Baca saja apa yang ditulis. Kalau musykil, tinggalkan di ruang komen. Kalau tak suka, tinggalkan saja. Kalau suka, boleh jadi follower.
Saturday, March 04, 2006
Lompat si katak lompat!
Saya turut berbangga apabila turut sama terpilih dalam satu kumpulan ensemble alat genderang semasa dalam darjah lima dulu. Semacam ada rasa hebat apabila turut terpilih, walaupun ketika itu hanyalah sekadar seorang pemain kastanet. Dalam hati turut cemburu apabila melihat rakan yang terpilih memainkan alat yang lebih besar dan berfungsi paling utama dalam ensemble itu. Tetapi tidaklah peduli sangat kerana pengalaman berada dalam kumpulan itu amatlah berharga. Tepukan gemuruh mengakhiri setiap kali tamat persembahan kami yang turut disertai oleh guru muzik kami yang mengiringi dengan petikan gitarnya.
Masa itu, Cikgu Zain guru muzik kami. Beliau memang mahir dan komited dengan tanggungjawabnya. Kadang-kadang beliau teramat garang dan boleh jadi seorang kecindan juga. Janganlah bermain semasa di dalam kelasnya, ada yang kena ketuk dengan gitarnya. Kami belajar semua konsep muzik, belajar bahasa muzik, permainan alat, nyanyian dan sebagainya. Memang matapelajaran pendidikan muzik dinanti-nantikan waktunya. Saya sudah tidak berapa ingat berapa kalikah waktu pendidikan muzik dalam seminggu. Yang pasti waktu pendidikan muziklah yang ditunggu-tunggu dan menyeronokkan.
Walaupun ketika itu tidak berapa tahu apakah perlunya belajar muzik. Tetapi ianya seronok dan menenangkan jiwa dan batin kami. Kami dididik untuk lebih berdisiplin dan mematuhi etika dalam muzik. Muzik mempunyai detik yang bergerak secara sekata dan perlu dipatuhi setiap detiknya. Konsentrasi dan tumpuan yang penuh dapat menghasilkan kualiti permainan dan persembahan yang baik. Selain memerlukan latihan yang kerap, kerjasama yang disemai dalam satu kumpulan yang besar agar dapat berpadu tenaga adalah satu unsur nilai murni yang baik. Keseimbangan dan kestabilan bunyi yang terhasil menjadi teras kepatuhan disiplin diri yang tinggi. Turut menjadi tunggak kualiti persembahan kami yang baik ialah daripada guru kami sendiri.
Tetapi sayangnya, perkembangannya terbantut apabila melangkah ke sekolah menengah yang tiada pendidikan muzik di sekolah. Jiwa raga yang dahagakan seni muzik, tercari-cari arah tuju dan ke mana hendak dilepaskan. Sudahnya ada yang bergerak ke bidang lain dan terjebak ke dunia yang hitam. Puncanya adalah tidak tahu untuk membawa diri ke arah mana. Akademik tidak mendorong minat kerana akademik hanyalah mengejar angka semata-mata. Sudahnya yang dipandang oleh masyarakat, kutu-kutu budak sekolah yang melepak membuang masa ditepi-tepi longkang dengan memekak sambil memetik gitar.
Yang sebenarnya, mereka ini berbakat besar jika diberi peluang untuk memperkembangkan potensinya. Bayangkan dalam umur 13 tahun, seorang budak lelaki mampu mengetuk drum, bermain gitar seperti seorang pemain yang profesional. Sebutkan lagu apa, kalau tidak pernah dengar lagunya, berikan kasetnya. Dalam tempoh sehari dua, dapat di ‘catch up’nya. Aliran yang bagaimana? Sebutkan genrenya, nescaya dapat diberikan yang terbaik jika di beri galakkan. Yang perlu di bantu ialah tunjukkan jalannya, perkembangkan kreativitinya, hasilkan kelainan dan di bentuk personaliti dirinya.
Tapi yang berlaku di sekolah rendah hari ini berbeza dengan zaman sebelum saya. Tiada yang peduli dengan pendidikan muzik. Agenda sekolah ialah memantapkan bidang akademik semata-mata. Walaupun dalam slogan sekolah “CEMERLANG 100%” tertera di dinding merata-rata. Tetapi skopnya, tidak meliputi 100% kurikulum. Terus-terang saya katakan, kadang-kadang saya jadi cemburu apabila melihat kurikulum matapelajaran lain dapat berkembang dan berjalan dengan baik dan orang lain melihat serius setiap dari aspeknya.
Belum lagi menyentuh dari aspek pedagoginya, dengan guru yang bukan opsyen mengajar muzik sambil lewa, tiada kemahiran permainan alat. Bayangkanlah, seorang guru mengajar menyanyi sebuah lagu, kemudian berikan soalan-soalan pemahaman yang berkaitan dengan lagu untuk dijawab oleh murid! Ataupun menyuruh murid melukis gambar yang sesuai dengan lirik lagu. Aktiviti sebegitu biarlah ditugaskan sahaja kepada guru Bahasa Melayu dan guru Pendidikan Seni. Bukan tugas guru muzik untuk mengajar Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni (Pesan Encik Isa Amri). Tapi sekurang-kurangnya guru itu tadi mengajar jugalah menyanyi. Tapi ada juga peristiwa yang membuatkan hati saya geram dan kecewa. Dalam waktu pendidikan muzik, diajarnya matapelajaran lain. Diajarnya sains, matematik, bahasa inggeris dan sebagainya. Tetapi kalau digunakan sebagai salah satu pengisian kurikulum lainlah halnya dan sememangnya digalakkan. Tapi ianya tidak, memang guru tersebut berhutang dengan murid kerana tidak dapat belajar muzik dalam waktu pelajarannya.
Sudahnya apa yang terjadi? Lagi sekali potensi murid tersekat. Walaupun diakui, tidak semua murid minat pada muzik. Samalah juga dengan matapelajaran lain, tidak semua orang mempunyai citarasa dan hobi yang sama. Tetapi murid mempunyai hak untuk belajar. Itulah sebab kurikulumnya diadakan. Supaya tidak lahirnya murid-murid yang keras perilakunya. Hendak disuruh menepuk mengikut tempo sering tersasar, disuruh menari, keras seperti batang tiang, buat senaman robik pula nampak seperti dipaksa-paksa pula keadaannya. Tiada sifat yang natural dalam pergerakan. Hendak pula murid-murid zaman teknologi canggih hari ini. Permainannya video game. Masa bila pula hendak diperkembangkan koordinasi dan keseimbangan? Disiplin dan etika persembahan? Nilai-nilai murni dan keyakinan diri? Ataupun unsur islamik dalam nasyid?
Dalam muzik ada segalanya. Bijaklah kita untuk memaksimumkan penggunaannya. Saya ingat lagi, Cikgu Zain yang melompat-lompat ketika mengajar lagu katak lompat, atau mengepak-ngepak tangan ketika mengajar lagu terbang burung terbang. Barulah murid dapat menari zapin atau jawa dengan baik. Bergerak dengan semulajadi. Buat dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa dipaksa-paksa dan malu-malu kucing.
Sebabnya, cikgunya tidak malu hendak melompat, tidak malu hendak hendak terbang dan tidak malu hendak menari. Jom! Lompat si katak lompat! Lompatlah tinggi-tinggi! Cepatlah adik cepat, bergeraklah semulajadi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Excellent, love it! avis car rental Mountain hardware down jackets Compare prices on ionamin how to repair hotpoint clothes dryer dental product Business insurance small solution Bextra kaiser Top affiliate marketing niche affiliate marketing lcd screen checker Fioricet at cost Emergency medical technician online classes lasik md in calgary Octagon area rugs Acura tsx reviews dry skin care wellbutrin withdrawal xl Anacott investments Doorbell intercom security system db301 http://www.oldsmobile7.info
I am actually grateful to the owner of this site who has
shared this enormous article at here.
Also visit my web-site : best usa online casino
Thank you for some other informative site. The place else could I
get that type of information written in such a perfect means?
I've a undertaking that I'm just now operating on, and I have been at the glance out for such information.
my web page: recurring affiliate programs
I blog quite often and I genuinely thank you for your information.
The article has really peaked my interest. I am going to book mark your website and keep checking for new information about once
per week. I opted in for your RSS feed as well.
Feel free to visit my weblog - play online slots for real money
You made some really good points there. I checked on
the internet for additional information about the issue and found most individuals will go along with your
views on this website.
Here is my page ; play online slot machines
euro buy klonopin online without prescription - cheap clonazepam no prescription http://imgzy.com/#cheap-clonazepam-no-prescription , [url=http://imgzy.com/#where-to-buy-klonopin ]where to buy klonopin [/url]
uenvks provigil for sale - modafinil price http://www.provigilonlinediscount.com/#modafinil-price , [url=http://www.provigilonlinediscount.com/#buy-modafinil-without-prescription ]buy modafinil without prescription [/url]
12, [url=http://www.benefitsofisotretinoin.net/]isotretinoin for sale [/url] - purchase accutane online - isotretinoin online pharmacy http://www.benefitsofisotretinoin.net/.
Post a Comment