Thursday, March 16, 2006

Sisa-sisa..

Cuti dah nak abih..

Dalam beberapa hari lagi sekolah dah nak dibuka semula. Terbayang tugas-tugas yang telah tersedia menanti. Kertas periksa, buku rekod, RPH.. aarrgghh! serabut! Elok juga, tak payah lagi dah aku datang CC ni. Aku rindu kat PC aku.

Dan.. aku rindu kat dia juga. Hampir sebulan aku tak jumpa. Dalam mendepani sisa-sisa akhir status teruna ni, elok la berjauhan. Bila sampai waktunya nanti, baru boleh dilepaskan.

Eh, rasanya ni lah cuti sekolah aku yang terakhir dalam zaman bujangku. Lepas ni aku tak nak balik rumah mak sorang2. Apa benda yang aku belum buat lagi ni? Tinggal sedikit lagi sisa bujangan aku. Oh! aku dah lama tak 'busking'. Lama tak datang Central Market. Ada lagi ke budak2 kat situ 'busking'?. Elok jugak lepas gian ni. Belum tentu lepas ni aku boleh buat sesuka hati aku lagi.

Tak.. tak.. dia tak marah. Aku pun bukan takut dia marah. Tapi kena sama-sama la jaga. Tapi dia memang tak nak tengok aku 'busking'. Aku pun tak nak tunjuk dengan dia kalau aku 'busking'. Malu pulak dia karang dengan kelaku aku. Kalau dah 'busking' boleh hilang akal. Tapi dia tak pernah 'miss' kalau aku menyanyi kat mana2 pentas. Penyokong dan peminat setia.

Aku tau korang yang baca entry aku kali ni, mesti suruh aku banyakkan amal ibadat ke, belajar jadi suami yang soleh ke, rajin-rajin ke rumah tuhan ke.. kan? ye.. ye.. aku sedar tu. Tapi aku ada tanggungjawab jugak masa 'busking' tu. Aku akan cuba lebih bertanggungjawab pada setiap perbuatan yang aku buat. 'Busking' la bagus! selain dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, dapat menambah keyakinan diri, pulak tu dapat jugak keluar peluh! itulah cara aku bersenam.. untuk lebih pemahaman baca entry yang ni Jasmani, Emosi Rohani, Intelek.

kelopak atas mata kiri aku belum berhenti mengenyit le..

10 comments:

WRA said...

selamat ber"busking" la....janji mesejnya ada :)

abdullahjones said...

oooo..geng si meor le ni.

Kopi Suam said...

Gitartong,
saat-saat terakhir di zaman bujang adalah saat manis yang sentiasa indah dan segar didalam ingatan....

Bila harinya...
welcome to the real world. Make sure GT physically and mentally prepared ok...good luck and all the best...

blackpurple @ jowopinter said...

apa2pun kita berhak nak buat apa2 yang kita suka nak buat apa...... asalkan ingat diri, tanggungjawap dan batas........kan..?

hitomi said...

wa, bakal2 meninggalkan zaman bujang rupanya...anyway, congratulation in advance...
jadilah suami yg soleh, bertanggungjawab, understanding...bla bla bla bla...kuang3x!!!

NONIE AZIZ said...

Selamat berbuskinglah...sementara boleh...layan jerrr...agak2 ayang jatuh cinta masa berbusking2 ni ye? ngehngehngeh...

Anonymous said...

AL
GT pernah nyanyi lagu 'sepohon kayu daunnya rimbun lebat buahnya serta bunganya' masa 'busking'. mesej tuju kat diri sendiri jugak!

Pak Lah
Timo kasih kerana menjenguk. yep.. lama tak jumpa mamat tu.

KS
Harinya dah hampir sangat. Kurang dari sebulan. Thanks for advise.

BP
Macam2 cara orang nak luah perasaan dan tekanan. Aku pilih 'busking'. Bukan dengan 'stone' atau 'suntik'

hitomi
GT rebut status suami mithali..

mamarisyia
lebih kurang camtu laa maks.. masa tu lagu hattan tu.. "entah berapa kali ku cuba membohong hati ku ini" cair wa cakap lu..

moon
'busking' bermaksud, mereka yang mempamerkan bakat seni dijalanan tidak kira sama ada pelukis, penyanyi, pemain silap mata dan sebagainya. Termasuk seorang bekas guru matematik yang jual buku formula matematik satu ketika dahulu di central market.

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. »

Anonymous said...

Best regards from NY! Room+air+purifiers common brand prescription drugs paxil Oldsmobile cutlass wiring diagram Dollywood dress Divorce parents roles fighting foes

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Dodge ram 34 ton http://www.bentleyarnagerpassengerairbag.info/auto-alarm-monta-katowice.html http://www.order-allegra-online.info/1-fioricet-online-order.html Graphic arts online schools Apex nutrition supplement vega supplements pamela anderson Monkey car seat cover acyclovir dream online order pharmaceutical