Wednesday, April 12, 2006

Ha! Ha! Ha! Haaadiah!

Selaku AJK Biro Keraian dan Sambutan dalam Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) sesi 2006, saya bertanggungjawab untuk meraikan dan membantu guru-guru yang:

1. Menerima kelahiran anak sulung
2. Kematian keluarga terhampir (derma)
3. Menyambut hari lahir
4. Berkahwin

Dengan menyediakan:

1. Kad-kad ucapan
2. Hadiah-hadiah yang bersesuaian
3. Mengutip derma ikhlas daripada guru-guru

Guru dan kakitangan yang paling beruntung ialah saya! Apabila diberi peluang untuk memilih hadiah untuk diri sendiri pada majlis perkahwinan saya sendiri. Ha Ha Ha! (tiada kejutan lagi)

Dengan peruntukan RM**.00, saya memilih sebuah kipas angin berkotak. Kipas angin ini berharga terlebih sepuluh ringgit daripada harga peruntukan. Jadi, saya menambah sendiri harga yang terlebih itu bagi memuaskan nafsu serakah untuk memilikinya. Saya terus mempersiapkan hadiah tersebut dengan:

1. Membeli pembungkus hadiah dan membungkusnya
2. Menulis kad ucapan dan melekatkannya (pada sampul saya tulis ‘surprise!’)

Apa yang paling mengharukan ialah, semasa majlis membuka hadiah pada sebelah malam hari persandingan, saya pura-pura terkejut!



“Wow! Kipas angin lah! Dalaaam.. makna hadiah ini!”



PS: kepada semua blogger, jemputlah gathering di majlis saya di KL.
MR, KS, IV, AL, Dato/Datin, dan pada mereka berdegar-degar kata nak datang, pakat-pakatlah sesama sendiri. Korang kata nak bersilat untuk saya kan?? Macam mana nak kenal korang eh? Pakai sepanduk eh?

47 comments:

NBB said...

sendiri bungkus hadiah, sendiri terkejut...hehehe...pandai berlakon ye!

Syikin said...

selamat sudah majlis berbuka hadiah di pihak sebelah sana.nanti di pihak sebelah sini pulak :)

Pegawai Khalwat said...

Apala pakai kipas angin. Kasi berpeluh baru baguih bang. Sihat tubuh badan.

Psss... ini bukan komen lucah.

Moon® said...

GT, awat tak beli aircond... lagi sejuk.. hehehe pandai sungguh lakunan ko tu ek.

Ada sesiapa ke rakan blog yg nak pegi? Ada color code tak?

blackpurple said...

kipas angin tu.....dah rasmikan ke kipas angin tu..? hehehe.....

sya said...

Dapat makan nasi minyak free ke? Betul kata moon tu kenapa tak pilih air cond ajer.. eh tak cukup collection kot? Kat opis ni collectionnya sampai boleh beli mesin basuh semi auto, walaupun hanya beberapa kerat. Maklum le kalau part kawin ni bos sekali bagi 100-200 sorang.. mewah le pulak

Hamka said...

antara hadiah yg dalam maknanya.

lampu suluh!

Ic3dLatt3 said...

sori mungkin kurang berpengalaman. apa maknanya hadiah kipas angin untuk perkahwinan?

*innocent mode*

kadok said...

hahaha..kelako gak kan..sbb aku pon mengalami perkara yg sama...last2 aku memilih vacuum sbg hadiah aku sendiri...:)

Kopi Suam said...

alaa dah dapat kipas ke...baru ingat nak bagi hadiah kipas kau nanti..hmm kensel laahh heehh hehh hehhh. Apa lagi hadiah yang kau perlukan...bagitahu le heehh

ok geng blog kita pakai baju merah le haritu semua nak baru le sedondon...amacam yang lain ada berani...

InsyaALLAH kami sampai...aku memang nak pergi sangat...

MAMARISYIA said...

Sendiri beli, sendiri buat2 terkejut macam hero filem tamil lah pulak...insyaallah GT aku akan cuba luangkan ke majlis ko!!

LingGopoH said...

Boleh dapat anugerah pelakon terbaik...mua ha! ha! ha!

Pada blogger yg datang saya cadangkan pakai la tanda2 color code seperti ribbon merah kt baju ke(macam Hari AIDS SEDUNIA pulak)? color baju hijau ke?, boleh la tau..kalo tak pakai pun tak pe bila salam2 nanti bagitau la blogger friends...boleh jugak.

p/s: kalo blogger datang bawa hadiah besar2 bila hadiah besar GT tak dapat bawa balik JB tak muat masuk keta dia, jadi hadiah2 itu akan diwakafkan untuk rumah baru saya nanti...ha! ha! ha!

atok said...

uish.. kipas? apa gunanya? berpeluh sihat? eh... betul ke?

nak pegi ke? hrmm... color code la agaknya. merah pun ok. huhuhu...

*setuju merah sbb aku ada baju merah. hahaha...

BooK said...

aku tak dapat datang.
eh.
kau ade ajak ke?

ontahsapo said...

aku kena kasik haidah ker? kena datang ker? eh kena jemput ker? kasi bantal la, ok gak tu...

gitartong said...

NBB
haha! konon2 surprise!

syikin
insyaallah.. semoga berjalan lancar dan cuaca baik.

PK
hahaha! betul tu! lepas berpeluh tu la nak berkipas..

Moon
Kopi Suam kata tema merah.. namamu merahh!! bagai lang merahhh!!!

blackpurple
dah! sungguh bermakna dan berjasa kipas itu..hahaha!

sya
hadiah mesin basuh? wow mewah!

hamka
lampu suluh? saya tengah fikir apa maknanya..

Ic3dLatt3
payah betul nak menaip nama anda ini. apatah lagi untuk menyebutnya. terima kasih kerana singgah disini. tentang hadiah tu, tiada apa-apa makna saja sekadar gurauan semata-mata tidak ada kaitan dengan yang sedang hidup ataupun yang sedang mati.

kadok
wah! ada juga yang sepengalaman dengan saya.. tahniah!

KS
ish! tak kuasa saya nak minta2. kalau dapat bersua pun sudah cukup bermakna. 'confirm' tema meraaahhh weii!

MR
hahaha! ketua rombongan dirangkul oleh MR. sila rujuk MR tentang gathering ini. hahaha!

Linggopoh
cet! anda ingin merampas hadiah2 saya! jangan risau tentang transport! saya sanggup sewa lori! hahahaha!

atok
konfem tok.. merah.. bawak la datin ye.. pakai nametag 'DATO' hahahaha!

book
eh.. jemput.. berapa kerat sangat pembaca blog saya ni.. tu pun bukan semua boleh datang. sesapa berkesempatan datanglah..

ontahsapo
anda dijomput.. bantal pun ok..hahahaha!

semut said...

oit.wah..meriahnya majlis jemput-jemput ko ek?anyway congrat sebab berjaya bagi hadiah kat diri sendiri.nanti besday aku pon nak bagi hadiah kat diri sendiri la.huehuehue..

kasutVINCCI said...

mana nak cari tu?Sendiri beli, sendiri bungkus, sendiri bukak dan sendiri terkujat (kononnya lah). Awak lah satu satu nya.

ron97 said...

ko nak silat pulut atau silat tol?

NBK466 said...

1st of all Tahniah diucapkan...
2nd best jugak buleh pilih hadiah sendiri yek..he..he..he.. At least the thing tak redundant & then lepas tuh tak digunakan & simpan dlm stor buat stock atau terpaksa direcyle kemudian cam den dpt 6 bijik sterika ari tuh....

Alex Lacey said...

akan ku cuba sedaya upaya utk pegi..tapi tadak baju pegnant merah la...alaaa...kalau akak pegi, muka yg GT tak pernah tengok lepas tu bawak pewot tu ye lah tu heheheheh...

nostalgia tol kipas ni kekeke..ada kenangan gak...

petiais said...

sentiasa beri kejutan pada diri sendiri ..bagi hadiah atas usaha awak itu..kata si penceramah

maklang said...

Selamat Pengantin BAru...KAt mana ni buat kenduri??? NAk mengendeng boleh????

Aku Bukan Bidadari said...

Wah,,selamat pengantin baru.. ingat ni nak pesan..
setiap malam adalah malam pertama..

lagi satu..setiap gurau senda apa apa jer tentang suami isteri terjamin pahala berganda.. gunakan sebaiknya..

semoga menjadi suami yang soleh..aminnnn

pst: dah beli buku permata yang hilang? wajib beli tu.. sekadar menurunkan petua..

semut said...

abb,
buku?permata yang hilang?hmm..rasanya cikgu kita nih dah dapat petua dari org-org terdahulu kan.ahaks

Aku Bukan Bidadari said...

encik semut..
ha kalo dengar dr org tua2 lagi berkesan..sbb buku tu pun petua dari org-org tua..

gitartong said...

semut
kalau bukan dari diri sendiri, siapa lagi. semut! saya belum ada pengapit! anda berminat? sila isi borang..

KV
hahahaha! kadok pernah!

ron97
silat tol kena bayor! bagi laa..silat turahim..pun boleh..

NBK466
saya pun ada banyak pula barang elektrik yang sama.. sayang laa nak recycle

AL
ada kenangan juga dengan kipas? nanti cerita..

petiais
saya menyokong penceramah itu!

maklang
boleh maklang.. saya melantik mamarisyia sebagai ketua rombongan.. hahaha!

ABB
saya dah baca buku itu walaupun belum lagi hendak berkahwin.hahaha! tapi sudah lupa isi kandungannya.

semut
saya try and error! hahahaha!

jamri said...

tak dapat hadir, tapi hanya mampu mendoakan untuk kebahagian anda dari jauh..

selamat pengantin baru

FaEzHussain said...

GT

Tahniah. Selamat Pengantin Baru. Selamat Menempuh alam baru.

Kipas kipas...jgn tak kipas...

Hadiah kawin kami masih dalam kotak, sebab lepas2 kawin, bawak diri....hahah cam kawin lari jek.

ana lara said...

haha.. kelakar nyer citer...
hmm.. sy pun sekadar ucapkan selamat dr jauh jer arr.. x dapat nak pegi..

neeziee said...

ngeh ngeh ngeh sepraisss

zino said...

bandar tun razak tu bila? jalan apa? tak nampak kemah lagi pun!! den duduk jalan ikhlas **

Sayuti said...

saya ucap selamat saja. kalau nak pergi kena beli hadiah pulak. saya tengah kekeringan.

dengan kata lain, saya kedekut. haha.

sifoosains said...

Jemputan berforum di cikguonline

http://clik.to/cikguonline

Kak Lady said...

hehehe....pandai berlakon ye...nanti boleh lah jadi pelakon tambahan filem Yusof Selam...

kunci hilang said...

dude,
lain kali, kalau ada guru atau kakitangan yang berkahwin, hadiahkan jam loceng yang berirama merdu dan nyaring.
Pasangkan siap-siap bateri, setkan waktu dan 'ON'kan alarm pada pukul 1 atau 2 pagi.
Jangan lupa, di belakang jam tersebut, tampalkan nota yang berbunyi:
"Selamat pengantin baru.
Hah! Buat apa tu pukul 1-2 pagi ni belum tido lagi?"

zino said...

nizam
akhirnya dapat bertemu dengan pengantin yg hensem ni.. hehe rupanya dari rumah pengantin ke rumah zino tak sampai 10 min dah sampai.. hehe dokek bebonar..

singgah le ke rumah zino nanti.. semuga bahagia kedua mempelai..

Sayuti said...

cikgu nizam,
pagi tadi saya ubah pendirian nak pergi. tapi, bini saya mengurung saya dalam bilik. maaf.

gitartong said...

jamri
terima kasih

dr faez
tengah fikir macam mana nak bawak balik hadaih ke jb!

analara
no problem.. dah selesai dengan jayanya

neezie
terima kasih kerana singgah di sini..

sayut
cet! anda memang kedekut hahaha!

sifoosaing
thanks

KL
hahaha!

kunci hilang
hahaha! saya akan buat untuk orang lain!

zino
terima kasih en zino kerana menghadirkan dan memeriahkan majlis saya!

sayut
saya memahaminya kerana saya pun sudah mengalaminya.. tidak mengapa..


terima kasih pada MR, Kopi Suam, Deena, Ayu, Zino yang hadir pada majlis saya. akhirnya kita bertemu i realiti.. salam dari orang rumah..
hahaha!

ibuVouge said...

GT MAAFLA..X DAPAT NAK SILAT, KENA SILAT KAT UMAH
MMG TERASA MCM FRUST SKET

melor said...

ahakssss... selamat pengantin baru yer encik nizam. melompat dari blog zino nih..

moga berkekalan ke anak cucu kipas tu..

Syikin said...

GT..maaf juga tak penuhi jemputan.suami ada urusan.kebetulan baby Alia di penghujung demam masa tu. dan hari ni keluar semua campaknya.rupanya dia kena demam campak.

tp saya dah tgk gambar pengnatin baru dlm blog Kopi SUam. Salam utk org rumah ya..kecik moleknya dia..awet muda tuh. ahaks

semut said...

cikgu,
sori tak gi kenduri kamue ek..anyway, aku hadiahkan satu lagu untuk kamu,

Selamat Pengantin Baru,


Selamat,
Pengantin Baru,
Kepada blogger yang bernama cikgu,
Seumur,
Hanya sekali,
untuk kamu menjadi raja sehari,
Di masa,
berkapel dulu,
angan-angan mu tinggi sekali,
Sekarang,
sudah berkahwin,
Sudah sah bergelar suami isteri,
maafkanlah,
sebab aku tak dapat datang,
diharap kamu janganlah bengang,
ku berdoa,
semoga panjang umur murah rezeki,
Semoga tuhan akan memberkati..


Amin..

p/s: komen pasal kawan makan kawan di http://www.eisz.blogspot.com

aishah said...

heheheh...belum terlambat untuk ucapkan selamat pengantin baru bagi pengantin yang hensem...huhu kakyu yang cakap...kalau tak chik ikut kak yu gi kenduri kawin gitar tong sebab kan ada kenduri kawin kawan terpaksa utamakan yang tu dulu...banyak ke dapat kipas???huhuhuhu

gitartong said...

IV
ok la.. maaf lah juga, kerana saya rasa belum pasti ada kenduri kahwin yang kedua untuk merasa nasi minyak saya

melor
selamat datang. terima kasih. insyaallah.

syikin
no problem.. malunya saya orang tengok muka yang tidak hemsem ini.. hahaha!

semut
hehehehe! tenkiu!

aishah
saya boleh buka kedai kipas kerana dapat banyak kipas. mereka yang kirim kipas ni perli saya kah? hahahaha!

Anonymous said...

Very nice site! girls have sex in kitchen 1972 series iii 88 vintage land rover General power humidifiers Yamaha logo seat covers Best forex traders returns Funny answering machines greetings Interior designer town centre side effects from taking yasmin 1930s home furnishings interior design Create a symantec recovery disk ghost 9 french country style home decor 20 1964 impala convertible for sale in newnan georgia Getting laptop out of standby Ativan dose for detox

Anonymous said...

Enjoyed a lot! buy meridia insurance quotes cheap auto health insurance company dvd player Sports surface Strippoker spelen retirement plan rollover to ira Interior design computer software Hardcore black pussy big dick pain relief buy ambien online small business web site design Brain damage low blood pressure 18 dance clubs chicago