Wednesday, April 19, 2006

Sejarah

Setiap manusia yang lahir ke dunia ini mempunyai sejarahnya sendiri. Telah siap sedia tertulis oleh Penciptanya. Sebagaimana orang lain, saya turut mempunyai sejarah hidup yang merah, kuning, hijau, hitam, putih dan pelbagai warna lagi. Setiap dari kita juga pastinya mengharapkan perkara yang baik dan yang menggembirakan sahaja yang akan berlaku dalam hidup kita.

Sebaik-baiknya, perkara-perkara yang buruk, hitam wajar sahaja dibuang, dilontar jauh dari kotak hitam fikiran kita. Jadikanlah sahaja pengalaman yang tidak baik itu satu pengajaran dan sedaya upaya jangan berulang lagi dalam hidup kita.

Sementelahan majlis bertandang di Kuala Lumpur, sesudah sebumbung, serumah, sebilik, sekatil dengan isteri, maka terbukalah segala pekung di dada. Tidak perlulah dinyatakan di sini, apakah keaiban itu. Setiap tulisan itu pastinya akan mengguris perasaan. Boleh juga mengundang petaka!

Mujur juga, cerita-cerita itu pernah juga saya sendiri yang menyampaikannya. Tidaklah terlalu mengejutkan. Dan yang baiknya, kami dapat mengatasinya dengan keadaan yang baik dan rasional. Mujur. Tiada yang menggunakan airmata sebagai senjata, menggunakan emosi sebagai ketetapan hati dan mengikut perasaan untuk satu-satu keputusan.

Seperkara yang ingin saya tegaskan di sini, sensitiviti bukan hanya milik wanita. Orang lelaki yang tidak sensitif itu adalah haiwan barangkali. Tetapi haiwan pun faham tentang kasih sayang dan mengawan. Maklumlah, saya pun orang seni juga. Walaupun hakikatnya badan saya tak se’seni’ mana. Cuma saya mudah untuk melupakan perkara yang berlaku dan mudah untuk memaafkan dan memohon kemaafan. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Sepanjang tempoh bertandang itu, ada banyak sejarah yang terakam. Linggopoh ditimpa kemalangan (kecil atau besar?), hinggakan kakinya bersimen kerana retak. Pertama kali, keluarga baru saya menjejak kaki ke rumah saya. Saya gembira kerana bertemu Ayu, Kopi Suam, Dina, Mamarisyia, Zino, komposer A.Ali(bersama anak-anak) dan SISO(kopratasa) turut hadir ke majlis saya.

Dan yang paling membuka pekung ialah, rupa-rupanya isteri saya pernah makan di gerai makan DBKL bersebelahan stesen minyak BP di Bandar Tun Razak ini dan pernah berulang kali ke CM (tempat main saya satu ketika dahulu) untuk mencari bahan untuk tugasan.



Saya tanya, “kenapa dari dulu ayang tak mengurat abang ye?”




ps: hampir bersawang blog saya. untuk review majlis kahwin dan gambar klik untuk masuk blog Kopi Suam. Saya tiada kamera dan gambar belum siap di proses.

26 comments:

Alex Lacey said...

huyoooo...first to comment kat blog pengantin baru...

apa2 hal pun GT, selamat pengantin baru dan semoga bahagia sentiasa...

Syikin said...

Hehehe Gt...dah bermulalah kerenah asam garam rumahtangga. baguslah gunakan kematangan dan bkn kebudak budakan.

Kopi Suam said...

bila pengantin mula berbicara...cehh nampak lebih matang le dari dulu2. maklumlah tanggungjawab pun dah besar kan...

good luck and all the best

Hamka said...

Soalan yg paling kerap di ajukan bila dah melangkah ke alam perkahwinan...

"dah 'ada' ke belum?"

selamat menjawab...
bukan sekarang, sebulan dua nanti..insyaAllah...

Ic3dLatt3 said...

all the best in ur future endeavour!

atok said...

akhirnya pengantin baru bersuara. hehe... selamat kawin cikgu. maaf tdk dpt hadir. :)

biasalah tu asam garam rumahtangga. kalau dah jodoh... tak kemana org kata..

Ayu said...

GT,
nanti kene bwk org rumah gi umah sedara mara plak hehehe.. :)
pertanyaan dah ade isi ke blom tuh hehehe sampai sekang sy kene jawab hehehehe

cuaca said...

bedebar plak rasa nk melangkah ke alam itu soon, rasa2 nya 2 minggu lagi........cuaca akan pastikan soalan itu terjawab kelak....rasa2 nyer teruja tak bial di ajukan soklan mcm tuh?

Mamamanja said...

salam... blog hop dr blog saper ntah. x perasan sebab byk sgt bukak blog org. memula sekali.. selamat pengantin baru dan selamat menempuh kehidupan baru.

errr... soklan “kenapa dari dulu ayang tak mengurat abang ye?” >>> naper nak tunggu isteri yg ngorat? naper sendiri yg x ngorat dulu? ermm.... hubby suka kata MM yg ngurat dia dulu. sabo jerk ler..

MAMARISYIA said...

muahahahah....gaya seorang pengantin baru menulis...

Pegawai Khalwat said...

Itu baru mukadimah bang.....

Sabarlah menanti dugaan yang mendatang....

Kalau tak tahan, jangan guna kuasa 3 kali yang ada itu.

Waras beb, mau waras.....

ontahsapo said...

alhamdulillah semua dah selesai, sori tak dapek turun bersama meraikan, best jer dgr ramai bloggers yg turun, so selamat berkongsi semua....

zino said...

dunia lakonan dah habis.. (masa bercinta dua2 pun berlakon hehe)

sekarang baru memijak di alam nyata.. bila dah kawen baru kita kenal sebenarnya siapa pasangan kita bagitu juga dia..

kelebihan dan kekurangan yg ada itulah yg terbaik utk pasangan tersebut.. sama sama lah adjust diri masing masing supaya perkahwinan itu ters releven sehingga ke akhir hayat

semuga bahagia selalu..

Aku Bukan Bidadari said...

Selamat Hidup berkongsi..jangan lupa upload gambar yer..

eee..bestnyaaaa

gitarkapok said...

AL
tahniah kerana first. sori tiada hadiah. terima kasih banyak2

Syikin
saya sedang menuntut lagi ni. tunjuk ajar diperlukan

KS
terima kasih pn. zira.. kerana datang bawa deena.. comel sungguh budak itu! nasib baik saya belum ada anak bujang. hahaha!

Bro Hamka
ha! saya rasa, hendak menjawabnya itu tidaklah terlalu sukar. sama ada sudah atau belum. yang sukar ialah untuk mendengar berapa kali kekerapan soalan itu dikemukakan. pedih!

Ic3dLatt3
sukar sungguh menaip nama anda! terima kasih. all the best untuk anda juga!

atok
kahwin. happy ending. kawan2 semaktab yang mengikuti perkembangan kami, gembira tersangat kerana kisah kami berakhir dengan kahwin.

Ayu
belum ada lagi kelapangan melawat saudara mara. cuti sekolah barangkali.

cuaca
di jb cuacanya sering hujan. bagus untuk pengantin baru. hahaha! anda pun sudah sampai seru kah?

mamamanja
salam. sebenarnya soalan tu untuk lelaki. saja untuk perkenakan isteri. kononnya macho lah! hahahaha!

MR
dengan machonya!

En. Pegawai Khalwat
Betul lah. tapi saya melupakan kuasa itu bagi tidak disalahgunakan kelak. bahaya beb.. gua mau waras..

ontahsapo
eden tunggu ekau tak sampai2 pun! apo la. ramai warih kito datang! apak uteh, apak itam, ucu, nenek acek, semuo eh ado!

zino
terima kasih pada en zino kerana hadir dan nasihat itu. dalam kekalutan hari itu, saya tidak berkesempatan bertemu dengan 'your baby'. lupa pula. tidak apa, saya balik BTR nanti kita jumpa lagi. bukan jauh sangat pun.

ABB
eee..bestnyaaaa (apa yang best?) hahahaha! insyaallah. saya akan mengupload kelak. tapi saya pemalu lah!

kunci hilang said...

ohoo.. dude!
selamat pengantin baru.
Maaf lambat wish. ;)

Moon® said...

GT, Ambooii pengantin makin berseri yee :)

Sejarah lama lupakan, kita pandang ke depan.

cuaca said...

cuaca
di jb cuacanya sering hujan. bagus untuk pengantin baru. hahaha! anda pun sudah sampai seru kah?

well mengejar 27 darjat kebesaran NYA....

blackpurple said...

Selamat Pengantin Baru... selamat beranak pinak...

Nak hantar hadiah kawin boleh lagi ke? tanya ajer...hehehe

semut said...

hahahahahahahahahahahahahahahaahahahaha.
psst..aku dah tak mahu disembur.

FaEzHussain said...

GT....

itu la, bila bahasa BM dirojakkan dengan BI jadiklah ia 'se-mug'.

Yup, sememangnya bila dah sebumbung dengan spouse (see campur lagi BM BI rojak sungguh) barulah kenal hati body masing-masing. Tapi sabarlah menghadapi segalanya. Terimalah dia seadanya, dan sama-samalah memperbaiki diri.

Takperlu laju2 nak ada orang ke3, kurang2 tunggu la setengah tahun ke. sebab bila dah ade org ke3, akan ada org ke4 ke 5 dan seterusnya, takmungkin akan berdua dah...kan?

selamat berhoRNymoon...

bahasa rojak, mintak maaf cikgu. BM dah bermasalah, BI tak terrer pun

:D

zino said...

tak jadi hal.. boleh pekena teh tarik kat mana mana.. hehe

Kak Lady said...

SELAMAT PENGANTIN BARU...Semua orang ade sejarah lama....jgn pandang ke belakang pandanglah kehadapan dan sama-samalah beganding tangan mencari bahagia bersama.....

Moga kekal hingga ke anak cucu...

Penat dah mengibas sawang sebelum terbukanya blog ni tadi....isykkk....

NBB said...

masalahnya benda benda yang hitam tu la yang susah nak dilupa. macam mana ye?

gitarkaran said...

kunci hilang
terima kasih. pengantinnya masih segar lagi. tak apa.

moon
kenangan manis kau dan aku... takkan terhapusss... lalala!

cuaca
aaa?

blackpurple
hadiah? dialu2kan..hahahaha!

semut
gelak juga.. hihihihihihihi! (tutup mulut)

faezhussain
hahaha! saya pun masih kaki bangku dalam bahasa inggeris.

zino
nanti laa.. satu hari nanti..

KL
patutlah blog saya dah bersih!

NBB
rasanya tak boleh lupa..

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP film editing classes