Baca saja apa yang ditulis. Kalau musykil, tinggalkan di ruang komen. Kalau tak suka, tinggalkan saja. Kalau suka, boleh jadi follower.
Friday, February 10, 2006
Hero filem hindi..
Aku kini lebih faham dan akan sentiasa untuk cuba memahaminya.
Walaupun kadang-kadang aku rasa sukar untuk faham, kenapa tindakannya sebegitu, walhal, kita (baca:orang lelaki) rasa perkara itu teramat remeh dan tidak sepatutnya di isu, diperbesar dan diperpanjangkan.
Bagi kita tidaklah terlalu sukar untuk menolak dan sekaligus membuang perkara atau hal yang akan mengeruhkan keadaan. Apatah lagi hingga membawa kepada suasana dingin berpanjangan. Tidak kiralah siapa atau apa yang menjadi punca. Kita mungkin lebih mudah menerima dan bersedia untuk mengembalikan kepercayaan sebab dari awal-awal lagi kita sudah bersedia untuk menerima diri dia seadanya. Kalau tidak masakan kita nekad untuk memilih untuk hidup bersama. Bak kata orang, dah lama kena ‘reject’. Itu bagi aku lah.. tapi orang lain aku tak tau adakah sama berfikiran macam aku.
Sememangnya sudah lumrah dan batinnya yang bersikap begitu, persekitarannya yang membentuk dirinya sebegitu. Sedangkan dengan orang tua sendiri boleh dijadikan bahan percakaran, inikan pula aku! “kalau dia tak ada, terasa sunyi pula.” kata emaknya. Memang, lumrah dalam rumahtangga, kalau tak hendak tergigit lidah, janganlah bergigi. Kata orang.. bukan aku yang kata. Sebab aku belum kahwin.
Dari saudara mara, adik beradik, hinggalah kepada ibu bapa, masing-masing sudah masak benar dengan sifat dia, yang terlalu di manja dan memanjakan, suka di puji dan memuji, mesra di belai dan membelai hinggakan kata-kata dia jadi pedas kalau ada yang bersuara tidak beralas, menegak kebenaran dengan keras kalau ada fikiran yang tak berasas.. Ada juga yang makan hati dengan nadanya, ada yang tak lalu makan dengan sindirnya dan yang paling aku risau menyimpan dendam dengan kata-katanya!
Tapi dia feminin. Dia pandai bergaya, fesyennya menjadi tumpuan dan ikutan. Boleh berkolaborasi dengan sesiapa. Ada orang, suka bekerja dengan dia. Banyak juga hati yang cuba untuk memiliki dia. Tapi, pepatah orang putih kata, “The best man win!” he.. he.. Malah, dia adalah pendengar yang setia.. Aku cukup bahagia dalam keadaannya yang normal dan natural. Aku boleh berbicara, berbincang apa sahaja dalam keadaannya yang waras itu. Di dalam keadaannya yang semulajadi inilah aku rebut untuk meragut kasihnya..
Jadi, aku?
Kadang-kadang ada juga tindakan aku yang mengundang kekeruhan. Aku akui yang aku juga pernah tersilap. Tapi tidak adakah tempat untuk memperbaiki keadaan dan ruang untuk meletakkan kepercayaan? Teringat aku lagi pada pesan ibunya, “diamkan aje..” dalam keadaan selesakah aku kalau berdiam? Selesaikah kekusutan aku kalau hanya membatu? Mungkin ada kebenarannya. Aku harus selesaikan satu persatu. Kalau bukan hari ini, esok atau lusa. Aku bukan beralah sebab kalah, kalah aku untuk hari ini, aku menangkan hatinya di lain hari.. macam dalam filem hindi, hero menang lain kali..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Looking for information and found it at this great site... » » »
Post a Comment