Thursday, July 06, 2006

Alkisah.. konon-kononnya..

Setakat entri ini ditulis, lagu balada minah memulas mesin masa mendapat rating tertinggi di web 'bolt' saya iaitu telah di'view' sebanyak 37 kali. Itu baru di 'bolt'. Tempat lain, tidak tahu. Maka dengan itu, saya pun berangan-angan jika saya mempunyai album sendiri.

Saya yang tidak pakar langsung dalam men'design' ini tetapi gatal tangan untuk mencuba-cuba men'design. Sekadar berangan-angan dan mencuba-cuba. Yang ini, kononnya sebagai muka depannya. Mungkin ada yang hendak membantu untuk menghasilkan yang lebih baik. Ada komisen untuk itu, jika diterimapakai.


Yang ini kononnya untuk cover CD nya lah. Kaki bangku sungguh!


Ini untuk cover belakang. Pinjam background dari rakan-rakan blog supaya tidak mendatangkan masalah kelak.


Ini untuk sebelah dalam. Terkandung sajak atau lirik lagu dan kata-kata pujian kepada pengkarya. Tapi belum siap tulis habis sudah gatal nak 'upload', hahaha! cover background abdullahjones punya.

Ada yang berminat? Nantikan kelahirannya!

ps.. turut terkandung, 2 buah lagu yang tidak pernah di'upload' (1)Mahligai duka: live(kumpulan SUKMAKUSTIKA (2) Dibawah langit tanpa hujung: live(gitartong dan kawan2)

21 comments:

gitartong said...

amin.. amin.. mudah-mudahan..

Izhal said...

erm, note lagu tak masukkan sekali ke??? belum pernah orang buat...

ps-cover depan tu lawa ;)

blackpurple said...

Pergh..... kagum la dengan GT...Bukan setakat pencipta lagu, penyusun muzik, jurutera bunyi, penulis lirik, kulit album pun boleh design sendiri...Sifu pun kalah kalau macam ni....

pssst...jangan lupa selitkan sekali borang permohonan untuk jadi fan club...

ontahsapo said...

wah jual murah2 la, aku nak beli...

spyz said...

gitartong,
pertamanya, maaf kerana menyelongkar archive blog anda. saya baru khatam. ahaks..
kedua, selamat pengantin baru.. err.. lama.. dan tahniah juga..
ketiga, oleh kerana saya cuma ada 1 aje lagu yg dah download, saya nak CD anda ni..
sekian..

gitartong said...

izhal
ala.. note pun nak ke? malas saya nak buat. hahaha!

blackpurple
saya cuba2 je.. kalau ada idea yang lebih baik, silalah kemukakan.

ontahsapo
jangan risau. harga tidak seperti harga di kedai CD. memang murah!

spyz
terima kasih kerana menyelongkar. haha! tunggu ianya terbit!

gitartong said...

oh ya! ini album demo. tetapi saya masih memelihara kualitinya. kira macam underground jugalah!

Tok Rimau said...

1. Lirik aku atas kemuncak tangga pertama lagu pujaan bolt. Horeeey! Nak kata sebab lirik, tak jugak. Puisi2 lain tu lagi mantap. Aku rasa faktor melodi dan faktor lucah. Semua orang suka lucah. Jangan nafikan. ha ha ha.

2. Untuk cover album, kau cari kawan-kawan yang power guna kamera. Guna black and white atau sephia. Mesti gritty. Mesti folksy.

bunga rampai said...

Salam cikgu,

WOW! Tahniah! Teruskan usaha!

Salam jua untuk tok rimau :)

kingbinjai said...

oh! nanti saya cuba, dulu dulu saya da buat bisnes nuat cover cd. nanti la saya cuba itu pun kalau rajin kadang kadang saya ni malas. hahahaha

p/s : betul la nanti aku cuba!

gitartong said...

tok rimau
iyela.. orang memang suka melucah. yang terkini hari ini, 43 view. ee.. pengotor sungguh mereka2 ini. hahaha!

bunga rampai
nanti beli album ye!

kingbinjai
terima kasih king kerana berani mencuba! haha! saya sudah mengemail anda. sila tengok mail..

Bukunota said...

aku terbersin!

alhamdulillah.

gitartong said...

bukunota
cet. bawa virus disini pula

kingbinjai said...

bos, check email ko tq

Lan Rambai said...

bila boleh order ni? aku nak beli weiiiii

ron97 said...

kau mungkin boleh minta tolong http://meero.mygj.net yntuk design cover
dia terer

gitartong said...

lan rambai
sabo beb.. haha!

ron97
terima kasih. saya sudah menjengok beliau..

loppiess said...

wak, aku order satu.

esis said...

nak satu nak dua nak tiga. nak jual. hehehe

gitartong said...

loppies
ok. tunggu..

esis
saya akan minta kawan2 untuk jadi pengedar. ada komisen nanti.

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » »