Friday, March 10, 2006

budak baru

Seorang lagi budak baru dicampakkan ke dalam kelas aku. Boleh tahan sengalnya. Tadi buat ujian Bahasa Ingeris. Aku tengok dia leka pegang pensel, main pemadam, pusing kanan, pusing kiri. Lepas tu bangun, mintak nak pergi asah pensel. Aku izinkan. Aku teruskan kerja mengemaskini buku kehadiran 2 Pintar. Tiba-tiba seorang budak bersuara. " Cikgu! Arif belum jawab lagi kertas soalan dia!"

Aku geram. Sudah hampir setengah jam masa berlalu. Apa yang dia buat aku tak tahu. Mengelamun seorang. Dua tiga orang budak menyampuk. Menambah cerita untuk melekehkan Si Arif. Kelas jadi riuh seketika. Aku terus tinggikan suara. "sudah! diam!". "Teruskan kerja masing-masing". Aku panggil Arif untuk dia duduk sebelah aku dibelakang kelas. tiga empat kali aku panggil. Dia buat bodoh. Menundukkan kepala. Nada aku dah semakin keras! Hati semakin panas. Apsal dia buat tak reti je bila aku panggil ni?

"Dia nangis cikgu.." sampuk sorang budak. Aduh! apa hal pulak ni. serta-merta aku terus meng'cool'kan diri. Eh.. dia budak baru. Apa hal pulak aku nak marah-marah sangat. Agaknya dia belum biasa dengan cara aku. Aku pergi kat meja dia, tarik tangan dia, ambil kertas soalan dia, alat tulis dia dan seret dia kat sebelah tempat duduk aku.

"kenapa tak jawab soalan tu?"
bisu.
"susah eh?"
bisu. terus teresak-esak.

Aku kawal lagi diri. Kena guna pendekatan lain pulak ni. Masa ini la nak praktik aku punya psikologi pendidikan yang pensyarah aku ajar dulu. Aku pun pegang bahu Arif. Gosok-gosok belakang dia. Sehabis lembut aku memulakan bicara.

"Kenapa ni? cuba beritahu, kenapa tak jawab soalan tu. takkan awak nak kosongkan saje?". Baik betul nada aku. Dia mula bagi respon. "Tak tahu nak jawab". Eh, boleh pun pulak bersuara. Aku lega.

Bermula komunikasi aku dengan Arif. Aku bantu dia serba sedikit jawab soalan B.Inggeris tu. Walhal, jawapan dah ada cuma nak pilih dan tulis semula sahaja. Aku Biarkan dia terus menulis dan aku menyambung kerja aku yang terhenti tadi.

Beberapa minit kemudian aku datang semula ke mejanya. Tidak semena-mena, darah aku menyirap semula. "Arif! Awak baru tulis satu ayat je?". Kurang ajar budak ni, dah aku bantu tolong jawabkan, kau tinggalkan nak tulis jawapan je, pun tak boleh nak buat?. Datang geram aku, aku jentik, aku pulas telinga dia. Aku jentik jari dia sambil membebel. Dia berhenti menulis je, aku jentik jari dia lagi. Dalam hati, aduh kenapa la aku dapat budak baru yang sebegini. Budak 'slow' sebegini, di campakkannya ke kelas aku. Dia menangis lagi.. jari dia menyambung menulis dengan lembabnya.

Aku 'cool' balik. Nak jadikan dia supaya tidak takut dengan aku, aku tepuk belakang dia. Puji-puji la sikit. Pujuk-pujuk sikit. Mula la aku bagi ceramah dengan 'level' bahasa yang paling mudah dia hendak faham dan harap-harap dia faham. Lepas tu, aku dah tak nak tengok kertas jawapan dia. Aku harap dia siapkan menjawab apa yang aku suruh buat. Tak sanggup rasanya, nak melihat kertas jawapan dia, nanti tak pasal-pasal panas hati je. Ada pulak aku yang tolong jawabkan. Ish! kena 'fired' pulak nanti. Melanggar etika profesional. Tapi jauh di sudut hati, siapalah yang sanggup melihat, kertas jawapan yang tidak terjawab. sedih.

Si Arif buat hal lagi. Aku bawa budak-budak 2 Pintar ke tepi padang. Tidak perlulah cerita apa kerja yang aku nak buat kat padang tadi. Jadi budak-budak tu, aku tinggalkan kat tepi makmal komputer dan aku tegaskan, jangan pergi jauh-jauh. Duduk diam-diam, atau baca buku. Sambil aku buat kerja kat padang tu, dapat aku perhatikan budak-budak tu. Bahaya tinggal dalam kelas tanpa guru. Kalau apa-apa jadi, aku juga yang kena.

Si Arif tercicir kat belakang semasa berjalan ke tepi makmal. Aku tengok dia kat tempat lain, sedang mencangkung dan mengkais-kais tanah pakai batang kayu.

"kenapa pulak awak kat sini? pergilah duduk dengan kawan-kawan kat sana"
buat bodoh je.
"kenapa? aiman dengan haziq usik awak lagi eh?
buat bodoh jugak.
"ke awak ni yang degil dan keras kepala eh?" aku dah bengang..
buat bodoh jugak lagi.

Aku ambil beg sekolah dia, dan mula melangkah, aku ingat dia nak la ikut aku.
Rupanya.. Dia buat bodoh untuk kali yang entah ke berapa. Aku tarik tangan pulak, supaya dia berdiri. Dia beratkan diri dia. Aku tarik lagi, dia beratkan lagi. Dia dah mula menangis teresak-esak. Dah mula menangis, aku cair la. Aku cuba lagi berlembut. Tapi budak ni nak berdegil jugak. Cakap elok-elok balik. Tapi dia terus nak tunjuk keras kepala dia. Apa lagi, aku jadi geram betul. Aku tarik tangan dia. Aku seret je. Aku tunjuk bengis aku.

"Awak nak main-main eh.. saya cakap baik-baik tak nak dengar eh.. nak tunjuk degil dengan saya eh..". Nada aku keras. Geram aku dah memuncak. Ikut hati memang nak bagi penampar. Aku dah bengang. Aku sentak dan genggam pergelangan tangan dia. Aku seret je. Nak tak nak dia terpaksa juga untuk melangkah. Sampai kat budak-budak lain, Aku 'warning' dia lagi. Aku 'warning' juga budak-budak lain. Budak-budak lain pun tak berani nak kata apa-apa. senyap je. Arif menangis lagi. Nampak gayanya, tak jalan juga dengan cara psikologi aku tu. Kena juga menengking-nengking dan keras suara.

Tapi lain pula budak Arif seorang ni. Dia seakan-akan ingin menarik perhatian sesiapa. Degil dia boleh mmebuatkan aku jadi cepat baran boleh jadi stress kalau diiikutkan sangat. Budak-budak lain ada yang sudah faham. walaupun boleh bergurau, tapi akan takut, kalau aku dalam keadaan marah. Cukuplah kalau sekadar aku menjegilkan biji mata. Tapi dia ni boleh buat bodoh bila aku panggil nama dia dan tak takut bila aku marah. Payah jugak dapat budak macam ni. macam manalah agaknya kalau aku jadi bapa nanti. Aduhh.. Apa hal la budak ni??

7 comments:

Pegawai Khalwat said...

Alah... budak baru. Lagu tu la.

Ada masalah kat umah kot.

Tak pun dia lapaq tak makan lagi......

Kopi Suam said...

Sabar lah cikgu....Ariff ni gayanya ada sikit macam anak dara aku si deena tu...memang selalu aje buat aku naik angin..tapi kita sebagai orang dewasa kena sabar....

kesian budak tu...aku yang baca ni jadi sedih pulak..kalau mak budak tu yang baca blog ni mcm mana ekk...

cuba carikan arif sorang kawan baik...mungkin kawan baik dia boleh le oujuk2 dia apa yang patut...

Anonymous said...

Tu la yang nak kena belajo.. nak meng'cool'kan diri melayan karenah anak-anak.. nak berkeras je, kita pulak yang stress.. elok-elok tak de darah tinggi, mendapat..

WRA said...

laaaa...budak2...dia belum kenal org lain tu...belum biasa ngan persekitaran...tengok budak form 1 yg baru masuk asrama pun ada yg seminggu nangis tak habis2...inikan pulak budak darjah 2....

mmg kena pakai psikologi ni...cakap elok2...maybe jugak dia ada masalah kat rumah ke, parents dia suka marah2 ke, that's why dia jadi pendiam cam tu....we cannot expect budak2 ni terus jadi ok je macam kita orang dewasa ni, senang nak adept ngan keadaan....they all perlu diajar jugak...kalau tak ajar, camana dorang nak tau...

NONIE AZIZ said...

sib baik aku tak jadi cikgu ko...silap hari bulan..mau bebudak tu kena dera dek aku...Agaknya tulah pasal sebabnya aku tak jadi CIKGU!!

Anonymous said...

kot2 dia tak berapa dengar? ada jugak kemungkinan begitu. cuba perati betul2. dia mungkin dgr tp dia tak paham apa yg kita ckp.

jgn marah2 la cikgu. budak derjah dua mmg gitu. teringat kat adik tok ngajar derjah dua jugak. kalo sebut belajar menulis, semua taknak. tp kalo sebut hari ni kita main menulis, semua gembira je ikut. hehe...

Anonymous said...

itule antara cabaran seorang guru, ibu dan bapa.. kalau bebudak begini mesti ada sebab musababnya.. antaranya masalah dalam keluarga ataupun anak itu sendiri mempunyai masalah "learning disabilities".. so, marah is not the best medicine, as a teacher, you have to play your role by knowing his family background, his learning capabilities etc. Ada banyak website yg cikgu boleh refer macamana nak handle children begini such as this website http://www.childdevelopmentinfo.com/learning/teacher.shtml..Rasanya GT knows better.. internet memang berguna kalau tahu macamana nak diguna..