Thursday, March 23, 2006

Hah! Kantoi!

Saya berfikir panjang untuk melepaskan entry kali ini ke dunia maya ini. Kerana terfikir kesan ke atas pembaca-pembacanya. Setelah memikirkan kesan-kesan itu, maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikannya. Selebihnya, terserah pada anda untuk mengambil tindakan.

Sebagaimana yang saya sarankan kepada anak murid, menulis itu adalah baik untuk perkembangan minda. Oleh kerana itu, lahirlah penulis-penulis blog yang tegar seperti saya. Sebagai guru BM juga, saya menggalakkan pada murid-murid untuk menulis surat kepada saya. Apa-apa sahaja yang murid saya ingin tuliskan, (walaupun tunggang-langgang dan tidak di fahami) saya tetap baca. Jika ada kelapangan saya membalasnya. Dengan menggalakkan mereka menulis, diharapkan dapat memantapkan penguasaan nahu, tatabahasa, memperbanyakkan kosakata dan idea penulisan. (dan kemudian menjadi penulis blog seperti Abdullah Jones)

Baru-baru ini, guru-guru di bilik guru menjadi gempar dengan isu menulis ini. Dua orang murid tahun tiga, (bukan kerana sudah mula menulis blog) seorang lelaki dan seorang perempuan telah ter’kantoi’ dengan beberapa helai ‘note-note’ kecil yang dijumpai bersama mereka. Berikut di taipkan semula cebisan kata-kata daripada ‘note’ yang berbalas-balas ala SMS itu. Sedikit tunggang langgang kerana tidak pasti yang mana dahulu. Saya cuba untuk menyusunnya.



“kau igat engkau cantik ke.. Tapi mata kau bulat” :budak lelaki

“engkau puyalah bulat.. sama macam macam bapak kau” :budak perempuan

“mana engkau tau bulat aku punya bulat. Kau tak payah nak kata sebab tak nampak.. bodoh” :budak lelaki

“Aku bagi tahu dengan ckgu zainal nanti. Nanti dia masuk nanti aku cakpp” :budak perempuan

“kau suka cikgu zainal, nanti kau peluk dia. Lepas tu kau gigit k*n*k dia” :budak lelaki (tak pasal-pasal je cikgu zainal)

“kau jangan peduli. Aku nak suka dengan cikgu zainal. Aku nak perluk ke cium ke r*m*n ke kau tak payah sebuk” :budak perempuan

“(nama budak perempuan itu) bodoh. Mata bulat nak r*m*n dengan cigku zainal kalau nak kena khawin :budak lelaki

“nanti k*n*k kau yang kena gigit. Aku nak picit picit. Sial” :budak perempuan



Hah? Apa macam? Saya bukan mengada-adakan cerita. Bukan menokok-nambah. Tetapi inilah kebenarannya. Kedua-dua orang murid itu di bawa kepada guru kaunseling. Murid yang bermasalah tentunya datang daripada keluarga yang bermasalah. Saya serahkan kepada anda untuk tindakan selanjutnya..


AWASI ANAK-ANAK ANDA!

30 comments:

Pnut said...

huiks....ngeri nye cikgu....ngeri..ngeri....
takut betul...
kita pon ada anak lelaki ni..risau pulak..

Anonymous said...

tapi saya percaya kak pnut, anak2 pembaca2 dan penulis blog baik2 belaka. sebab mak bapak mereka baik2 dan terpelajar. tapi tak taulah kut ada yang terlalu sibuk dengan mem'blog'!

p/s: budak tu pernah menonton aksi yang tidak sepatutnya di tonton.

Kaklong Syikin said...

na'uzubillah, minta2 anak2 kita jauh drp akhlak mcm ni..menakutkan sungguh..

loya pulak tekak mmbaca note2 tu.

Kopi Suam said...

Ya ALLAH takutnya saya baca nota2 ittew...Nauzaubillah zaman kita dulu kalau darjah tiga ni manalah bercakap macam tu dengan kawan2 lelaki. Nak sebut benda2 macam tu pun terketar2 dan tak pandai apatah lagi menulisnya memang nak mampus...

Even dah darjah 6 pun malu2 dengan kawan2 lelaki....ni sampai tahap yang dah kronik ni...

saya rasa both of them datang dari persekitaran kampung yang tak berapa sihat. Sorry to say tapi masyarakat kita kat kampung memang ada lagi yang begini. Mendidk anak dengan maki sumpah seranah dan buday itu memang menjadi ikutan kepada anak-anak. Biasa saya tengok macam tu masa waktu kecik-kecik kat kampung dulu...

Anonymous said...

pendidikan anak bermula dari rumah. nak suruh anak pandai membaca, ajar dirumah. nak suruh anak pandai mengaji, ajar dirumah. anak2 dihantar kesekolah supaya dia belajar menjadi ahli masyarakat, bukan belajar membaca atau mengaji. oleh itu, selalulah menjadi "cikgu" kepada anak2 dirumah.

betul tak cikgu nizam?

Pegawai Khalwat said...

Zaman dah berubah.

Tapi yang salah bukan zaman, tapi orang.

Err... salahkan cikgu boleh? Macam orang selalu buat.

Anonymous said...

terkejut eden...tak sangka pulak budak2 sekolah rendah dah tau benda-benda seumpama tu...

Tok Rimau said...

Ramai orang fikir dengan bercakap lucah, mereka nampak gah dan kuat.


Kita (aku dan engkau)perlu mengajar murid-murid untuk nampak gah melalui persilatan kata-kata yang indah. Seorang pendekar pernah berkata:

Kalau tuan pergi ke pasar
Belikan saya si ikan bilis
Kalau tuan bercakap besar
Mari kita berhunus keris

Dalam keadaan marah dan kritikal, masih boleh mengayam kata-kata yang molek. Lepas itu dia mati ditikam.

zino said...

persekitaran boleh mempengaruhi tingkah laku dan tutur kata budak budak zaman sekarang.. dia org cepat belajar dengan melihat, menonton,mendengar dan merasa..

terpulang kepada kita utk mengawal.. sekurang2nya tingkah laku anak2 kita..

aNIe said...

Lorr...bebudak yang baru tahun 3 tulis camtu...biar betul...

Anak kak lady yang dah 12 tahun ni pun kalau nak menyebut bende2 camtu ngan kak lady & kakak dia pakai *toot*...dia selalu bual ngan akak kalau nak sebut bende2 yang tak elok...dia cakap lah...toot....

Seram jugak kan dengan bebudak sekarang ni ..walaupun anak2 kita tak buat...tapi mereka terdedah pada persekitaran yang tidak sihat...jadi adalah tanggungjawab kita menerangkan pada mereka supaya mereka tau apa yang betul & apa yang salah...

Anonymous said...

syikin
rajin2 la tengok anak2 ye..

KS
budak 2 orang ni, selalu ditinggalkan berseorangan dirumah walaupun sekejap2. ibubapa ada yang sudah bercerai berai.

atok
betul tu tok! selamat cikgu2..
p/s: sumpah! bukan nak lepas tangan

Pegawai khalwat
ada jugak yang malas. macam aku kadang2. asyik jadi tukang angkat barang. mana boleh tahan. diskriminasi.

kadok
darjah tiga tuuu!

tok rimau
bersih hati selalu munajat
jangan terus berniat mujahid
kalau tuan sungguh berhajat
nanti jumpa di dalam masjid

zino
ye.. teringat lagu ND LALA

jengok2 lah anak2 kita
tanya2 lah apa yang kurang
beri2 lah didikan agama
pupuk2 lah kasih dan sayang

kak lady
iye KL, budak tu dah tengok crite *toot*, dalam kelas dia selalu usik budak pompuan punya *toot*.

Anonymous said...

orang sekarang suka cakap kotor kotor. tanpa sedar kesannya terhadap kanak kanak. blogger sendiri pun byk yg ckp kotor. sama ja.
Masalahnya, puncanya mungkin dari sorang murid, tetapi merebak kepada semua.
pencegahan. berbual dan dengar selalu anak anak berbual dan bercakap. dengar perkataan tak baik kuar. segera kikiskan sebelum sempat melekat,

aku, tak reti cakap kotor kotor. makbapak aku tak cakap kotor kotor.

p/s: 1. aku dulu selalu sms masa cikgu mengajar guna buku laporan sains bahagian belakang. conteng sampai dah takdak space nak tulis. hahaha

pantun ko untuk tokrimau BEST.
hahahah

blackpurple @ jowopinter said...

budak2 sekarang...penuh dengan warna warni... ada yang sebijak ADI PUTRA...ada yang sepetah AIMAN (..aiman tak kisah.....), ada yang seaura MAWI...tak kurang ada yang dah menunjukkan bakat menjadi BOTAK CHIN....

betul lah budak2 tu umpama kain putih.....

Anonymous said...

ron97
anak2 sendiri pandai2 la ngajo. jangan pandai buat anak je.. hihihi..

p/s: dah terlupa cara nak delete comment. hari tu pernah buat sekali. tapi nak cuba lagi dah tak jumpa kat mana. bantuan!

memang nak jumpa tok rimau kat masjid utm jap lagi. ambil buku. ayah kita bos

blackpurple
yang cerdik memang tak terlayan nak bercakap. banyak tanya!

WRA said...

bak kata kopisuam, budak2 kat area kampung sana ramai yg bercakap macam ni...hubby akak ada cakap, kawan kampung dia tu cikgu, banyak kali tangkap budak2 darjah 3, 4 dalam toilet, tengah buat kerja...astaghfirullah....tu sebab depa tengok mak bapak dorang la kot...tau2 je la, rumah kat Felda tu ada yg sempit, tak cukup bilik, jadi semua kongsi satu bilik atau dia asingkan dengan tirai je...tengah2 malam kalau bebudak terjaga, nampak wayang yg tak sepatutnya.....itu cerita cikgu tu la....
nauzubillah...memang kena awasi percakapan anak2 tu...

Kaklong Syikin said...

mmg..kena awasi anak2...selain drp didik mrk, doa parent amat penting...minta2 anak2 kita semua terpelihara drp perangai buruk ni.

Kaklong Syikin said...

mmg..kena awasi anak2...selain drp didik mrk, doa parent amat penting...minta2 anak2 kita semua terpelihara drp perangai buruk ni.

NONIE AZIZ said...

hachoooo...mak aih...budak sekolah rendah advance mcm ni! Ngerinya aku macamni...tapi kesian kat cikgu zainal tu...tak pasal2 nama naik!!

Anonymous said...

AL
kesian2.. budak2 lagi dah dapat tengok wayang free..

moon
betul tu pn moon, lepas ibu bapa boleh diplomasi tak dengan guru? bukan ada niat yang tak baik jika terjentik anak murid..

syikin
amin.. kita nak anak jadi apa? kita bantu la..

princess m
kantoi eh.. bahasa klasik masyarakat purba kepulauan madagaskar yang bermaksud 'tertangkap'
Lepas ni jangan guna, monyet, beruk dan sebagainya. guna *toot*

MR
glemer siut cikgu zainal hari ni.. wa ka ka ka..

kunci hilang said...

tak dapat pakai handset, pakai kertas carik pun boleh sms.

Admin Yang Sejuk said...

kalau jadi macam ni.
semua pihak nak dituduh.

Unknown said...

zaman akan datang tentunya lagi penuh cabaran kepada guru apatah lagi pada ibubapa...

cikgu zainal tu hensem ker? :-)

Unknown said...

aduhh darjah 3 tulis camtu... nak dibandingkan saya sewaktu darjah 3 dulu.. huhuhu jauh sungguh...

tak sangka se advance gitu bebudak sekarang ni.... erkkk takut

abdullahjones said...

hahhahahhahah.
hahahhahahhah.
hahahhahahahh.
hahahhahahah.
hahaha.
haha.
ha.
.

Anonymous said...

kunci hilang
kertas carik talian maxis

sudut pandangan orang ketiga
jangan tuduh saya..

aku
bukan belum diluluskan, tapi dah dimansuhkan selepas diluluskan.

jamri
anda nak mengorat ke? he he he..

na
budak tu nak mencarut, tapi bahasa tunggang-langgang

abdullah jones
patutnya kena nangis la..

Sir Mute Key Chicks said...

lawatan sambil belajar ke rumah cikgu yang mengajar muzik.muzik ke?

Sayuti said...

kaunseling je?

Rie said...

itu baru dia. anak2 dia nati tak tau la camne

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it
radar detector Alarm management software Panda movies big tits Small big breasts woman Huge natural breasts sites clinic big breasts pictures How to improve my credit score Olympic hockey roster finland Boating enthusiasts fucking big tits travel north michigan pictures big boobs What is the difference between medicare and medicaid lanas+big+boobs Mature hairy arabs big breast escorts Hairy woman armpit leg

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP Armstrong kitchen cupboards Pornstar eric hanson Centre mcse test australia Designer ellie saab Successful search engine marketing and optimization call center outsourcing dildo Appliances iowa Porsche dimensions Last minute flight deal cheap last minute flights Lets dance bowie