Penyebuk bolajaring
Penat dengan AJK bolajaring pagi tadi, buatkan aku betul2 tak bersedia dengan P&P sebelah petangnya. Apa taknya, 'game' mula pagi sampai ke tengahari. orang lain dan balik, aku dgn beberapa orang budak sibuk mengemas angkat itu, ini. Entah macam mana boleh terjebak dengan 'game' bolajaring. Dah nasib jadi orang badan besar. Dipergunakan untuk jadi AJK alatan.
Meredah kelas
Tak tahu apa aku nak mengajar hari ni. Aku meredah kelas aku dengan tiada apa-apa persediaan. RPH pun tak buat. Jangan bos masuk sudah. Masa yang aku peruntukkan untuk merancang pengajaran terganggu dengan waktu 'game' tadi.
"'Apa aku nak ngajar ni".
Aku pikul gitar tong aku masuk kelas 3 Bijak. Sambil melangkah, sambil 'plan' lagu apa aku nak ajar. Arrgghh.. redah je..
"Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh cikgu!"
"Waalaikumsalam". "duduk"
'Blink'
Datang ilham aku. Terus aku memulakan sebuah cerita sedih tentang dosa seorang anak pada seorang ibu. Masa tu jugak aku 'create' jalan cerita berdasarkan pada sebuah lagu yang aku teringat. Supaya nak jadikan ianya lebih realistik, siap aku 'drama'kan sekali. Budak 3 Bijak khusyuk mendengarnya.
Syahdu dan pilu
Sampai ke bahagian yang paling syahdu.
(Si Huda matanya sudah mula merah)
"Si ibu akhirnya terpaksa meninggalkan si anak pergi buat selama-lamanya".
(Si Ain dan Atikah sudah mula menitis airmatanya)
"Si anak akhirnya meraung menangisi kematian ibunya". "Ibuuuuu...!!"
(Beberapa orang murid sudah tidak dapat menahan sebak)
"Penyesalan si anak sudah tidak bermakna lagi kerana si ibu telah menyahut seruan ilahi".
(Hampir satu kelas menangis!)
Perlahan-lahan aku mencapai gitar. Aku dengarkan sebuah lagu yang aku akan ajar sebentar nanti.
Ribuan jalan yang ibu tempuhi,
Meredah rintangan hanya untukku.
Ibu yang ku sayangi,
Masih terus berjalan,
Walau di kakinya,
penuh luka, penuh darah.
Aku menangis ibu,
Aku menangis ibu,
tangisan penyesalanku.
Aku mahu ibu mendengar tangisanku.
Bila dah dengar lagu dan melodi yang syahdu ni pulak, apalagi! Kelas 3 Bijak banjir!!
Waakakakakaka!!! menjadik jugak!
7 comments:
musykil ni...subjek apa yg gitartong ajar ek? muzik ke? atau Bahasa Melayu?
Cikgu BM tak masuk kelas dengan bawak gitar le AL, kalau ada pun, saya la jugak. Sebab saya ngajo BM jugak.. hihihi..
hmm baguslah gitartong, actually kalau ajar ikut silibus aje pun tak leh jugak..sesekali kena selitkan kisah2 masyarakat supaya anak-anak kita ni dapat dibina sahsiah dan insani mereka menajdi anak yang lebih sayangkan kedua ibu bapanya...bravo cikgu...
wah.. cikgu nakal ek, buat bebudak nangis pastu ketawakan.. amboi amboi amboi
assalamualaikum
blog hope dr MR
wah cekgu ye..sama nga huby kite
KS
Selit kisah masyarakat tu bukan apa, sebagai pengisian kurikulum je. Nak di ajar ialah lagunya. tak boleh selalu jugak, boleh terpesong dari tajuk pulak.
Sya
Bukan apa seronok mainkan emosi budak-budak. seriously, ada jugak yang insaf dengar cerita tu..
ibuvouge
w'salam..
teima kasih kerana sudi menjengok. gitartong baru cuba2 nak mem'blogging'
Very cool design! Useful information. Go on!
» » »
Post a Comment