kekadang sesapa pun akan jadi penat kerana melayan orang lain. untuk memuaskan hati semua pihak, kita jadi lelah dengan keadaan.. dah jam dua pagi.. aku dah janji dengan budak2 nak latih sukan.. esok ada training jam lapan pagi.. kadang2 rasa geram pasal tak ramaiyang betul2 komited dengan rumah zamrud tu. yang datang berapa kerat je. nasib baik ada yang boleh diharapkan. ketua? sapa ketua? aku penolong je.. takkan nak harap pada aku je. harap ketua datang la esok.. training hari selasa ngan khamis, petang pulak tu.. kalau dah ngajo petang nak latih budak amende? kelas camner? takkan aku nak heret je budak ke padang setiap petang selasa ngan khamis.. wah ambil kesempatan tak nak mengajar apa?
kekadang bayak perkara yang mendatangkan kebosanan kat sekolah ni.. baru dua hari lepas, Si Salina (PANATIA BM) suruh aku duduk balik kat bilik tayang.. apehal? hari tu dia dah keluar kan aku dari situ.. hari ni nak suruh aku masuk balik..minta mahap la.. tak dapek do.. dah macam2 aku buat kat bilik tayang tu, bila ganti orang lain, nak renovate lagi. cat baru le.. langsir baru le.. kerusi meja baru le.. bukannya sekolah baru, tahun depan, tukar orang lain pulak pegang, pastu renovate lagi.. perrgghh! penat. penat..
tapi cikgu azmi bagi satu projek bagus, nampak macam bagus, tapi nak kena jual barang.. nampaknya macam aku berminat, tapi macam tak berminat. CD yang dia bagi belum sempat aku nonton lagi.. bila nampak duit memang menarik, tapi nak memastikan produk tu terjual, rasa malasnya aku nak try.. kena pikir2 balik..
yang menariknya esok, Si Dia nak datang. aku nak pegi JB nak pergi tempah kad untuk majlis kami agendanya.. selepas tu nak ke mana? bergantung dengan agenda yang akan disusun kemudian..
dah! TIdO aa! lepas latih budak esok, ada meeting plak.. entah pukul berapa la nak habis... mesti tidur la dalam meeting (terfikir gak nak buat..siap dengan dengkur tu.. tanda protes, sebab kena keje hri sabtu..) kah!kah!kah!
No comments:
Post a Comment