Friday, October 13, 2006

Profesional atau tidak?

Adakah panggilan jenis ini di kategorikan panggilan yang tidak profesional?



Ring.. ring.. ring.. Nokia saya. Capai telefon, nombornya, asing.

"Hello" Saya.

"Hello, Assalammualaikum." Seseorang lelaki yang tidak dikenali identitinya.

"Waalaikumusalam." Jawab saya.

"Boleh saya bercakap dengan Encik Nizam Rusli?" Suara lelaki yang berpic tinggi itu bertanya.

"Ya, ya, bercakap. Siapa ni?" Saya, dengan garaunya.

"Saya Inspektor dari Balai Polis (apa entah, lupa pula)" kata lelaki yang suaranya berpic tinggi itu.

"Ya, ada apa?" Saya, musykil.

"Encik Nizam ada buat album ya?" kata Inspektor dari balai polis yang saya lupa tempatnya dan suaranya yang berpic tinggi itu.

"Ya. kenapa?" dalam hati berkata, dia ni nak beli ke?

"Encik Nizam ni, buat album, ada lesen ke?" Tanya Inspektor yang saya sangkakan nak jadi pembeli album saya.

"Eh? eh? kenapa?" sedikit cuak.

"Kalau takde lesen boleh kena tangkap dan dakwa ni" Kata Inspektor yang suara berpic tinggi dan yang hendak menangkap saya itu.

"Perlu lesen ke?" Suara saya sudah keras. Darah sudah panas. menunggu masa untuk memaki!

"Hahahahahahaha!.. ini akulah Blackpurple! aku nak bagitahu, aku dah masukkan duit dalam akaun kaulah. Hahaha!" Kata Blackpurple.

"Cis! siut la kau! Nasib baik tak kena maki aku" Saya.



*Sampai hari ini, saya tidak berpuas hati dengan Blackpurple! Cis! terkena aku.


CD untuk kau black, dah pos. tunggu depan opis kau ye. Terima kasih kerana menyokong. Baca versi blackpurple

17 comments:

arianna adrizal said...

hahahaha!!..

td da gelak di ruangan komen BP, skrg tumpang gelak di sini pula.

Anonymous said...

hahaha.. aku baca post blackpurple dulu baru baca post ni.. kesian cikgu gitar.. kalau jumpa blackpurple ko sekeh jer kepala dia.. hahaha...

gitartong said...

arianna adrizal, orochi
rupanya black menulis entri yang sama juga. cis!

kingbinjai said...

ha ha ha cayalah bp! nanti aku try plak

Lan Rambai said...

korang pakat2 buat entry ek hehehehe.. tapi apsal bp kata permit, ko kata lesen ek?

Sastri said...

dia mmg... gurauan dia maut sket... :p

blackpurple said...

Kau jadi ke nak saman ni....? tengah cuak ni....? hahaha

Tu hari kata lesen ke permit ekk...lupa...hehehe

ron97 said...

aku nak kad raya!

gitartong said...

kingbinjai
cet! kau pulak nak pekena aku? biar urusan saman pada black selesai dulu.

lan rambai
kami tak pakat utk letak entrinya pada hari ini. tapi kebetulan sama pula. sebab tu versi tak sama. sorang kata lesen, sorang lagi kata permit. saya pun dah lupa dah. haha!

sastri
berhati-hati dengan black. ganas dia tu. haha!

blackpurple
ntah. aku pun lupa. tapi maksudnya sama la tu. haha! i'll charge u!

ron97
kalau nak byk kad raya, jadi cikgu. kau tak larat nak balas. haha!

Amiene Rev said...

oho.. oho oho.. jangkaanku benar belaka... ntah ape ape

BooK said...

kau fire je ar die. aku buat cite, dulu sebelum jadi cikgu musik, kau bekerja sebagai ultraman sambilan.

kingbinjai said...

ha ha melawak je wei!

zizie ali said...

ini ada lagi satu versi:

telefon bernada dering. sebelum menjawab, aku teringatkan entri blackpurple. tentang kejayaannya menipu gitartong. juga entri gitartong. yang sedang menunggu peluang unt membalas dendam.

blue_cherry said...

Cian dia, lain kali hang nyamar plak dulu jadi org lain... Tukang kebun sekolah ker? he he.

Anonymous said...

macam same je versi dialog ko & blackpurple. macamane nak tau content album demo ko yap?kire lagu klua ni salah satu lagu dalam album ko la....tahniah

gitartong said...

amiene rev
apa yg anda jangka?

book
dan pernah jadi gaban juga. dulu la.

kingbinjai
haha. lima ringgit kau aku bayar dengan menggunakan tangan saja boleh ka? raya nanti aku balik kl. aku nak raya rumah kau. hihi

zizie ali
anda boleh ambil tauladan yang baik utk anak cucu.

blue_cherry
haha

shahril aley
content? anda boleh dengar di bolt saya. lagu klua tu apa?

AznieBunnie said...

seronok wooo pekena kawan macam ni.
sekali me pekena kawan minta dia datang interview... suara garuk terus bertukar suara machooo...

lagi sorang, me nyamar tepon dari bank... formal giler bahasa dia... muahahhaha...

well, me pun pernah kena...