Monday, December 11, 2006

Aku yang semakin ke'jawa'an

Dalam masyarakat Jawa, jika kita menghadiri satu majlis kenduri (tahlil) atau kerja kahwin (jemputan), jangan terkejut jika kita akan dibekalkan dengan bonchrot aka berkat yakni sumbangan (biasanya makanan ringan atau lauk pauk yang dibungkus) tuan rumah kepada setiap tetamu yang hadir seusai tetamu tadi selesai makan dan mahu berangkat pulang.

Kita sebagai tetamu, sudah siap sedia dengan sampul berisi wang didalam genggaman tangan. Apabila bersalaman sahaja dengan tuan rumah, sampul tadi akan berpindah milik. Jangan pula ditarik semula sampul tadi. Tuan rumah pula akan membekalkan kita bonchrot seorang satu. selepas itu, baliklah!

Tujuan bonchrot aka berkat itu adalah sebagai menghargai tetamu yang hadir. Sebagai ucapan terima kasih tuan rumah kepada tetamu yang sudi meluangkan masa untuk menjamu selera di kerja kahwinnya. Sebagai mempamerkan rasa hormat tuan rumah kepada tetamu-tetamunya. Sebagai pengerat silaturahim tuan rumah dan tetamunya. Inilah antara keistimewaan masyarakat Jawa. Hanya masyarakat Jawa sajalah yang mengamalkan bonchrot aka berkat ini.

Seperkara yang telah merubah skema pemikiran saya ialah, pada satu malam, saya berempat bersama orang rumah, adik ipar dan ibu mertua (ku) melalui jalan pontian-kukup, setibanya kami di hadapan sebuah sekolah cina, lalulintas sedikit sesak. Kami memperlahankan kenderaan. Ramai kaum cina baru keluar dari dalam sekolah.

"Cina-cina ni, buat apa ni?"

"Kenduri kahwin ke apa ni?"

"Eh, pelik juga, dia orang balik pun, dapat berkat (bonchrot)?"

"Agaknya cina-cina di sini keturunan jawa agaknya"

"Cina jawa?"


Kami berdekah-dekah ketawa.

17 comments:

semut said...

kenapa ada dua entri?kamu terlalu obses dengan ke'jawa'an kamu?haha

gitartong said...

semut
haha! terima kasih. sudah diedit semula..

Anonymous said...

ha ha ha

Sayuti said...

saya ada keturunan cina. bini saya ada keturunan jawa.

owh, kaum kerabat anak2 kami tu.

:p

gitartong said...

kingbinjai
wa wa wa!

sayuti
cina + jawa = ?

Anonymous said...

Bini aku family nenek nya cina kahwin dengan jawa.

gitartong said...

cuaca
keluarga dia mesti pernah makan nasi ambeng. haha!

sya said...

Lama tidak dijengah ke sini.. salam utk GT

blackpurple said...

Kau secara tak langsung telah meng'komersial'kan istilah bonchrot (bontrot..?)... hahaha

AznieBunnie said...

now ada trend baru utk pemberian bonchrot ni time kenduri kawin. hanya mereka yg hulur 'sampul duit' jer bleh dapat...

selalunya tuan rumah akan masukkan bonchrot ni dalam big plastik bag, then usung kesana-kemari.

hehehehe... no sampul duit, no bonchrot.

* bonchrot disini adalah barang berupa bunga telur, potpori, gegula... blablabla... bukan lauk kenduri...

gitartong said...

sya
saya pun, lama tak jengah blog kak sya. jap lagi saya singgah. haha!

blackpurple
bonchrot atau bontrot? aku sudah rujuk pada orang rumah tentang ejaan yang betul. tapi kau lebih pakar barangkali.

azniebunnie
betul. lauk kenduri tu, berkat..

gitartong said...

azniebunnie
untuk perhatian anda, saya bukanlah orang jawa. baru belajar nak jadi jawa. haha!

zino said...

firstime zino dapat berkat dari kenduri kawen ni terkejut juag hehe..

fikir2.. teruk tuan rumah dah le beri makan.. beri bekal lagi bawa balik hehe

Lan Rambai said...

patutlah hantaran aku kawin dulu tinggi...

nak wat camna... yang jawa jugak pilihan di hati haha

gitartong said...

zino
mula2 saya pun terkejut. mula2 dulu la..

lan rambai
samalah kita. hahaha!

esis said...

sekarang "berkat"dah jadi tradisi kat johor kot.

Anonymous said...

bukan kat johor saja. Kat Banting masih lagi diamalkan. Contohnya kawan aku. Hujung minggu nih dia kawen. Malam nih ada chance (1st time tuh)aku try nasi ambeng! Mintak2 tak jadi macam ko dulu ek hehehe..