Saturday, May 27, 2006

Lagu baru!



MEMBENARKAN KEBODOHAN

SIAPA AGAKNYA YANG
MEMBENARKAN KEBODOHAN
TIDUR TERLENTANG
DALAM KEHIDUPAN

MENJERIT-JERIT
TENTANG KEMATIAN
PEKIK LOLONGNYA
KOSONG

SIAPA AGAKNYA YANG
MEMBERI IZIN
KEPADA KEBODOHAN
DATANG KERUMAH KAMI
SEMADIKAN DIRI DI JIWA KAMI

BICARANYA BOHONG
JANJINYA BOHONG
SEMANGATNYA BOHONG
JUANGNYA BOHONG

SIAPA AGAKNYA YANG
MELETAKKAN KEBODOHAN
DITEMPAT YANG AMAT TINGGI

TENTU SAJA SIAPA ITU
ADALAH KAMI YANG
BERJALAN BERKAKI AYAM
KERANA SEPATU KAMI
TERTINGGAL DI RUMAH BAPAK MENTERI


LIRIK: ABDULLAH JONES
LAGU: NIZAM RUSLI


Kenapa? mengapa? kita masih membiarkan kebodohan itu? sebuah lirik yang baik daripada Abdullah Jones.

pss.. kononnya nak simpan dulu lagu ni. tapi jones dah letak dalam blog dia, saya pun letaklah. Babai.. tata.. titi..tutu.. Selamat bercuti pada cikgu-cikgu sahaja!

27 comments:

BooK said...

cikgu gitar:
oi. kau dah mabuk menulis lagu ni.
:P

Pegawai Khalwat said...

Hoh....

Bunga Rampai said...

Salam Cikgu,

Wow !!

kunci hilang said...

ha ha. Nasib baik saya tidak pernah singgah di rumah bapak menteri.

Pandang Dengar Diam said...

kai lah datang rumah uolss..

jagoan said...

tak nak join AF..? Isi arr borang...

Anonymous said...

dia dah start balik dah gian dia

blackpurple @ jowopinter said...

Tukar career jadi pemuzik pulak la cikgu....hehehe

ontahsapo said...

kau memang patut pergi ujibakat AF atau yg sewaktu dgnnya...

Sayuti said...

sedap lagu ni. ritma yang catchy. kena dengan liriknya.

Lan Rambai said...

BICARANYA BOHONG
JANJINYA BOHONG
SEMANGATNYA BOHONG
JUANGNYA BOHONG

Orang yg dibohong tidak tahu dia dibohongi kerana dia lebih bodoh daripada yang berada di tempat tinggi itu.

Rie said...

siapa = satu watak
kebodohan = satu watak
kami = berjuta watak

hahahahhaaa

Unknown said...

Berbakat besar cikgu kita ni. Bila nak buat album?

Literature Sushi said...

Ni lagu pasal "pihak berkuasa" kan?

Anonymous said...

"Membenarkan Kebodohan" saya anggap sbg sajak terbaik AJ. Memang wajar sajak ini dilagukan. Syabas.

Anonymous said...

"Membenarkan Kebodohan" saya anggap sbg sajak terbaik AJ. Memang wajar sajak ini dilagukan. Syabas.

Anonymous said...

Tahniah

Anonymous said...

Tahniah

Sya said...

lama tak masuk sini... dah cantik rumah ni..

Anonymous said...

http://harimauj.livejournal.com/

Jika kiriman Tok tidak relevan, sila pergi ke link atas untuk membaca antologi Tok Merepek Meraban.

Pilihlah yang mana sesuai. Tokok tambah jika perlu.

Tok Rimau

Unknown said...

bila nak buat album ni? haha...

WRA said...

Abdullah Jones tu sapa ek? nama sebenar ke nama pena?

Sir Mute Key Chicks said...

oit.kamu nak lirik?
email daku di... semutkecik@gmail.com

Kaklong Syikin said...

cikgu, ni dah 2 lagu. lagi 8 lagu dah blh keluar cd dan kaset :)

Petiais said...

saya harap saya akan jumpa awak di minggu hadapan semoga berjaya..wahaha

Qiez AR said...

sinis lagi menyedarkan. syabas :)

Anonymous said...

book
dari dulu saya mabuk..

PK
hah?

bunga rampai
WOW! minta lirik!

kunci hilang
saya tak tahu mana2 rumah menteri

cuaca
hah?

attoch
bagi can ngan budak2

ron97
haha!

blackpurprle
hey! dari dulu memang pemuzik.. haha!

moon
boleh laa. tambah2 pendapatan..

ontahsapo
tak payah la!

sayuti
HR punya komen..

lanrambai
ya!

yus
nantilah!

raiedzall
pihak berkuasa? PBT ka POLIS? tak ada kaitan la..

anony..
tahniah buat AJ juga

rimanilzah
Terima kasih

sya
sila2..

tok
saya dah jenguk

orochi
tunggu..

AL
entah sapa lah AJ tu..

NBB
macam.. kalau macam takpe..

semut
anda boleh mengemail saya saja. sudah ramai yang menghantar ni. tak sempat pula siapkan hak anda kelak.

syikin
ada lagi.. saya ada banyak koleksi

petiais
AFUNDI gitartong!

Ms berry
tahniah kerana mendengar