Wednesday, August 09, 2006

Ya, bijak!

Murid-murid lelaki Tahun 6 Arif (kelas paling hadapan) memprotes dengan bermain bola di dalam kelas mereka semasa ketiadaan guru. Mereka akhirnya disergah oleh GPK HEM. Setelah dibebel, maka mereka pun senyap dan menumpu kepada buku.

GPK HEM menyebut hal ini di dalam mesyuarat guru. Menanyakan apakah yang membuatkan hal ini berlaku. Sebuah kelas yang menempatkan kalangan murid yang bijak pandai, sudah tidak mampu mengawal diri masing-masing semasa ketiadaan guru.

Maka, ramailah yang merespon:

“Mereka ini dahagakan permainan”

“Mereka terlalu tertumpu kepada pelajaran”

“Waktu Pendidikan Jasmani tidak diajar, ajar matapelajaran lain”

“Sudah sifat budak, suka bermain. Masa bermain wajarlah beri mereka main”

Maka, GPK HEM selepas itu memutuskan agar matapelajaran P.Jasmani haruslah diajar. Walau malas sebagaimanapun, berilah bolasepak sebiji, biarkanlah mereka bermain.

Dalam hati saya,

“bagus! lepas ini aku nak suruh murid 6 Arif menyanyi dengan memekak di dalam kelas pula semasa cikgu takde. Ha ha ha!”




Soalan kuiz minggu ini: Tahun 3

Susun perkataan berikut agar menjadi ayat yang betul.

menerima anugerah melayu layak lelaki pelakon Khairy terbaik

17 comments:

Pegawai Khalwat said...

"Cikgu suka tidur, mari kita main!"
Kata anak-anak murid kepada Cikgu Nizam Rusli.... eh.... Cikgu Shaari.

Pssss... dua-dua cikgu main muzik, ada persamaan.

kingbinjai said...

hahahahaha

ehem, saya jawab ciku :

Khairy layak menerima anugerah pelakon lelaki melayu terbaik.

betul ke ciku?

ontahsapo said...

aku jugak selalu kena bebel sebab main lastik getah dlm kelas, tapi aku lastik kepala budak pompuan jer.. hahaaa...

Anonymous said...

pegawai khalwat
saya tak pandai main saxsofon pun..

kingbinjai
maaf, tiada hadiah

ontahsapo
tau. anda memang jahat. haha!

Unknown said...

cikgu rusli pegi mesyuarat.. mari kita main dalam kelas.. yeah!!!

Tok Rimau said...

Buat la tuisyen P.J. Pasti budak datang.

Izhal said...

Khairy layak menerima anugerah pelakon lelaki melayu terbaik.

ke melayu lelaki???

tumismenumis said...

Dulu cik gu aku kalau PJ mesti suruh lari pergi cuit tiang gol yg sebelah satu lagi, pastu sapa lewat kena pumping. Setahun tu itu jer silibus PJ dia.

Anonymous said...

orochi
cikgu rusli? arwah bapa saya bukan cikgu, dia hanya seorang pemandu sahaja.

tok r
baik saya buat tuisyen muzik. haha!

izhal
salah. cuba lagi. haha!

mazudi
ye, memang disengajakan untuk kelas anda saja. haha!

deb
aduh, 'relief'. memang tidak boleh lari darinya.

Anonymous said...

budak sekarang terlalu banyak tekanan
dah hilang keseronokkan menjadi seorang budak2.

Romantis Selatan said...

tak lama lagi boleh buat battle of the band budak-budak sekolah. nyanyi lagu nasyid.

Unknown said...

err.. maksud saya cikgu nizam.. tersilap lak..
jadi budak2 tu akan berkata;
"cikgu nizam pegi mesyuarat. mari kita main dalam kelas"

Rie said...

usaha tangga kejayaan. huhu

Anonymous said...

Saya tak suka ajar PJ. Leceh. Kena tukar baju.

Anonymous said...

Saya tak suka ajar PJ. Leceh. Kena tukar baju.

Lan Rambai said...

Abis tu.. yg aku kena beli buku teks PJ tu nak buat apa kalau cikgunya malas nak ajar?

blackpurple @ jowopinter said...

Kami dulu main squash masa cikgu takde...hehe