Tuesday, February 14, 2006

Adik-beradik



Aku ada seorang kakak. Dialah satu-satunya adik-beradik perempuan dalam keluarga kami. Aku, sebagai abang sulong kepada tiga orang adik beradik lelaki, adalah jenis yang keras kepala dan degil pada zaman budak-budak dulu. Aku ingat lagi, adik-adik aku pernah aku sepak-sepak satu masa dulu. Di sebabkan jarak antara umur kami (adik-beradik lelaki) tidaklah terlalu jauh berbanding jarak diantara aku dengan kakak aku. Jadi, kawan-kawan aku adalah kawan-kawan adik-adik aku juga. Apa yang aku mainkan, mereka pun nak turut serta hendak bermain. Kemana aku dan kawan-kawan pergi, adik-adik aku pun turut serta hendak pergi. Masa tu aku rimas, apa yang aku nak buat, adik-adik aku nak buat. Aku sanggup ketuk kepala adik aku kerana berebutkan raket badminton.

Kakak? Aku tak pernah peduli sangat dengan along dulu. Along masa tu dengan dunia dia yang aku tak berapa faham dan aku malas nak faham. Sebab dia takkan nak main menyorok-nyorok dalam longkang yang ada sampah dengan lipas. Takkan along nak main baling-baling selipar dan susun tin dengan kawan-kawan aku ataupun permainan yang kotor dan lasak macam main perang-perang. Sudahnya aku tak berapa kisah dengan apa yang along buat. Sebab apa yang dia buat aku tak berminat. Takkan aku nak sibuk mengait corak sulaman bunga atas kain, takkan aku nak sibuk dengan orang perempuan punya aktiviti yang tak sesuai langsung dengan aktiviti aku sebagai budak lelaki masa itu?

Tapi itu dulu, masa zaman kami membesar, tapi hari ini kami adik beradik saling hormat menghormati dengan kerjaya dan kehidupan masing-masing. Setiap kali berpeluang berkumpul bersama, masing-masing rancak bercerita tentang perancangan, halatuju, misi dan visi masing-masing. Along yang sudah berkeluarga dan kini dengan dua orang cahayamata lelaki dan seorang perempuan menambah seri keluarga kami.

Adik lelaki bawah aku, dah langkah bendul aku. Kalau masa budak-budak dulu, memang pantang aku kalau dia yang mula dulu, memang siaplah aku kerjakan. Sudahnya aku juga yang kena libas dengan arwah abah. Tak nak beralah dengan adik-adik katanya. Tapi hari ni sekarang aku tidaklah kisah sangat. Dah jodoh dia sampai dulu dan dia pun dah bersedia. Jalanlah dulu.. Sudah hampir setengah tahun dia bergelar suami sekarang. Semoga berkekalan.

Disebabkan majoriti penghuni didalam rumah kami dulu adalah lelaki, persekitaran yang membentuk keluarga kami hari ini adalah berlandaskan cara lelaki. Setiap tindakan adalah cara lelaki, setiap keputusan adalah cara lelaki, setiap permasalahan diselesaikan cara lelaki. Kami tidak menggunakan emosi untuk mendapatkan keputusan, kami tidak menggunakan airmata untuk meraih simpati dan kami tidak terlalu mengikut perasaan untuk memuaskan hati masing-masing. Itulah sebab ada ketikanya kami kurang bercakap jika tidak perlu bercakap. Tidak ketawa jika tidak perlu ketawa. Tidak menangis jika tidak perlu menangis. Inilah cara kami sekeluarga menghormati antara satu sama lain. Cara inilah yang menjadikan kami akrab dan saling bergantungan antara satu sama lain. Yang penting, berpadanan dengan peribahasa melayu kita, takkan putus air dicincang.

Diketika ini aku berhadapan dengan permasalahan dari sebuah keluarga yang terbentuk dengan berlandaskan cara perempuan. Persekitaran dimana, adik beradik perempuan secara majoriti mendahului adik-adik lelaki. Bilamana, emosi dijadikan senjata untuk mengugat kesejahteraan, airmata untuk meraih belas kasihan dan mengikut perasaan untuk mendapat tempat dan kedudukan. Walaupun kelihatan persekitaran yang terbentuk ini bahagia dengan hilai ketawa, senda gurauan, lawak jenaka, kata-kata yang menghiburkan, ada ketika salah waktunya, kadang-kadang terbit juga kata-kata yang akan mengguris jiwa, menanam duka dan mengundang kebencian dalam keadaan luar kawalan. Hal ini berlaku kerana hakikat serta sifat keperempuanan itu sendiri yang menginginkan sesuatu yang cantik, wangi, bersih, mahal, yang terkini, berjenama, pendek kata terlalu menginginkan kesempurnaan.

Aku, sebagai bakal menjadi ahli keluarga ini, berusaha sedaya upaya untuk menjadi sebahagian dari mereka (macam ikrar rukunegara pula). Sebab aku tidak berapa faham dan kenal dengan sifat perempuan. Walaupun ada ketikanya aku tidak selesa, semampu yang boleh, kusembunyikan wajahku dengan wajah yang ceria, atau setidak-tidaknya senyum kambing. Aku cuba untuk tidak menyakiti hati sesiapa lagi. Bukanlah niatku untuk menyarung topeng atau bermuka-muka, tetapi persekitaran keluarga aku yang membentuk aku jadi begini. Dengan lebih tepat, bertindak dengan lebih rasional, profesional dan mudah mengalah. Pada aku (baca:kami) apalah sangat, lebih kurang sudahlah. Jadikanlah ianya mudah.

Memang inilah jodoh aku. Insyaallah. Sudah ditentukan tuhan. Aku teringat kata Doktor Fadzillah Kamsah, pasangan yang baik adalah yang ada banyak perbezaan,
Aku: membesar dengan cara lelaki.
Dia: dengan cara perempuan.
Aku: kerja aku nak mudah, cepat dan senang.
Dia: teliti, rumit dan banyak kerenah.
Aku: tak banyak cakap.
Dia: suka bercakap (aku sukakan itu).

Kita bukan nak cari pasangan yang banyak persamaan. Hobi nak sama, minat nak sama, pakaian nak sama, persekitaran nak sama, kalau tidak, ianya tidaklah akan lengkap-melengkapkan. Kan ayang kan? kan?

7 comments:

Anonymous said...

sometimes
we need someone that can live together with us..

-the most criteria to find out are;
*understanding
*educated
*can manage family
*LOYAL->this sound weird, but its the most important thing


jadilah suami yang boleh membingbing keluarga..

LingGopoH said...

ada masa pulak abang aku buat blog nih..he he he ok best2 aku dah baca,tapi gambar yg kt atas tu kelakar laa gambar lain takde ke?
Adakah kepala aku? yg kena ketuk dengan raket badminton tu?? Langkah bendul? masa tu ko belajar lagi mak tak bagi ler..kalo tak takde la langkah bendul..isk isk alhamdulillah dh setengah tahun hidup berumah tangga....raya tahun ni siapkn duit raya lebih skit anak buah nk bertambah 1org lagi...

Unknown said...

btul ka?? nor dah berisi ke??
congrat!!! murah le rezeki ko..

Unknown said...

lama aku tak dengar nama linggopoh!! kah kah kah..

Anonymous said...

Hmmm.. gitulah gamaknye rezeki,amanah yg dikurniakan dari yg maha kuasa dan sbgai penyeri rumah tangga.Hujung bulan MAC ni dah masuk 5 bulan kandungan dah..dijangka akan lahir bulan Ogos.Anak MERDEKA ke?? tak kot mgkin awal OGOS apa2 pun tunggu je lah dgn perasaan yg berkobar-kobar dan sedikit kerisauan..macam2 perasaan ada nak menanti saat kelahirannya..harap2 nak baby Boy,tapi tak kisah la jantinanya Boy atau Girl janji dia sihat ibunya pun sihat,syukur alhamdulillah.

LinGGoPoH.- Tulaahh teringat pulak zaman kanak2 dulu Pakcik2 panggil Linggopoh..waduhh ntah mcamana boleh lekat nama tu..ade ke mcm anak cino aku ni? tu la tu semua kenangan lalu...skang takde lagi dah tinggal kenangan..kalo diingatkan balik..tegelak sorang...

p/s: Lupa laaaaa password blog aku ..iskk macamnaa ni??

Anonymous said...

best regards, nice info » » »

Anonymous said...

Aku br buka blog ko.aku pmpuan...bl ko ckp cr ko d bsr kan dlm family majoriti lelaki,br aku t'sedar knp aku adalah aku...kdg2 aku pelik knp aku x sama mcm pmpuan lain...mudah mesra, suka b'ckp tanpa d sruh,senang kuar air mata...bla..bla...aku sebaliknya.sbb 2 masa aku blaja dlu xde sapa nk dekat..dh perangai aku mcm dorg..tp bl aku dh abis blaja, keja part time jap..aku mula blaja mengenali sifat2 seorg pmpuan..tp kdg2 mcm x best...tp dh fitrah aku seorg pmpuan, i've 2 accept it...heheheh