Harus perlu di struktur semula idea (isshh.. rosak.. rosak..)
Cikgu puan: Salah ni.. Cikgu, awak kena susun nama murid lelaki di atas dan nama murid perempuan di bawah. Susun ikut abjad.
Cikgu bujang: Ooo.. Ikut abjad. Lelaki atas perempuan bawah.
Cikgu puan: Iya. Lelakikan nak jadi pemimpin. Jadi, lelaki kat atas, perempuan kat bawah.
Cikgu bujang: Eh? bukan ke selalunya macam tu?
Cikgu puan: iye laa! ..?..?
___________________________________________________
“Krrriiiiiinnnngggg…”
Panjang..
Maka, berteraburan murid-murid berlari ke tapak perhimpunan kejat.
“ kah, kah, kah! Aku rasa lawak pula, rehat tak sampai 20 minit, tapi kenapa pula budak-budak ni perlu berlari dan nak cepat-cepat masuk ke kelas semula?”
“Aku rasa lagi lawak , pada cikgu yang terhegeh-hegeh nak masuk kelas, bila lepas rehat. Mengalahkan budak-budak!”
“gulp!”
__________________________________________________
Ustaz: Bila kenduri kau?
Cikgu muzik: Dah dekat dah. Dalam 2 minggu lagi je. Datang la nanti.
Ustaz: Best la, tak lama lagi keris dapat sarung!
Cikgu muzik: Ha ha ha! ..Keris dah tak sabar nak bertarung!
Ustaz: Tapi, biasalah.. kalah menang tu adat bertarung.. kadang-kadang seri..
Cikgu muzik: (ditapis)
___________________________________________________
“la la la..
papaku pulang dari kota,
papaku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
boleh ku bawa kesekolah.
Pon pon pon pon pon pon pon,
Kereta kecilku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh ku bawa jumpa nenek.
La la la la la..” (seronoknya murid menyanyi..)
“Baiklah murid-murid, sila jawab soalan-soalan pemahaman ini. Satu, Siapakah yang membawa pulang kereta? Dua, Apakah warna kereta itu? Tiga, kemanakah kereta itu dibawa? Empat.. bla.. bla.. bla..”
“..?..? (hek eleh.. boringnye cikgu ni..)”
Contoh-contoh situasi di atas, dalam istilah pendidikan, penstrukturan semula idea adalah perlu bagi memecahkan skema pemikiran murid yang selama ini memegang konsep-konsep yang salah. Tapi, nampaknya bukan sahaja murid-murid..
Saya cuba sedaya upaya dan berusaha keras untuk menulis tanpa perlu mengajar-ngajar pembaca-pembaca. Tapi, entahlah, sudah memang tugas saya. Maafkan saya. Siapalah saya...
38 comments:
penyakit org tak sabaq nak kawin dah ada kat ko ni GT!!!wkakaakkakakak....
MR
hahaha! harus perlu distruktur semula idea! ada sesapa yang nak bersilat ngan GT??
ada lagi ke orang yg inesen yg akan paham setakat yg diberitahu tanpa memikirkan "double meaning"?
setakat ni belum jumpa lagi tu....selalunya yg jumpa, kita memang hanya maksudkan satu, tapi ramai yg ada double, triple meaning....payah sungguh!!
Kak AL
He he he.. terpanjang sangat akalnya tu..
GT, banyak sangat. Aku tak tahu nak komen yang mana satu!
aku cuba nak fahamkan apa yang tersirat dari yang tersurat....
oit cikgu muzik.haha.
ko bertarung menggunakan keris berapa lok?kalau tujuh lok mesti ko kebal, kalu tiga lok, ko nih mesti keturunan jawa.
apa-apa pun, selamat masuk gelanggang 2 minggu lagi.
haha
baru-baru nih aku meeting, trus big bos kata kat kitorang yang ganas-ganas nih, kalo nak denda bebudak, jangan lelebey..maka, blog jualah mangsanya.
Aku juga ajar muzik.dan entri ko yang lepas pasal lompat si katak lompat tuh menyentuh jiwa aku.kerana aku salah seorang cikgu yang bukan opsyen.jadinya, sampai minggu lepas aku mengajar teknik vokal dan pernafasan untuk lagu negaraku dan lagu negeri pulau pinang.haha
lawatan ke rumah cikgu silat.haha.
Semalam ada meeting PIBG. Ada sorang waris cadangkan cikgu buat tuisyen untuk mak bapak yang tak tau BI.sebab?anak-anak balik rumah tanya maksud plus,minus,divide,multiply,equal mak bapak tak boleh nak jawab
hmm..
apa kata hang jangan mengajar.
tapi hang belajar.
sediakan soalan bertaraf UPSR untuk aku jawap
hahhaa
selamat bertarung dengan aura maha hebat...heheheh
Pegawai khalwat
takpa aih.. hang tinggai nick pun takpa..
Blackpurple
tak ada apa yang tersirat pun. saya bercakap manusia2 di blog. yang kadang2 berfikir diluar batas pemikiran normal. GT puas menterjemah maksud di sebalik penulisan2 mereka. perlu agaknya, penstrukturan semula idea.
semut
keris GT takde lok. yang ada satu takok..(pegawai khalwat akan marah aku kalau dia tahu ni) iye satu je..
-ye.sama2 la kita memantapkan lagi kemahiran dan pedagogi..
Bta
terima kasih kerana datang. GT tak pandai inggeris. yang tau hanya, publish, comment, search dan wings.
Princess M
hah?.. sepatutnya saya taip dataran kejat. bukan tapak perhimpunan kejat. ralat. pasal ape panggil kejat? pasal panas kut..
ron97
Ooo.. Hang nak merangkul pelajar terbaik UPSR jugak ka?
Pnut
tolonglah beri tunjuk ajar. saya baru nak memulakan hidup..
tak tau lak selama ni nama murid perempuan mesti di bawah nama murid lelaki...
saya ingat saya seorang sahaja yg berfikiran '2' ..rupany ramai lagi..
Gitartong nak kahwin dah ke?...patutlah entry dia ade aje yang 'double meaning' ...heheheh
KL
saya ingat saya sorang je yang memblogging pagi2 buta.. ada gak member.. jemputla datang. klik entry kad kahwin.
syikin
ye.. dah tau eh..
peti ais
welcome..
GT,
aku suka bab keris dapat sarung dan bertarung itu adatlah ada masa kalah ada masa menang tapi jangan lah selalu kalah ok...heeh heehh...
keris kena selalu diasah untuk menjadikannya lebih tajam dan berbisa....yang lain2 tu kau sambung buat karang pendek 200 patah perkataan ok. Tajuknya Kerisku berjumpa sarungnya
semoga semuanya selamat....tak sabar nak makan nasi minyak ni....dah terbayang2 dah
kejap lagi dapat sarung ye?...hahahha...good2..welcome to the club...hahah
ooo.keris ko satu takok yer.ooo
selalu asah?
kau kata:Saya cuba sedaya upaya dan berusaha keras untuk menulis tanpa perlu mengajar-ngajar pembaca-pembaca. Tapi, entahlah, sudah memang tugas saya. Maafkan saya. Siapalah saya...
aku kata: org yg terbaik adalah belajar ugama dan mengajarkanya...org yg sombong tidak suka di ajar..Allah murka pd mereka...
gotartong..ajarlah aku agar tidak menangis di akhirat kelak
Selamat pengantin baru. Kalau kompang tu lari melody, sila tegur dan beri tunjuk ajar.
..........Tok Rimau
bukan main lagi anak bujang sorg ni
dah bergelar suami jgn ingat nak main keris ja..ingat tanggungjawab yg selari dengan kata sah tu
dari satu jadi dua, dari dua jadi satu...paham ke cikgu..hehehe
Echo.. IV jgn ingat nak bertarung ajer.. banyak lagik tanggungjawab lain yg lebih penting
Echo.. IV jgn ingat nak bertarung ajer.. banyak lagik tanggungjawab lain yg lebih penting
kat mana beli sarung keris tu ha, gua ada 3 keris ni, semua takder sarung, pastu ada lak yg hulu dah longgar, nak kena letak limau nipis ke ha...?
gitartong:
aku tidak faham pedagogi pendidikan
aku pk guru hny mengajar kerna itulah yg tlh diajar sebelumnye
alangkah!
Akan jadi guru 2008.
Salam berkenalan.
Mahu bawa revolusi pendidikan.
Mempergiatkan pertautan antara kurikulum.
Guru muzik bisa ajar murid lagu bahasa Inggeris, kemudian aku bisa guna lagu sama untuk ajar Grammar.
Selamat!
En. Hamka
inilah komen yang sepatutnya untuk entry yang ini. Saya pun tidak mahu menangis juga!
Tok rimau
kompang tak ada melodi tok.. tapi ada rhythm je..
IV
berat persoalan IV! dari satu jadi dua, dari dua jadi satu? teka-teki ke tu? tolongggg!!
sya
GT tengah menuntut ngan hamka teknik penginzalan.. he he he..
ontahsapo
banyaknya pulak keris! keris dah longgar kena pergi berurut.. bukan berlimau!
book
saya sampai sekarang pun tak berapa faham pedagogi ni.. bantulah saya..
Jannah
salam.. welcome to the world of teaching! selamat berposting.. minta posting mana? maktab mana? dah kahwin? ehem.. ehem..
Belum kahwin. Masih single. Mau posting ke Sarawak. Hujung minggu nak bertapa di gua Niah, cari inspirasi untuk blogging :)
selamat menghitung hari hehehe
wakakaka...
masih lagi soal keris? bukan.aku lebih suka perbualan cikgu puan tuh sebab aku memang nak tau sangat sebab nama murid lelaki kena letak kat atas.keserasian?tapi aku bukan seorang guru kelas..
yo bro.ilek aa.lu jgn la stress sgt bro.standerd la orang nak kawen. macam-macam dugaan. tu lagi dua minggu. nanti sampai jer masanya, ramai la pulak sanak saudara yang tak pernah tegur sapa pon tetiba jer jadik ramah seramah-ramahnya. sembang ngan kita dari lepas kenduri sampailah pukul pat lima pagi.haha.privacy?lantak ko lah labi..
bawak bersabar. jgn mencanak2 sangat. ingat... bawa kereta tu start dengan free gear dulu. jgn terus gear lima!
Jannah
sori.. dah tak boleh ngurat awak.
zino
the final countdown!
bta
katanya sebab murid lelaki jadi 'lead'.. katanyalah..
semut
ha ha. mana boleh kacau 4, 5 pagi..
bukunota
Ooo.. (terlopong) tapi kalau enjin auto? maklum laa.. saya ni amatur..
weh che-gu.kalo auto, start, then, terus jalan lah..lagi mau tunggu apa?haha
bta
ha ha ha.. rilek bro.. slow mo..
terima kasih kerana membuatkan saya tergelak besar dengan entry ini.
skadar pesan ikhlas:
bertarung dengan beradab. jangan main menikam aje. mukaddimah penting. sucikan diri. dan mulakan dengan bismillah.
Looking for information and found it at this great site... Wellbutrin dose Austin tx cancer center Little boobs long nipples fire alarm wire Consumer fraud attorneys los angeles Refill instructionslaser toner cartridge 69g8256
Post a Comment