Tuesday, August 15, 2006

Strategi berpusatkan murid

Kelas 3 Pintar sedikit hingar-bingar seketika, barangkali ujian sains itu terlalu mudah bagi mereka. Ramai yang dapat menyelesaikannya dengan cepat dan mengambil kesempatan berbual dan bermain tatkala saya sedang khusyuk mengemaskini RPH di hadapan kelas.

Saya di hadapan kelas sedikit terganggu dengan situasi ini dan mungkin juga mengganggu murid lain yang belum siap. Penat sudah saya menegur dalam keadaan lembut hinggalah meninggikan suara. Sekejap sahaja senyapnya.

"Berapa orang yang sudah siap? sila angkat tangan" masa yang diperuntukkan ada lagi kurang dari setengah jam. Hampir kesemuanya sudah siap.

"Baiklah, kita main satu permainan."murid-murid seakan berteriak.

"Yey!"

"Permainannya mudah, sesiapa yang dapat bertahan lama dengan meletakkan kepalanya di atas meja (sambil berdemonstrasikannya) dan tanpa ada sebarang bunyi, dialah pemenang permainan ini."

*senyap*


Soalan kuiz minggu ini: Bahasa Melayu (penulisan) Tahun 2.
Bahagian B
Tulis satu cerita berdasarkan turutan gambar. (30 markah)

4 comments:

Sir Mute Key Chicks said...

komen untuk gambor.

nyah!lama tak jumpa kau. bizi kau sekarang yer nyah.

ontahsapo said...

kau kena tambahkan markah utk karangan tu, 30 sikit sangat...

ontahsapo said...

kau kena tambahkan markah utk karangan tu, 30 sikit sangat...

Anonymous said...

semut
jawapan tidak menepati kehendak soalan.

ontahsapo
ada empat gambar, markah 30. satu gambar 7 markah, baki 2 markah lagi utk kreativiti. ok la.. haha!