Thursday, December 07, 2006

Kata-kata

Pertama kali berkumandang dalam majlis MALAM GEMA BAHASA bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DBP Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Teluk Danga pada 25 November 2006.

untuk mendengar lagu, klik pada ikon 'notation' (play music) pada bar.

Kata-kata

ku tujukan kata-kata ini,
hanya padamu,
dari hujung dunia,
setiap detik dan masa.

ku kaitkan menjadi madah,
kata demi kata,
agar kau tahu,
segala maksudku.

ku bayangkan segala mimpi,
satu demi satu,
walaupun sepi,
tetap membawa erti.

kulukiskan menjadi potret,
warna demi warna,
indah dari peribadi,
seindah warna pelangi.

ku tujukan kata-kata ini,
hanya padamu,
dari hujung dunia,
setiap detik dan masa

sajak: kingbinjai
lagu: gitartong


Saya mencari sajak-sajak yang bertemakan bahasa untuk program malam itu. Maka, terjumpa sajak ini. Sesuai barangkali. Di kesempatan ini saya meminta izin pada tuan punya "kata-kata" untuk dijadikan bahan projek kedua saya (sudah buat baru minta. haha! Sori bro!). Terima kasih.

mereka yang nampak putih saja, silalah ke sini. Kalau tak dapat dengar juga, nanti korang belilah CDnya. Hahaha!

11 comments:

ron97 said...

apahal aku nampak warna putih jer?

gitartong said...

ron97
Oh! lupa nak pesan, kau baca bismilah tak?

kingbinjai said...

dude, kau telah mengembirakan aku yang tengah terasa hati ni. terima kasih bro, kau memang bess. aku nak lagu tu boleh?

gitartong said...

kingbinjai
kenapa kau? terasa hati dengan siapa? rilek la.. kau nak? nanti aku mail..

kingbinjai said...

nak! nak! nak! kalau ko berlegar legar ditempat dimana kita mula mula kenal. k akan mengerti

Lan Rambai said...

weii.. aku pun nampak kaler putih jer... email kat aku boleh tak? nanti bila kita jumpa aku bagi rokok sebatang hahaha

blackpurple said...

Projek kedua..? Tahniah. semoga akan terus produktif.

Jangan lupa amik permit / lesen dulu..hahaha

tuan tanah said...

pewwwwittt!!!

(gaya ala2 groupies. hoho)

gitartong said...

lan rambai
nanti aku letak link, korang boleh curi kat situ. nanti ye..

blackpurple
tahun depan kut!

tuan tanah
disini (malaya) peewwwiiittt! tu hanya amy search.

anda ada sajak yang sesuai dilagukan?

blue_cherry said...

Dah dengar, best. :)

gitartong said...

bluecherry
tenkiu! haha!