Saturday, April 22, 2006

Kedai Makan Che Nab

Ramai juga orang sedang menjamu selera pada tengahari ini. semenjak dua menjak ini, kedai Che Nab menjadi tumpuan pelajar-pelajar UTM. Sedap barangkali masakannya. Saya hanya berniat untuk membungkus air sahaja kerana belum waktu saya untuk makan. Turun dari motorsikal dan melangkah ke dalam kedai. tiba-tiba..

"Cikgu! Cikgu! Cikgu Nizam!" suara kanak-kanak kecil yang kuat dan lantang.

Saya tensentak! mencari2 suara itu. Rupanya dari sebuah kenari merah. Dia sedang melambai-lambai. Lantas tersenyum setelah bersua mata.

Banyak mata pelanggan yang sedang makan, memandang saya. Saya senyum juga. Kulit muka saya mengeras.

Saya melihat semula, apa pakaian yang sedang saya pakai.

Dalam hati, "errmm.. ok lah!"



gathering

26 comments:

gitartong said...

hari ini saya 'hensem' teramat. hahahaha!

Syikin said...

opps..sendiri bagi komen dulu ?;)

baru nak tanya cikgu pakai apa..

semut said...

haha.
kenapa bila murid tuh tegur dan bila orang sekeliling kau memandang kau dan kau melihat pakaian kau?
kenapa guru sentiasa risau dengan apa yang mereka pakai?
guru kan orang biasa juga..hiks..

#aku ke pasar, memakai seluar pendek dengan baju fit menampkan susuk tubuhku yang sedikit gempal.aku nak tgk apa org cakap.sekolah lama aku dulu panggil aku cikgu rock sebab aku pakai stail bebudak underground scene.

Hamka said...

itu baru cerita seorang guru..
belum seorang 'ustaz'..

"assalamualaikum 'ustaz', buat apa kat sini?"

oh...

zino said...

apa yg di pakai atau bagaimana di pakai hehe.. cerita tu bersambung ke? hehe

kasutVINCCI said...

encik gitar? Tak nak sambung ke cerita ni? Kedai makcik Nab? Bebudak UTM? Entah lah..dok cuba ingat tapi tak ingat. Hik hik hik sbb kv dok utm tu 7 tahun yg lalu. Keda baru kut.;)

Sayuti said...

bes jadi cikgu ni. glemer.

Op said...

cikgu ajar subjek apa dulu?

Princess M said...

apa sebenar nya cerita ni?...

Kak Lady said...

Kulit muka mengeras??....mcm orang pakai botox je...hehehe...


Pengantin baru tentulah berseri-seri....

gitartong said...

syikin
biasa aje. yang penting sopan.

hamka
betul tu. itu sebabnya saya belum boleh melayakkan diri dipanggil ustaz kerana saya belum berhenti daripada berada ditempat dimana seorang ustaz tidak patut berada.

zino
cerita itu berakhir dengan saya berjaya membungkus nescafe ais.. hahaha!

KV
saya pun tak pasti kedai Che Nab sudah ada atau tidak 7 tahun lalu.. hari ini (isnin) saya hendak mencuba masakannya pula.

sayuti
hahahaha! glemer apanya! cerita ini mengajar saya supaya lebih berhati2. dibuatnya terserempak dengan anak murid ketika tengah berdating kaa!

Op
dulu? dulu bila? dulu belum mengajar. dulu saya belajar cara mengajar

Princess M
cerita ini tiada membawa sebarang maksud yang terlindung. terang-terangan. buka dan tutup explorer blog ini sebanyak 50 kali untuk faham..

Kak Lady
orang pakai botox, kulit jadi keras eh? baru saya tahu. dalam kes diatas, kulit mengeras bukan sebab botox tetapi kerana terangsang!

gitartong said...

semut
saya tertinggal me'reply' komen anda! sebenarnya ianya berlaku secara spontan (melihat semula pakaian) padahal takkan kita tidak tahu apa yang kita pakai. hang dulu underground gak no (ke sekarang pun?).. aku pun sama, ada gambaq aku tengah main api.. hang nak nengok!

cuaca said...

dulu cita2 nk jadik cikgu tapi tak kesampaian

blackpurple said...

ooo... ingatkan zip seluar tak tutup...
hehehe

Pnut said...

Cikgu..maaf tak dapat hadir ke majlis kat bdr tun razak, Insya-Allah lain kali kita bertemu...kirim salam roommate ye...

Tok Rimau said...

Muka keras dipanggil cikgu?

Kopi Suam said...

heehh cikgu memang glamer...
thanks sebab linkkan gathering kat blog hang

ontahsapo said...

aper citer pasal anak murid ni, citer pasal org baru dirumah anda tu...(sambil tersenyum sindir...)

gitarkapok said...

cuaca
kenapa? nak glemer juga? hahaha!

blackpurple
ye lah! kut tersalah membutang baju ke..

pnut
maaflah pn pnut tidak ada kenduri kahwin yang kedua. barangkali anak-anak saya kelak!

tok rimau
bukan mengeras kerana dipanggil cikgu! tetapi kerana diperhatikan. macam tok rimau yang melepaskan komen ke dalam blog saya. saya jadi malu dan mengeras.. hahaha!

KS
moga2 ter'realisasi'!

gitarkaran said...

ontahsapo
asyik cerito oghang umah jo. topik lain la pulak!

Ayu said...

Cikgu!!! oooh Cikgu... Cikgu Nizam!!!

Cikgu pakai baju apa eks? :P

FaEzHussain said...

kalau cikgu, memang gi mana2 pun insyaAllah anak murid akan kenal.
mak saya, FIL saya, gi mana2 pun orang tak ingat nama dorang, tapi ingat akan panggilan cikgu.

macam ayah saya, nak beli baju kat sales pun kena kekadang terbantut, sebab ditegur oleh students...'eh prof...pun ade kat sini'

saya nanti camner yer? adakah akan kena 'doc doc' (kes nama pjg sgt, org pun tak ingat) atau pun 'doG doG buat apa kat sini?'

muka pengantin baru memang sentiasa hensem dan lawa....tapi pengantin lama LAGI lah berseri2 nya :D

Alex Lacey said...

terpakai kain batik ke? kakakkakakak....

Mamamanja said...

ermm... citer nih kesudahan dia apa? cam tergantung jerk!

Pegawai Khalwat said...

Hang ada hati kat anak murid hang tu ka? Siap check baju lagi?

gitarkapok said...

ayu
baju biasa2 je. tapi sopan.

doc
kurang ajor namanya kalau panggil dog dog!

AL
mungkin juga. nak cepat sangat ke kedai, maka sarong saja kain pelikat. kan dah memalukan cikgu. tapi hari tu saya hensem. hahahaha!

Mamamanja
kesudahannya 'happy ending' dimana saya berjaya menghadapi situasi itu dengan tenang.

Pegawai Khalwat
cet hang! takdak kena mengena langsung. tapi aku tengok kakak dia yang baru form 5 tu cun gak. hang nak isik borang ka??