Sunday, December 06, 2015

Sedia untuk konvokesyen

Hari ini sesi taklimat. Esok isteri berkonvo dahulu, lusa saya pula. Setelah empat tahun bergelumang dalam program pensiswazahan guru ambila jun 2011, akhirnya habis juga. Teringat semasa awal2 dulu. Terasa macam tak sempat nak habis. Alhamdulillah..

Buat anak2 ini adalah bukti bahawasanya ibu dan abah kamu ada ijazah. Dan kamu seharusnya lebih hebat dari ini. Setidak2nya sama hebat seperti kami.

Buat mak, adik beradik dan keluarga, terima kasih atas sokongan dan bantuan kalian sepanjang empat tahun kebelakangan ini. Terima kasih menjengok anak2 kami ketika kami menghadiri kuliah, peperiksaan dan sebagainya..

Cuma saya simpati pada isteri kerana tiada keluarga sebelah isteri yg sama2 dengan kami meraikannya. Mungkin masing2 ada  halnya. Walau apa pun, terima kasih semua.

Tahniah isteriku. Kita rai sama2!

No comments: