Baca saja apa yang ditulis. Kalau musykil, tinggalkan di ruang komen. Kalau tak suka, tinggalkan saja. Kalau suka, boleh jadi follower.
Monday, July 03, 2006
Balada Minah Memulas Mesin Masa
BALADA MINAH MEMULAS MESIN MASA
Special Feat: Tok Rimau
Matahari pagi pun tidak secerah dulu
Kicau burung pun tidak semerdu dulu
Bunga di taman pun tidak seharum dulu
dulu dulu cerita dulu
Itu cerita dulu, Minah.
Kini abang perut memboroi
kasih sayang peroi hancur
berkeping-keping ia gugur
jatuh berterabur
sepenuh lantai dapur
Kini sunyi sepi di ranjang
tirai malam kian panjang
termenung bosan bersawang
duduk telanjang
lenguh menunggu abang
Minah deras memulas mesin masa
Minah mahu kembalikan zaman muda
ketika daging pejalnya dahaga raba
ketika bonjol-bonjolnya menjolok mata
Kain seela
cukup baju sepasang
Mengikat badan padat
sehabis ketat sendat
Di malam pekat hangat
Minah lemas dipanjat
Adik-adik terkinja bersama kakak
Berudu-berudu berpesta bersama katak
Hembusan nafasnya telah menjadi sesak
kerana keperluan yang makin mendesak
Pucuk hijau pahala tertebas
Dahan kayu iman tercantas
Liar nafsunya terlepas bebas
Justeru itu Minah terbabas
Justeru itu Minah tertumpas
Sajak: Tok Rimau
Lagu: gitartong
lagunya terlalu lembab untuk di 'loading' di entry. Lagunya terletak di koleksi lagu saya. Selamat menilai para juri. Selamat menghangguk-hanggukkan kepala dan menghentak-hentakkan kaki!
Pss.. ada yang geram dengan suara tok rimau kan? rugi jika anda tidak mendengar suara tok rimau walaupun beliau tidak menyanyi..
ada sedikit tambahan: 10 orang komentaris pertama akan menerima lagu ini dalam format mp3. tahniah! sila tinggalkan email. 10 orang komentaris pertama sahaja! hahaha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
31 comments:
best best...tahniah...!
terima kasih pada tok rimau kerana sudi menyumbangkan suara anda! saya masih terbayang2 wajah tok rimau ketika pecubaannya untuk menyanyikan lagu ini. hahaha! kelakar! hehehehe! tapi cool!
ontahsapo
ada hadiah untuk anda. sila semak mail. terima kasih kerana suka!
aku terlopong bila dengar lagu nie. tahniah untuk korang berdua hehehhe
KIng,
Tutup mulut tu. Nanti masuk lalat.
GT,
Dah ada 10 lagu ni. Dah boleh buat satu album.
Susunan muzik yang ringan dan mudah tapi mantap. Lirik yang sinis tapi selamba. Ada nilai komersial. Tahniah buat GT dan Tok...!
psss...kat entri Tok pun ada tinggalkan komen gak tu... :D
bebelan tokrimau di akhir lagu menjadikan lagu ini layak dicalonkan dalam anugerah industri muzik...
gumbira mendengarnya.... sy telah menarik rakan2 saya yang sedang berpacaran termasuk diri saya untuk mendengar intipati dalam lagu ini... ahhahaha
nice. nice. (tak tahu macam mana nak diterjemah dalam bm)
best2 buat sendiri ke lagu?
Bro, saya buru-buru komen untuk dapatkan format mp3 tu. Susah nak loading lagu ni. Mungkin sebab saya masih gunakan dial-up 1515.
king binjai
terlopong kayak kesurupan? haha!
tok rimau
lagu sekolah, lagu negaraku dan bangsa johor tu, nak masuk sekali ke tok? hahaha!
Blackpurple
saya percaya pada komentar anda kerana anda memang orang seni. hehe..
rasso
perggh! AIM! lagu ini melucah orang RTM kata! saya cari mail anda tapi tak jumpa
sayut
terima kasih kerana suka yut! tengok2lah orang umah kita.. haha! anda pun, saya tak jumpa mail.
cikgu
ye. hak cipta terpelihara. haha!
rimanilzah
takpe bro! dapat.. jap lagi saya hantar..
gitartong;
e-surat saya; roslan.t [at] gmail.com
Ehh.. dah cukup 10 ke belum ni? Kalau belum.. aku nak weiii... lanrambai at gmail dot com
kayak kesurupan? ahahahaha teringat aku pada lagu surti dan tejo ayat tu!
Layan layan..orang tak leh ciplak ke lagu2 koleksi ni? Penat memerah otak buat lagu?..Penat Tokrimau membebel... hak cipta terpelihara?
menari2anak saya dengar lagu ni haaa...
rasso
ok. terima kasih
lan rambai
semak mail!
king binjai
anda pun sudah dengar lagu itu juga? kelakar sungguh lagu itu!
linggopoh
ye. untuk dengar sendiri tidak apa. tapi untuk buat duit, kena minta izin dulu! tegas!
izhal
terima kasih kerana suka. ada hadiah untuk anda. tunggu dalam mail. hahaha!
Saya tersentuh dengan babak akhir lagu ini, suara itu (suara tok rimau?) dan luahan kata-katanya...
Apa pun, tetap saja WOW!
Tahniah cikgu dan tok rimau :)
sudah lama kau dengar lagu tu muzik bess dan memang klaka ko dah tgk klip dia? lagi klako!! hahahaha
sudah lama aku dengar lagu tu muzik bess dan memang klaka ko dah tgk klip dia? lagi klako!! hahahaha
tak cadangan nak buat album ke?
bunga rampai
tersentuh? anda 'feel' ke dengan tok rimau? hahaha :)
king binjai
lagu tu betul2 jujur teramat. memang tiada tempat di RTM. dan sinis..
zino
nantikan terbitnya koleksi saya! tunggu..
di RTM apa pun tiada tempat kecuali tandas awam!
Sangat catchy! Karya terbaik GT setakat ini bagi pendapat saya. Adakah kerana kolaborasi dengan tok rimau?..
Teruskan ber'duet'. Dan mungkin lepas ini boleh keluarkan lagu yang liriknya boleh disiarkan di RTM. ^_^
anonymous
terima kasih. tetapi, siapakah anda? tinggalkanlah nama
terima kasih atas mp3 tu...
Aduh, ke situ pula cikgu ...
'feel' itu mengingatkan saya pada tanggungjawab perempuan.
'feel' pada tok rimau adalah pencetus rasa harmoni. pengerat silatulrahim walau hanya di alam maya :)
rasso
sama2..
bunga rampai
hehehe.. saya melawak aje.. ye.. ambil yang baik..
Assalamualaikum
Aku memang suka musik dan rakaman.
Aku nak suka lagu ni tapi tak tahu boleh suka ke tak?
Sbb macam ada unsur lucah jer...
tapi lebih kepada tak suka sebab pada fahaman aku, lagu ini menceritakan tentang ingin ke zaman lampau dimana proses persenyawaan berlaku begitu lancar dan paling enak berbanding waktu sekarang(tua la tue..).
terlalu direct liriknya.
melodi, arrangement,gitar,vokal memang aku suka.
kalau tak suka lirik je, dapat mp3 tak?
kalau dapat, emailkan ke dhuat79@yahoo.co.uk
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it southern california oral and facial surgery group Foro acne 401 k fiduciary responsiblities computer graphics card gay saunas in usa Celexa absorption Arizona municiple golf courses Waterbed rijswijk mcse brain dump
Post a Comment