Saturday, March 18, 2006

Potensi Individu

Budak gemuk yang comel dalam darjah dua

1992
kelas tingkatan 3 Perdagangan 3


“Orang yang membuat banyak kejahatan akan dicampakkan Allah SWT ke dalam api neraka. Orang yang banyak buat amal ibadat dan kebaikan, maka akan ditempatkanlah dia ke dalam syurga. Dimana di dalam syurga itu nanti mempunyai sebatang sungai yang mengalir airnya yang bersih lagi suci. Di dalam syurga tidak ada benda yang haram, malahan jika kita hendak meminum arak pun dibolehkan. Kita hanya perlu sebut sahaja, apa yang diinginkan akan menjelma di depan mata kita. Orang-orang lelaki yang ditempatkan di dalam syurga akan diapit oleh bidadari-bidadari yang cantik, manis dan lawa”

murid-murid di dalam kelas terpaku mendengar cerita ustaz yang sedang mengajar.

“Tapi ustaz, orang lelaki aje ke? Orang perempuan macam mana pulak?” terpacul soalan spontan dari seorang murid yang berbadan besar dan comel ketika itu.

“Awak ni! Ke situ pulak awak berfikir! Awak ingat... #@$&#(*%bodoh@)*#)*#!*&# @... Ke hah?”

budak gemuk yang comel itu, terdiam, terkedu dan menunduk.

“Salahkah aku bertanya?”


Tahun yang sama.
Kelas yang sama.
Ustaz yang sama.
Hari yang berbeza.


“dan… Nabi Muhammad SAW itu, mempunyai peribadi yang baik, akhlak yang mulia, menjadi seorang pemimpin yang di hormati selain mempunyai raut wajah yang kacak dan cantik”.

“Ustaz, macam mana rupa nabi eh?”. Budak gemuk yang comel itu seakan-akan menguji kebijaksanaan ustaz itu.

“Hei! Mana boleh! Kita tak boleh menggambarkan wajah Nabi Muhammad! Berdosa tahu? Awak ingat… !@$&!budak@(#gemuk#!)##*lembab&!@$@#)*(&... Ke hah?”

budak gemuk yang comel itu menunduk. Terkedu dan terdiam. Dalam hati menyimpan hasrat untuk mengkaji lebih mendalam.

Budak gemuk itu dah semakin membesar. Sebesar badan dan sebesar umurnya. Berpeluang menelaah ke tempat yang lebih tinggi. Maka, terjumpalah dia sebuah buku kisah Nabi Muhammad SAW. Tahulah dia serba sedikit tentang Rasullullah junjungannya. Antaranya, Nabi Muhammad SAW itu, adalah seorang lelaki yang kurus tetapi tegap dan kuat. Memiliki jambang yang kemas dan rapi, sepasang mata yang memukau, dan mempunyai daya tarikan yang kuat, hinggakan apabila melintasnya Baginda, setiap mata akan terpaku memandangnya. (saudara Hamka lebih maklum barangkali, betulkan kalau hamba yang hina ini salah).


Budak gemuk itu akui, hal-hal agama memang dia lemah. Malah jahillah juga. Sebab dia jahil kerana, sebab-sebab di ataslah. Dia tidak berniat untuk menguji atau mengajar ustaz dia. Memang soalan-soalan yang di tanya, adalah kerana sifat semulajadinya yang ingin tahu.

Dari aspek pendidikan, ustaz tadi telah membantutkan potensi budak gemuk yang comel itu. Dia tidak menggalakkan komunikasi dua hala diantara guru dan murid-muridnya. P&P nya tidak berpusatkan murid dan tidak menjadikan kelasnya aktif. Pendekatan yang digunakan akan menghalang murid untuk berfikir. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis tidak dijana dengan baik. Apa kesan ke atas budak gemuk yang comel itu?

Dia mungkin akan mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah, malu untuk berkomunikasi, emosinya mungkin turut terganggu. Jadi, sistem pembelajaran sebegini telah lama berlaku dan masih lagi berlaku (menjawab entry Blackpurple)

Alhamdulillah, dari sumber-sumber yang saya perolehi, budak gemuk yang comel itu, kini menjalani kehidupan yang baik dan sempurna. Dengar cerita dah nak kahwin pun.
Wah! Tahniah! Tahniah!

20 comments:

hamka said...

aku nak bercerita:
Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas....
Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan..
tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan bermain. Lalu guru itu berkata...
"Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihat keaadan ini. Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong beritahu.. apa sebenarnyayang terjadi?? " guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...
Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata..
"sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha" sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai..(mungkin menjadi mayat) dan kelas kembali bising macam biasa... -----

Cerita tu dpt dari email kengkawan kirim. Abang aku ngajar kat Cheras ada cerita perihal murid2 dia: bila di cerita tentang shurga dan boleh mintak apa saja maka murid2 ni bertanya?
"cikgu, boleh tak jadi super saiya tahap ketiga?"
tapi yang paling terharu ada murid angkat tangan tanya.
"cikgu kalau saya masuk shurga nanti boleh tak saya nak minta basikal?".
Kesian...benarlah kita sedih tak boleh beli kasut baru hinggakan dijalanan kita jumpa org yang takde kaki.
tapi mayat dalam kubur cemburukan org yg pergi solat jemaah, tapi kita yg hidup ni tak cemburu pulak tengok org ajak amal ugama.(benci lagi ada).

ok kepada budak gemuk! selamat jalan ke 'masjid'...

kunci hilang said...

semoga budak gemuk tidak lupa utk menjemput ustaznya itu ke majlis perkahwinannya.

WRA said...

anak akak pernah tanya, mana syurga kat bawah tapak kaki mak? hehhehehe....maka dengan panjang lebarnya menjawab supaya mereka dengar kata dan tidak derhaka pada mak....mereka cakap "ooooo, derhaka tu apa mak?" adussss....maka begitulah seterusnya sampai mereka puas hati....pelajaran bukan setakat di sekolah, tapi dirumah juga...bukan setakat akademik, tetapi kehidupan juga....
mudah2an budak gemuk akan menjadi seorang ayah yg tidak menyekat perkembangan minda isteri dan anak2 nya...tahniah!

hitomi said...

akhirnya budak gemuk itu berjaya menjadi manusia yg berguna...hehehehehehe...
selamat membina 'masjid' juga...semoga 'masjid' itu akan trus berdiri gagah hingga akhir hayat...

Anonymous said...

Hamka
erm.. GT nak buat program TV "jalan-jalan cari masjid"

kunci hilang
insyaallah, akan GT sampaikan pada budak gemuk yang dah derhaka dengan ustaznya itu. suruh dia mintak ampun.

AL
kita berlumba2 nak kejar kedudukan yang cemerlang dalam ujian dan peperiksaan, yang belum pastinya menjanjikan kehidupan yang cemerlang dan sempurna.

hitomi
budak gemuk kata time kasih. nanti dia nak jemput katanya..

zino said...

nizam
jemput datang lagi ke blog zino hehe.. ni dah jemput ni hehe

salam kenal..

ontahsapo said...

budak tu gomuk laie ko..? ko dah slim cam maya karin...?

NONIE AZIZ said...

sian budak gemok itu ya...ya...sebenarnya ustaz budak gemok mmg tak reti mengajor budak cerdik macam budak budak gemok itew...budak gemok sudah mahu kawin...sudah besar budak gemok itu sekarang ya? Jgn lupa bagi tahu MR ya bila perkahwinan itu berlangsung!!!

blackpurple @ jowopinter said...

"Dia mungkin akan mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah, malu untuk berkomunikasi, emosinya mungkin turut terganggu. Jadi, sistem pembelajaran sebegini telah lama berlaku dan masih lagi berlaku (menjawab entry Blackpurple)"

~ itu dulu...sekarang budak gemuk dah berkeyakinan, tak malu untuk berkomunikasi....kan..? hehehe

Anonymous said...

zino
salam kenal.. muahh.. EEee..

ontahsapo
budak gomuk makin sihat dan comel.

MR
budak gemuk itu akan menjemput semua pembaca2 blog GT kelak. nantikan..

blackpurple
kemain gatal lagi budak gemuk tu sekarang.

Kaklong Syikin said...

assalamualaikum..first time dtg nih...

tahniah utk budak gemuk comel yang nak walimah tu..insyaAllah, mudah segala urusan.

hamka said...

Jalan2 cari masjid?
Macam best…

Aku sekarang 1, 3
Engkau 0, 4 kan kan kan he he he

Anonymous said...

alah,
ustaz dia tak tau nak bagitau macam mana.
itu yang dia marah tu.

banyak guru sekarang,
mengajar lepas tangan ja.
kebanyakan.

Kopi Suam said...

kihh kih kih...tahniahlah budak gemuk...GT yang mana satu kau ni dalam gambo tu...ada dua tida budak gemok dalam tu :)

Unknown said...

Mungkin persepsi kita terhadap ilmu tu agak sempit. Kita belajar untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan sahaja. Kita di ajar agar belajar bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam peperiksaan.

Di sini (Australia) saya bertemu rakan-rakan dari Indonesia, Kambodia, Vietnam dan Autralia sendiri yang melihat ilmu itu dari persepsi yang luas.

Rakan saya dari Indonesia mampu berbahasa German dan Jepun dengan baik.
Rakan dari Vietnam mampu berbahasa Perancis dan Rusia dengan baik.
rakan Kambodia, mampu berbahasa Perancis dengan baik.
Dan saya jumpa orang Australia yang boleh berbahasa Arab dan Bahasa Ibunda kita, bahasa Melayu!!!

Namum, mereka tetap melihat sebagai bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang terunggul, dan datang ke Australia ini untuk menguasainya.

Jika ada orang yang kurang maju dari kita cuba menguasai ilmu yang lebih luas, lebih global...

Di mana kedudukan kita!!

aNIe said...

Assalamualaikum GT...kak lady buat kunjungan balas ni...

Ingin sekali kak lady berkenalan dengan budak gemuk yang comel tu...anak siapa kah itu..?

Anonymous said...

syikin
tenkiu.. dtg lg.. budak gemuk kata, payah jugak nak kawin. tapi macam dah tak sabo je dia. orang kata sedap. ye ke?

hamka
eh.. ada niat ka..

ron97
harap2 aku tak gitu.. amin.. kat akhirat sok anak murid tuntut!
:Eh! Cikgu! kenapa cikgu tak ajar lagu tahun tiga masa saya darjah tiga? kenapa cikgu ajar lagu tahun satu masa saya darjah tiga? haa.. apa nak jawab?

KS
saya yang paling ensem.. hihihi.. apa la kak KS ni.. GT malu weh!

Amir Azmi
ye encik amir. bak kata cikgu lee:
http://cikgulee.blogdrive.com/archive/cm-3_cy-2006_m-3_d-17_y-2006_o-1.html
"Sistem pendidikan kita, ketidaksabaran kita untuk mendapatkan hasil dan cara hidup kita pada hari ini, telah melahirkan golongan muda yang cepat dimasak. Kita telah melahirkan golongan yang tidak tahan lasak, tidak tahan diuji dan tidak berpandangan jauh"

Kak Lady
timo kasih! masuk2.. makan kuih, minum air.. Kak Lady nak ngurat eh.. Sori la kak.. allready enggaged..

Kaklong Syikin said...

sedap? kalau dah kawin, ada masa sedap, ada masa pahit, ada masa tawar, ada masa masin, ada masa kelat, kalau nak sedap lebih, pandai2lah mengemudi alam rumahtangga. Mohon dengan Allah agar mudah segala urusan rumahtangga. InsyaAllah. :D

Anonymous said...

sabar la budak gemuk. nak kahwin,katil (tilam) dah beli ke ? yg tahu cadar je. taniah

hamka said...

aku nak copy/paste ni, boleh tak?

kalau kau senyap itu tanda setuju he he he