Thursday, July 13, 2006

Nak kord lagu ya?

Bagi memuaskan hati mereka yang mencari kord lagu atau kord gitar di dalam blog saya ini, maka saya selitkan beberapa buah lagu dibawah beserta kordnya sekali. Mudah-mudahan membantu kalian. Saya tidak mahu anda kecewa kerana tidak berjumpa sebarang kord lagu pun disini. Saya jenis manusia yang tak berkira sangat. Ambillah.

Anak Itik Tok Wi

C G7
Anak itik Tok Wi mandi dalam kolam
G7 C
Sakit apa Tok Wi sakit sendi tulang
C G7
Ubat apa Tok Wi Ubat limau lelah
G7 C
Sakit apa Tok Wi sakit sendi tulang



Papaku pulang dari kota

C
Papaku pulang dari kota
G7
papaku belikan kereta
G7
kereta kecil warna merah
C
boleh ku bawa kesekolah

C
pon pon pon pon pon pon pon pon pon
G7
kereta kecilku berbunyi
G7
marilah adik mari naik
C
bolehku bawa jumpa nenek


Lagu ini susah sikit sebab main dalam G major dan dalam bahasa inggeris.


The more we get together

G D7 G
The more we get together together together
G D7 G
The more we get together the merrier we'll be
D7 G
For your friends are my friends
D7 G
And my friends are your friends
G D7 G
The more we get together the merrier we'll be


Sekian untuk pelajaran hari ini adik-adik. Jumpa lagi minggu hadapan! Pada hari dan waktu yang sama! Di dalam rancangan.... BERSAMA ABANG BOZO!

9 comments:

Anonymous said...

maaf ya adik2, kordnya sepatut diatas perkataan tetapi bila dipublish jadi rapat2 pula

dan abang ini mengajar murid sekolah jadi hanya pandai lagu kanak2 sahaja..

ontahsapo said...

aku ada sebuah lirik, cewahh sebuah tu, sudikah kiranya kau lagukan...?

blackpurple @ jowopinter said...

Huh....kord pun ada....

pssst...nak dengar cikgu nanyikan Patience GNR tu nanti...hehehe

Anonymous said...

ontahsapo
ada lirik jugak? hantar kat mail. saya cuba2

blackpurple
saya tak tau lagu tu. lagu KBSR pandai la

Tok Rimau said...

Kod lagu untuk kerincing ada?

Tekan punat CREATE NEW POST. Kemudian kau taip macam macam biasa. Bawah ruang taip sebelah bucu kanan, kau nampak tak POST AND COMMENT OPTIONS. Kau tekan itu punat pulak. Nanti keluar borang tukar masa dan tarikh. Apa lagi, kau tukar la. Kau nak set publish zaman 90an pun boleh.

Akhir sekali tekan PUBLISH POST seperti biasa.

Itulah cara memulas mesin masa untuk blogger.

Anonymous said...

ooo.. tak perasan pula, POST AND COMMENT OPTION tu. haha! terima kasih tok. orang lain pun boleh belajar.

booGie said...

ahaha... saya cuma teringat lagu papaku pulang dari kota itu.
Pecah perut.
Lagu lama. Tapi masih diingati.

hamka said...

aku suka gitar...
sejak anak aku lahir, aku berhenti
aku suka engkau...
tapi aku benci kod D7

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya ade try notasikan lagu Bapaku Pulang ke dalam software Finale...dan bunyi agak pelik...lalu saya ubahkan chords dia...
so pada asalnya encik buat;
C, G7, G7, C.
tukarkan kepada;
C, C, G, C
kalau nak sangat G7 tu dah macam lagu jazz pulak hahaha XD

-TheRedJoker-