Thursday, August 10, 2006

Modul, modul, modul! panas!


Setelah berhempas pulas (didesak dengan keras oleh book. Haha!) akhirnya dapat juga saya menyiapkan MODUL PEMBELAJARAN CAKEWALK SONAR 3 PRODUCER EDITION. Modul ini di khususkan kepada mereka yang berminat dalam menggubah lagu. Fokusnya adalah kepada muzik MIDI. Satu-satunya modul pembelajaran yang menggunakan hampir 100% bahasa melayu (maaf, ada beberapa istilah yang tidak dapat saya melayukan)

Modul ini telah di pertingkatkan daripada versi asalnya iaitu, Sonar 2 oleh En. Isa Bin Amri yang juga merupakan tuan guru saya. Ada beberapa penambahbaikan, dengan kaedah-kaedah yang jelas dan mudah. Bagaimanapun, modul ini tidaklah berfokus kepada mempelajari penggunaan perisian sonar 3 ini, tetapi lebih kepada aplikasi menggubah lagu. Selagi anda rajin meng'explore' lebih banyak pengetahuan yang dimiliki.

Apakah sasaran saya?

Saya mensasarkan modul pembelajaran ini kepada sesiapa sahaja yang mempunyai latar belakang muzik dalam menggubah serta menghasilkan muzik menggunakan teknologi. Juga kepada guru-guru muzik yang berminat dengan aplikasi ini. Asalkan anda sanggup mentelaahnya, nescaya anda akan gembira jika dapat menguasai aplikasi ini.

Apakah teknologi yang diperlukan?

Anda ada komputer? (beserta soundcard? Takkan komputer anda bisu? Haha!) Anda ada MIDI cable? (di plaza low yat-harganya cuma RM 15) dan anda ada kibod? (mesti ada MIDI port) sudah membuatkan anda bangga kerana mempunyai studio sendiri. Tidak perlu membazir wang untuk ke studio rakaman dan berbelanja besar untuk menggubah. Cukup sekadar di depan komputer (dengar hasil-hasil rakaman saya).

Perincian modul SONAR 3 PRODUCER EDITION ini.

*Mukadimah
1. Pendahuluan
2. Rasional
3. Objektif
4. Perkakasan

Modul 1: Pemasangan Kabel MIDI Y dan perisian Cakewalk Sonar 3 Producer Edition
1.1 Pemasangan Kabel MIDI
1.2 ‘Set up’ Sonar 3
1.3 Memulakan projek

Modul 2: Gubahan Muzik MIDI (minus one)
2.1 Prosedur
2.2 Rakaman Drums
2.3 Rakaman Intro
2.4 Rakaman Penutup
2.5 Rakaman Piano
2.6 Rakaman Bass
2.7 Penambahan Variasi Lagu

Modul 3: Mengadun bunyi (mastering)
3.1 Mengadun bunyi
3.2 Menyimpan fail MIDI
3.3 Menukar format WAVE (perisian soundforge)


Bukan 1 atau 2 tetapi 3 modul. Kuatkan semangat untuk mentelaah. Asah bakat menggubah anda. Mana tahu, nama anda kelak setaraf Beethoven atau Mozart. Asalkan anda mahu, pasti akan berjaya.

FAQ: Bagaimanakah saya hendak mendapatkannya?

Email saya di nizam_rusli[at]yahoo[dot]com. Fail modul ini terdapat dalam format Microsoft Word. Saya akan letak sebagai attachment dalam email anda. Jika anda mahu dalam kertas pun, saya boleh wujudkan. Sebagai tanda menghargai hasil penat lelah, bersengkang mata dan sifat profesionalisme dalam menulis modul ini, saya letakkan harga promosi iaitu RM 20.00 bagi modul yang menggunakan kertas dan RM 15.00 bagi pembeli yang menggunakan email.

FAQ: Bagaimana pula saya hendak membayar?

Terus ke akaun maybank saya iaitu 151306667720. Gunakan email atau khidmat pesanan ringkas ke talian 0197885624 (untuk mengurat, tidak akan dilayan) mengkhabarkan yang anda telah memasukkan sejumlah wang ke akaun itu. Berurusanlah secara profesional. Semoga apa yang kita inginkan tercapai dan kita mendapat keberkatan dariNya. Insyaallah.


Ps.. hadiah untuk book, modul percuma untuk beliau. Selamat bernasyid untuk beliau.

16 comments:

Pegawai Khalwat said...

MIDI? MP3 tak boleh edit ka?

kingbinjai said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kingbinjai said...

nak! nak! nanti dah mausk duit aku sms hang!

Lan Rambai said...

kalau sekadar nak buang suara penyanyi asal dan masukkan suara sendiri ada ajar tak? atau ada sofwarenya tak?

Anonymous said...

Pegawai khalwat.
aku rasa, kalau hg nak edit instrumen (buang dan tukaq lain instrumen) untuk format mp3, tak boleh, pasai mp3 tu audio. kalau hg nak tambah instrumen lain utk mp3 punya lagu mungkin boleh. nak kena jaga level agar seimbang.

kingbinjai(first customer)
ko nak jadi mozart juga? haha! bagus-bagus..

lan rambai
erm... belum pasti ada software utk ini atau tidak. tapi dengan membuat MIDI yang 'sebijik' dengan lagu asal, kita boleh masukkan suara kita.

Romantis Selatan said...

saya ingat pada masa akan datang saya ingin menulis lirik lagu seperti loloq.

muziknya ada tetapi saya tidak pandai kompos dengan alat muzik

kingbinjai said...

aku pernah dengar software cakewalk nie, tak pernah cuba aku hanya cuba software yang untuk muzik rap tu apekedenda tah namanya aku lupa

kunci hilang said...

belum sempat menelaah.
Tapi saya rasa menarik sekali.

Airmas sz said...

bisnes .... gitar , mana ko nih?

blackpurple @ jowopinter said...

Nantilah mencari-cari saat dan mencuri-curi masa untuk cuba-cuba belajar...hehehe

Anonymous said...

romantis selatan
jangan jadi loloq. haha!

kingbinjai
kau patut cuba sonar pula

kunci hilang
nak berapa set? lima? haha!

airmas_sz
haha! bisnes ka? bukan.. kalau bisnes, saya jual RM100. haha! aku ada la woi! cuma bz sikit..

blackpurple
habislah saya, kalau black sudah mula me'ngompose' lagu. haha!

ontahsapo said...

aku tunggu hasilnya...?

Anonymous said...

ontahsapo
saya tunggu hasil daripada komposer2 yang akan lahir selepas ini..

Rie said...

:)

Anonymous said...

esis
:p

Anonymous said...

Salam
Gitatong.

Ni nak habag bagi. Aku ada kompos satu lagu utk sekolah kt umah aku.
Aku main balon amik rhytm yg ado dlm kibod technic1500KN...

Dah masuk ompek taun dah bebudak
termasuk anak aku dok nyanyi eberi mondei.

Tapi aku rasa nak bikin sendiri la
cam hang buat tuh. Tapi ada masaelah sikit...

1. Aku cumo ado letop? Bulih ka?
2. Aku lomah bab nak masuk dram n bass tu...
3. Biaso kalu lagu utk bebudak,
key apao yg sesuai. Aritu aku main
Emin...

Smalam aku dapek deroyan runtuh,
jadi lepas cek aku klear minggu dpan aku beng in dlm akaun hang...

TQ...arigato...
Thetedung selar