Baca saja apa yang ditulis. Kalau musykil, tinggalkan di ruang komen. Kalau tak suka, tinggalkan saja. Kalau suka, boleh jadi follower.
Friday, February 10, 2006
SENARAI JAWATAN
Nama:Nizam Bin Rusli
Jawatan:Guru Sandaran Terlatih Lepasan Diploma DB27
Bertanggungjawab kepada:Guru Besar
Senarai tugas:
A.PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
1. Membantu Guru Besar di dalam aspek pengurusan dan kecemerlangan kurikulum sekolah
2. J/kuasa Pembangunan Sumber Manusia: AJK Biro Pembangunan Staf
3. Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGK) sesi 2006-2007: AJK Biro Keraian dan Sambutan
B. Kurikulum
1. Mengajar M/pelajaran Pend. Muzik Tahun3 Pandai dan 3 Pintar, Bahasa Melayu Tahun 2 Pintar dan 2 Mahir
2. J/kuasa Perancangan Kurikulum Kemajuan Pendidikan (PKKP) sebagai Pengerusi Panatia Pendidikan Muzik (2006)
3. Guru Kelas Tahun 2 Pintar
4. AJK Panatia Bahasa Melayu
5. Organisasi Pusat Sumber: AJK bilik tayang (sesi petang)
C. Kokurikulum
1. J/kuasa Unit Uniform Persatuan Bulan Sabit Merah
2. Penolong Ketua Rumah/Pasukan Zamrud (Hijau)
3. J/kuasa Kelab&Persatuan Kebudayaan
4. J/latih Pasukan Koir SKTSP
5. J/latih Pasukan Kompang SKTSP
6. J/kuasa Bidang Permainan Bola Baling (Ketua), Ragbi Sentuh (AJK), J/latih Pasukan Olahraga SKTSP
D. Keindahan/ Keceriaan dan Keselamatan Sekolah
1. Membantu merancang dan menyelia program keindahan dan kebersihan sekolah
E. Disiplin dan Bimbingan
1. Pengurusan Hal Ehwal Murid: AJK unit Disiplin
F. Lain-lain
1. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa
Itu lah.. serba sedikit tugas kat sekolah.. sapa kata jadi cikgu senang.. tu belum lagi jadi AJK program-program yang akan di rancang dan dijalankan.. aku siapkan senarai jawatan lengkap ni masa nak temuduga lantikan pertama tempoh hari.. rupanya dah banyak juga yang aku buat kat sekolah ni.. baru tahun pertama.. agaknye cikgu yang dah bertahun2 mengajar dah naik bosan dengan macam2 jawatan.. tu belum sekolah yang cikgu dan murid yang tak ramai.. lagi macam2 jawatan yang dipegang.. kalau tengok diorang punya Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berhelai2 muka surat.. nak tengok pun malas.. nasib baik sekolah aku ramai cikgu dengan budak.. tugas-tugas jadi lebih ringan sikit..tu pun kalau semua cikgu2 prihatin… yang jenis buat bodoh dan buat2 tak reti pun ada.. Tugas aku dah melambak nak buat ni. Kena settle dalam sehari dua ni.. nak update nama2 atlit Rumah Zamrud lagi.. budak2 kelas 2 Pintar.. hujung bulan ni dah nak peksa.. dan aku baru lepas abih mesyuarat tadi.. selaku ketua panatia pend. muzik.. dah sedia ‘assignment’ yang nak di buat.. GILA! SUBMIT hari isnin! Kena quarantine la aku cuti 2 hari ni.. nak pikir PROGRAM PENINGKATAN DAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN JANGKA PANJANG DAN JANGKA PENDEK TAHUN 2006..
Hehehe.. hari sabtu dengan ahad pun kami kerja tu! Sapa kata guru kerja lima hari??? Sapa? Sapa? Sapa? Bawak datang… :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment