Tuesday, January 31, 2006

TMK dalam P&P muzik: Gubahan Muzik Minus One

1. Pendahuluan

Panduan yang dihasilkan ini adalah bagi membantu guru-guru muzik atau sesiapa yang mempunyai latarbelakang muzik dalam mengubah serta menghasilkan muzik menggunakan teknologi. Sofwer yang akan digunakan untuk menggubah muzik ialah Cakewalk Sonar yang mesra pengguna serta banyak digunakan di studio-studio rakaman profesional. Walaubagaimanapun, panduan ini tidaklah berfokus kepada mempelajari penggunaan aplikasi ini tetapi sebagai pengenalan kepada penggubahan muzik. Justeru, hanya beberapa perkakasan sahaja yang diperlukan untuk menggubah dan selain itu, pengguna haruslah mempunyai latarbelakang teori dan boleh memainkan kibod selain mempunyai kreativiti dalam menghasilkan muzik.

2. Rasional

Kaedah gubahan muzik secara konvensional tidak praktikal lagi dizaman teknologi maklumat yang begitu pesat masa kini. Banyak perkakasan teknologi muzik yang terdapat di pasaran dapat membantu guru-guru muzik mencipta muzik serta menghasilkan karya mereka dengan lebih efisien, menjimatkan masa dan murah. Kalau dahulu seorang komposer menggunakan masa berjam-jam untuk menggubah sebuah lagu kemudian terpaksa mengupah beberapa orang pemain muzik pula untuk memainkan gubahannya. Jika karyanya tidak sedap didengar, ia terpaksa memadam dan membuat penambahbaikan pada karyanya dan terpaksa mengharapkan orang lain untuk memainkannya semula. Proses ini begitu merumitkan dan tidak ekonomik.

Kibod yang berteknologi tinggi seperti Yamaha, Roland, Technic dan sebagainya mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimainkan untuk mencipta muzik minus one. Tetapi kaedah ini tidak membantu guru berkreativiti jika muzik dicipta secara robotik, iaitu dengan hanya memainkan kord muzik dapat dimainkan secara otomatik. Kelemahannya, kibod yang berada dipasaran tiada rentak melayu seperti inang, masri, zapin, joget, asli dan sebagainya. Rentak-rentak tersebut di'program' secara 'sequencing'. Walaupun kibod-kibod tersebut mempunyai alatan Sequencer (perakam muzik) seseorang guru muzik perlu berkemahiran dalam bidang gubahan jika ingin menggunakannya. Biasanya Kibod yang dilengkapi Sequencer berharga lebih dari RM 1,500 sebuah.

Tetapi dengan menggunakan perkakasan teknologi, seperti sofwer yang akan digunakan ini, pengguna bukan sahaja dapat mencipta muzik secara cepat dan secara langsung tetapi juga dapat mempakej hasil gubahan itu dalam bentuk cakera liut samada dalam format audio atau midi. Hasil muzik tersebut pula boleh dijadikan muzik karaoke atau minus one yang berkesan digunakan sebagai bahan bantu mengajar muzik disekolah.

3. Perkakasan yang diperlukan

Peralatan dan bahan yang diperlukan:
3.1 Komputer multimedia yang lengkap
-Windows 98SE, ME atau XP
-Soundcard (Creative Soundblaster) atau yang setara
-RAM sekurang-kurang 256Mb
-Pentium 3 atau setara
-Pemacu CD R/R W

3.2 Headfon/ Speaker

3.3 Kabel Midi Y

3.4 Mikrofon

3.5 Kibod (dilengkapi midi out port)

3.6 Skor lagu (lead sheet)

3.7 Perisian Sofwer Sonar Cakewalk 2xl or above

akan bersambung…


Klik: untuk melompat ke entri modul pembelajaran sonar

No comments: