Thursday, May 25, 2006

Gian

Dulu, saya ada tempat untuk melepaskan karya-karya saya. Rumah PENA dalam tahun 1997-2000. Selepas peristiwa besar September 1998, malam baca puisi Rumah PENA kurang meriah berbanding sebelum-sebelumnya. Saya masih juga dijemput untuk bersenandung jika terserempak Sutung Umar jika sesekali menjengah.

DBP Wilayah Selatan


Di Johor Bahru, saya ada tapak baru. Semenjak 2002, DBP Wilayah Selatan sering mengundang untuk saya melepaskan 'gian' saya. Beribu juga rasanya, DBPWS melabur pada saya (dan kawan-kawan). Semenjak Dato' Dr. Firdaus bin Hj. Abdullah memegang Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005, sudah jarang grup-grup pemuisi seperti kami diundang untuk bersenandung lagi. Saya tidak mahu terus serkap jarang, mungkin belum ada peluang lagi.

Dimanakah lagi tempat untuk aku melepaskan ketagihanku???

Semenjak berkeluarga, memekak di tepi-tepi jalan terpaksa saya pinggirkan (kurangkan dan belum berniat berhenti). Atas rasa hormat pada keluarga baru saya. Batin sedikit terseksa juga kerana menahannya. Hari guru baru-baru ini, seolah-olah seperti seorang suami gersang yang meninggalkan isteri bertahun-tahun lagaknya. Sebuah konsert mini unplugged oleh guru-guru, benar-benar membuatkan saya puas.

Dan, bersyukur juga kerana saya mempunyai blog sendiri. Semenjak sudah pandai mengupload lagu, disinilah pula tempat saya melalak. Diharapkan anda tidak muak dengan saya. Ini tanah saya!

pss.. terima kasih kepada www.isnaini.com atas template yang menarik ini dan En. Pegawai Khalwat yang mempromosikannya.

17 comments:

cuaca said...

Gian lah kaedahnya...well good work....cuaca masih mencuba tapi tak menjadi-jadi lagi...heheheh

Syikin said...

cikgu..tahniah atas pembaharuan blog, makin banyak ruang, makin banyak utk ditatap :)

rajin2lah melepaskan isi hati dlm blog ni termasuk karya2 cikgu.ini blog cikgu.suka hati cikgulah nak buat lagu manakan...pembaca2 setia akan terus setia membaca n memberi komen :)

eh..tak de ke cikgu2 sekolah n anak2 murid tau kewujudan blog ni?

gitartong said...

cuaca
nak cuba apa yang tak jadi tu? ubah template? usaha tangga jaya.

syikin
terima kasih kerana memahaminya puan. saya ada bercerita juga pada cikgu2 dan cuba merasuk mereka supaya menjadi penulis blog. setiap kali itu juga saya penat menerangkan apa itu blog!

zino said...

sejak berumah tangga ni rumah blog pun semakin cantik.. ada org tolong kemas ke? hehe

lepas je gian tu dalam blog ni aimman tak kisah..

ron97 said...

tema black and white ke ni?

melalaklah hang,
esok esok buat video pulak.
hahaha

blackpurple said...

Gian yang itu tak apa GT..jangan gian yang lain...hehehe,,

psst....dah salin kulit. cool and nice !

Ajzie said...

Cikgu Nizam,
Tgk aje gambar..lum sempat baca lagi..
Tgk gambar terus teringat kampung halaman.. dekat ngan rumah ajzie tuh. DBP tuh dekat Larkin Perdana kan kan kan.

Salam

rimanilzah said...

Ini kunjungan balas saya yang pertama. Saya dah mula jatuh.

Pegawai Khalwat said...

Aku nak pakai template ni dulu, tapi tak jadi.

Terima kasih atas publisiti itu.

Orang seni jugak hang ni ya....

gitartong said...

zino
walaupun orang rumah tidak membantu, saya memang rajin mengemas! hahaha! suami mithali!

ron97
tema grey laa.. lepas ni ada video klip pulak. tunggu!

blackpurple
tapi melalak dalam blog pun tak puas juga. hahaha!

ajzie
Ooo.. orang larkin perdana. bila nak balik? larkin perdana dah ada bangunan tinggi2lah! hahaha!

rimanilzah
haha! datang lagi.

Pegawai Khalwat
"seni itu rasa.." sani sudin

Lan Rambai said...

"Walaupun orang rumah tidak membantu, saya memang rajin MENGECAS! hahaha!"

Sorry ahh GT.. aku masih terbayangkan ko kuat mengecas ekekekeke

FaEzHussain said...

Cikgu Nizam
template baru rupanya, patut la komputer saya tadi slow aje nak bukak blog cikgu ni.
lawa-lawa. nampak kemas gitu.

semut said...

aku sebenarnya.dah malas nak buat template baru.sebab?sebelum ni aku juga seorang blogger.dan juga sering merubah-rubah template.

lepas aku tgk blog naga dan rakaqn-rakannya, aku terus berfikir untuk membuat pembaharuan dari segi penceritaan, juga template yang mudah.

itu jer aku nak cakap.kalau aku tulis panjang-panjang pun bukannya cikgu nak baca.haha.

ops.dah terpanjang la plak. sori ek cikgu.

esis said...

ini tanah saudara, sukaatisaudara lar. karrya saudara dihargai disini.

gitartong said...

lan rambai
mengecas tugas yang mulia.. haha!

Doc
Thanks. lembab juga ke? saya dah guna link button untuk sahabat2 punya link.

semut
saya tidak pandai menulis seperti anda dan rakan2 yang disebutkan. saya bukan penulis. tetapi minatlah juga. saya bosan dengan template yang sama. dalam usaha mengubah template ini, banyak perkara yang saya belajar. saya seronok.

sekian. tulisan ini tidak berbau emosi. sabar semut. eh! panjangnya!

esis
terima kasih. komenlah lagi. lagu-lagu saya.

LingGopoH said...

Bertemu kita kembali diblog...setelah sekian lama hamba betapa,dan bertapa boringnya hamba dengan pertapaan itu..akhirnya hamba kembali..harap2 tiada perkara yg tidak diingini berlaku lagi..muhasabah diri dan berdoa mohon dijauhkan dari perkara2 yang tidak baik amiiinn

ps: bila lah nak update blog? saya pun tak tau kerja kat ofis tengah banyak...arhgg dah bersarang blog saya tu.

Anonymous said...

Enjoyed a lot!
Foot fetish phermones Belt watches Dodge ram 2001 16v alternator Synchro hooded jacket women's Henry fords affects the american way of life Ford truck tent ranger Blue green time share resale ford fiesta popular plus Ford galaxy 500+workshop manual Dealer ford memphis tn truck Area rug cleaners haerford county