Thursday, March 30, 2006

Soalan interaktif:

Bahasa Melayu Tahun 2
Kertas 2 Penulisan

Masa: 2 saat
A. Isi kata bual berdasarkan gambar di bawah



B. Susun perkataan berikut supaya menjadi ayat yang sesuai.

C. Tulis sebuah karangan tidak lebih dari 30 patah perkataan berdasarkan isi-isi penting berikut:

harga – minyak – dunia – naik – abah – kerja – lori – sendiri – meniaga - makan – kami - tidak – kenyang – tidak - jalan – jalan – duduk – rumah - lori – subsidi – minyak – tidak - dapat – pelanggan – abah – lari – abah - ubah – gaya – hidup – kami – sekeluarga – sangat – gembira

amaran keras pada calon-calon:

JANGAN SESEKALI CUBA UNTUK MENIRU!


20 comments:

BooK said...

A:
Dialog kotak petak: Cantik ni dato' seri. Rase mcm org mati pulak.
Dialog kotak bulat: A'ah. Nanti kau mati, aku kalungkan banyak2!

B:
Saya tidak peduli tentang naik atau turun harga minyak.

C:
(Cikgu! Ni isi penting pun lebih 30 patah kat ni!)
Pertandingan meneka harga minyak yang berlangsung di seluruh dunia disiarkan di televisyen. Hal ini menyebabkan rating bagi rancangan itu naik. Abah pula malas kerja walaupun mempunyai lori sendiri. Emak meniaga kedai makan. Emak kami pandai memasak. Pelanggannya tidak pernah tidak kenyang. Kalau tidak jalan-jalan, kami selalu menolong emak. Itu lebih baik daripada duduk di rumah. Kami jarang bersenam atau lari di taman. Abah menghasut kami mengubah gaya hidup. Kami sekeluarga sangat gembira.

Ayu Mohamad said...

GT,
hahahaha aku dah takde skill nak mengarang hahahahahaha..apapun.. point taken! :P

ibuVouge said...

fail esei..
public speaking boleh..heheheh

Anonymous said...

ooii.. ini bukan soalan UPSR. tak aci aa.. aku mintak soklan UPSR jer

Pnut said...

hehehheheh cikgu...cikgu...pening anak murid tua-tua ni...

Sir Mute Key Chicks said...

A.
Dolah kata : aku dah rasa macam ayah pin dah nih haa..

sammy kata : lilek a latuok. saya juga ada rasa itu rupa macam. tapi latuok, kalu lagi banyak lagi bagus.

B.
Saya tidak peduli tentang naik atau turun harga minyak.

C.
Harga minyak naik di seluruh dunia. Kesan utama, aku tengok abah aku yang kerjanya membawa lori sendiri untuk meniaga makanan. Oleh yang demikian, banyak duait telah dihabiskan untuk minyak dan bukan untuk makanan sehinggakan kami makan pun tidak kenyang. Untuk menjimatkan lagi kos, kami tidak jalan-jalan ke mana-mana. Kami semua duduk diam-diam di rumah kami di Ampang Jaya. Jadi, lori abah pun tak ke mana-mana juga. Apply subsidi minyak pun tak dapat. Habis semua pelanggan abah lari. Abah pula cuba ubah gaya hidup kami kepada lebih sederhana. Sekarang, kami sekeluarga hidup dalam suasana yang sangat gembira kerana mempunya sebuah kerajaan yang terlalu memikirkan kesejahteraan rakyat jelatanya.

29 patah perkataan.

p/s : saya tak meniru cikgu..betul

Sir Mute Key Chicks said...

A. Berapa juta kamu beli kalung nih sami? tada mahal juga.murah juga ada.

B. Harga atau saya tidak naik minyak tentang peduli turun..kata sammy vellu.

C. Harga minyak dunia naik.Abah kerja lori sendiri,meniaga.Makan kami tidak kenyang.Tidak jalan-jalan.Duduk rumah.Lori?Subsidi minyak tak dapat.Pelanggan abah lari.Abah ubah gaya hidup.Kami sekeluarga sangat gembira.

ikut stail naga origami yang gagap.

Kaklong Syikin said...

alamak cikgu..tak wajib jawabkan..

Anonymous said...

kreatif sungguh kepala otak korang ni!!!

book
A: dapat 2 markah sahaja. markah penuh 8. hahaha
B: salah :)
C: nasib baik bagi 30 perkataan. kalau tak penuh kotak komen saya. book merangkul karangan terbaik. hahaha.

ayu
kena masuk kelas pemulihan ni. hihihi..

IV
sorang lagi. lepas kelas nanti masuk kelas pemulihan saya ye. ha!

ron97
hahaha.. carik kat kedai buku.

pnut
biar bagi pening!

bta
A: dapat dua juga. cuba lagi.
B: salah :)
C: merangkul karangan paling sopan. tahniah! tuntut hadiah pada ron97

semut
A: anda malas! kontot sangat! hahaha
B: jawapan anda betul! tapi boleh diperbaiki.
C: saya dah kata! jangan meniru! :)

syikin
kalau tak jawab, tak lulus la..

NONIE AZIZ said...

aku masa sekolah dulu bab ngarang selalu terbabas...keluar tajuk..aku tak bleh nak tunjuk skill aku nanti Ayu & IV jeles!!huhuhu...

Korakora said...

dalam kolum surat pembaca, "laman web kusutkan lagi isu minyak."

oo.. baru aku tau laman web mana yg pembaca tu maksudkan.

ko. jaga2. :))

Anonymous said...

MR
haha.. tapi dalam blog macam2 skil nampak!

bukunota
eerrkkk! terima kasih note.

aishah said...

Cikgu'!!!! ada budak sebelah saya ni nak meniru!!!!!! babap dia!!

Sya said...

alamak dah lama tak kena jawap soklan peksa.. otak dah beku dah cikgu

Anonymous said...

baru nak menulis dah abis masa..cettt...hahaha

ontahsapo said...

pak lah : wei samy, saya sudah kasi naik minyak, lu jgn naik itu tol, nanti org semua naik minyak...!!

samy : ayo! berapa lama mau tunggu? itu jln retak punya mau ganti byk mahal la...apa mcm ni...?

regards,

WRA said...

kesiannya budah tahun 2, soklan bapaklah payahnya hehehehe...anyway, kalau tukar buat lagu boleh?

BooK said...

cikgu gitar:
dapat 2 markah out of 8?
huh!
nasib baik aku dpt karangan terbaik.
bangun!
terima kasih cikgu!

Sir Mute Key Chicks said...

cet.aku tak tiru la cikgu.betul.aku pun gagap.juga.haha

Anonymous said...

What a great site »