Monday, April 03, 2006

Komunikasi Tiga Hala

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang baik mempunyai komunikasi tiga hala antara murid dan guru, guru dan murid, murid dan murid. Komunikasi yang berkesan, mengubah persepsi atau pandangan yang selama ini memesongkan. Dengan harapan, komunikasi yang berlaku dapat meningkatkan keyakinan diri murid.

Saya berkesempatan berkomunikasi dengan murid tahun tiga di dalam sebuah perpustakaan sekolah.



Alia: Bapa saya cikgu agama di sebuah sekolah agama.

GT: Errmm.. Mak?

Alia: Mak pun dulu cikgu. Tapi sekarang dah meniaga.

GT: Meniaga apa?

Alia: Meniaga minyak. Stesen minyak Mo**l depan tu! Alaa.. Mo**l Taman Sri Pulai ni, mak sayalah yang punya! (riak 1)

GT: Ooo.. Jadi, bapa awaklah yang pakai motor besar tu! (kagum)

Alia: Ya. Sekarang dia pakai motor besar 1300 cc. Bapa saya nak tukar motor lain pula lepas ni, 1800 cc. (riak 2)

GT: Wah! Kalau macam tu, suruh bapa awak jual yang 1300 cc tu dengan cikgu sajalah! (riak 1)

Alia: Cikgu mampu ke.. harga dia RM78000! (riak 3)

GT: Wow! Murahnya! Bolehlah ambil! (nak riak juga!)



Hari ini saya malang apabila memilih Alia sebagai teman komunikasi saya. Cet! Budak ini!

ps: kad kahwin

40 comments:

kunci hilang said...

Bapak Alia pakai motor besar sebab
Mobil Tmn Sri Pulai itu selalu dikunjungi para pelajar utm yg bermotosikal. Walaupun harga petrol naik, petrol tetap diperlukan.

Adakah Alia menjadi riak kerana harga petrol?

kunci hilang said...

eh,

maksud saya, Mo**l

gitartong said...

kunci hilang
anda macam faham benar dengan tempat saya ni. ya, saya rasa alia turut riak atas kenaikan harga minyak.

Kak Lady said...

hehehe...tersilap pilih pulak ye...pandai sungguh budak tu berkata-kata...saper agaknya guru dia ye...

semut said...

takpe-takper,
nanti ko tanya daniel pula.
ala yang bapak dia ada syarikat balak tuh.ala.daniel yang hari-hari belanja satu kelas dia makan pizza dan hanya perlu di call 30 minit sebelum waktu rehat.hari-hari tuh

PB said...

Berani betul budak budak sekarang berkomunikasi sedemikian rupanya.
Kalau dulu, nak cakap lebih lebih dgn cikgu, sorry lerrr..
Satu ditanya, satu dijawab.

Dulu dan sekarang, amat berbeza.

atok said...

oh mo**l taman sri pulai. mmg agaknya riaknya itu ada kaitan dgn faktor 30sen? mungkin

Pegawai Khalwat said...

Anak orang kaya ni. Hang kawin la dengan dia Gitar, hang boleh mewarisi stesen minyak tu.

Dia pun boleh dapat A selalu, jadi macam Amalina.

Maklumlah, ada guru mengajar serba serbi; dari luar sampai ke dalam.

Princess M said...

kekadang kita nampak cara budak budak ni cakap macam riak.. tapi aku percaya mungkin dia cakap jujur.. fikiran orang dewasa & kanak kanak kan lain... wallahualam

gitarkaran said...

KL
budak alia memang cerdik. saya suka bila dia kata "eh! cikgu hensemnya hari ini1"

semut
ok. aku nak daniel belanja pizza pada cikgu dia pula..

PB
berani dan cerdik sangat-sangat!

atok
mungkin 30 sen, mungkin RMK9, mungkin harga proton turun tapi interest naik, mungkin 4.4 billion mungkin faktor persekitaran.. banyak faktor tok.. mungkin..

Pegawai khalwat
Nak tunggu dia membesar, agaknya saya dah 'layu'. saya nak motor bapak dia!!!

Princess M
setuju! memang apa yang dia cakap tu jujur dan ikhlas. apa yang terlintas di dalam otak mereka, di lafazkan sahaja. saya kembang hidung bila mereka memuji.

gitarkaran said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sya said...

itu baru riak tahap motor tu.. belum lagi riak tahap kereta.

hish.. cikgu pun sama "melayan" riak budak kecik. Riak 1 dan 2 tu nampak jujur masuk yg ke 3 yg tak leh tahan tuh

petiais said...

tanpa teragak2 dia mencbr kemampuan cikgu nye ..haha

Moon® said...

GT, Alia tu cuma bercakap jujur & adalah jugak eksyen dia tu pasal orang kayo.. kalau cakap dgn org besar dia cover2 sikit tapi cakap dengan budak2 direct aje dia punya respond. Sabar ajelah..

MAMARISYIA said...

muahahahahha...motor jenis apa yang bapa budak ni pakai? memang murah pun GT...1300cc RM 7800 ko riki lagi sekali...

Alex Lacey said...

naluri manusia...mahu sentiasa dipandang lebih...lebih2 lagi budak2 umur cam Alia ni..kalau dengar dorang sama dorang bercakap, lebih kurang macam ni la jugak...memasing nak tunjuk bapak dia lagi terer, atok dia lagi terer dan sebagainya hehehehehehe....sib baik tak cakap bapak dia tu Superman....

Ayu said...

adehhhh paling tak tahan *cikgu mampu ker?
adehhhhhhhh hehehe...

blackpurple said...

alia: ada materialistik sikit. hehehe

blackpurple said...

alia: ada materialistik sikit. hehehe

Kopi Suam said...

uissshhh kaya giller keluarga si alia ni...hmmm...boleh booking awal2 ni cikgu...bukan untuk cikgu untuk anak2 sedara le...

cikgu mampu...mampu lah setakat moto kapcai...jangan marah :)

kadok said...

wahhh...kecil2 sudah begitu kah? bahay tu...:)

Mama Rock said...

tak pe lah, ada hari2nya orang nak berlagak sikit just to feel good about themselves - isnt that human nature?

Sayuti said...

ini latihan awal untuk cikgu nizam yang bakal bergelar bapa tahun depan. (insyaAllah...)

gitarkapok said...

sya
saya pun terkedu, bila alia kata "cikgu mampu ke.."

petiais
tunggulah nanti! cikgu dia buka stesen minyak pulak. minyak angin.

moon
nasib baik saya tak kaya. kalau kaya, agaknya saya pun 'eksyen'

MR
Yamaha rasanya. selalu nampak datang anaknya ke sekolah. tapi tak perasan anaknya siapa. tapi bunyinya meletup-letup! saya tengok pun geram!

alex lacey
saya akan cakap bapa saya spiderman (nak riak juga!)

ayu
tunggulah! saya pakai motor besar nanti! ha ha ha!

blackpurple
kalau budak tu tak menghargai kesenangan yang dimiliki, tak tahulah nak kata apa..

kopi suam
kalau KS ada anak bujang, boleh di'rekemen'kan! kasihan.. saya tiada motor kapcai sekalipun. betul! tiada!

kadok
ya! kelak nanti tidak bersyukur!

mama rock
kalau berlagak dengan benda yang betul dan pasti ada, tidak mengapa..

sayuti
insyaallah.. tuhan murahkan rezeki kita (saya dan anda semua)

semut said...

aku naik honda c70 ke sekolah dan diketawakan oleh murid-murid.haha.aku ketawa balik.
aku kata."saya naik moto buruk tapi pakaian branded.sambil tunjuk kasut adidas berharga rm500, baju adidas berharga rm90, seluar adidas yang berharga rm130, jam adidas berharga rm15.haha.korang apa ada?kasut bata berharga rm29.90 bersamaan dengan baju dan seluar canggih tajaan kerajaan negeri". diorang senyap dan berlalu pergi.haha. aku puas.

gitartong said...

cet! dengan anak murid pun nak bergaduh ke?

zino said...

dia hanya bercerita kisah benar je kot.. tak ada niat nak riak.. yg mendengar je terasa riak pasal terasa macam cemburu ke atau rendah diri..atau irihati..atau...

semut said...

haha.bebudak memang suka bergaduh ngan aku cikgu.pasal muka aku ada mirip-mirp dengan cikgu onizuka tuh..haha

Nadia said...

..singgah sini dari blog kak sya...
hmm..camtu le bebudak zaman skang. semput napeh bile memikiokan! uhuk..uhuk..

Pegawai Khalwat said...

Semut,
jam Adidas RM 15?

Hummm......

hitomi said...

em, budak2 sekarang mmg mcm tu...di limpahi dengan wang ringgit...so, kalo anak yg eksen, salah siapa ah??
budak tu dapat tunjuk eksen depan cikgu dia jak tu...kalo depan kawan2 dia mesti dia kena boikot sdh tu...hehehehe...so, bagi chance jak la cikgu :D

Bukunota said...

budak sekarang mcm tu.

ayat ni selalu keluar dari "budak" tua mcm kita, kan.

agaknya begitulah yg "budak" lebih tua dari kita kata masa kita yang "budak" tua ni jadi budak.

Hamka said...

SETIAP CIKGU ADA 'RIBUAN' MURID...
TAPI ADA MURID YG HANYA ADA 'SEORANG' CIKGU...

ps: masih mencari cikgu yg 'merubah' hidupku..sudah kahwin kah dia..?

Bta said...

haha.bebudak sekolah.zaman sekarang.kalau zaman dulu pun dorang cakap macam tuh jugak kat budak zaman-zaman dulu-dulu..

alif tendang wau..sarkas???

semut said...

PK,
jam tak perlu mahal-mahal.sebab jam yang murah pun cantik lebih kurang.haha

bukunota,bta,
betui tuh.zaman akan datang pun dorang akan kata aku dulu-dulu pun tak macam nih.sebab?dunia kita sentiasa bergerak ke hadapan.

hitomi,
kalau dengan cikgu jer takper.tapi kalau dengan orang lain pon eksen jugak?jugak?jugak?haha.

ontahsapo said...

"Alia: Cikgu mampu ke.. harga dia RM78000! (riak 3)"

ni jer dah nampak betapa murid tak hormat guru sekarang, bagi dia guru ni cekai habis. So cemana dia nak dgr cakap cikgu....

regards,

abdullahjones said...

selamat pengantin cikgu. semoga kekal.

http://gitartong.blogspot.com said...

zino
saya mengaku saya perasan. ha ha ha!

semut
PPsssttt!!!

Nadia
terima kasih! anda pun rock juga eh!

Pegawai khalwat
no komen

hitomi
ada anak? jangan manja sangat dengan duit.. nanti tak belajar bersyukur

bukunota
saya orang miskin, jadi tak sempat nak 'eksyen'

hamka
masih menanti

bta
hey! apa daaa sarkes!

semut
Ppsssttt...

ontahsapo
iyo! kito kono jago anak kito!

abdullah jones
komen tak sesuai dengan entry. hahaha!

Anonymous said...

Best regards from NY!
» » »

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » » »