Ada beberapa perkara yang menyedarkan dan menginsafkan saya betapa berat dan pentingnya tugas yang sedang dipikul ini. Dalam tempoh dua minggu yang lepas, iaitu selepas cuti sekolah yang lalu, rutin kami berbeza amat sekali. Punca rutin ini berubah kerana setiap hari kami mendapat jadual ‘relief’ (ganti kelas) kerana beberapa sebab:
1. Ramainya guru yang keluar berkursus.
2. 2 orang guru yang bersalin
3. Hampir setiap hari pasti ada guru yang MC
4. Hampir setiap hari pasti ada guru yang mengambil cuti rehat.
5. Seorang guru agama yang sehingga hari ini belum diterima. (Khabarnya ustazah: kami gelar miss A kerana belum diketahui namanya)
Oleh kerana kekurangan guru, kami sudah tidak mempunyai banyak masa untuk meng'ular', baca:
1. menanda buku
2. menyediakan RPH
3. menyediakan ABM
4. Menyemak kertas peperiksaan
5. Mengisi markah peperiksaan di dalam kad ujian
4. menyediakan tempat tidur... (untuk murid sakitlah!)
Dalam satu sesi persekolahan, hanya ada lebih kurang sejam 30 minit (tidak termasuk waktu rehat murid) untuk menyiapkan banyak perkara:
1. Menyediakan kertas kerja (bagi program yang akan dilaksanakan)
2. Menyediakan kain rentang (jika ada program yang akan dijalankan)
3. Menyediakan dewan dan perhiasan (untuk program yang akan dibuat)
4. Mempromosikan produk baru jualan langsung. (ini:peribadi)
Khabarnya, semalam, guru-guru sesi pagi telah mengajar di dalam kelas sepanjang hari sesi persekolahan untuk mengajar semua matapelajaran di dalam jadual waktu kelas! Guru yang sama untuk mengajar:
1. Bahasa Melayu: Cikgu Zainal
2. Bahasa Inggeris: Cikgu Zainal
3. Matematik: Cikgu Zainal
4. Sains: Cikgu Zainal
5. Pendidikan Islam: Cikgu Zainal
6. Pendidikan Muzik: pun Cikgu Zainal
Tapi itu, hari semalam. Hari ini murid-murid lebih selamat barangkali kerana tidak menghadap wajah guru yang sama sepanjang hari! Walaupun begitu, sama juga keadaan di sesi petang, dalam satu sesi, sekurang-kurangnya ada tiga orang guru yang masuk ke kelas mereka. Jadi, tidaklah membosankan jika mendengar suara, bebelan, kaedah mengajar yang hentam keromo (maklumlah:bukan majornya) dari guru yang sama sepanjang waktu P&P.
Dan.. yang pastinya ada yang merungut, membebel, menyumpah seranah dan suara-suara sumbang menyanyikan lagu protes pada:
1. Guru-guru yang ramai keluar berkursus
2. Berkursus dan lama! (dekat tiga minggu sudah wei!)
3. (perlu marahkah? mereka-mereka yang cuti bersalin? tak patut-tak patut..)
4. Ponteng! Ambil MC pula (tak prihatin la korang ni, eh? dibuatnya betul2 sakit?)
5. Ambil cuti rehat (balas dendam ke? kau ni pun sama la!)
6. Miss A (invisible) yang entah bila nak sampai!
Namun, saya amatlah hormat (tabik) pada mereka yang sungguh mulia hatinya dengan sikapnya yang profesional. Tetap tekun memikul tanggungjawab dengan hati yang ikhlas, jujur dan murni itu. Tidak mengharap sebarang balasan dan sentiasa tersenyum tanpa tertekan kepada apa-apa. Mereka ini termasuklah yang:
1. walaupun sakit, (sikit-sikit) datang juga ke sekolah kerana kasihan.
2. sedang sarat, menunggu hari. (kasihan.. naik tangga turun tangga)
3. bini sarat, menunggu hari juga.(cuma tumpuan sedikit kuranglah, selalu SMS)
4. merelakan diri untuk memikul tugas-tugas diluar kemahiran mereka.
5. kereta rosak, sanggup berjalan kaki ke sekolah
6. dan yang menulis diblog! ha! ha! ha!
ps: Ini baru entry seorang guru barangkali. Sebelum-sebelum ini bukan.
40 comments:
saya dulu ye!
walauapapun aku tetap hormat dan ingat jasa2 cikgu2 semua.... kalau tak ada cikgu, aku pun tak boleh sampai ke tahap sekarang...
kepada semua cikgu2 di seluruh malaysia khasnya, SYABAS.......... tapi ini aku ditujukan CUMA kepada cikgu2 (termasuk cikgu2 di sekolah memandu...) yang betul2 menghayati kerjaya sebagai cikgu dengan sebenar2nya...........
itu juga rutin aku hari-harian wahai cikgu muzik. aku juga kena train budak setori teling.hehe.mencabar juga.
Lerrr....tempat dia pun dia nak no. 1 jugak...hehehhe
Guru sekarang tak sama dengan guru dulu-dulu...guru sekarang cuti pun kene berkursus...mcm dlm suratkhabar yang kita baca...guru jugalah tukang kebun...guru jugak lah tukang bersih kelas kalau banjir...guru jugaklah yang jadi tukang cat kelas kalau nak mencantikkan sekolah...guru jugak lah yang jadi tukang menyiapkan segala persiapan untuk hari2 sukan dan macam2 lagi...
Betul tak guru muzik??
cikgu, saya tabik para guru.
Oh! nampaknya kamu tidak sabar menunggu sang ustazah baru.
haha.memang berat tugas cikgu sekarang.
menjadi lecturer dikolej swasta tempat akak kerja pun lebih kurang macam ni la......kena ganti cikgu2 yg MC dan "on leave"...kadang2 kena ganti bila student final year buat presentation (viva)....tapi yg paling sakit bila kena ganti lecturer yg berhenti 24 jam dan kelas dia tak dihabiskan....jadi kena ganti satu semester terus....langsung tak masuk dlm budget....terus kerja lain ikut terbengkalai....gitu lah ek?
blackpurple
saya pun tabik cikgu saya dulu!
semut
nasib baik aku tak kena! tapi aku pernah tolong orang buat choral speaking. tapi kalah, belum cukup pengalaman barangkali.
KL
haha! tau takpe.. terima kasih atas keprihatinan anda.
abdullahjones
ini hal kelewatan dari JPN. tak tahu nak marah siapa. Harapan saya, ustazah yang datang itu bujang.
Bta
Itulah!. anda lebih maklum.. hehehe..
AL
sabar aje la kak AL. mungkin balasannya di akhirat kelak.
kau nak dua sarung keris kah?cikgu?
Dulu (form 4) aku 'agak' bermasalah..
seorang cikgu 'mendekati'ku, jadikan aku anak angkatnya, (walaupun dia bujang), merokomenkan aku menjadi pengawas perpustakaan, mengambil berat dgn siapa aku berkawan...form 5 aku dipindahkan dari kelas E ke kelas A..aku pun berubah (menjelma..semula)
terima kasih cikgu wanita yg bujang itu..
sudah berkahwinkah sekarang?
dah kot..11 tahun yg dulu punya cerita he he he...
Jadi guru ganti ni mmg makanan wajib kita. Merungut, membebel, menyumpah seranah dan suara-suara sumbang akan tetap ada dimana-mana. Dulu pernah Dato Hishamuddin keluarkan kenyataan tidak mahu guru-guru melakukan kerja bukan dalam bidang tanggungjawab mengajar seperti mengutip derma, kempen nyamuk aedes, menyelesaikan masalah longkang tersumbat dan sebagainya.Pi mai pi mai tang tu jugak.
ya.ya. aku juga pernah dengar kenyataan tersebut encik saudagar.In the end cikgu juga lah yang menjadi mangsa segala program yang kerajaan cadangkan.
*kempen budi bahasa(sedang berlansung)
*bulan bahasa(sedang berlansung)
*NILAM
*bulan kemerdekaan
*macam-macam lagi program yang aku rasa bebanan kerja semua diletakkan di atas batu gemala cikgu-cikgi
saya penah jadi guru sambilan (ganti guru bersalin), so taulah penat lelah jadi cikgu utk 3 bln tu..
yg syahdu tu, bila hari hari2 terakhir mengajor, anak2 murid ada yg dtg jumpa minta saya ngajor hingga akhir tahun, ada yg siap menangis lagi suruh teruskan ngajor, ada yg nak amik pmr tu siap janji nak dpt A lagi kalau saya ajor sampai abih..dan sbnrnya masa tu juga pintu hati saya dah terbuka utk menjadi guru.
hehe..bab jualan langsung kat sekolah ni mmglah, ada jer hari2 guru yg bawak masuk katalog product siap ngan barang2 contoh sekali...siap ngan bayaran installment.
oh ya, lupa lak..paling teruk tu kalau sekolah masuk pertandingan sekolah tercantik..mak datuk, tak pasal2 kena lelama kat skolah wat keje2 nak cantikkan sekolah, kena monitor itu ini supaya sekolah dpt menang.
semut
cet! ko ni.. aku sembur racun perosak kang! Psssttt..
hamka
kalau belum? anda dah pasang niatkah?
saudagar mimpi
thanks for coming. kalau bukan guru yang buat kerja2 sampingan tu, siapa lagi yang nak buat?
semut
lagi? Psssttt.. ha ha ha! jangan marah wei!
syikin
penat.. penat..
ps: ada remiser insuran datang sekolah semalam. rasa macam tertarik, tapi tengah dalam pertimbangan. monthly bayar RM78.20. setiap tiga tahun dapat imbuhan RM1250. selepas 24 tahun, tamat kontrak, dapat RM17000(lebih kurang) nak beli ke haa??
psss...jangan bagutahu org he he he
cikgu gitar:
ye ke? bagi aku yg rapat ngn cikgu ni. setiap kali aku dtg skolah je. ade je time utk diorang borak ngn aku. makan2. minum2. hurm. katalog tak yah cerita la mmg bnyk. sounds negative is it? tp itu maknenye takde cikgu aku yg mc tanpa usul periksa! tiada yang invisible! semuanya menyayangi satu sama lain! aha! :P
memang mencabar tugas guru. tabik!
kedua mertua saya guru besar. maka, untuk mengambil hati mereka, saya cakap, "kalau tak dapat jadi engineer, saya nak jadi cikgu..."
last2 jadi orang HR.
itulah rezeki masing2.
slamat menempuh hari bersejarah.
ko marah2 ni cuti ko tak lulus ke?
cikgu,
argh..kena sembut ngan bygon ke?kalo ridsect tak jalan tau..haha.
syikin,
bebudak memang camtuh, bila kita nak pindah time tuh la merepek yang bukan-bukan. bila kita ada lama kat sekolah tu, bosan pulak dia.haha
sayuti,
kau.hr?kebiasaannya hr nih untuk kaum yang bermata sepet jer.kau mata sepet juga?
toshiba,
dia bagitau aku kalo senang nak dapat mc, selalu sakit-sakit macam dia.memang tiap-tiap minggu leh dapat mc.
terima kasih semut kerana menjawab bagi pihak saya. hahaha!
hmm..kalu gitu, cikgu2 pun kena pakai minyak senyoyong la supaya murid2 tak boring
cikgu gitar,
terima kasih jengok blog saya.
mmg saya kagum dengan cikgu cikgi ni. tugas sungguh mencabar. tambah lagi dengan kerenah 'generasi handphones' skarang ni.
mak saya cikgu, pak mertua cikgu, adik ipar cikgu, biras cikgu.so pendek kata memang ada gene cikgu cikgi la anak2 saya :)
ayah dorang dulu berangan nak kawin dengan cikgu, tapi dapat MIL cikgu, nasib baik dia sukAAAAA.
Teruskan usaha murni mu.....
saya suka pembuka cerita di atas sana - di bawah GITAR TONG itu
argh..akubukan jawab bagi pihak kau laa cikgu. aku menjawab bagi pihak aku sendiri.wakaka.
kv dulu pun sealu berangan nak jadi cikgi. Kalau cikgu tanya cita2, sure jawab nak jd cikgi. Nampak gaya nya cita2 tinggal cita2 lah. Tp kerjaya kv pun beri manafaat kpd masyarakat jugak.
P/s: nasib baik tak jadi cikgi, kalau tak mesti sebok cam en gitar pulak. Hiksss
aku tabik dgn cikgu yg betul2 ikhlas mendidik anak bangsa, bayangkan lah pahalanya tu....tak ramai mcm tu kan...?
regards,
ya.ya.betul tuh kengkawan.
syikin
GT pakai minyak angin
faezhussain
takde dalam kerabat saya pun yang jadi cikgu. saya pecah tradisi
tuan tanah
saya pun suka. anda berniat menjajah tanah saya pula?
semut
Ppssstttt!
KV
saya jenis manusia yang suka menyebuk!
ontahsapo
ada juga yang berdedikasi
Bta
ya.ya.betul tuh kengkawan. (ulang suara)
Menjadi guru yg berdedikasi bukan mudah, terutama kalau guru tu boleh diharap maka sentiasalah dia "SEORANG" akan diharapkan. Kakak saya seorang guru.. kawan sekuliah saya hampir 10 orang menjadi guru. Malah pernah meneman seorang kawan mencari cenderamata utk kelab yg dijaga hingga jam 9 malam. Kesian dia..
barangkali Miss A sesat? hehehe
Luahan hati seorang CIKGU!!! atau pun ko ni gelisah pasal ko tak sabo2 kedatangan MIss A tu khabarnya orang nya lawa...tak gitu cikgu segala gitar?
wah..luahan yg sama seperti hubby ku
katanya..kenapa la org semua keja cikgu yg kena buat
kalo ustz tuh cun fuh!den tak tau nak kata apa
Gitar,
Keja mau ikhlas. Nanti ada balasannya, tak di sini, di sana.
Mana nak tau, dapat ustazah cun ke... (yang dara atau janda la)
Hang dok merungut tu dah nak menjurus ke arah tidak ikhlas tau!
sya
terima kasih atas simpati. ha ha!
kadok
agaknyalah!
MR
kalau dia datang pun, dah tak boleh 'adjust'!
IV
kasihan cikgu. IV kena jadilah pendengar yang setia
petiais
kalau cun saya 'adjust' untuk anda.
Pegawai Khalwat
saya kasihan pada yang merungut itu. suara mereka diwakilkan di sini. saya tergolong dalam cikgu yang dalam perenggan terakhir. baca entry sekali lagi. harap maklum. ha ha ha!
hmmm...merajuk laa.lala.dah bekali-kali aku kena sembur ngan ridsect.aku dah kata.tak jalan punya..haha.
semut, saya bukan sahaja sepet, malah rabun! haha
Very cool design! Useful information. Go on!
Auto accident repair how to enable login into your web server http://www.order-imitrex-oral-online-dream-pharmaceutical.info/Slim_cd_player_w_headphone_car_adapter.html Erectile dysfunction albuquerque Hd457 stereo headphones Toy rifle and bayonet surveillance cameras quit smoking aids Clothes design maternity my own Aqua swimwear Oem accessory used mercedes benz parts mercedez benz junk yard for used cd changers Porsche 914 part majestic car audio players lodge area rugs
Where did you find it? Interesting read samisen+auto+alarm Enforcer automotive alarm and remote control Model lookup mitsubishi tv repair Buying acyclovir car alarm keeps clicking monta auto alarm Wellbutrin payment with paypal free knitting patterns for plus size womens sweaters Horse hair mattresses Card four keno odds video Oxycontin chat Oxycontin come http://www.neurontin-5.info/free-card-game-to-play-online.html Boating accident lawyers sarasota programable talking car alarm http://www.projector-calleva.info
Post a Comment