Sunday, June 04, 2006

Nikmat..


Cuti sekolah itu adalah nikmat. Walaupun terganggu juga dengan menanda kertas-kertas peperiksaan yang melambak. Turut mengganggu nikmat cuti ini ialah, ingatan saya pada streamyx di rumah JB. Nikmat online dapat dikecapi hanya di kafe siber. Pastilah nikmatnya berbeza antara komputer sendiri dengan komputer di kafe siber.

Saya amat bersyukur masih lagi berpeluang untuk menikmati masakan istimewa dari ibu tercinta, bertemu adik beradik dan saudara-mara. Menikmati dan menghayati keindahan alam semulajadi yang indah dan mempersonakan di Sungai Gabai bersama-sama keluarga tercinta.

Cuti juga ditambah kenikmatannya dengan isteri yang menemani dengan setianya. Tidak perlulah dinyatakan kenikmatan yang bagaimanakah dikecapi. Pastinya tidak seenak membaca blook.

Menyanyi juga adalah nikmat, dengan menyanyi saya banyak menyimpan udara di dalam perut bagi memastikan nafas dapat digunakan sepanjang-panjangnya dan semaksimumnya ketika melontar vokal. Terutamanya pada pic melodi yang panjang dan tinggi. Walaupun tidak ketika menyanyi, udara dalam perut masih juga banyak.

Dan ada ketikanya, udara-udara ini terpaksa dilepaskan dengan cara meneran dan kemudiannya akan timbullah bau yang tidak menyenangkan. Terutamanya jika, tiada bunyi yang terhasil daripada proses meneran tadi.

Jika ketika bersama isteri, akan segera saya menekup mukanya.

Dia: Ceh! Abang ni! Banyak betul angin!

Saya: Hahaha! Membuang angin itukan.. nikmat..

Dan saya bersyukur atas nikmat-nikmat kurniaan Allah ini. Hargailah ia sebaik-baiknya. Sekian.

PS: Hahaha! Entah apa-apa post ini!

22 comments:

Op said...

makan angin banyak sangat masa cuti la tu. haha.

rimanilzah said...

Angin senyap dan tiada haruman, itu tiada apa-apa. Tapi, jika dengan harumaut, senyap atau tidak, uweekkk, begitu mengganggu.

zino said...

apasal kat sini ada bau... ada org melepas angin ke? hehe..

selamat bercuti.. tak pergi honeymoon ke cikgu?

Ayu said...

GT, seronok ek cuti... mana tau habis cuti sekolah ni ade berita baik pulak kan kan kan...

cuaca said...

Masuk angin keluar asap....

ontahsapo said...

nikmat yg selalu disalah ertikan....buang angin...

Aku Bukan Bidadari said...

eeee..bucuk ar GT..bau sampai PJ ni.. ekkeeeee

JBM8141 said...

nasib baik kentut tidak berwarna...

Raiedzall said...

dalam kentut pun ada falsafah kehidupan yang hebat...?

Alex Lacey said...

well...cinta pernah diibaratkan seperti kentut...tak gitu?

gitartong said...

OP
mungkin juga.

rimanilzah
hahaha! kongsi ramai2

zino
jangan berebut2.. ambil sorang sikit..

ayu
ada! tunggu berita gembira itu..

cuaca
rokok kut..

ABB
bersyukur kita pada nikmat itu

JBM8141
jika berwarna, pasti ada yang menahannya di public

raiedzall
hahaha! falsafah-falsafah..

AL
eh? ada lagu tak? hahaha!

Lan Rambai said...

Kalau ditarik nikmat kentut ini.. nescaya meranalah kamu sepanjang hayat.. ekekeke...

blackpurple said...

Tak mengapa. Bukan beracun pun angin yang itu........

BooK said...

git:
nak komen kat blog kau ni. bnyk kali kena klik. birokrasi lah kau.
kau kentut ke? busuk sampai ke apartment aku.

Syikin said...

cikgu, amalkan lah minum air halia o or susu, mmebantu buang banyak angin tu.

Sayuti said...

salah satu tanda kasih seorang isteri ialah menahan bunyi kentut di bawah selimut. bunyi. bukan disebabkan kentut semata2.

Pegawai Khalwat said...

Kentut tu kan baik untuk kesihatan. Tak baik simpan angin kotor dalam badan.

Habaq kat isteri macam tu.

gitartong said...

lan rambai
ada orang merungut, tak dapat lepaskan angin. yang dapat, bersyukur..

black purple
kalau beracun kena pakai 'mask' kemana2

book
kotak komen tak boleh buka tu masalah birokrat blogger. marah dia! -memang sengaja bagi angin tu ke sana. haha!

syikin
banyak petualah anda!

sayut
dah banyak dah isteri saya bersabar

pegawai khalwat
tapi tiada siapa yang sukakan kebusukan.. betul tak?

sya said...

Agaknya kalau nikmat buang angin tu tak der camana agaknya ye?

sinaganaga said...

ha ha.
tan tan tut keladi we we...

Tok Rimau said...

Oiit pi cebuk.

Pengotor la Abang Sudin ni.

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! »