Monday, July 24, 2006

Nasib akak la..

Marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Itulah perumpamaan tepat yang boleh dikatakan apabila pagi tadi, akak(pengusaha kantin) mengomel tentang surat daripada pentadbir agar dapat menghentikan penjualan air Nutrigen di kantin sekolah apabila banyak botol-botol didapati telah menyumbatkan saluran tandas.

Saya teringat iklan di TV,

"Pimpinlah kanak-kanak melintas jalan kerana kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tidak ada koordinasi mata dan kelajuan kenderaan, ini menyukarkan kanak-kanak menganggar kelajuan kenderaan. Anda mampu mengubahnya." kata TV.

Kata saya, "Eh? yang sepatutnya diajar, pemandunyalah?"

8 comments:

Anonymous said...

Cian akak tu

Tok Rimau said...

Aku biasa dengar pad dalam lubang tandas. Tidak pula diharamkan pad.

Tapi penasaran aku memikirkan macamana botol tu boleh masuk dalam lubang tu.

Kalau tukar air jenama lain, vitagen contohnya, mungkinkah tersumbat dengan botol vitagen pulak?

Anonymous said...

king
saya kesian pada botol nutrigen itu. haha!

tok rimau
ada kemungkinan botol itu masuk sendiri ke dalam lubang tandas barangkali..

Rie said...

tapi air tu baik untuk kesihatan perut murid2.

Anonymous said...

esis
entah kenapa yang baik itu yang ditolak

Sastri said...

sas pun ske nutrigen ni...

Anonymous said...

sastri
suka eh? tolong la akak tu.. haha!

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » » »