Tuesday, August 01, 2006

'Alur Sesat'

Saya tanya,"Apa dia 'Alur Sesat' tu? aku hanya tahu satu 'alur' je. Ha ha!" seloroh saya pada tok rimau sambil melangkah tangga ke balai seminar DBPWS malam tu.

Saya faham akan kedaifan ruang pentas di balai seminar DBPWS itu. Dengan ruang yang terhad, teater mini sebeginilah selayaknya. Berkonsepkan monolog, ruang jadi terhad, pelakon juga terhad tetapi tidak menghadkan kreativiti persembahan.

Saya yang buta teater, terpesona dengan pemegang watak Tuan Syeikh. Seorang tokoh agama yang mengangkat dirinya semulia wali. Bertemakan sebuah kisah ajaran sesat, teater monolog kali ini berjaya meletakkan kualitinya sendiri. Sarat dengan isu-isu yang diangkat secara sinis dan menginsafkan.

Saya tidak pandai mengulas persembahan teater kerana kurang ilmunya. Atas kerana minat, saya turun juga untuk menonton. Cuma apa yang mengganggu khalayak sebenarnya ialah dua tiang sebesar pemeluk (tiang utama bangunan) yang berada di tengah-tengah balai seminar itu. Oleh kerana duduknya kami di lantai, boleh saja beranjak-anjak ke kiri atau ke kanan untuk melihat aksi pelakon.

Selesai menonton, kami minum-minum di restoran berhampiran.

"Sepatutnya tiang yang mengganggu itu digunakan oleh pelakon sebagai props atau set pentas. Berjasa juga ia dalam persembahan tadi" kata tok rimau.

"Betul tok, sepatutnya mereka pasangkan baju ketat dan 'skirt'" tambah saya.


Kuiz Uji Minda minggu ini

Siapa yang boleh bantu Siti untuk mencari jalan keluar?

8 comments:

kingbinjai said...

wahahahahaha tambahkan botox kalo gitu!

Pegawai Khalwat said...

Hah... hang patut mai tengok show aku pulak.

Tempat aku tak ada tiang besar.

Psss... Wangi Jadi Saksi arahan U-Wei di KL juga bagus dengarnya, sayang aku tak boleh tengok.

Anonymous said...

king binjai
haha! kalau tambah botox, saya risau ada yang bawa balik pula tiang itu. haha!

pegawai khalwat
itu laa.. memang aku teringin tgk show hang. wangi jadi saksi aku ada baca. memang tertarik. tapi jauh pulak nak pi kl

WRA said...

tak pernah nengok teater kecuali yg dibuat oleh pelajar University....best tak suasananya?

Anonymous said...

alex lacey
sepertimana yg digambarkan dalam entri, tiang itu yang mengganggu

Sastri said...

apa tajuk teater yang ditengok malam tu?

Sastri said...

alamak... bila baca lagi sekali, mungkinkah tajuknya Alur Sesat?

Anonymous said...

sastri
hehehe.. ye, 'alur sesat'