ko kut hahaha...

Kwn aku cakap lagi, makanan tu ditapau utk bawak balik kpd org rumah yg tak datang. Hehe..pandai2 jer aku citer. Betul ke tuh?

Anonymous said...

ha ha ha lapar betul ko ya

dude, jhr banjir. tempat ko amacam? kampung aku teruk. habis semua adik beradik abah aku kene pindah

Anonymous said...

ha ha ha

speaking jowo ko dah terer belum?

gitartong said...

nuraddeen
iye la kot

kingbinjai
mujur tempat aku selamat.

spyz
haha! dah pasti akan terer atau tidak.

gitartong said...

spyz
tak pasti akan terer atau tidak.

Pegawai Khalwat said...

Ni hang menikah orang Jawa. Kalau hang menikah sorang lagi belah Pantai Timur, lain pulak jadinya.

Ayu said...

masa baca tuh dah teragak dah... entah2 si GT ni pergi mkn terus kat dulang tuh hahahahaha.. ya ampunnnnnnn... mmg betul.. tergelak besar saya baca hahahahaha

Anonymous said...

teror ker?hehehehe....

gitartong said...

pegawai khalwat
hang patut cerita. haha!

ayu
haha! biasa dah makan dalam dulang.

cuaca
memang teror!