Semua orang ada tanggungjawab. Saya bertanggungjawab untuk menulis ‘entry’ ini. Anda bertanggungjawab untuk meninggalkan komen. Kepada yang sudah berkeluarga, besar keluarganya, besarlah tanggungjawabnya. Cikgu Zainal bertanggungjawab mengisi minyak keretanya untuk memudahkan beliau bergerak. Bapa Alia bertanggungjawab untuk mencari pembeli motorsikal lamanya untuk membeli motorsikal baru. Sebelum sesiapa menegur saya, saya mengingatkan diri sendiri dan anda tentang tanggungjawab kita dengan Pencipta kita.
Saya pun tahu apa itu komitmen. Anda pun tahu. Komitmen bukan sahaja untuk orang lain, dan yang penting, untuk diri sendiri juga. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan tugas. Tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita, jika tidak dilaksanakan akan mengganggu komitmen orang lain. Satu sahaja puncanya, masalah itu akan bersangkutan dengan orang lain dan bersangkutan hal-hal lain.
Komitmen juga membentuk disiplin jugakan? Kerana sebagai manusia normal, kita pasti akan marah pada orang yang selalu lewat, memonteng, pemalas dan sebagainya. Oleh yang demikian, sedaya upaya kita mengelakkan diri kita daripada diludahi dari belakang beserta sumpah seranah! Tetapi adakah seseorang yang meninggalkan komitmennya itu adalah seorang yang tidak berdisiplin? Barangkali tugas atau tanggungjawab yang tidak disengaja untuk ditinggalkan itu, adalah berpunca kepada kurangnya fokus atau kehilangan konsentrasi untuk seketika.
Contoh:
Pernahkah anda terlupa untuk berbuat sesuatu perkara, walhal yang sebenarnya anda sudahpun membuatnya?
Atau, anda sedang mencari buku, fail atau surat tetapi sebenarnya anda sudahpun memasukkan barangan tersebut ke dalam beg anda!
Ataupun, perasaan anda tertanya-tanya. “Apa lagi yang saya hendak buat ini ya?” puas anda cuba memikirkan apa yang anda hendak buat sebenarnya, tetapi tidak dapat mengingat apa yang seharusnya dilakukan. Hinggakan majikan, bos atau rakan yang menegur, barulah anda beristigfar panjang… “Oh! Inilah yang saya nak buat tadi..”
Tanggungjawab anda yang sepatutnya anda lakukan pada waktu yang sepatutnya itu, tidak dapat anda laksanakan, adakah meletakkan diri anda sebagai seorang yang bermasalah atau tidak berdisiplin? Ya atau tidak hanya diri sendiri yang lebih memahami. Cuma perkara yang boleh disarankan disini, mungkin kita perlukan buku nota kecil yang sentiasa terselit di dalam kocek atas, kemeja kita. Terutamanya yang mempunyai memori yang kurang dari 256 megabit dan yang berkapasiti lembab. Sekurang-kurangnya membantu dalam memberi fokus terhadap tugas dan mengekalkan konsentrasi.
Dalam seminggu ini saya sering hilang fokus dan hilang konsentrasi. Saya minta maaf jika ada tugasan yang lewat dihantar, jika ada perkara yang terlupa untuk dilakukan dan tidak berkesempatan untuk meninggalkan komen dalam blog anda. Maafkan saya!
Ada perkara yang mengganggu konsentrasi saya! Ada orang kata saya berseri-serilah? atau saya yang perasan? Ha! Ha! Ha!
Ps: komen Abdullah jones masih sesuai untuk digunakan lagi bagi ‘entry’ yang ini. Jemputlah datang.
30 comments:
aku tau ko tekanan pasal bakal mendapat sarung keris itu.haha
haaahh orang tengah darah manis beebb memang le tak boleh nak bagi 100% konsentrasi...heehh aku tahu kau tak sabar tapi bawak2 lah bersabar ok...tak lama je lagi...isskkhh pejam celik pejam celik...alamak...heeh aku pun dah tulis siap2 dlm kalendar aku ini... :)
semut
saya tengah suspen..
Kopi Suam
eh.. darah manis bahaya tak? sama macam kencing manis? darah tinggi?
Selamat Pengantin Baru,lagi 3hari akan diijabkabulkan...berseri2? haa dulu aku pun camtu gak org kata.Tapi bila tgk dlm gambar mmg nampak lain serinya.Dah siap ke?? Nantikan rombongan dari K.L 8/4.
wei linggopoh!
berhati2 dijalanraya. pandu dengan cermat. anda mampu mengubahnya! saya menanti dengan debaran.. suspen..
haha.selamat pengantin baru cikgu.nak pergi tapi jauh.sorry.
Ni tak tau lagi berapa ramai yg nak pergi tapi dlm 24 biji tayar keta dah confirm pegi insyaallah berhati2 dijalanraya.
silalah ke http://linggopoh.blogspot.com
p/s: baru2 belajar nak memblog nih..
GT, doa banyak2 moga mudah segala urusan akad nikah ni. banyakkan selawat. ayat kursi n 3 qul tu penting. insyaAllah.
Tumpang hepi sbb bertambah umat Nabi Muhammad berkahwin. Dan terteriakan gegak gempita para syaitan kerana tak dpt nak memesongkan seorang hamba ALlah ke lembah maksiat.
bab sarung keris tu..slow n steady win the race. Allah mudahkan insyaAllah..
jgn tusuk sebarangan, nanti luka parah...
tapi tusuk yg indah kerana ia bahagia berpanjangan
insyaAllah. amin.
semut
hahaha! saya cerita pasal komitmen la!
lingGopoH
wow! meriah tu!
syikin
thanks syikin. saya akan berkomitmen penuh pada bakal saya tanpa sebarang kehilangan konsentrasi
Selamat Pengantin Baru Cikgu.. Moga kekal hingga ke akhir hayat. Bakal pengantin tentulah berseri2.
haha.nasihat syikin penuh 'bermakna'
Siap la hang Gitar!
Tok kadi ijab pakai mikrofon. Satu kampung bole dengar!
Angkat khutbah tu usya mata tok kadi, jangan lepas. Bagi dia gabra skit. Bila dia gabra hang senang.
GT, nanti genggam tangan tok kadi kemas2 tauu hehehehe.. selamat la semuanya harapnya..
Zirap? ko gi eks? aku balik kota tinggi
Selamat pengantin baru sekali lagi... semoga allah permudahkan segala2nya..aminnnn
Ohh...hari bahagia bakal menjelang...patutu le orang tu asyik cakap pasal komitment aje...
SELAMAT PENGANTIN BARU ye....moga kekal hingga ke anak cucu...nanti kalau lepas bernikah ni...pasti lebih berseri...*wink*wink*
ada2 je cik semut ni :)
sya
entah yang mananya seriii!
semut
'dalam' maksudnya tu!
pegawai khalwat
saya risau kalau dapat mikrofon, takut saya menyanyi pula!
ayu
amin ya rabbal alamin..
moon
saya tidak stress sebenarnya cuma hilang konsentrasi..
kak lady
sedang menyemak 'list' "ermm.. apa yang kurang lagi ni? errmm.."
syikin
ntah nye semut ni, saja-saja ada-ada..
cikgu gitar:
kalau camtu. mmg betul la kau berseri2. aku selalu rase camtu. sbb tu aku kompem. keadaan yang same berlaku pade kau!
alah. lepas ni lagi hilang konsentrasi dia. blog pon tak lama lagi bersawang. dan, dia akan selalu tengok jam. bila boleh pulang ke rumah.
:p
selamat pengantin baru...akak tak berkesempatan la nak gi sebab balik kampung....jaga diri baik2, jaga bini baik2 :D
sayut,
ya.ya.dia akan selalu pulang awal ke rumah dan lewat ke sekolah.haha.terlebih 'makan' katanya.
cikgu,
hang apply cuti tahun,mai penang.aku bawak ang pegi air panas ulu lenggong.hang pi anymoon kat situ.best.
book
selalu rasa berseri2? selalu ke kahwin?
sayuti
hahahahahahaha!
AL
huar huar huar!(nangis) kenapa tak datang!! kat kl 16 hb!
semut
penang ka?? cantik tertarik menarik ko memang 'de booom!' saya belum merancang.. pasal belum ada bajet. tapi penang dah lama tak mai..
Mai mai mai Tanjung!
Semut sibuk, aku bole bawak hang Gitar!
orait pk.set.haha
jgn risau dgn tanggungjawab tu, setiap yg baik mesti ada jalan utk mudahkannya..rilek jer, layan jer 'sarung' tu...
pokai ke?
hahahahaha...takut nampak...tertekan ker.....hahha...rilekss..aku pasti ko nangis tepi katil nanti...muahahahha
Dah perasap keris...? hehehe..
komitmen aku: suka menegur dalam sinis...hehehe..
jeng..jeng..jeng....
PK
ya! tunggu nanti aku mai
semut
set
ontahsapo
ha ha ha !
petiais
sesak jugak ni!
MR
hu hu.. saya kontroll..
BP
dah.. ngan limau sekali
semut
jong jong inai..
Post a Comment